Tuesday, December 29, 2009

Kembali sebentar

Salam semua..

Aku sudah 4 hari kembali ke Subang. Tapi tak boleh online sebab internet di rumah tiada.
Sebab apa tiada internet??
Sebab bil bulan lepas tak dapat, bulan ni pun tak dapat lagi. Jadi ayah tak g bayar bil untuk 2 bulan ni. Disebabkan tak bayar bil, line dan internet telah digantung. Ayah aku sudah tidak puas hati dengan telekom n apa2 jela sebab hantar bil 2 bulan sekali then terus nak kena bayar la tu jugak.
Ayah sudah mengeluarkan bunyi untuk terminate streamyx. Huwaaaaa!!!! Aku sayang streamyx!!!
Tapi, sekarang aku kena mengkaji pulak pasal broadband.
Bagi pendapat korang, broadband apa yang bagus ek? Bagus disini dalam erti kata high speed & affordable.
BOleh bagi suggestion?


Sebenarnya, banyak benda aku nak cter pasal 2.5 bulan aku kat Teluk Batik untuk GEMS program. Insyallah akan diupdate pasal GEMS dan akan diupload gambar2 GEMS. Banyak gler gambar. Tak sangka kami memang suka ambik gambar :D

Pendek kata, for me, GEMS program is the best. NOt toooo best but it's still good. Its not confirm that you will get a job after GEMS, but the experience you had during GEMS is soo much useful & memorable. Regarding jobs, you still have to find a job that suits you. Kalau apprentice GEMS dapat kat tempat yang bagus, teruskanlah usaha untuk diserap kerja di sana.

Pasal apperentice GEMS, aku dapat praktikal kat Damansara Perdana. Start mendaftar 4hb Januari ni jam 9 am. Berdebar lah pulak kan. Huhu.

Walaupun berdebar, tapi tak sabar nak masuk ke alam lain pulak :)

Wish me luck!!! :)






Monday, December 21, 2009

Nak habis dah

Aku masih berada di Teluk Batik untuk GEMS..
Lagi 3 hari je aku akan berada di sini. Khamis ni dah kena bergerak balik sebaik sahaja habis closing ceremony. Sedih nak tinggalkan sini terutamanya kawan2 dan terutamanya kawan2 company 7 - Emerald Corp. Hukhuk.
3 hari lagi :(

Haa aku nak cter sikit. Minggu lepas, secara tiba2 nset aku off dan terus tak boleh open. Pergi kedai dan orang kedai tu kata nset aku masuk virus dan kena program balik. Dan disebabkan itu, aku kehilangan semua contact nama. Huhu. Sedihnya hilang semuanya. Aku terlupa pulak nak copy contact ke sim dulu masa tukar simkad. Aiyoo.. Jadinya, setiap orang yg msg skrg, aku akan tanya siapa orang itu. Tapi, jangan gunakan kesempatan ini untuk kaco aku ye.

Aku masih guna nombor lama :)








Wednesday, November 18, 2009

Nak jumpa baby ini :)

Memperkenalkan, anak saudara ku yang ke2 :)

Nurul Erysya Syakira bt. Azril Naim


Along selamat melahirkan Erysya pada 23hb October 2009.
Seminggu Erysya terpaksa ditahan di hospital atas sebab2 tertentu, dan kini Erysya sudah sihat. Alhamdullilah..

Nanti raya haji, aku akan bertemu Erysya. Arghhh tak sabarnya nak tengok Erysya..

p/s: minggu depan, aku balik cuti raya haji for 4 days. Balik pada 26hb Nov. Cepatlah masa berlalu. Sudah tak larat!!







Saturday, October 24, 2009

I'm Online :D

Salam everyone!!!
Apa khabar?? Hehe

Akhirnya dapat juga diriku online :p
Di Teluk Batik Beach Resort ini ada disediakan wireless tapi cuma ada di lobi saja. So kena berangkutlah laptop untuk online.

Weekend minggu ini cuti. Tapi aku tak pergi ke mana2 pun. Pantai pun tak cecah lagi. Well 2 bulan kat sini kan, banyak masa lagi. Setakat seminggu di sini, program best!! First facilitator namanya En.Farid dan aku suka modul dia yang bertajuk 'Achieving Personal Excellence'. Sangat seronok!!

Aku tinggal dalam bilik hotel. 6 orang satu bilik hotel. Okaylah jugak resort ini. Not 1st class tapi syukurlah. Makan pulak 5 kali sehari. Memang bertambahlah berat badan duduk sini :D

Seminggu kat sini jugak, muka aku dah tumbuh ruam2, kering je, nak senyum pun payah. Gatal pulak tu. Geram je nak garu. Huhu. Tak tahulah apa sebabnya. Cuaca panas @ sebab i changed my face product. Tapi diriku rasa cuaca panas sebab kat tangan pun ada jugak begitu. Yang tak tahan kat muka!! :(

Okaylah. Setakat itu sahaja kali ini. Nak buat benda lain pulak.
Kepada semua, take care ya!!




Saturday, October 17, 2009

Ready to go

Penat!!

Akhirnya, sudah siap berkemas untuk pergi ke sana.
Esok pagi, aku akan berangkat ke Teluk Batik with ayah dan mama.

Doakan perjalanan kami selamat dan doakan juga kesejahteraan aku selama di sana.

Tak tahulah bila aku boleh online lagi..

Until then,



EVERYONE!!






Friday, October 16, 2009

Quit and Go

I quit my job at Q-Focus yesterday, 24 hours notice.

I quit because i've been selected to join GEMS in Teluk Batik. This sunday, 18/10 is the registration day and the programme will start on Monday.
Actually, I don't know much about the programme. There are questions in my mind about GEMS:

1) Menjamin ke GEMS ni?
2) On job training for 6 months after the classroom training, so sure dapat kerja ke pas OJT?
3) Kerja tu pulak sure under government @ glc ke?
4) The programme will focus on business and management. Boleh masuk ke semua benda tu dalam otak aku ni?

Emm,

Someone said the programme is okay, teach us about working, and getting a job after that.
Someone said the programme is boring, and not sure getting a job under government @ glc but still dapat kerjalah.

I said,

I will go and join the programme!!!
Only then, I can answer all the questions in my mind.

Kemungkinan rezeki aku ada di sana.

Only GOD knows..

p/s: for anyone who knows about GEMS, respond me!



Sunday, October 11, 2009

Surprise!!!Then Kantoi!!!

Hari ini, aku kerja seperti biasa. Hari ini jugak, ramai customer, ada 7 cermin mata yang ditempah. Sales pun banyak. Bos sukalah. Tapi, bukan pasal sales yang aku nak cerita :p

Bila takde customer, aku duduk2 saja dan baca Cleo. Tengah2 baca around 5.25 pm, ada terdengar bunyi hon. Aku pun terus angkat kepala. Memang pantang bunyi hon ni. Angkat je kepala, tengok ada seorang mamat atas motor betul2 depan mata aku. Aku tengok je mamat tu. Ehh macam kenal je. Rupa2nya, MY LOVE datang!!!! Waaa aku sangat happy!!! Dia tak cakap pun nak datang. Tiba2 muncul depan kedai. Aku terus keluar dan bertemu pujaan hatiku. Hehe. Suka2. My Love g PJ rumah kawan kepada kawan dia, then dia datang jenguk aku sekejap. Sukanya!!! My Love kata saja nak datang tengok tempat aku kerja. Jumpa lebih kurang 5 minit je pun.

Nak dijadikan cerita, dalam masa 5 minit tu, tiba2 Aliff cakap, 'Alamak!! Ayah datang pulak!! Kantoi!!. Aku pelik then baru perasan Waja parking depan kedai jugak daaa. Ayah aku datang!!! Tak pernah datang kedai, tiba2 tadi ayah boleh datang pulak semata2 nak cakap yang kereta dah buat alignment dan ayah nak pergi Meru ada kenduri berkhatan. Itu je ayah nak bagitahu sampai ke kedai perginya. Macam tak boleh call. Yang peliknya, masa tu jugaklah Aliff ada. Adakah mereka berjanji nak datang pada masa yang sama? Hehe. Lepas ayah balik, Aliff pun balik jugak. Sekejap je jumpa :(

Masuk je kedai, bos pulak kata aku tersenyum je bila dengan Aliff. Betul cinta ni!!! Yela bosss!! Takkan tipu pulak. Hihi. Dan sepanjang petang ke malam, aku tersenyum sorang2 bila teringat pasal Aliff datang tadi. Hehe. Bak kata bos, dah jadi orang tak betul. Senyum sorang2 :D








Saturday, October 10, 2009

Nur Dating :p

Semangat aku cuti hari ini untuk menonton Nur Kasih.
Tapi kesudahannya, petang tadi jam 5, aku keluar pergi ke Jalan Semarak. Faham2lah aku buat apa di sana :p
Tahu tak aku buat apa p Jalan Semarak tu? :)
Jumpa kekasih hati ku ler. Tiba2 aku rasa nak jumpa dia sebab sudah 2 minggu tidak ketemu, rindu pun sudah bertandang, jadi aku pergi ke Jalan Semarak untuk mengambil si dia. Mujur si dia boleh keluar.
Kami pergi KLCC, bayar bil dan pergi ke Kinokuniya.

Aku dah beli novel RAM - Cinta Sang Ratu (kesinambungan Bagaikan Puteri). Yeay!!! Walaupun aku tak habis lagi baca Bagaikan Puteri, tapi aku tak sabar2 nak memiliki Cinta Sang Ratu. Nanti beli Hijab Sang Pencinta pulak :)

Lepas ke Kinokuniya, pergi makan. Aku sangat lapar, rasa perut dah masuk angin sebab makan roti canai je tengah hari tadi. Pastu lepak2 dan seperti biasa kena balik awal sebab Aliff tak benarkan aku drive malam2 sangat. Memang aku pun tak nak. Silau!!!

Nak dijadikan cerita, tadi, masa bayar tol, aku bagi RM2.40. Budak tol tu mintak kad aku boleh ternganga pulak. Tak berapa dengar nanye sebab volume radio kuat. Pastu baru sedar, kad aku tak bagi. Then pas bagi kad, dia kata RM2.60 pulak. Cehh tak cukup duit rupanya. Aku bagi 50 sen then tukar2 bagi 20 sen pulak. 50 sen ambik balik. Tersengih2 budak tu layan aku. Sengal sungguh!!! Tu lah, aku ni suka berangan + berfikir. Uwekkk!!! Sampai kat tol pun nak camtu, memang dah melampau!!! :P

p/s: kena tengok on9 Nur Kasih lagi..

p/s/s: tak suka KL yg asyik jam. Macam manalah orang boleh tahan tiap hari layan jam?



Friday, October 9, 2009

Hari rehat

Salam semua :)

Hari ini, Nurulsiqah cuti. Syoknya cuti sehari. Penat kerja 2 minggu.
Sebenarnya boleh je cuti awal lagi tapi saja je pilih hari ni sebab setiap hari Jumaat, aku ada date dengan TV3 jam 9 malam, Drama Nur Kasih :D Boleh je jugak tengok drama ni kat web tapi tak bestlah. Tak feel rasa. Nak jugak tengok kat tv3 pada waktu drama ini disiarkan.
Memang peminat setia Nur Kasih aku ni :)

Suppose hari ini, aku bercadang nak pergi ke Carr4 sebab nak p bayar bil. Tapi fikir2 balik, semata2 nak p bayar bil macam tak berbaloi pulak. Bukan ada apa sangat pun kat Carr4. Nak p Subang Parade pun dah jemu jugak. Nak beli barang pun, kena hold dulu coz less money.
Dan sebab utama, aku malas nak drive!!!

Jadinya, tadi aku pergi Maybank dan transfer duit kat Aliff suruh dia bayarkan bil untuk aku sekali. Dah 2 bulan dia bayarkan bil untuk aku. Maklumlah gf dia ni tak keje lagi. Kesian sayang aku tu. Huhu. Lepas g Maybank, tiba2 teringin nak makan roti canai dan teh tarik. Jadi, pergilah Restoran Lima Bintang (kedai mamak lah ni) dan bungkus makanan yang aku teringin tu. Sampai je rumah jam 12.05 tadi, terus makan. Itulah breakfast + lunch :)

Takde idea lagi hari ini nak buat apa. Maybe rehat2 sahaja di rumah sementara tunggu malam ni date dgn TV3. Hihi. Nak sambung baca novel lah. Sekarang aku baca novel Bagaikan Puteri oleh RAM. Best!!! Laksamana Sunan!!! :D




Monday, October 5, 2009

Rugi beli..

Pagi tadi masa pergi kerja, aku singgah di kedai buku. Nak mencari CLEO tapi still takde lagi untuk bulan nie. Tiap hari mesti aku singgah kedai buku tu.
Nak dijadikan cter, tadi singgah aku p la bahagian majalah artis. Then terpandang kan majalah ni::


Aku terpaku tengok muka depan majalah ni.
Serious, dorang dating??? Biar betul!! Ohh Robert & Kristin!!!
Jadi disebabkan nak tahu love story mereka, aku pun terus grab majalah ni dan pergi kaunter nak bayar.
Tanya2 harga, mak cik tu pun cakap. RM15.50.
Aku terkejut gler. Mahal gler majalah ni. Tak sangka mahal camni. Then, baru aku perasan tag harga kat sisi kiri majalah ni.
Ish kenapalah aku tak perasan harga mahal tu?
Nak x nak, kena bayar jugaklah. Tak kan nak kata tak nak lak tiba2.
Tgh jalan meneruskan perjalanan ke kedai, aku berfikir.
Kenapalah aku beli majalah ni? Kenapa aku tak tunggu malam dah balik kerja nanti, then google pasal love story dorang. Sure berpuluh2 ribu result kuar.
Ish, rugi sangat!!! Dah bertahun aku tak beli majalah selain CLEO tapi ni bila beli mahal sangat pulak.
Dahlah isi majalah pun tak best. Kisah Edward & Kristin pun bukan drpd mereka sendiri. Drpd orang2 yang dipercayai je. Lagilah aku rasa rugi..
Dan, harga majalah ni sama dengan harga lunch untuk 3 hari tau.
Dahlah tengah berjimat ni. Cehhh..

Tu lah, lainkali fikir dulu!!!


Saturday, October 3, 2009

Oh Kerja

Baru sempat update blog pasal diri sendiri :)

Aku sudah kerja sekarang. Dah 4 hari. Kerja biasa je. Aku kerja kat kedai cermin mata depan taman aku. Bosanlah duduk rumah je. Dah lama sangat duduk rumah. Jadi biarlah aku kerja sementara di kedai itu. Gaji memang tak seberapa sangat tapi bolehlah menampung aku at least. Dan dapat jugak timba pengalaman. Hopefully aku akan dapat kerja yang okay yang bersesuaian dengan pelajaran yang aku ada tak lama lagi. Doakanlah aku ya. Nanti aku belanja korang makan :p

Aku kerja 6 hari seminggu dari jam 10.30 pg ke 9.30 mlm. Kerja 6 hari seminggu dan cuti mesti bukan pada hari sabtu, ahad, dan isnin. Minggu depan aku start cutilah. Tak sabar nak cuti!! Penat jugak. Penat duduk je bila customer takde. Mahu aku bawak novel g kerja kang..

Nie pun baru je sampai rumah. Balik je kerja tadi, aku pergi open house kawan mama. Open house macam buat kenduri kahwin. Mana taknya, 10 buah rumah sekaligus nak open house. Punyalah ramai orang. Makanan dah semakin berkurang. Walaupun begitu, aku sempat makan bihun goreng, mee jawa (1st time makan even mama orang jawa), bubur kacang, dan nasi lemak. Banyak menu tapi semua aku ambik sikit2 je tau :D

Okaylah. Aku nak p mandi. Mandi lewat malam je sekarang. Tak elok kan tapi tak boleh tidur pulak kalau tak mandi.

Disebabkan kerja jugak, aku tak berkesempatan untuk melawat blog2 kamu semua. Mana yang sempat jela yang bukak. Nanti ada masa aku jenguk blog kalian okay.

Okay. Okay. Betul nak p mandi ni. Daaa...

Good Night..



Belated Birthday Post

HAPPY 23rd BIRTHDAY SUE!!
30.9.09


HAPPY 23rd BIRTHDAY CHAM!!
1.10.09

May GOD bless both of you :)



Tuesday, September 29, 2009

Kisah Hari Raya 3

Dikisahkan pada hari raya kelima, aku dan Along sekeluarga pergi ke satu tempat khas untuk bawak Haikal jalan2. Sebab tempat tu tempat untuk belajar dan main2. Tahu tak tempat apa? Ala yang kat Mont Kiara tu :)

.::Scroll::Scroll::.

Inilah tempat yang kami tuju
Pusat Sains Negara

Suka tengok ikan2 besar. Terbayang kalaulah cermin tu pecah. Habislah.
Tapi betul ke ikan tu besar, ke just effect cermin je?


Haikal takut dengan dinasour itu okay

Budak yang paling happy dan bising di PSN

Haikal sangat suka tengok image dia dalam cermin ni.
Kerdil!!! :P

Mummy & Daddy pun nak join Haikal jugak

Mr. Clon. Hahahahaha (gelak gaya Aznil in Cicakman :D)

See your future kid's face?


Haikal sudah kenal microscope

Kan aku kata Haikal happy :)

Muka berlagak macam tahu guna sempoa je adik :p

Yaa. Finally gambar aku :p




Mak Lang pun nak jugak!!

Aik!! Daddy pun sama. Teringinlah tu. Hihi
Mummy tolong ambik gambar ye

Nak join ni jugak. Puzzle dinasour

Aku sudah lenguh berjalan

Consequences of smoking.
Ditujukan khas buat Angah & Anjang.
Dan juga pada sesiapa yang merokok.
Rokok membahayakan kesihatan. Berhentilah sebelum terlambat.

Snap pic sndr mesti ada punya :D





Haikal sangat seronok pergi sana. Semua benda dia nak try. Aku pun apa kurangnya :D Dulu pernah pergi PSN ni, join rombongan sekolah. Aku rasa sama je apa yang aku tengok dulu dan sekarang tapi still jakun jugak. Hihi.

Selepas balik dari PSN, kami pergi ke Meru untuk hantar kereta Along ke bengkel. So aku naiklah kereta yang hanya boleh bawak paling laju pun 50km/j. Slow gler sampai aku tertidolah kat bahu Haikal. Hehe.

Lepas settle hal kereta, kami pergi ke Kolam Pancing Udang. Tujuan untuk bawak Haikal kenal apa itu aktiviti memancing. Seronok betullah Haikal kat sana. Dia asyik nak ubah mata kail pancing itu je, camna udang nak melekatkan. Hampir sejam tunggu dan Haikal pun dah mula bosan, then tiba2 tadaa!!! Haikal dapat seekor udang. Happy glerlah dia. Menjerit tu kat sana. Riuh dengan suara dia je. Pastu baru dia semangat nak memancing. Hasilnya Haikal dapat 2 ekor udang dan Abg Ayin dapat 1 ekor udang. Nak masak lemak cili api pun tak lepas. Hihi

.::Scroll::Scroll::.

Pasang umpan dulu

Haikal memancing!! Muka dah nampak bosan sikit tu

Seronoknya dia dapat udang :)


Hasilnya berpuluh2 ekor udang. Sebab mama p beli udang sekilo. Baru boleh masak lemak cili api :p




Sudah habis cerita raya kelima. Raya seterusnya, pergi beraya ke rumah sedare mara yang ada di Cheras dan Meru. Sedare pun datang rumah. Mana yang bagitahu awal, makanlah sedap sikit. Mana yang tak bagitahu tu, makan kuih dan nescafe, teh, kopi sedap yang aku buat jela ekkk :D

p/s: Sudah penat menaip, upload gambar, edit scroll box tapi tak jadi jugak kat center. Nanti aku layan lagi.

p/s/s: Nak tengok Sepi kat TV3. Tengok ramai2 tak nangis punya. Dulu tengok nak nangis tapi kontrol. Bergenang jela :p



Kisah Hari Raya 2

Mood untuk m'update blog sudah kembali :) Ada satu benda yang dah settle dan ada lagi satu benda yang masih belum settle. Takpelah. Take it slowly. Usaha tangga kejayaan :)

Aku nak sambung cerita pasal hari raya aku. Raya sebulan kan, so tak ada istilah lapuk untuk bercerita pasal hari raya selagi tak sampai 30 syawal okay. Hehe

Hari Raya Kedua:

Awal pagi raya kedua, kami sekeluarga bertolak ke Kampung Sg. Gapoi yang terletak di Karak, Pahang. Sampai je kampung, bersalam-salaman dengan atok, tok wan, mak teh, dan sedare yang ada. Seronoknya balik raya!! Rumah atok kali ni ada bertambah 9 orang bakal cucu atok. Hihi. Ramainya atok. Runtuh rumah nanti. Haha. Nanti aku buat introduction siapakah 9 orang bakal cucu atok itu. Apakah? :D Bila balik kampung je, makan memang sangat banyak tambah lagi raya kan. Lagi aku hentam je. Dah tak kira berat badan ke, perut buncit ke, aku peduli apa, yang penting aku makan. Raya nie feel makan tu lain sikit. Hehe

Kat kampung, aku hentam makan laksa, ketupat daun palas, nasi dan setiap satu itu aku makan dengan kuantiti yang agak banyaklah jugak. Lepas makan2 di rumah atok, kami pergi ke rumah atok atas pulak. Haa atok atas tu adalah rumah parents arwah mak. Pendek kata, keluarga parents aku duduk di dalam satu kampung lah. Senang, tak yah berebut nak balik raya. Tapi kami tak pernah tido di rumah atok atas. Kami lebih rapat dengan atok bawah belah ayah. Pergi rumah atok atas, dihidangkan kuih dan aku hentam kuih goyang banyak2. Sedap!!! Lepas tu, pergi rumah Pak Ngah Malik dan makan pulak mee kari. Pergghh memang kenyang gler aku masa tu. Lepas beraya di rumah keluarga atas, turun bawah balik dan lepak je kat rumah sampai malam.


Hari Raya Ketiga:

Bertolak balik ke Subang dan sampai petang. Malam hanya duduk di rumah je.

Hari Raya Keempat:

Mama dah start kerja. So ayah pun dah start kerja jugak. Aku dan Along hanya duduk di rumah saja sepanjang hari. Tak tahu nak pergi mana. Buntu!! Biasa raya kami pergi ke shopping mall tapi tahun ni malas pulak nak pergi. Asyik ke sana je. Malam, kami pergi ke rumah kawan mama, Cik Ros yang masak daging yang sangat pedas..

Dan ya. Akhirnya aku sudah habis baca Breaking Dawn. Serius, Twilight Saga is the best novel ever. Suka dengan jalan cerita vampire sampai aku pun nak jadi Bella, well dapat Edward yang romantik. Huahuah. Aku harap movie Twilight saga akan dibuat sampai Breaking Dawn. Paling nak tengok, part Bella jadi vampire dan jugak nak tengok Renesmee. Aku dah bayangkan baby yang sangat comel tak terkira comelnya untuk watak Renesmee..

Inilah kisah hari raya aku sampai raya keempat. Biasa je. Inilah yang biasa dilakukan setiap tahun. Akan disambung pasal raya kelima yang bukanlah pergi beraya :D