Friday, July 31, 2009

Cerita semakin menarik

Serius aku ingatkan Adam nak tinggalkan Nur. Rupa2nya nak hidup as a real husband and wife..
Waa cepat2 Nur Kasih. Tak sabar nak tunggu next episod. Kenapa lah next episode bukan esok?
Lamanya nak tunggu seminggu..

One Love

video

Just watch the video and the lyric.
The lyric is so touching and sweet!!
Can make you smile and want to dedicate it to your significant one :)

Ohh lagu ni bertajuk One Love - Arashi (Ohh Jun. Hehe). This song is the theme song for Hana Yori Dango Final. Ceritanya pun best!!

p/s: tiba2 teringat lagu ni ketika aku mengemas cd2 yang telah di burn ;)

Thursday, July 30, 2009

Bertemu

Time to post something happy :)

Semalam aku keluar dengan Aliff (happy tau. Hehe). Dia sangat suka sebab katanya orang lain semua tertekan je sebab kerja tapi dia relax je sebab cuti. Hehe. Tujuan utama bayar bil doh. Then jalan2 seperti biasa.


As usual tak tahu nak buat apa, so kami menonton wayang tajuk movie Skrip 7707. Aku nak cakap satu benda je, janganlah tengok movie ni. Tak best, tak takut langsung. Movie tu boleh buat cter dua jam kat TV je tau. Huhu. RM8 terbang gitu je. If tahu aku pilih Hantu Ambulans walaupun tu movie seram dari Indon dan walaupun aku penakut dan movie tu dari luar sebab kami memang mostly tengok movie Malay je (if dengan Aliff). Kata sokong filem tempatan ek.

For the first time, aku kalah bowling dengan dia. Biasa aku menang tau (sebab dia main2 je baling). Semalam betul2 lak dia main walaupun katanya main2 gak. Dan aku bukan pakar main bowling pun. Baling jela :)


Aliff nak jugak ambik gambar aku dengan F1 ni :p

Wednesday, July 29, 2009

Susah sangat ke nak admit kesalahan

Kau nak tahu tak?

Benda tu tak akan bergerak kalau kau tak ubah benda tu. Benda tu tak ada kaki nak bergerak okay. So kalau tak kau yang gerakkan, siapa lagi? Siapa lagi yang guna laptop tu selain aku dan kau??

Kau ingat senang ke aku nak cari semua tu balik. Kau ingat senang?? Naik berpinar aku mengadap nak mencari list tu then tiba2 kau boleh hilangkan.

Okay. Maybe kau tak sengaja. Tapi aku tetap bengang. Bengang aku maybe berkurang if kau at least say sorry kan. Tapi ini tidak, duk nak kata jugak yang kau tu betul. Kau memang pantang ditegur. Huh.

Aku dah lama tak marah orang ni. Ish bencilah perasaan macam ni. Huh

Tuesday, July 28, 2009

Emo Kejap

Eee geramnya aku tengok Sekar ni. Lurus bendulnya dia. Duduk dengar je cakap orang. Tolonglah selidik dan fikir betul2 apa orang cakap. Jangan nak percaya cakap orang je. Huhu.

Okay tahulah. She is trying so hard nak sepadan dengan suaminya tetapi jangan keterlaluan. Oleh itu, jangan percaya bulat2 cakap orang. Dia okay if tak termakan kata2 si Karina tu.

p/s: terlebih emo pulak aku tengok Sekar ni. Huhu

Dream

It's been a long time since I have a dream.
But I have a dream last night.
The dream was sweet, romantic, but unfortunately with a different person.
The person who I cared a long time ago and hurt me.
The person that I want to avoid for the rest of my life.

Okay. Mimpi hanyalah mainan tidur. But why? Why? Why my dream had to include that guy huh? Serius aku tak mahu.

Okay. Mainan tidur. Orang kata a dream will not turn out into reality kan? Okay. Just forget it :)

Teringat dulu aku pernah bermimpi mengenai seorang classmate aku. Dalam mimpi tu memang sedihlah. Dia tinggalkan aku (aku tak couple pun dengan dia). Dan yang paling tragis, aku menangis dalam mimpi tu dan bila tersedar, iya aku menangis jugak. Kalau orang tersebut tahu aku mimpi kan dia sampai begitu sekali, sure dia gelak terguling-guling. Haha.

Monday, July 27, 2009

True Farm

Masih ingat pada cerita mengenai aku first time berkebun dan menanam serai??
Kini serai yang aku tanam telah naik subur :) Dan serai yang aku tanam lagi subur drpd serai yang ayah tanam. Hehe.
Bangga gak sebab first time kan walaupun tanam serai senang lah sangat.


Serai kak lang *aku*

Serai ayah
What difference?


Aku suka gambar ni :p
Actually mama dah delete gambar ni tapi aku ambik balik.
Comelkan? :p

Cakap pasal bercucuk tanam ni, kadang2 orang kata 'tangan panas' tak boleh tanam apa2. Comfirm tanaman tu mati. Tapi terbukti kini tangan aku 'tangan sejuk'. Haha. Entah betul ke istilah tu pun tak tahulah.

p/s: Di FB, aku ada 2 ladang baru :) Selain FarmVille, aku pun main FarmPals dan Barn Buddy. Ada lagi tak application main tanam2 ni? Seronoklah. Tambah lagi for orang yang tak ada kerja macam aku ni. Lagi selalu lah jenguk ladang :)

Sunday, July 26, 2009

Tak Boleh Hidup Tanpa Internet??

Semalam, atok ada meeting kat Mid Valley. Suka atok g meeting :p Dan semalam atok dan Mak Ndak tidur di rumah dan pagi tadi Mak Ndak hantar atok ke kampung. Atok ajak aku pulang ke kampung ambik rambutan, langsat, tapi aku je yang tak mahu. Balik kampung sekali sekala, baik balik lama2 sikit. Nantilah. Aku akan drive sendiri balik kampung :)

Atan dan Intan (anak Mak Ndak) sudah mula mengenali laptop dan internet. Jadi mereka dari sampai petang semalam sampailah lewat malam semalam duk mengadap laptop kerjanya. Tak lama lagi Mak Ndak perlu belikan komputer untuk mereka :) Begitu juga dengan Mamat (anak Pak Ngah). Dia pun duduk mengadap laptop if datang sini.

Apabila melihatkan mereka gilakan laptop dan internet, aku pun teringat pada zaman aku mula2 mengenali laptop dan internet. Terutama internet lah. Jakun gak mula2 dulu tau. Seronok sangat bila dapat duk mengadap internet ni. Macam2 boleh cari. Orang kata, 'Bagaikan dunia di hujung jari'. Memang gian gak lah mula2 dapat tahu kewujudan internet ni. Masa tu kecik lagi :p

Sekarang, dah tak tahu nak buat apa lagi dengan internet selain men-download, blogging, FB, email, cari lagu. Bila dah disogokkan dengan internet sejak sekian lama, jadi walaupun aku tak ada nak buat apa pun, kena gak ada internet. If tak ada rasa macam tak lengkap lak. Samalah juga dengan laptop dan handset. Wajib ada :)

Aliff pun kata yang aku tak boleh hidup agaknya if tak ada internet. Well baby, I dah biasa lah. Hehe

Saturday, July 25, 2009

Try Again

I baked a chocolate cake last night. Tapi sedapnya tak sama macam arwah mak buat.
Akan dicuba lagi. Ganbatte-ne!!

Friday, July 24, 2009

Ungu Karmila

Second novel by RAM yang aku baca. Novel ni best!! Jalan cerita lain dari yang lain. Mengisahkan mengenai puaka yang menghantui Vila Sunyi sehingga telah mengorbankan nyawa Arif, Karmila, dan Jainab (penghuni Vila Sunyi). Rupa2nya bukan puaka yang telah menyebabkan tragedi itu berlaku, tetapi sejenis tumbuhan berbunga. Nak tahu lebih lanjut, bacalah novel ni. Serius best!!

Satu pesanan aku, janganlah baca novel ni malam2 sunyi sepi dalam bilik sorang2, sure korang rasa takut. Rasa cam ada orang perhati je. Tambah lagi aku yang penakut ni. Hehe.

Thursday, July 23, 2009

Selamat Hari Lahir

HAPPY 23rd BIRTHDAY MEHRUL
Pic ni je yang aku jumpa Mehrul. Lain dah burn lor.


Syukur

Bahagian 2: LULUS
Bahagian 3: 17/20 LULUS
Result: LULUS

Hoorayyy!!!
Goodbye 'L', Welcome 'P'!! :)





Gian menanam

Petang tadi (semalam lah), tengok jam pukul 6.40 pm. Jadi aku pun masuk bilik konon nak mandi. Tengok2 katil, terus baring. Dalam hati bercadang hendak baring sekejap dan jam 7 pm nanti bangunlah mandi. So aku pun dengan senang hati baring.

Aku tersedar. Terkebil2. Blur kejap fikir sekarang malam ke siang? Tengok2 aku masih pakai baju pagi tadi. Lepas tu tengok jam. OMG!! Sudah pukul 10.15 pm. Aku pun terus bergegas ambik tuala dan terus ke bawah.

Dalam kepala otak aku ni fikir janganlah mati wahai pokok2 ku :p Sebenarnya, sekarang, aku tengah gila main FarmVille kat FB. Hehe. So ikut2kan jam 8 pm, 9 pm dan 10 pm tadi, ada tanaman ku yang telah fully grown. Cepat kena harvest kalau tak nanti mati. Rugi2!!

Apelahkan. Boleh pulak bangun tidur terus ingat tanaman yang ditanam tanpa mengeluarkan peluh tu. Sebab tu aku berkata dulu yang aku tak nak start main apa2 game kat FB tu, nanti gian. Kan dah gian pun. Duk tengok tanaman je sekarang :p

Jadi, disebabkan aku bangun lambat, so aku tak jadi masak. Mujur lauk tengah hari tadi ada lagi. Aku pun tak makan. Dah lewat benar pun nak makan. Jangan makan seboleh2nya 4 jam sebelum tidur tau. Tapi kadang2 aku hentam gak. Hehe

Sekarang, aku masih tak boleh tidur. Mata memang segar lagi lah. Nak buat apa ntah. Check ladang lah :p

Wednesday, July 22, 2009

Jom Jawab Kuiz

Aku nak post something tapi tak tahu post apa. Jadinya :) aku post lah kuiz2 yang aku jawab di Facebook semalam dan tadi. Aku suka jawab kuiz. Kadang2 jawapan kuiz tu memang sesuai dengan diri kita cuma kita yang tak sedar. Tapi tak lah semua jawapannya betulkan.

Inilah antara kuiz2 yang telah ku jawab. Ambik yang memang sesuai dengan diriku je.

1) Which elements are you? Result: Earth Element

You are a responsible person who values the joys of working hard. You are practical, stable, and (obviously) down to earth. You have to watch out for boredom. Your life needs more romance, adventure, friendship, and fun. You are a solid friend and an ideal partner. You are honest, nurturing, and loyal.

2) Are You Happy? Result: Pretty Happy

You generally have a happy, fulfilling life. But things could be a little better, and deep down, you know it. Maybe you need more supportive friends or a more challenging career. Something is preventing you from being totally happy. You just need to figure out what it is!

3) What Do You Need To Be Happy? Result: You Need Success To Be Happy

You are a responsible and serious person. You like to do things well. Reaching your goals is very important to you, and you don't like getting sidetracked. You feel great when you are mastering new tasks and solving problems. You believe in hard work. Nothing makes you feel worse than feeling like you are doing a back job.

Still looking for something!!

4) What Do People First Notice About You? Result: Your Smile

As soon as people look at you, they automatically as dazzled by your great smile! You have the ability to light up an entire room! Your wonderful smile is what gets you noticed!

Kadang2 aku payah jugak nak senyum nanye :)

5) Temukan Warna Jiwa Anda. Result: Pink

Selalu mencoba yang terbaik bagi dirinya, ringan tangan, peduli dengan orang lain, namun tak mudah merasa puas. Orang yang terhahir dengan nuansa pink ini cenderung memiliki peribadi negatif dan selalu berangan-angan memiliki cinta romantis seperti dalam dongeng.

Hahaha. Yang ayat last tu memang selalu dilakukan. Berangan!! :p

6) Haiwan Berdasarkan Tarikh Lahirnya. Result: Harimau Bintang

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

7) Apakah Nombor Kamu Dan Auranya? Result: Lima

Anda ibarat lalang., pendirian tidak pernah tetap. Anda mempunyai perasaan ingin tahu yg sgt tinggi. Suka melakukan sesuatu yg baru dgn cara yg tersendiri. Tidak kreatif ttp inovatif. Kebiasaanya mempunyai lebih dr satu kerjaya dlm satu masa. Dalam percintaan pula, mereka ini kurang setia dan agak nakal. Namun sekiranya telah berjumpa yg disayangi, mereka akan curahkan 100% perhatian.

Yang ini memang 100% betul!

Jangan Gelabah!!

Aku baru pulang dari last driving class. Esok aku ada JPJ test. Huhu. Aku takutlah. Okay bukan takut sebab JPJ tu, takut aku jadi gelabah je esok. Huhu. Well aku ni dah lah nervous semacam. Aku yakin aku boleh buat tapi bila tengah drive aku jadi blur. Bukan blur sangat, cuma teragak2 bila nak tekan clutch dan sebagainya. Tu yang buat action aku lembab. Huhu. Sampai tadi suppose dah okaylah kan, tapi still berkali2 kena buat semua test yang ada. Aiyoo!! Sebab gelabah dan blur!!! Dan bila dah lama2 drive barulah okay. Aku pun kena warm-up ke?

Aku berharap esok a miracle can happen. A miracle means I'm not in high state of nervous and apa lagi luluslah!! Wish me luck friends!

I really need a car driver lisence!

Tuesday, July 21, 2009

Result perlawanan MU dan Malaysia semalam: MU 2, Malaysia 0. Okaylah walaupun tak berjaya menyumbatkan gol tapi katanya team kita bermain dengan bagus dan semangat. Teruskan usaha team bola sepak Malaysia!!

Utusan online, AzizulHasni akan menyertai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang akan diadakan di Kalimantan, Indonesia pada 15-20 Ogos ni. Walaupun dia busy with his study kat Deakin, still gak join. Go Malaysian Cyclists!!

Dan semalam, tengok ulangan Anugerah Planet Muzik 2009. Emm bosanlah. Persembahan pun tak menarik perhatian aku termasuklah persembahan Datuk Siti. Tapi baju dia lawa!!

I Have Decided

Perbualan ini berlaku semasa lunch semalam..

Ayah: Ayah rasa Kak lang tak payah kerja dulu. Terus sambung master je. Boleh ke?
Aku: Emm. Kak lang nak kerja dulu sebab nak cari duit. Lagipun tak ada mood nak belajar lagi buat masa sekarang ni.
Ayah: Oooo. Ingatkan sambung je la terus. 1 setengah tahun je. Tak lah lama sangat.
Mama: Haah. Pejam celik dah habis. Macam dulu pun Kak lang kata tak nak duduk Kelantan tapi sekarang dah habis pun. Kejap je 4 tahun. Ni lagi singkat.
Aku: Tengoklah dulu. Kalau Kak lang tak dapat kerja yang sesuai dengan kak lang, kak lang sambung master lah.
Ayah: Ok lah camtu.

Sebenarnya,

Aku nak kerja sebab nak kumpul duit untuk diriku dan ours. If sambung master, aku tak boleh kumpul duit. Dan if sambung master, aku nak terus ke PhD. Berapa tahun dah tu?

Belajar itu penting. Aku tahu. Tapi dalam masa yang sama, aku dah merancang benda lain jugak.

Sambung master lepas kahwin pun orait gak kan? Perancangan aku. Okaylah akan dikatakan lepas kahwin nanti ada anak, busy with family etc. So lagi payah nak continue but at least I have my love one beside me in a legal relationship. That's what I want.

Others, yeah, I want money!! I want working experience!! Totally, belajar dan kerja lain. Oleh itu, Insyallah, ada peluang, aku akan meneruskan pengajianku pada masa akan datang.

Monday, July 20, 2009

Terpikat :p

Tengok Bio-Nik tadi tak? Hehe
Kamal Adli nyanyikan 'Lagu Kita' diiringi gitar sempena birthday Aina.
So sweet!!! Terpikat aku kat dia :p
Kamal Adli, I like you!! Hehe

Go Malaysia!!

Semua orang tahu!!
Hari ni akan diadakan perlawanan kedua antara Malaysia dan Manchester United.
Maybe MU akan betul2 menunjukkan belang mereka.
Tapi Malaysia pun akan buat yang terbaik..
Sapa nak kalahkan? If kalah pun, tipis tak apalah macam kelmarin.
Malaysia!!! GO!! GO!!
Aku akan sokong kamu Malaysia sebab aku warganegara Malaysia :)

Penyokong MU yang warganegara Malaysia, tolonglah sokong Malaysia. Tahulah Malaysia tak setanding MU, tapi adanya kita sebagai penyokong boleh meningkatkan semangat team Malaysia. Jangan rasa penat untuk menyokong negara sendiri okay!!

Selamat Hari Lahir

HAPPY 23rd BIRTHDAY BAHAR!!!
Si tinggi lampai :p

1-Moga sentiasa happy bersama family, si dia, rakan2..
2-Belajar rajin2. I know the subjects are a little bit difficult but i also know u can make it.
3-Janji untuk belanja aku pizza masih belum ditunaikan. Aku akan tuntut Bahar!! Ko tahu aku camne kan? Hehe
4-Thanks sebab sedia bersama aku yang macam2 ni :p Kau memang sabar :)

Sunday, July 19, 2009

NEW!!

Perasan x? Perasan x?
If tak perasan tak tahulah nak cakap apa. Hehe
Layout baru :)
Cantik tak? Simple je..
Dan akhirnya apa yang aku edit sudah keluar nyata. Yeay!!
Tidak ada masalah untuk edit lagi :)

Home

Assalamualaikum..
Aku sudah pulang dari sport conference.
Penat!! Ngantok!!
Tapi nak basuh baju dulu.
Serabut tengok baju tak dibasuh.

Perihal conference akan diceritakan nanti ye.

Monday, July 13, 2009

Tak Sedap Hati, Pelik..

Pagi tadi, aku tengok ada dua plastik yang mengandungi tin laici dan maggi kari setiap satu betul2 di dalam pagar rumahku. Aku tertanya2 kepunyaan siapa plastik itu. Adakah orang sedekah ke? Tapi if sedekah tak akan tak ada diletakkan nama? Aku tetap mengambil plastik itu dan hanya meletakkannya di atas kerusi di luar rumah. Aku tak berani nak terus membawa masuk ke dalam rumah. Ntah kenapa aku rasa tak sedap hati.

Aku tunggu sehingga ayah mama pulang dan bertanyakan mengenai plastik itu. Rupa2nya, plastik itu ada di atas bonet teksi ayah semasa ayah pergi kerja dan ayah letakkan plastik itu di atas tong sampah rumah. Ayah rasa pelik dengan plastik itu sebab itu letakkan ia di atas tong sampah. Dan jiran sebelah yang meletakkan plastik itu di dalam pagar rumah kerana dia tahu itu adalah plastik berisi makanan.

Tapi bila ditanya, jiran sebelah menyebelah tiada pulak yang dapat plastik berisi makanan itu. Itu yang membuatkan aku sekeluarga pelik. Kalau nak sedekah, mestilah sedekah kat semua rumah kan. Takkan nak pilih2 rumah kan.

Serius. Aku sudah memikirkan perkara bukan2 apabila tahu perkara itu. Aku takut plastik itu mengandungi benda lain yang kami tak tahu. Pendek kata, kena dek buatan orang. Aku fikir benda camni kerana sudah 3 orang ahli keluarga ku yang pernah kena buatan orang. Aku tak sanggup tengok perkara itu berlaku dalam keluarga aku lagi. Cukuplah!! Sekarang, walaupun dunia sudah maju tapi perkara sebegitu masih dilakukan oleh orang yang bengong dan tidak memikirkan balasan yang akan diterima kelak.

Atau mungkin itu kepunyaan pengangkut sampah? Dorang beli maggi dan tin laici itu untuk makan dan tertinggal di atas bonet teksi ayah? Mana tahu kan.

Aii aku ini suka memikirkan benda2 cmnie. Sebab tak tahu perkara sebenar. Huhu.

Ya Allah. Jauhilah keluarga ku drpd perkara2 yang tidak diingini. Selamatkanlah kami drpd hasad dengki orang lain. Amin..





Tiada semangat!!

Esok pagi, aku akan berangkat ke Kelantan dan berada di sana selama 4 hari. Aku pergi ke sana untuk menghadiri sport conference yang aku katakan dulu.

Biasanya jika aku mahu pergi ke mana2, aku akan persiapkan barang2 aku 2 hari sebelum bergerak. Punyalah awalkan. Memang begitulah aku. Dan kalau boleh 1 wardrobe tu nak bawak.

Tapi kali ini, tidak begitu. Emm ntah kenapa aku tiada mood, semangat untuk pergi. Walaupun dulu diriku terasa amat teringin untuk pergi, tapi kali ini aku pun tidak tahu ke mana perasaan itu pergi. Dulu semasa 2nd year di USM, kami telah menjadi Milo girls iaitu girls yang membantu sepanjang conference itu diadakan. Dan semasa itulah aku katakan bahawa satu hari nanti aku akan terlibat dalam conference ini sebagai peserta, bukan pembantu lagi.

Tapi kini, apabila peluang itu datang, dah jadi tiada semangat untuk pergi. Adakah kerana aku sangat sukakan suasana di rumah? Pendek kata tidak melakukan apa2. Dalam erti kata, malas!! Huh. Adakah kerana aku merasakan bahawa diriku tidak layak berada di sana bersama mereka2 yang pakar dalam bahagian sains sukan masing2? Tidak!!Tolonglah jangan berfikir sampai begitu sekali. Conference ini adalah untuk belajar something new, berkongsi pendapat dan pengetahuan. Aku kena berasa happy dan teruja untuk menghadiri conference kali ini. Tambah lagi budak baru belajar seperti aku.

Jadi, tingkatkan semangat. 3 hari je conference tu beb tak matinya g sana :p Jangan sia2kan.

Edit: Ish jangan cakap pasal mati. Terlepas cakap lak. Huhu

Saturday, July 11, 2009

Kerajinan menaip sudah kembali :)

8 hari!!

8 hari sudah tidak diriku mengupdate blog sendiri ini (baru 8 hari dah kecoh. Hehe). Habuk pun sudah mula mahu menapak. Bukannya apa, aku dalam mood malas walaupun menaip itu hobi aku. Lagipun tak ada cerita sangat pun. Life aku seperti biasa je. Yang pasti, title penganggur masih melekat dalam diriku..

Apa yang aku nak ceritakan dalam post ini ya? Cerita apa yang aku telah buat dalam masa aku tidak m'update blog ini lah. Apa lagi nak cerita kalau tidak itu. Iya tak?

Okaylah. Dimulakan dengan aku pulang ke kampung ku 4hb lepas sempena musim durian :) Jadi tujuan utama pulang ke kampung adalah untuk makan durian. Kat sini pun ada durian tapi keseronokan makan durian kampung nie lain tau :) Sesampai saja di kampung, terus membuka durian. Mama mendahului. Mama memang sangatt suka durian!!

Kali ini pulang ke kampung membawa bersama Kak Eliz sekeluarga. Kalau korang tak tahu, Kak Eliz ialah kakak tiriku. Seronok mereka berada di kampung. Dan for the first time, Kak Eliz melihat pokok durian!! Hehe. Dia sukakan suasana kampung tapi sayangnya keluarga tinggal di bandar. Depan rumah atok,ada pokok durian. Bergayut2 buah durian cuma tak gugur lagi je. Aku ada kat sana durian tak nak gugur. Mogok!! :D

Khamis lepas, aku pergi ke Muar. Aliff cuti dan aku pun tiada kerja so pergilah melawat bakal keluarga di sana :) Hanya 1 malam aku berada di sana. Berjalan2 di Wetex dan terserempak dengan Abby, kawan Aliff di sana. Dia Chinese, sudah berkahwin dan ada seorang anak. Dia comel!! Lawalah dalam kategori Chinese girl.

Kadang2 apabila melihat rakan2 sudah kahwin dan mempunyai anak, aku jadi cemburu sedikit. Hehe. Well sebab mereka sudah mempunyai keluarga sendiri sedangkan aku masih lagi mencari hala tuju hidup. Itu cemburu yang positif okay. Membuatkan aku juga mahu mencapai apa yang aku hendak sebelum decide nak kahwin. Oleh itu, kerjalah. Boleh start preparing untuk kahwin. Gatal dah!! Hahahaha.

Cakap pasal kahwin, Angah dah bersuara untuk melangsungkan pertunangan akhir tahun ini. Kita nantikan bilakah official date nya :)

Aku telah habis menonton Gokusen 1 lagi :p Walaupun banyak drama lain yang belum ditonton, tapi aku nak gak menonton Gokusen. Tiba2 rasa nak tengok Matsumoto Jun!! :p

Dan dalam masa yang sama, aku telah habis membaca novel karya Ramlee Awang Murshid iaitu Rahsia Perindu. 1st novel yang aku baca oleh pengarang ini. Itu pun sebab aku sudah mula bosan dengan novel yang bertemakan cinta saja. Jadi trylah karya Ramlee. Ternyata best novel ini. Membuatkan aku nak baca tanpa henti dan tertanya2 apa ending nya. Dan iya, konsep cinta tetap ada tapi diolah dari sudut yang berbeza. Oleh itu, aku telah membeli novel Ungu Karmilla. Aku mahu membaca novel karya Ramlee lagi. Ohh ya, Rahsia Perindu tu pinjam kat Mak Teh :)







Friday, July 3, 2009

Merindukanmu - D'Masiv


Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Dengarkan aku ku merindukanmu


p/s: Suka lagu ni :) OST Sekar. Disebabkan aku menonton sinetron ini, aku pun meminati lagu temanya. Kadang2 aku suka lagu kerana lagu itu menjadi lagu tema cter. Sayu je dengar lagu ni :) Lirik best!!

Haikal..

Cita-cita Haikal: Bomba
Hobi Haikal: Main game

Haikal nak ikut jejak langkah Tok Ayah jadi seorang ahli bomba :D Cita2 Haikal pada usia 5 tahun. Kita tunggu tahun depan apa lak cita2 abang :) Plus,Haikal's hobby can also be watching daddy playing games. And must win!! :p

Thursday, July 2, 2009

Lajulah sikit..

Streamyx lembab sekarang. Kadang2 terus disconnect. Pastu kena connect balik. Huh. Someone told me that streamyx is repairing something. Selepas itu, streamyx akan jadi laju gler. Hope so!!

Laptop aku pun adik beradik dengan streamyx gak. Makin lembab. Maybe ada virus yang tak dapat detect semakin berleluasa dalam laptop tu. Aiyoo virus, I hate you!!! Jadi sekarang, I'm using my mum's laptop and the broadband :)

I had completed Chuck Season 2. Akhirnya habis juga ku download the rest episodes. And Chuck Season 3 is coming out maybe next year. Yeay!! Nak tengok Chuck yang sudah pandai berkungfu :p

Wednesday, July 1, 2009

Tiba2 Terasa Rindu


Rindu pada kehidupan sebagai seorang pelajar di USM.
Rindu kat geng masak2..
Rindu nak pergi ke sports sc lab mostly everyday.
Rindu nak jumpa Dr.Mat yang selalu nampak serabut. Maaf Dr.Mat. Hehe.
Rindu nak tengok Adot dan En.Fezi, Adot dan Dr.Mat bertekak. Hehe.
Rindu nak keluar jalan2.
Rindu nak perform as syndrome down again :p
Rindu nak belajar balik.
Rindu pada masa2 lalu di sana.
Rindu nak berada dalam bilik DM3/161 (blok paling kerap tiada elektrik dan air berbanding dengan blok lain). Tapi aku still suka!! Sebab single room :)
Rindu nak menari. Huhu

Pendek kata, I miss everything there.

Perasaan ini datang selepas Adot call kata mereka ada di sports sc lab bersama En.Hafezi. Nak join gak!!

p/s: Adot, Ain, dan Syam!! Congrats ambik master. Do your best okay. Buat research dan belajar molek2 des. Hias rumah lawa2. Nanti aku dan Cham datang check :) Jumpa nanti masa sport conference!!

p/s/s: Bila belajar, tak habis2 bertanya2 bila nak habis belajar. Bila dah habis belajar, bertanya2 bila nak start belajar lagi. Apa nak jadi??