Monday, April 12, 2010

tabahlah wahai hati

Aku nak lari..

Lari meninggalkan segala2nya
Lari menyepikan diri
Lari mencari ketenangan
Lari mencari arah hidup ini
Lari mencari apa yang diriku mahu
Lari untuk memahami diri sendiri..

Tapi, jika aku lari,
Itu bermaksud aku sudah mengalah..
Itu bermaksud aku lari drpd masalah,
Lari drpd kenyataan..

Oleh itu,
Walau apa pun, aku akan tetap berada di sini.
Biarlah aku terluka, biarlah aku memendam rasa..
Kerna, aku tahu, ini balasan yang harus aku lalui..
Aku harap aku sabar dan tabah mengharunginya..




Tuesday, April 6, 2010

Sudah Gler Kaki Novel

Korang pernah dengar KAKI NOVEL tak?
Pada peminat novel tempatan, mesti ada antaranya yang sudah tahu mengenai KAKI NOVEL kan..

Kaki Novel menerbitkan novel2 Melayu yang best bangat!!!
Aku baru saja mula mengenali novel2 terbitan KAKI NOVEL.
Selama ini asyik membaca novel2 terbitan Alaf21 je.

Novel2 terbitan KAKI NOVEL yang telah dibaca: Biarlah YM Berbicara & Sepupuku Suamiku.
Baru 2 je pun, tapi serius jalan cerita best!! Tak jemu dibaca + lawak yang menggelikan perut :D

Kepada peminat2 novel di luar sana, trylah baca novel2 drpd KAKI NOVEL.
Tak rugi punyo..



Thursday, April 1, 2010

Silalah berhenti merokok!!

Hari ini dunia digemparkan dengan penemuan terbaru Professor Simon yang mengatakan “Rokok mengandungi sel darah babi”.
Aku terkejut mendengarnya. Selama ini, memang semua dah sedia maklum dalam rokok tu terkandung pelbagai jenis bahan kimia yang memudaratkan, tapi tak pernah pulak terfikir rokok mengandungi bahan yang diHARAMkan.
Sudahlah, mostly smoker adalah orang Melayu@Islam!! Setuju tak??

Walaupun perkara ini masih dikaji, tapi pada perokok di luar sana, sila2 lah berhenti merokok.

Udah2 ler tu. Letihlah tengok asap berkepul2 nie.
Kalau menyegarkan takpe jugak, ini lagi menyesakkan dada je.
Mencemarkan udara yang aku sedut tiap hari. Hoho

Pada 3 lelaki dibawah, anda diwajibkan berhenti merokok!!

- Kekandaku (Angah)
- Adindaku (Anjang)
- Kekasihku yang sudah start merokok balik, Huh (Aliff)

agak2 mereka ini akan berhenti ka??Huhu