Thursday, March 17, 2011

Memori,,Kenangan..

Memori atau kenangan senang untuk dicipta, tapi sangat sukar untuk dilupa.

Sebab apa??

Sebab memori itu sudah dilakarkan dalam hidup kita. Sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Jadi, mana mungkin kita lupakan memori itu.

Ingatlah segala memori sama ada suka atau duka kerana sesungguhnya kita tidak boleh sesekali melupakan segala memori yang ada. Mulut kata sudah lupa tapi hati, akal, dan fikiran mengatakan tidak sebenarnya.

Memori yang indah, ingatilah selalu agar kita sentiasa gembira kerananya.

Memori duka, janganlah dikenang selalu. Boleh dikenang dan dijadikan sempadan dalam apa juga perkara yang mendatang dalam hidup, cuma janganlah dikenang hingga boleh membuatkan kita sedih dan mengalirkan air mata (tambah lagi pada orang seperti aku yang kememe nie).

Dengan memori yang tercipta dalam hidup ini, kita akan lebih tabah untuk meneruskan hidup kerana memori itu akan menemani kita sehingga ke akhir hayat.

Lagu yang sering aku dengar dan menyanyi sorang2 dalam bilik pada waktu malam, Memori Tercipta - Shahila. Sedih dan entah mengapa hampir mengalir air mata apabila mendengar lagu nie. Shahila menyanyi dengan penuh perasaan hingga aku tersentuh atau aku yang memang sensitif ya amat??


Wednesday, March 16, 2011

ITT FIRST QUARTER TREAT AND APPRECIATION DAY!!!

Jam 12 pm pada 15 Mac 2011, my team, ITT team mengadakan satu jamuan yang dinamakan seperti tajuk entry ini :) Ini adalah first jamuan makan yang diadakan selepas kami ditempatkan mengikut service product. Sebab itu namanya first quarter. Maybe dalam satu tahun ada 3 quarter kot, jadinya ada 3 jamuan makan lah. Best2!!! Makan yang best!!! Hahaha. Ohh ya, Dress code: Black & White.

Kami dihidangkan dengan banyakkkkkkkk makanan. Banyak sampai aku nak termuntah balik (sebab makan banyak, Haha). Ada Pizza Hut, puding karamel, oreo cheese cake, brownies dan menu utama, Nasi Udang (my manager masak, Kak Sha). Sedap ooo nasi udang tu, aku tak pernah makan nasi udang, makan nasi putih + udang memang dah biasalah. Kak Sha kata dia guna beras mati untuk masak nasi udang, dalam hati aku tertanya2, beras mati camne?? Pernah dengar tapi kenapa panggil beras mati ek? Confius kejap! Maaflah kalau bab masak2 nie, memang aku failed!! :D Cadang nak mintak resepi tapi lupa sampai ke hari nie. Kalau ada resepi pun, tak tahulah tahun bila aku nak masak. Haha

Sebelum kejadian makan2 berlaku, ada acara penghargaan untuk Best Checker in ITT, Best Processor in ITT, Best Staff who can process payments of more than one country, dan Best Dress. Best Checker goes to Kak Wan Aziah who is my checker, Best Staff for processing more than one country payments goes to Stephanie.

Dan cuba teka, siapa dapat lagi 2 anugerah tu????? Ehem ehem ehem, it's ME!!! :D

For Best Processor in ITT, Kami processor have to process 500 and more payments. Setiap hari aku process more than 500 payments and up to 1000 and more. Achieve productivity everyday and thats the reason why I've been chosen as the Best Processor in ITT. Terima kasih banyak2 for my manager, Kak Sha for this award. Really appreciate it :)

Dan 2nd award for Best Dress, serius aku tak sangka yang aku boleh dapat for Best Dress. Ketika nama aku disebut, aku terpinga sebentar dan happy tetiba sebabbbb aku tak pernah dapat apa2 anugerah for best dress. Kalau pergi dinner memang tak pernah dapat title tu, coz for sure ramai lagi yang berpakaian gempak. Setakat jamuan kat pejabat, bolehlah menang. Haha. Maybe sebab aku betul2 mengikut tema dengan baju putih + hitam with white slack. Kak Tini dan Carol (manager) yang suggest aku. Well, terima kasih lah ye :D

Best Dress

Best Processor in ITT

Kamilah gadis paling CUN in ITT team :D

Will be on my desk all the time

Only this pictures were taken using Yun's BB. Gambar lain entah ada dalam kamera sape pun tak tahulah...

Looking forward for next quarter treat!!!



Monday, March 14, 2011

Biarkan semuanya hanya di sini

Setelah bertahun aku blogging, baru sekarang, secara officially-nya, aku dengan berbesar hati meletakkan my blog url di Facebook dan Twitter. Dulu, aku tak nak letak, tak nak orang tahu yang aku ada blog. Sebab aku nak kebebasan bersuara, if ramai tahu blog aku, aku jadi tak selesa untuk open my heart here. But now, aku tak kisahlah. Biarlah semua orang tahu (rasa nak nyanyi lagu Rem lak :D) yang aku ada blog.

Blog ini hanya berkisar mengenai hidup, perasaan, segalanya mengenai aku dan orang2 di sekeliling. Aku jenis orang yang tak banyak cakap tapi suka bertanya. Aku lebih suka pendam segalanya dalam hati, tak gemar cerita kat orang. That's the reason why I chose to blogging. Nak menceritakan di sini. Aku lebih selesa menaip bercerita di sini.

Aku cuma berharap agar pada sesiapa yang baca blog ini, do please biarkan semua cerita mengenai aku hanya di blog.

Ini blog aku. Jadi ikut suka hati aku nak taip nak cerita apa. Pada yang suka, baguslah, pada yang tak suka, dialu-alukan pergi..

p/s: amatlah digalakkan anda blogging untuk mencurahkan isi hati dan mengisi masa lapang :)

Sekian....



Sunday, March 13, 2011

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta

Sudah sekian lama, post ini hanya menjadi draft sahaja. Malasnya nak update, taip panjang2. Hari nie aku rajin sikit so taip lah :)


Aku pergi menonton teater ini pada 5 Mac 2011 bersama my colleagues, Nadiah, Rina, dan adik Nadiah. Tepat jam 8pm, kami tiba di Istana Budaya. Gelabah jugak masa on the way g IB, takut tak sempat sebab jem sangat teruk pada hari itu. Dari mana datang kereta banyak2 kat KL nie, sabtu pun jem sama aje cam weekdays. Atas kepakaran Aliff drive, kami sampai jugak sebelum teater start. Ohh ya, Aliff jadi driver hari itu. Hehe. Sayang Aliff banyak2!! :D

Overall, this teater best jugak! Bukanlah sangat best cuma best lah jugak. Apa ayat aku nie? :p Teater nie mengisahkan 5 kisah cinta. Tak payahlah aku nak terangkan apa 5 kisah cinta tu, sila google sendiri ye. Berlambak kat google tu!

Teater nie berjaya membawa 5 kisah cinta itu ke dalam hati penonton iaitu AKU. Teater nie jugak menampilkan pelakon yang berbakat seperti Latiff Ibrahim, Safura, Tony Yusoff, Vince, Deja Moss, Anding, Faradhiya, Shajiry, Norish Karman, Nadia Aqilah dan sebagai pelakon pembantu, Leya Hot Fm dan pelakon drama Syurgamu Ramadhan, Nabil.

Pemilihan lagu best dan tepat dengan jalan cerita yang dipaparkan. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Permata Untuk Isteri, Seribu Impian, Cinta, Itu Kamu dan Belaian Jiwa.

Ini set yang digunakan semasa pementasan teater ini. 6 kiub bergerak yang menggabungkan 5 kisah cinta. Aku tak berapa suka pada prop yang digunakan iaitu kiub bergerak nie lah. Bagi aku, teater jadi bosan bila the same prop digunakan bagi setiap scene. Memanglah kiub nie bergerak ke depan ke belakang for each scene tapi tak syok lah. Sama jeeeeeeeeee sampai habis. Disebabkan itu aku tak berapa teruja!

Keseluruhannya, teater ini best jugak! Pemilihan pelakon, lagu yang tepat, dan gerak tari yang menarik (membuatkan aku nak menari bersama, Hee~), cuma prop saja yang kurang!

Antara gambar2 yang diambil :)

Tony Yusoff mesra alam :D

Arina with Nabil (pelakon drama Syurgamu Ramadhan)

Nabil ialah sepupu Aliff, di luar macam budak2 tapi bila on set, gler handsome!! :)

With salah seorang pelakon tambahan, Tak ingat nama dia tapi aku suka watak dia dalam teater nie :)

Anding sangat handsome okay!! Jejaka sebelah Anding pun handsome jugak dan jejaka itu saya punya!! *smile*

Luahan hati - Love Quotes :)

Sekian.....

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa 10 stars!!!


Aku nak sangat tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa sebab lagu Sedetik Lebih - Anuar Zain, dan trailer yang menarik dan berjaya membuat aku bertambah2 nak tengok filem nie.

Tadi, jam 12.30pm , tengok filem nie di One Utama. Personally, filem nie memang best!!! Best gler!! 10 stars aku bagi untuk filem nie. Serius, tak pernah tengok filem Melayu begini hebat, cerita perang2 dengan pelakon yang hebat dan jalan cerita yang menarik. Aku tak tahu cerita sebenar Merong Mahawangsa jadi tak tahu sama ada filem ini ikut real history @ ada edit. Entahlah. Cuma yang ingin aku katakan, two thumbs up for this film. Tabik for Yusry KRU as the director dan KRU Studios. Keep up the brilliant work to make this kind of movie in the future!!

Dalam filem nie, aku suka sangat dengan ehem2, semestinya Stephen Rahman Hudges as Merong Mahawangsa dan Jing Lu as Puteri China. Macam padan je mereka kan :D

Aku suka sangat jugak, Hehe, dengan Marcus, Putera Rom :) Nama sebenar dia, Gavin Stenhouse. Dia bukan single and available ye, sudah menjadi kepunyaan, bf kepada Sharifah Amani!! Perghhhh gler hebatlah Amani, boleh pikat lelaki kacak dan gagah seperti Marcus. Hehehe

Sesiapa yang belum menonton filem ini, sila pergi tengok sebelum habis tayangan. Tengok filem di panggung wayang tau, jangan beli DVD, tak syok nanti :D




Sunday, February 27, 2011

Yesterday Journey

Seawal jam 7am (aku 'off day', jadi 7am tu dah awal tau :p), aku dikejutkan Ayah dengan berita yang Tok Wan masuk ICU semalam. Sepantas kilat aku bangun dan menyumpah diri sendiri kenapalah aku tak iron baju siap2 kelmarin. Sepatutnya baju dah diiron kelmarin sebab semalam, Sabtu, memang ada plan mahu pergi ke Jengka 24 to attend a wedding. Sedare belah mak jang aku punya anak kahwin (apa punya description da).

Dipendekkan cerita, jam 8.15am kami bertolak dari rumah dan sampai ke Hospital Bentong jam 9.30am. Rasa lega bila tengok Tok Wan dah dipindahkan ke wad biasa. Walaupun bukan masa melawat, kami dapat jugak masuk ke wad atas keprihatinan nurse di situ. Maklumlah,kami datang dari jauh dan ada hal lain. Kami melawat Tok Wan lebih kurang 15 minit sahaja sebab Tok Wan dibawa ke bilik X-Ray untuk xray ginjal. Kata doctor, nak check ginjal Tok Wan okay ke x. Tok Wan degil sikit, tak nak makan, tak nak minum, ginjal pun payah nak berfungsi lah kalau tak cukup air. Bila Tok Wan dibawa pergi, kami pun bergerak ke Kg. Sg Gapoi (rumah atok) untuk mengambil Mak Teh.

Jam 11 lebih bertolak dari rumah atok ke Jengka 24, aku ingatkan dekat!! Dengar macam dekat je dan setahu aku kalau Jengka 24 lagi dekat daripada Jengka 1 ke. Maknanya angka lagi besar lagi depan tempat tu, kalau angka lagi kecik, lagi jauh ke dalam tempat tu. Jalan punya jalan, akhirnya jam 1.30pm, kami sampai ke rumah pengantin. Itu pun sesat dalam Jengka 24 jugak. Ada blok2 pulak dalam Jengka 24. Aku baru tahu. Hehe.

Sampai je, pengantin sudah pun bersanding, tak ambik gambar dengan pengantin coz aku tak kenal. Makan2 , lepak2 dan terus balik. Ohh ya, tema wedding colour hitam dan oren. Pekat gler colour oren. Bagi aku, kombinasi colour tak berapa sesuai kot!! Hehe, Tapi, kalau hantaran dan bunga telur colour hitam, memang cantik!!

Jam 4 lebih baru bertolak pulang dari Jengka 24. Singgah di Temerloh minum petang, dan aku sangat2 tak selesa sebab sengugut!! Rasa nak baring je. Huhu.

Nak dijadikan cerita jugak, semalam kami sesat on the way balik ke rumah atok. Boleh kan sesat pulak. Haha. Ayah nak ikut jalan dalam, jalan yang dikelilingi oleh hutan lah, tup2 tak jumpa jalan, berpusing2 kami di Triang sampai akhirnya pergi ke Balai Polis tanya jalan. Hehe. Dan jam 7.50pm, sampai rumah atok. Lagi lama masa balik dari pergi, dan jam 9.15pm bertolak balik ke KL dan sampai rumah jam 11.20pm.

Sampai je rumah, on handset dan tengok ada mesej drpd Saba (GEMS) ajak g bowling hari nie. I’m so sorry tak dapat join. Disebabkan semalam dah balik kampong, jadi hari nie hari mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya. Dan aku penat!! Maybe lainkali aku join ye. Rugi lak rasa tak kuar dengan mereka. Lama dah tak ketemu..



Tuesday, February 22, 2011

Rasa Bersalah..

Aku rasa bersalah kerana tak bagitahu perkara sebenar pada dia. Bukan aku tak nak bagitahu, aku cuma rasa tak sampai hati nak cakap benda sebenar. Sebab aku tahu dia tengah konfius pasal diri dia, kerja dia, jadi aku tak nak bagitahu perkara yang boleh buat dia lagi rasa down. Aku akan bagitahu dia, aku dah bercadang nak bagitahu dia tentang perkara nie esok, tapi sayangnya someone dah bukak cerita dulu pada dia. Dan sekarang dia dah dapat tahu daripada orang lain, Pastinya dia rasa dirinya disingkirkan. Percayalah.. Itu bukan niat aku. Do please forgive me. Hope she's okay tomorrow. Terus terang, aku takut menunggu hari esok. Huu



Monday, February 21, 2011

Back to Basic Exam

Lega!!! Sudah habis exam yang membuatkan aku tidak boleh tidur dengan lena dan buat aktiviti tanpa memikirkannya. Hebat sungguh penangan exam nie! Nie semua sebab passing marks 98%. Tadi, Kak Sha, my manager, cakap yang sebenarnya passing marks bukanlah 98%. Saja je cakap camtu nak bagi semua orang berusaha lebih sikit. Bertambah lega aku dengar. Insyallah aku pass. Yakin boleh!!! :D

Regarding exam tadi, kami kena jawab online. Bila dah siap semua, klik button 'Finish', then tertera 'Access Denied'. Kenalah print manual pulak. Tak kisahlah asalkan dah siap test.

Aku boleh rasa lega untuk sekejap je kot. Sebab next month, menurut kata Kak Wan, akan ada test lagi. 3 tests mengenai Risk dan wajib lulus jugak lah. Pasti!!

Selamat berusaha!!!

Dan fokus bila perlu sahaja ye! :p