Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Salam Aidilfitri

Salam semua. Beraya sakan ke tahun nie? Bestnya korang kan :)

Aku seperti tahun2 yang sudah, b'kerja di hari raya. Sayu hati nak tinggalkan rumah masa hari raya pertama. Huhu. Semua adik beradik ada di rumah. Aku pulak yang kena kerja. Selama nie Anjang dan Angah pun ada turn kerja jugak. Tahun nie aku sorang je. Sedih :( Bergenang airmata di tempat kerja. Tetiba je.

Takpelah. Next year aku nak cuti raya. Sebab tue kerja jugak tahun nie. Tapi sebenarnya aku sangat berharap agar aku boleh pergi sebelum raya tahun depan. Insyallah. Doakan ye.

Well berbalik pada hari raya. Wee ~ Walaupun kerja, baju baru tetap dibeli. Hehe.


First day Raya, aku pakai maxi dress. Even dress nie mahal jugak, boleh dapat lagi murah di tempat lain, tapi aku tetap beli sebab nak warna hijau nie. Tema family this year. Rembat jela. Lagipun malas nak cari dah.


Dialah peneman aku di pejabat untuk 2 tahun berturut2. Next year dah tiada Tasha. Dia sudah resigned. Sedih :(



Erysya comel dengan peplum hijaunya :) Bukan main bergaya. Siap ada beg. Senang nak letak duit raya. Hee.


Sempat bergambar dengan Along je pada hari raya pertama. Nak cepat pergi kerja. Huhu. Itupun dah lambat sebenarnya. Huhu.



Tak cukup dalam gambar nie. Aku tiada. Sob. Sob. Anjang, Along, dan Angah.


My family pada hari raya pertama. Anjang ambik gambar nie. Hijau dan coklat bergabung :D

Okay. Done. Entry mengenai hari raya pertama. Malaslah nak taip panjang2. Bukan ada cerita pun sebenarnya. Hehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir Batin. Semoga berbahagia di hari lebaran ini :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 4, 2013

Nur Surfina Haidah :)




Baby girl yeayyyy! Anak saudara aku yang ke3, Nur Surfina Haidah selamat dilahirkan melalui pembedahan pada 29 May 2013. Congrats Angah dan Mai dah jadi Papa dan Mama :)



Tengok rambut cacak haa! Hihi. Muka Chinese. Ikut sape entah. Hee.






Haikal with Surfina. Adik dia jugak katanya :)


Erysya with Surfina. Paling semangat Erysya nak jumpa baby. Erysya dah jadi kakak sekarang :)


Me with Surfina :) Berat Surfina 3.2 kg. Kecik je dia. Seram nak pegang. Tapi kan bila pegang tak nak lepas. Best pegang baby dan bau baby sedap! Suka suka suka!

Surfina dilahirkan melalui pembedahan sebab kedudukan dia condong. Seram je dengar pengalaman Mai melahirkan Surfina. Dengar pengalaman bersalin di Hospital Melaka lagi seram. Layanan tak bagus langsung! Geram je dengar. Haih.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 25, 2013

Budak Banyak Tanya!




Haha! Haa mesti tertanya2 kan siapakah budak kecik nie? Hee.

Ini salah seorang daripada anak2 yang Mama mengasuh. Nama dia Aish. Tapi aku panggil dia Ain. Hihi. Sesuka hati je kan. Budak nie sangat banyak cakap dan tanya. Setiap benda dalam bilik aku dan tiap apa yang aku buat ditanya. Jenuh gak nak menjawab. Dan dia telah melambatkan proses aku bersiap today. Ain Ain.. Nasib kau comeyyyy! Hee :D

By the way, dia manja dengan Ayah. Berkepit jela haa. Termasuk adik Ain sekali.

Now di rumah tak sunyi dah kalau weekday. Mama mengasuh anak orang. Ada 4 orang. Teringat arwah Mak dulu. Mengasuh anak orang jugak :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 24, 2013

Happy Birthday Mama!




Happy Birthday Mama! Such a great Mama! We love you much! :))

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 4, 2013

SnoWalk I-City!

Ahad lepas, cuti New year Along datang sini. Dan kali nie, bawak Haikal dan Erysya ke SnoWalk I-City!
Only one word can describe SnoWalk - FROZEN! Gler sejuk! Bayaran RM25 tapi masuk dalam tue just 20 mins je. Tak tahan oiii! Erysya sudah ajak keluar.
Overall, okaylah! Tak lah best mana pun. Sejuk air batu je. Bukan sejuk snow sangat pun. Hihi.




Us di dalam SnoWalk. Sejuk sangat! Gambar yang sempat diambil sebelum tangan beku.




Antara kelipan2 cahaya yang ada dalam snowalk!








Asalkan mereka okay dan happy! :))




Ini bukan dalam SnoWalk. Ada dalam Water Walk! Haa aku paling teringin nak naik benda alah nie. Tornado!! Satu hari nanti aku akan pergi! Cam best dohh!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 10, 2012

Miss them much!




They are my favourite kids! Hee~ Tak sabar tak sabar tak sabar nak jumpa mereka new year eve nanti.

Ayah pun dah balik masa tue. Yeayyy!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 6, 2011

Anak Sedare Ku :D

Weee~~Haikal sudah botak. Haha
Kakak aku telah mengambil keputusan untuk botakkan Haikal sebabbbbbb
dia ada KUTU!!!
Aishhhhh~~~dah lama Haikal ada kutu nanye, Along selalu jumpa kutu siap dengan telur kutu lagi. Dah beli ubat kutu tapi masih ada jugak. Maybe sebab dah bergaul dengan kawan2, mana nak hilang kutu tu.
Jadinya, sempena cuti sekolah 2 minggu nie, rambut Haikal telah dipotong. Mula2 berubah jugak muka Haikal bila tengok rambut dia gitu. Maklumlah, Haikal kan suka rambut cacak. Now dah takde cacak lagilah. Tapi sekarang, dia suka pulak rambut gitu. Siap suruh Along usap kepala dia. Best katanya!! Haha

Adik Haikal, Erysya!!!
Comelkan Erysya??? Macam Mak Lang dia. Ecehh!!! :p
Gambar nie diambil ketika mereka dalam kereta on the way to Kelantan.
Along sempat snap pic then mms aku.
Seronoknya tengok anak sedare aku berdua nie. Manja betul Abg dan Adik.
I love your eyes Adik, dan Abg's eyelashes.
Serius, bulu mata Abg sangat panjang. Jeles aku. Teringat dulu, aku pernah usik dia kata yang masa dia tidur aku nak potong bulu mata dia. Sampai sudah dia tak nak tidur sebab takut. Haha. Puaslah nak cakap yang aku main2 nanye. Aii abg abg.. :D

Sangat rindu pada mereka berdua :))



Sunday, February 27, 2011

Yesterday Journey

Seawal jam 7am (aku 'off day', jadi 7am tu dah awal tau :p), aku dikejutkan Ayah dengan berita yang Tok Wan masuk ICU semalam. Sepantas kilat aku bangun dan menyumpah diri sendiri kenapalah aku tak iron baju siap2 kelmarin. Sepatutnya baju dah diiron kelmarin sebab semalam, Sabtu, memang ada plan mahu pergi ke Jengka 24 to attend a wedding. Sedare belah mak jang aku punya anak kahwin (apa punya description da).

Dipendekkan cerita, jam 8.15am kami bertolak dari rumah dan sampai ke Hospital Bentong jam 9.30am. Rasa lega bila tengok Tok Wan dah dipindahkan ke wad biasa. Walaupun bukan masa melawat, kami dapat jugak masuk ke wad atas keprihatinan nurse di situ. Maklumlah,kami datang dari jauh dan ada hal lain. Kami melawat Tok Wan lebih kurang 15 minit sahaja sebab Tok Wan dibawa ke bilik X-Ray untuk xray ginjal. Kata doctor, nak check ginjal Tok Wan okay ke x. Tok Wan degil sikit, tak nak makan, tak nak minum, ginjal pun payah nak berfungsi lah kalau tak cukup air. Bila Tok Wan dibawa pergi, kami pun bergerak ke Kg. Sg Gapoi (rumah atok) untuk mengambil Mak Teh.

Jam 11 lebih bertolak dari rumah atok ke Jengka 24, aku ingatkan dekat!! Dengar macam dekat je dan setahu aku kalau Jengka 24 lagi dekat daripada Jengka 1 ke. Maknanya angka lagi besar lagi depan tempat tu, kalau angka lagi kecik, lagi jauh ke dalam tempat tu. Jalan punya jalan, akhirnya jam 1.30pm, kami sampai ke rumah pengantin. Itu pun sesat dalam Jengka 24 jugak. Ada blok2 pulak dalam Jengka 24. Aku baru tahu. Hehe.

Sampai je, pengantin sudah pun bersanding, tak ambik gambar dengan pengantin coz aku tak kenal. Makan2 , lepak2 dan terus balik. Ohh ya, tema wedding colour hitam dan oren. Pekat gler colour oren. Bagi aku, kombinasi colour tak berapa sesuai kot!! Hehe, Tapi, kalau hantaran dan bunga telur colour hitam, memang cantik!!

Jam 4 lebih baru bertolak pulang dari Jengka 24. Singgah di Temerloh minum petang, dan aku sangat2 tak selesa sebab sengugut!! Rasa nak baring je. Huhu.

Nak dijadikan cerita jugak, semalam kami sesat on the way balik ke rumah atok. Boleh kan sesat pulak. Haha. Ayah nak ikut jalan dalam, jalan yang dikelilingi oleh hutan lah, tup2 tak jumpa jalan, berpusing2 kami di Triang sampai akhirnya pergi ke Balai Polis tanya jalan. Hehe. Dan jam 7.50pm, sampai rumah atok. Lagi lama masa balik dari pergi, dan jam 9.15pm bertolak balik ke KL dan sampai rumah jam 11.20pm.

Sampai je rumah, on handset dan tengok ada mesej drpd Saba (GEMS) ajak g bowling hari nie. I’m so sorry tak dapat join. Disebabkan semalam dah balik kampong, jadi hari nie hari mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya. Dan aku penat!! Maybe lainkali aku join ye. Rugi lak rasa tak kuar dengan mereka. Lama dah tak ketemu..



Friday, February 4, 2011

Surat Drpd Haikal :)

Hahahaha!! Gelak dulu, Hee~ Sebab itulah perkara pertama yang aku buat bila dapat surat drpd Haikal :p

As soon as he arrived yesterday, he didn't give his letter first. But he asked for his badminton racket which I bought for him. Dia dah mintak raket badminton since balik kenduri khatan Yusry, my cousin. Masa kat kampung, dia dah play2 with his pak cik yang jauh lagi kecik drpd dia even sebaya, Haha, dan balik je dari kampung, dia beriya ajak aku naik kereta dia, aku dah agak mesti ada something yang dia nak cakap dengan aku. Dan taaaaaa...dia mintak raket badminton drpd aku. Dan aku janji akan belikan dia raket badminton bila dia datang Subang raya cina :)

Haikal memang begitu, Haha. Dia akan minat something bila dia dah start main. Macam dulu, dia suka skateboard dan aku belikan skateboard untuk dia as his birthday present last year. Rasanya dia dah tak main skateboard kot sebab dah glerkan badminton pulak sekarang. Haikal seorang budak yang minat sesuatu benda tu kejapppp je. Budak2 katakan. Even aku yang besar nie pun kadang2 gitu jugak :p

Dapat je raket semalam, dia dah start nak ajak aku main. Agak2 lah abg, Maghrib tu! Jadinya, aku ajar dia timbang bulu tangkis pvc tu. So boleh main dalam rumah je. Dia semangat timbang sambil gelak2 dan berkata, 'Abg boleh ganti Lee Cheong Wei'. Hahahaha!

Okay, berbalik pada surat Haikal (nanye itu yang aku nak cter, dah jadi cter lain pulak dulu :p).

As I said in the previous post, Haikal akan beri aku, ayah, dan mama sekeping surat :) Dah dapatlah suratnya. Hehe!

Inilah surat yang Haikal bagi sempena Tahun Baru Cina.
Siap ada tanglung tu!


Sangat seronok bila dapat surat drpd Haikal even sempena CNY. Sangat suka bila dia belajar benda baru dan buat perkara yang baru.

Aku punya excited macam anak aku yang bagi surat. Agaknya kalau anak aku yang bagi surat, apalah reaksi aku kan?? Tak payah bayanglah sebab bertahun lagi baru dapat kot. Hee~~

Agak2 Haikal, raya Aidilfitri nanti, kami dapat surat lagi tak?? :D



Monday, November 8, 2010

moga cepat sembuh..amin

Weekend lepas, aku pergi ke Muar menziarahi tok abah Aliff yang telah dimasukkan ke ICU for already a week. Kesian tengok tok abah, walaupun aku tak berapa kenal dia, aku tetap tak boleh tengok orang sakit camtu. Kata doctor, tok abah sakit tua & ada kaitan dengan paru2 beliau. Adakah itu akibat merokok?? Entahlah..
Walau apa pun, aku doakan tok abah cepat2 sembuh. Amin..


p/s: selamat bertunang diucapkan pada Suraya. Maaf tak dapat hadirkan diri ke Taiping. Insyallah hari besar nanti, kami sampai ke sana :)

Saturday, January 30, 2010

Homework budak tadika pun leh wat pening :D

Petang tadi, tengah baring2 melayan perasaan *melayan ngantuk nanye*, tiba2 dapat 1 msg drpd Along. Tanya pasal homework Haikal. Aku tak faham apa yang diperkatakan, jadi Along pun msg soalan dan senarai jawapan.

Soalan: Circle the odd one out from the list.
List: cab, lad, nab, sad, jab, bag, ham, tag, ram, jam, rag, fan, tap, man..

Aku ternganga lepas baca msg. Ekkk apa yang lain. Mula dah confius ni. Terus tak jadi melayan perasaan + ngantuk, layan pulak soalan homework budak tadika ni. Tengok punya tengok, fikir punya fikir, barulah aku dapat perasan apa yang lain.

Pendek kata, jawapannya TAP. Korang boleh jawab? Hehe

Yang aku tak dapat terima, kenapalah aku boleh berfikir homework ni macam susah sangat. Siap confius tu, tak tahan. Dah macam standard soalan sama dgn soalan final year exam je. Hahaha.

Lepas dah bagi jawapan kat Along, Along pun ketawa gak. Ketawakan kami berdua yang tak berapa betul hari ini. Hehe

Selingan:

Ini dia, Haikal bersama adik tersayang, Erysya.
Now, panggil Haikal dgn gelaran abg okay.
Dia pun dah pandai bahasakan diri abg :)

Erysya bersama Mak Lang.
Semasa kenduri cukur jambul Erysya.

Tadaaa!!
It's me, Erysya.
Nice to meet u all!! :)

p/s: sangat rindu kat anak2 sedare ku. Tak sabar nak berjumpa mereka masa raya cina ni.
p/s/s: aku dah upload gmbr GEMS dan juga kenduri cukur jambul Erysya di FB. Check them out!!
p/s/s: perasan x? layout baru :D Tahun baru so layout pun baru jugak lah. Lagipun nak tukar layout yang simple dan tak serabut dan nampak matang. Cehhh!! Matang ke beb? Hahaha



Wednesday, November 18, 2009

Nak jumpa baby ini :)

Memperkenalkan, anak saudara ku yang ke2 :)

Nurul Erysya Syakira bt. Azril Naim


Along selamat melahirkan Erysya pada 23hb October 2009.
Seminggu Erysya terpaksa ditahan di hospital atas sebab2 tertentu, dan kini Erysya sudah sihat. Alhamdullilah..

Nanti raya haji, aku akan bertemu Erysya. Arghhh tak sabarnya nak tengok Erysya..

p/s: minggu depan, aku balik cuti raya haji for 4 days. Balik pada 26hb Nov. Cepatlah masa berlalu. Sudah tak larat!!







Tuesday, September 29, 2009

Kisah Hari Raya 3

Dikisahkan pada hari raya kelima, aku dan Along sekeluarga pergi ke satu tempat khas untuk bawak Haikal jalan2. Sebab tempat tu tempat untuk belajar dan main2. Tahu tak tempat apa? Ala yang kat Mont Kiara tu :)

.::Scroll::Scroll::.

Inilah tempat yang kami tuju
Pusat Sains Negara

Suka tengok ikan2 besar. Terbayang kalaulah cermin tu pecah. Habislah.
Tapi betul ke ikan tu besar, ke just effect cermin je?


Haikal takut dengan dinasour itu okay

Budak yang paling happy dan bising di PSN

Haikal sangat suka tengok image dia dalam cermin ni.
Kerdil!!! :P

Mummy & Daddy pun nak join Haikal jugak

Mr. Clon. Hahahahaha (gelak gaya Aznil in Cicakman :D)

See your future kid's face?


Haikal sudah kenal microscope

Kan aku kata Haikal happy :)

Muka berlagak macam tahu guna sempoa je adik :p

Yaa. Finally gambar aku :p




Mak Lang pun nak jugak!!

Aik!! Daddy pun sama. Teringinlah tu. Hihi
Mummy tolong ambik gambar ye

Nak join ni jugak. Puzzle dinasour

Aku sudah lenguh berjalan

Consequences of smoking.
Ditujukan khas buat Angah & Anjang.
Dan juga pada sesiapa yang merokok.
Rokok membahayakan kesihatan. Berhentilah sebelum terlambat.

Snap pic sndr mesti ada punya :D





Haikal sangat seronok pergi sana. Semua benda dia nak try. Aku pun apa kurangnya :D Dulu pernah pergi PSN ni, join rombongan sekolah. Aku rasa sama je apa yang aku tengok dulu dan sekarang tapi still jakun jugak. Hihi.

Selepas balik dari PSN, kami pergi ke Meru untuk hantar kereta Along ke bengkel. So aku naiklah kereta yang hanya boleh bawak paling laju pun 50km/j. Slow gler sampai aku tertidolah kat bahu Haikal. Hehe.

Lepas settle hal kereta, kami pergi ke Kolam Pancing Udang. Tujuan untuk bawak Haikal kenal apa itu aktiviti memancing. Seronok betullah Haikal kat sana. Dia asyik nak ubah mata kail pancing itu je, camna udang nak melekatkan. Hampir sejam tunggu dan Haikal pun dah mula bosan, then tiba2 tadaa!!! Haikal dapat seekor udang. Happy glerlah dia. Menjerit tu kat sana. Riuh dengan suara dia je. Pastu baru dia semangat nak memancing. Hasilnya Haikal dapat 2 ekor udang dan Abg Ayin dapat 1 ekor udang. Nak masak lemak cili api pun tak lepas. Hihi

.::Scroll::Scroll::.

Pasang umpan dulu

Haikal memancing!! Muka dah nampak bosan sikit tu

Seronoknya dia dapat udang :)


Hasilnya berpuluh2 ekor udang. Sebab mama p beli udang sekilo. Baru boleh masak lemak cili api :p




Sudah habis cerita raya kelima. Raya seterusnya, pergi beraya ke rumah sedare mara yang ada di Cheras dan Meru. Sedare pun datang rumah. Mana yang bagitahu awal, makanlah sedap sikit. Mana yang tak bagitahu tu, makan kuih dan nescafe, teh, kopi sedap yang aku buat jela ekkk :D

p/s: Sudah penat menaip, upload gambar, edit scroll box tapi tak jadi jugak kat center. Nanti aku layan lagi.

p/s/s: Nak tengok Sepi kat TV3. Tengok ramai2 tak nangis punya. Dulu tengok nak nangis tapi kontrol. Bergenang jela :p