Showing posts with label my Life. Show all posts
Showing posts with label my Life. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Kereta Oh Kereta

Semalam tukar break pad kereta sudah habis RM296. Supposed Rm205 je (mmg dalam budget lah), tapi tetiba mekanik tu kata entah apa yang kena betul lagi, aku tak tahu, kena tukar tuk 2 tayar depan & satu harga Rm155, jadi aku tak nak tukar, then mekanik tu kata dia tolong clearkan benda tu bagi okay sikit. So aku setuju je dan kena add Rm90 for that thing. Akhirnya, total jadi gitu ler. Lari budget terus.

Dan on the way balik semalam, lalu tol, bayar duit tol, turunkan cermin then tetiba jugak cermin tak boleh naik sepenuhnya. Jadi cermin perlu diganti juga. Atoiiiii!!!!

Betullah kata ayah. Kalau pakai kereta, duit kena sentiasa ada sebab kereta boleh tiba2 akan meragam dan kita perlu baikinya segera. Kalau cermin tu takpelah, bulan depan boleh lagi. Tapi kalau benda penting macam break pad, mana boleh tunda2. Sudahlah sekarang musim hujan, kalau break pad dah loose, bahaya jugak.

Atoiiii!!!Kereta tolong jangan buat hal pada bulan 7 dan 8 okay. Please be good to me orait!!!



Thursday, February 3, 2011

Saya Kerja!!!

Hye readers!! :)

Mesti semua tengah berseronok, maybe pergi berkelah dengan keluarga seperti pagi tadi saya dengar Era Fm ada pendengar yang on the way ke PD untuk berkelah, Syoknya!! Ada yang hanya bersenang lenang di rumah, menghabiskan masa2 indah bersama keluarga atau maybe sebenarnya tujuan berada di rumah kerana gaji tak masuk lagi. Hahaha. Apa pun yang anda semua sedang lakukan, semoga bergembira di hari cuti panjang 4 hari sempena Tahun Baru Cina ini :)

Saya kerja hari nie dan esok. Iya, saya ikut cuti Hong Kong and HK memamg cuti raya cina. Tapi sayangnya, ITT payments still ada even hari cuti. Product lain seperti OTT, BT HK cutilah, saya je yang sesat. Walaupun begitu, saya suka kerja in ITT payment. So takpelah, dah tugas kita kena berserah jela kan :)

Pagi tadi, jam 8 pagi saya sampai ofis. Free parking hari nie!! Hehe. Sekarang, payments tak banyak pun, saya baru je habiskan 5 episod novel online di Penulisan2u. Dan tiba2 saya teringat yang saya dah lama tak update blog (nanye saya hampir terlupa yang saya ada blog, Haha), jadi disinilah saya menaip untuk menghabiskan masa yang ada..

Tak banyak perkara berlaku dalam hidup saya selama saya tiada di blog nie. Biasa2 je. Kerja pun macam biasa cuma sekarang saya full in charge with ITT HK jadi all about ITT HK payments depends on me lah. Saya suka kerja saya selagi orang tak masuk campur. Kalau ada orang Chennai yang masuk campur, masa itu lah saya rasa 'angin' je. Rasa nak hempuk dorang pun ada. Tapi still maintain cool beb :)

Hari ini, Along datang KL. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan anak sedare yang disayangi. Haikal yang sudah memasuki darjah 1 tahun nie dan Erysya yang sudah pandai menjeling dan merajuk kata Along. Nak cari plan untuk marah Erysya, nak tengok camne gayanya dia menjeling kat saya. Hehe.

Dan yang buat saya tak sabar nak bertemu mereka, Hee~ Haikal ada tulis surat untuk saya, Tok Ayah dan Tok Ma. Katanya, surat tahun baru cina. Haha. Tak sabar nak baca surat Haikal. Surat yang pastinya bukan menunjukkan angka2 dan menyerupai surat bil celcom dan PTPTN saya. Hahahaha

Ohh ya, saya kerja sampai kul 2 pm je untuk hari nie dan esok. Selebihnya, Chennai Team akan handle. Kami buat shift pulak sekarang, untuk 2 hari nie jela :)

Okaylah. Saya nak check cover dulu. Nanti ada masa saya update lagi :)

p/s: I really miss you. Hope you miss me too!!

Monday, December 27, 2010

Boxing Day - HK holiday

Saya cuti arini sempena Boxing Day - HK. Pelik jugak lah orang HK nie, kenapa nak cuti sempena Boxing Day, tak faham aku. Tapi, biarlah asalkan aku cuti.

Hari nie, plan aku nak g beli hadiah untuk majlis tukar2 hadiah di ofis nanti sempena Merry Chrismas!! Apa dah, nak ikut budaya Chrismas pulak, sedangkan setahu aku wish Merry Chrismas haram tapi kalau ikut budaya dorang tukar2 hadiah masa Chrismas tak haram ke? Aiii entahlah, ikut jela kata orang2 besar di ofis, Nanti tak ikut kata kita nie tak sporting pulak...

Itu jela update sekarang. Aku malas nak taip banyak2 sebab aku kat CC. Lagi banyak taip lagi lama masa lagi banyak duit keluar. Rugi2!!! Bilalah streamyx nak ada kat rumah aku? Call asyik tak dapat je. Malas dah call. Huh

Haa tujuan sebenar ke CC nak bayar bil celcom through CIMB Clicks. Tapi sayangnya, duit tak masuk lagi dalam CIMB. 3 hari lah interbank transfer, sekarang baru 2 hari, tapi kenapa kat Maybank dah masuk even baru 2 hari. Servis Maybank lagi bagus kah? Tidak2!! StandarChartered gak lagi bagus!! Sebab aku kerja under ScB :D




Sunday, June 27, 2010

update dah :)

Sudah hampir dua bulan aku tak update blog, semangat b'blogging dah tak macam dulu, Maybe sebab life dah berubah. Dulu aku duduk rumah je, tak ada apa nak buat so berblogging jela, sekarang, bila dah kerja, baru ku sedar nikmat balik keje terus rehat tido dan nikmat bila weekend menjelma. Heaven!!!

My life now:

5:45am: wake up!!kadang2 snooze jam sampai 6.15am.

7.50am: biasanya dah sampai di ofis, kadang2 kena masuk awal kalau kena buat repair payment Taiwan, kalau awal maknanya kul 7am dah kena sampai ofis, lewat2 sikit pun xpelah, repair kena buat sebelum jam 8.30am.

6.30pm: mostly time habis kerja, kadang2 kena tunggu for EOD (End Of Day) Singapore, so balik kul 8pm kalau EOD tally, kalau tak tally, lagi lambatlah balik.

8.30pm: rumahku syurgaku!!!jam tiba di rumah bergantung pada kecepatan bus RapidKL @ Metro sampai.

12pm: time to sleep, kadang2 tido lagi awal, bergantung pada kepenatan dan kemengantukkan, ngee~~

That's my life for 5 days, I hate Monday & Love Friday, well, I bet everyone does :)

Weekend: biasa akan keluar dgn Aliff @ Masyi, g tgk wayang & shopping but only with Masyi. Minggu depan ada reunion GEMS kat MidValley, wajib datang, ada aktiviti nak buat at weekend. Bestnya!!!

Haa hidup aku seperti biasa akan bergelumang dengan novel :D Sentiasa ada novel yang belum dibaca, Minggu depan nak tambah koleksi novel lagi. Nak beli novel from Kaki Novel & RAM & The Last Song :)


Sometimes, I feel bored with my life, don't know why, feel like something's missing..



Sunday, May 2, 2010

Fresh

I'm back with a good feeling, good relationship, good memories, good friends, good work, and good in everything!!

Aku berharap ia akan menjadi excellent nanti. Apa aku ngarut nie? Haha

Pendek kata, I'm happy with my life now. Walaupun kadang2 ada masalah, tapi itu perkara biasa. Hidup kalau tiada masalah bukanlah hidup yang normal. Ye x?

I made mistakes before. And I promise that I won't do the same mistake. Ever!!

Thanks to him kerana selalu bersamaku dan bersabar denganku. Now I want to confess, that yes, I LOVE YOU!! :)

Ohh ya, sekarang I'm officially working at company yang aku attached as Khazanah @ SIMA trainees. It's not related to sports, of course, but ya, grab the opportunity and the new challenge!! And ya, aku bekerja in banking sector. Jauhnya tersasar :p





Monday, April 12, 2010

tabahlah wahai hati

Aku nak lari..

Lari meninggalkan segala2nya
Lari menyepikan diri
Lari mencari ketenangan
Lari mencari arah hidup ini
Lari mencari apa yang diriku mahu
Lari untuk memahami diri sendiri..

Tapi, jika aku lari,
Itu bermaksud aku sudah mengalah..
Itu bermaksud aku lari drpd masalah,
Lari drpd kenyataan..

Oleh itu,
Walau apa pun, aku akan tetap berada di sini.
Biarlah aku terluka, biarlah aku memendam rasa..
Kerna, aku tahu, ini balasan yang harus aku lalui..
Aku harap aku sabar dan tabah mengharunginya..




Tuesday, March 30, 2010

Sesiapa tahu pasal SPA test??

p/s: just ignore my previous post. Hoho..
Macam tak patut post something about that kan??
Xpe2 dah delete pun, my bad :D

Kali nie, diriku ingin bertanya kpd kamu2 di luar sana..
Boleh?? :D

Who have experience in taking SPA test for Gred 41 @ yang tahu serba sedikit pasal SPA test nie?
Aku dipanggil for the test on 10hb April. Dalam kepala otak nie, memang totally zero. Tak tahu nak study apa. Ada kena beli buku apa2 ke ek? Siapa tahu, angkat kaki :D
Semangat nak test SPA nie, even mostly people said yg SPA test payah kan, tapi takpelah. Nak try my best!!!
Tak seperti mtest KPLI yang aku tak pergi tu. Hehe

Yang tak bestnya,
SPA test nie diadakan sama tarikh dengan SIMA trip ke Air Terjun Sg.Lepoh.
Maknanya, aku kena pergi lambat for SIMA trip.
Nie yang tak best nie, maybe tak boleh tidur sana pada malam 10hb dan terlepas program sabtu tu termasuk BBQ!!!
Duit dah dibayar, lagi rasa rugi.
Nampaknya aku hanya berpeluang untuk mendaki ke Air Terjun Sg.Lepoh hari ahad jela.
Tak syoknya!!!

Monday, March 22, 2010

Ngantok!!

Sudah 2 kali minuman White Coffee ditelan,
Tapi aku tetap ngantok!!

Awat ngantok sgt hari nie?
Nak kata tido lambat semalam, cam biasa je aku tido..
Sebab tak banyak kerjakah?

Lagi sejam setengah je nak balik,
Mendung je di luar tu,
Ada potensi memori daun pisang balik nanti :p



Wednesday, March 17, 2010

error lagi

Kecewa,,
Selama 7 hari masuk department,
aku dah buat 2 error. Huhu..
Habislah prestasi ku..
But , cool!!Learn from mistakes okay..
Dah tengok betul2 nombor akaun pun salah jugak buat.
Lepas nie, bukak mata besar2 sikit siqah!!
Aik, bukan mata kau dah besar ke?Hoho


Sunday, March 14, 2010

That's it

Semalam, sabtu, 13 Mac 2010, sepatutnya aku pergi ke ujian mtest KPLI. Tapi aku tak pergi!! Pada mulanya aku nak pergi jugak, just try tapi sehari sebelum test baru aku tahu yang kena print tiket panggilan masuk untuk dibawa bersama semasa test itu. Nampak sangat aku tak minat sebab tak ambik tahu. Huhu.

Walaupun begitu, aku try untuk print tiket tu, tapi tak berjaya. Memandangkan esok nak pergi dan tak sempat nak print, aku terus decide yang aku tak nak pergi ujian mtest itu.

Seriously, sebenarnya, aku langsung tak berminat nak jadi seorang guru. Sangat tak berminat! Bila this thing happened, rasa lega sebab at least I've reason not to go for the test. Aku tahu profession guru nie bagus, kerja pun senang kata, cuti banyak, kerja setengah hari je, kerja government, pendek kata memang terjaminlah, tapi masalahnya aku tiada minat langsung!! Aku isi borang KPLI dulu pun sebab ayah & Along suruh.

Pada hari sabtu itu, when friends sms me and wish good luck, aku rasa bersalah jugak. Bersalah sebab mereka mendoakan kejayaan aku tapi aku tak pergi ujian mtest itu. Tapi aku kuatkan semangat, berkata dalam diri, yakin dengan diri, insyallah akan ada peluang pekerjaan di luar sana untuk aku. Amin.. What's the point kalau aku kerja dalam bidang yang aku tak minat? Buat tak sepenuh hati macam tu. Aku tak nak pergi kerja sebab terpaksa kerja & sebab nak duit je.

Maybe I will regret this decision in the future, whatever it is, I believe this is the right decision now.

I hope all can accept it. Memang mereka kata rugi tapi itulah aku.

Masih panjang perjalanan hidup ini...



Wednesday, March 10, 2010

Boleh :p

Hehe..
Aku kat office sekarang..
Sebenarnya kan, office nie tak boleh bukak facebook, friendster, even email pun x boleh bukak.
Harapkan google (tapi pastu bila klik ttp x boleh bukak page lain jugak).
Hotlink club pun x boleh bukak (cdg nak beli caller ringtone :p)
Bukak email company jela.
Dan aku saja je try bukak blog. Boleh beb!
Jadinya, boleh kembali berblogging & singgah blog kalian lah. Ngee~~





Saturday, February 27, 2010

Tak pasal2 balik lambat

Khamis lepas, aku sangatlah busy. Petang hari tu, ada test & interview for new SIMA candidates, Pa'an takde jadinya aku seorang yang kena handle semua tu. Dengan budak2 itu yang tak jumpa ofis, dgn pintu ofis yang kena tag2. Jam 7pm, sepatutnya aku dah bersiap sedia nak balik, tapi aku masih sibuk buat kerja. Pa'an cuti a week next week jadi banyaklah kerja nak dibuat.


Nak dijadikan cerita, tengah2 buat kerja, tiba2 ada someone asked for projector. Aku kenal orang itu dan bagilah dia pinjam projektor tanpa tanya Pa'an. Masa itu pun Pa'an takde. Aku fikir, tak yahlah pasal projektor pun nak tanya Pa'an. Jadi, aku dengan rela hati bagi someone pinjam projector & bila Pa'an balik ke ofis, aku cakaplah yang aku bagi pinjam projektor kat orang.

N Pa'an terus cakap, "Haa awk tunggulah sampai dorang habis meeting baru boleh balik". Pergghh tersentap dengar. Projektor itu perlu disimpan di dalam almari n aku dan Pa'an sahaja yang tahu nak simpan di mana dan yang paling penting kunci di mana. Disebabkan aku yang bagi pinjam projektor tu, aku terpaksa tunggu dorang habis meeting.

Jadinya, Instead of 7pm, aku balik jam 9pm pada hari itu.
Sengal!! Sengal!! Sengal!!Rugi betul masa rehat aku. Huhu

Pengajarannya di sini,

1) Jangan baik sangat dgn orang. Boleh bagi orang pinjam tapi tengok jugak masa dorang nak pinjam.
2) Jangan memandai buat kerja tanpa asking for Pa'an opinion.

Tak pasal2 kau balik lambat. Padan muka!!



Saturday, February 20, 2010

Yuhuuuu!!!

Pergilah wahai habuk2 yang sudah berleluasa di blog ku ini. Ngee~~

Apa yang aku buat selama beberapa minggu ini sampai aku sudah melupakan @ tak berapa ingat yang aku ada blog??:D

Aku sudah mula berpraktikal & kerja & blaja di Scope International, a company under Standard Chartered Bank. Aku busy di tempat kerja, pada mulanya aku jadi penolong Pa'an untuk menguruskan budak2 SIMA. Lepas seminggu aku kat sana, aku diminta join SIMA oleh Ms.Fazleen. Dah dia bos aku, aku ikut jela. Lagipun ini peluang aku jugak untuk belajar pasal banking.

Jadi sekarang, aku jadi pelajar SIMA dan dalam masa yang sama masih membantu Pa'an. Kesian tau kat Pa'an, banyak sangat kerja dia. At least aku tolong sikit pun jadilah. Ringan jugak beban dia kan. Hope soo lah Pa'an ye :) Haa sekarang, aku belajar dalam banking, tapi aku belajar pasal CMS (cash management service) je. Blaja pening jugak, nanti dah ojt maybe orait kot. Praktikal lagi kita nampak apa yang kita buat berbanding baca note kan.

Aku masuk kerja jam 9am - 7pm. Kadang2 balik lambat jugak sebab banyak kerja dan ayah pun kadang2 datang lambat. Sekarang, aku berulang alik dari rumah ke Bukit Jalil. Insyallah bulan 3 nie, deparment payment akan ditukarkan ke PJ, so dekatlah sikit. Aku pun boleh pergi naik bus je, tak yahlah nak susahkan ayah hantar n ambik aku. Huhu.

Itulah cerita ku skrg. Balik kerja penat, lepas tu, ada test je pulak. Jadi, aku hanya online FB sahaja. So pada sesiapa yang rindukan aku, FB lah aku ye. Ngee~~~

Nanti aku cerita lain pula ye :)


Saturday, January 30, 2010

What am I doing?

Sudah lama tak update perihal aku di sini. Bukan tak nak update, tapi malas nak menaip dan bercerita sebab banyak sangat benda aku nak cter ni. Hoho..

Okay, kita mulakan dari mula ye.

Sebagaimana kamu semua sudah maklum, aku sekarang tengah berpraktikal selepas GEMS. At first, aku dapat 1 company di Damansara Perdana. But then, aku just pergi sehari je. Bukan niatku tak nak teruskan praktikal kat company tu, tapi working hours kat company tu melampau sangatlah. Working hours: 9am - midnight everyday (seperti apa yang diberitahu semasa taklimat). Lepas tu, kerja aku lebih pada outside dan kena tanggung perbelanjaan sendiri. Manalah cukup duit yg GEMS bagi tiap bulan beb. 1 lagi, aku tiada transport nak g kerja di sana. Bas pun bukan terus dari Subang ke sana. Kena g Kl Sentral, then naik bas p One Utama, then naik teksi g Damansara Perdana. Sangat payah!!& kalau kerja sampai lewat malam, camne lak aku nak balik. Tak kan nak suruh ayah aku ambik tengah2 malam tiap hari. Kesian ayah aku. Dia pun penat berkerja gak. Huhu.

So I decided tak nak teruskan placement GEMS kat situ. Aku apply for other placement. And after 2 weeks of waiting, finally aku dapat placement di salah satu company di Bukit Jalil.

Aku baru start placement 25hb lepas. Aku kerja di admin department. Kerjanya banyak jugak, well orang baru so there's a lot of things to learn. Nasib baik bos aku baik. Terang pada aku satu2. Tambah lagi kalau aku buat muka blurrr tak paham. Hahaha

Setelah seminggu kerja, barulah aku tahu nikmatnya bila weekend. Serius, tak sabar nak tunggu weekend. Dan minggu nie sangat seronok sebab cuti 3 hari. YEAY!!! Heaven!! Hahaha

Hari ini, aku tiada plan apa2. Esok, ada plan nak jumpa budak2 company aku masa di GEMS. Tak sabar nak jumpa dorang. Boleh gosip2. Ngee~



Tuesday, December 29, 2009

Kembali sebentar

Salam semua..

Aku sudah 4 hari kembali ke Subang. Tapi tak boleh online sebab internet di rumah tiada.
Sebab apa tiada internet??
Sebab bil bulan lepas tak dapat, bulan ni pun tak dapat lagi. Jadi ayah tak g bayar bil untuk 2 bulan ni. Disebabkan tak bayar bil, line dan internet telah digantung. Ayah aku sudah tidak puas hati dengan telekom n apa2 jela sebab hantar bil 2 bulan sekali then terus nak kena bayar la tu jugak.
Ayah sudah mengeluarkan bunyi untuk terminate streamyx. Huwaaaaa!!!! Aku sayang streamyx!!!
Tapi, sekarang aku kena mengkaji pulak pasal broadband.
Bagi pendapat korang, broadband apa yang bagus ek? Bagus disini dalam erti kata high speed & affordable.
BOleh bagi suggestion?


Sebenarnya, banyak benda aku nak cter pasal 2.5 bulan aku kat Teluk Batik untuk GEMS program. Insyallah akan diupdate pasal GEMS dan akan diupload gambar2 GEMS. Banyak gler gambar. Tak sangka kami memang suka ambik gambar :D

Pendek kata, for me, GEMS program is the best. NOt toooo best but it's still good. Its not confirm that you will get a job after GEMS, but the experience you had during GEMS is soo much useful & memorable. Regarding jobs, you still have to find a job that suits you. Kalau apprentice GEMS dapat kat tempat yang bagus, teruskanlah usaha untuk diserap kerja di sana.

Pasal apperentice GEMS, aku dapat praktikal kat Damansara Perdana. Start mendaftar 4hb Januari ni jam 9 am. Berdebar lah pulak kan. Huhu.

Walaupun berdebar, tapi tak sabar nak masuk ke alam lain pulak :)

Wish me luck!!! :)






Monday, December 21, 2009

Nak habis dah

Aku masih berada di Teluk Batik untuk GEMS..
Lagi 3 hari je aku akan berada di sini. Khamis ni dah kena bergerak balik sebaik sahaja habis closing ceremony. Sedih nak tinggalkan sini terutamanya kawan2 dan terutamanya kawan2 company 7 - Emerald Corp. Hukhuk.
3 hari lagi :(

Haa aku nak cter sikit. Minggu lepas, secara tiba2 nset aku off dan terus tak boleh open. Pergi kedai dan orang kedai tu kata nset aku masuk virus dan kena program balik. Dan disebabkan itu, aku kehilangan semua contact nama. Huhu. Sedihnya hilang semuanya. Aku terlupa pulak nak copy contact ke sim dulu masa tukar simkad. Aiyoo.. Jadinya, setiap orang yg msg skrg, aku akan tanya siapa orang itu. Tapi, jangan gunakan kesempatan ini untuk kaco aku ye.

Aku masih guna nombor lama :)








Saturday, October 24, 2009

I'm Online :D

Salam everyone!!!
Apa khabar?? Hehe

Akhirnya dapat juga diriku online :p
Di Teluk Batik Beach Resort ini ada disediakan wireless tapi cuma ada di lobi saja. So kena berangkutlah laptop untuk online.

Weekend minggu ini cuti. Tapi aku tak pergi ke mana2 pun. Pantai pun tak cecah lagi. Well 2 bulan kat sini kan, banyak masa lagi. Setakat seminggu di sini, program best!! First facilitator namanya En.Farid dan aku suka modul dia yang bertajuk 'Achieving Personal Excellence'. Sangat seronok!!

Aku tinggal dalam bilik hotel. 6 orang satu bilik hotel. Okaylah jugak resort ini. Not 1st class tapi syukurlah. Makan pulak 5 kali sehari. Memang bertambahlah berat badan duduk sini :D

Seminggu kat sini jugak, muka aku dah tumbuh ruam2, kering je, nak senyum pun payah. Gatal pulak tu. Geram je nak garu. Huhu. Tak tahulah apa sebabnya. Cuaca panas @ sebab i changed my face product. Tapi diriku rasa cuaca panas sebab kat tangan pun ada jugak begitu. Yang tak tahan kat muka!! :(

Okaylah. Setakat itu sahaja kali ini. Nak buat benda lain pulak.
Kepada semua, take care ya!!




Saturday, October 17, 2009

Ready to go

Penat!!

Akhirnya, sudah siap berkemas untuk pergi ke sana.
Esok pagi, aku akan berangkat ke Teluk Batik with ayah dan mama.

Doakan perjalanan kami selamat dan doakan juga kesejahteraan aku selama di sana.

Tak tahulah bila aku boleh online lagi..

Until then,



EVERYONE!!






Saturday, October 10, 2009

Nur Dating :p

Semangat aku cuti hari ini untuk menonton Nur Kasih.
Tapi kesudahannya, petang tadi jam 5, aku keluar pergi ke Jalan Semarak. Faham2lah aku buat apa di sana :p
Tahu tak aku buat apa p Jalan Semarak tu? :)
Jumpa kekasih hati ku ler. Tiba2 aku rasa nak jumpa dia sebab sudah 2 minggu tidak ketemu, rindu pun sudah bertandang, jadi aku pergi ke Jalan Semarak untuk mengambil si dia. Mujur si dia boleh keluar.
Kami pergi KLCC, bayar bil dan pergi ke Kinokuniya.

Aku dah beli novel RAM - Cinta Sang Ratu (kesinambungan Bagaikan Puteri). Yeay!!! Walaupun aku tak habis lagi baca Bagaikan Puteri, tapi aku tak sabar2 nak memiliki Cinta Sang Ratu. Nanti beli Hijab Sang Pencinta pulak :)

Lepas ke Kinokuniya, pergi makan. Aku sangat lapar, rasa perut dah masuk angin sebab makan roti canai je tengah hari tadi. Pastu lepak2 dan seperti biasa kena balik awal sebab Aliff tak benarkan aku drive malam2 sangat. Memang aku pun tak nak. Silau!!!

Nak dijadikan cerita, tadi, masa bayar tol, aku bagi RM2.40. Budak tol tu mintak kad aku boleh ternganga pulak. Tak berapa dengar nanye sebab volume radio kuat. Pastu baru sedar, kad aku tak bagi. Then pas bagi kad, dia kata RM2.60 pulak. Cehh tak cukup duit rupanya. Aku bagi 50 sen then tukar2 bagi 20 sen pulak. 50 sen ambik balik. Tersengih2 budak tu layan aku. Sengal sungguh!!! Tu lah, aku ni suka berangan + berfikir. Uwekkk!!! Sampai kat tol pun nak camtu, memang dah melampau!!! :P

p/s: kena tengok on9 Nur Kasih lagi..

p/s/s: tak suka KL yg asyik jam. Macam manalah orang boleh tahan tiap hari layan jam?



Friday, October 9, 2009

Hari rehat

Salam semua :)

Hari ini, Nurulsiqah cuti. Syoknya cuti sehari. Penat kerja 2 minggu.
Sebenarnya boleh je cuti awal lagi tapi saja je pilih hari ni sebab setiap hari Jumaat, aku ada date dengan TV3 jam 9 malam, Drama Nur Kasih :D Boleh je jugak tengok drama ni kat web tapi tak bestlah. Tak feel rasa. Nak jugak tengok kat tv3 pada waktu drama ini disiarkan.
Memang peminat setia Nur Kasih aku ni :)

Suppose hari ini, aku bercadang nak pergi ke Carr4 sebab nak p bayar bil. Tapi fikir2 balik, semata2 nak p bayar bil macam tak berbaloi pulak. Bukan ada apa sangat pun kat Carr4. Nak p Subang Parade pun dah jemu jugak. Nak beli barang pun, kena hold dulu coz less money.
Dan sebab utama, aku malas nak drive!!!

Jadinya, tadi aku pergi Maybank dan transfer duit kat Aliff suruh dia bayarkan bil untuk aku sekali. Dah 2 bulan dia bayarkan bil untuk aku. Maklumlah gf dia ni tak keje lagi. Kesian sayang aku tu. Huhu. Lepas g Maybank, tiba2 teringin nak makan roti canai dan teh tarik. Jadi, pergilah Restoran Lima Bintang (kedai mamak lah ni) dan bungkus makanan yang aku teringin tu. Sampai je rumah jam 12.05 tadi, terus makan. Itulah breakfast + lunch :)

Takde idea lagi hari ini nak buat apa. Maybe rehat2 sahaja di rumah sementara tunggu malam ni date dgn TV3. Hihi. Nak sambung baca novel lah. Sekarang aku baca novel Bagaikan Puteri oleh RAM. Best!!! Laksamana Sunan!!! :D