Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Minat pada novel tak pernah berubah

1st novel

Baru saja habis baca novel ini. Selepas hampir sebulan, baru habis baca.
Novel ini direkomen oleh Along, dan aku terus membelinya.
Dan setelah dibaca, novel nie best! Kisah mengenai kehidupan Muna, anak sulung dalam keluarga yang tabah mengharungi hidup dan berjaya menjadi anak, kakak, kawan yang sangat baik. Aku suka novel nie sebab ayat2 NorHayati Berahim yang membuatkan aku berfikir dan menjadikan ayat2 itu sebagai quotes yang menarik dan perlu diingati dan dijadikan panduan.
Novel ini juga diterapkan mengenai aspek keagamaan di mana ayah Muna, Ustaz Jalil ialah penceramah agama bebas. Jadi, ada jugak hadis2 yang disertakan dalam novel nie. Secara tak langsung aku pun jadi tahu dengan hadis2 tersebut. Aku suka ending novel nie :) Muna akhirnya bertemu jodoh dengan Qurban yang merupakan sahabatnya sejak kecil, seorang lelaki yang sentiasa berada disisinya tidak kira apa pun yang Muna hadapi. Sangat suka pada watak Qurban, Muna, dan mak Muna, Cikgu Ara. Semuanya ada tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa berpandangan positif dalam kehidupan.

Antara ayat2 NB yang aku suka dalam novel ini:
"Bagaimana susah pun kita, kalau kita lalui kehidupan ini dengan perasaan gembira dan menghargainya, kita takkan pernah mengeluh dengan kesusahan itu"

2nd & 3rd novel


Novel2 ini telah dibaca sebelum Hujan Pun Menari. Cuma baru nak buat entry mengenai novel ini :)
Novel ini best sangat okay!!! Serius! Both novels berjaya membuatkan aku menangis, ketawa, dan tersenyum dan seterusnya happy with the ending. Sekarang, aku tengah mencari satu lagi novel drpd Siti Rosmizah bertajuk Cinta Kau dan Aku. Sampai sekarang tak ketemu. Susah betul nak jumpa novel yang satu nie.

Kepada semua penggemar novel di luar sana, aku sarankan korang baca ketiga2 novel ini :)



Tuesday, April 6, 2010

Sudah Gler Kaki Novel

Korang pernah dengar KAKI NOVEL tak?
Pada peminat novel tempatan, mesti ada antaranya yang sudah tahu mengenai KAKI NOVEL kan..

Kaki Novel menerbitkan novel2 Melayu yang best bangat!!!
Aku baru saja mula mengenali novel2 terbitan KAKI NOVEL.
Selama ini asyik membaca novel2 terbitan Alaf21 je.

Novel2 terbitan KAKI NOVEL yang telah dibaca: Biarlah YM Berbicara & Sepupuku Suamiku.
Baru 2 je pun, tapi serius jalan cerita best!! Tak jemu dibaca + lawak yang menggelikan perut :D

Kepada peminat2 novel di luar sana, trylah baca novel2 drpd KAKI NOVEL.
Tak rugi punyo..



Tuesday, September 29, 2009

Kisah Hari Raya 2

Mood untuk m'update blog sudah kembali :) Ada satu benda yang dah settle dan ada lagi satu benda yang masih belum settle. Takpelah. Take it slowly. Usaha tangga kejayaan :)

Aku nak sambung cerita pasal hari raya aku. Raya sebulan kan, so tak ada istilah lapuk untuk bercerita pasal hari raya selagi tak sampai 30 syawal okay. Hehe

Hari Raya Kedua:

Awal pagi raya kedua, kami sekeluarga bertolak ke Kampung Sg. Gapoi yang terletak di Karak, Pahang. Sampai je kampung, bersalam-salaman dengan atok, tok wan, mak teh, dan sedare yang ada. Seronoknya balik raya!! Rumah atok kali ni ada bertambah 9 orang bakal cucu atok. Hihi. Ramainya atok. Runtuh rumah nanti. Haha. Nanti aku buat introduction siapakah 9 orang bakal cucu atok itu. Apakah? :D Bila balik kampung je, makan memang sangat banyak tambah lagi raya kan. Lagi aku hentam je. Dah tak kira berat badan ke, perut buncit ke, aku peduli apa, yang penting aku makan. Raya nie feel makan tu lain sikit. Hehe

Kat kampung, aku hentam makan laksa, ketupat daun palas, nasi dan setiap satu itu aku makan dengan kuantiti yang agak banyaklah jugak. Lepas makan2 di rumah atok, kami pergi ke rumah atok atas pulak. Haa atok atas tu adalah rumah parents arwah mak. Pendek kata, keluarga parents aku duduk di dalam satu kampung lah. Senang, tak yah berebut nak balik raya. Tapi kami tak pernah tido di rumah atok atas. Kami lebih rapat dengan atok bawah belah ayah. Pergi rumah atok atas, dihidangkan kuih dan aku hentam kuih goyang banyak2. Sedap!!! Lepas tu, pergi rumah Pak Ngah Malik dan makan pulak mee kari. Pergghh memang kenyang gler aku masa tu. Lepas beraya di rumah keluarga atas, turun bawah balik dan lepak je kat rumah sampai malam.


Hari Raya Ketiga:

Bertolak balik ke Subang dan sampai petang. Malam hanya duduk di rumah je.

Hari Raya Keempat:

Mama dah start kerja. So ayah pun dah start kerja jugak. Aku dan Along hanya duduk di rumah saja sepanjang hari. Tak tahu nak pergi mana. Buntu!! Biasa raya kami pergi ke shopping mall tapi tahun ni malas pulak nak pergi. Asyik ke sana je. Malam, kami pergi ke rumah kawan mama, Cik Ros yang masak daging yang sangat pedas..

Dan ya. Akhirnya aku sudah habis baca Breaking Dawn. Serius, Twilight Saga is the best novel ever. Suka dengan jalan cerita vampire sampai aku pun nak jadi Bella, well dapat Edward yang romantik. Huahuah. Aku harap movie Twilight saga akan dibuat sampai Breaking Dawn. Paling nak tengok, part Bella jadi vampire dan jugak nak tengok Renesmee. Aku dah bayangkan baby yang sangat comel tak terkira comelnya untuk watak Renesmee..

Inilah kisah hari raya aku sampai raya keempat. Biasa je. Inilah yang biasa dilakukan setiap tahun. Akan disambung pasal raya kelima yang bukanlah pergi beraya :D




Wednesday, September 16, 2009

Cinta Syamir dan Dhuha


Semalam tidooo jam 2.30am semata2 nak habiskan baca novel ni.
Novel ni best jugak. Mengisahkan Syamir yang ego dan Nur Dhuha yang selalu jadi mangsa keegooan Syamir.

Bila baca novel ni, terfikir jugak. Ada ke lelaki yang ego sangat macam Syamir. Ego dia tahap melampau sampai tak nak mengaku yang dia mencintai Dhuha sebenarnya. Disebabkan dia ego dengan perasaaan dia sendiri, Syamir telah menyeksa Dhuha semata2 nak menutup hati dan cinta dia pada Dhuha. Aii tolonglah. If dah jatuh cinta tu, mengaku jela. Tak payahlah nak dera perasaan sendiri dan orang lain. Buat apa nak malu if kita jatuh cinta? Malah, kita patut bangga dengan diri kita sebab kita telah mencintai seseorang dengan sepenuh hati.

Satu lagi aku nak bercakap pasal watak Hazlela sebagai kawan Dhuha. Yang ni satu perangai yang aku sakit hati je baca. Percayalah kawan!! Tak salah kalau kita beri kawan kita peluang untuk menerangkan segala2nya pada kita sebelum kita buat conclusion kita sendiri. Jangan nak main serkap jarang je, dah serkap jarang pastu tak nak bagi peluang untuk kawan terangkan. If kita berkawan dengan seseorang, patut kita faham dia. If tak faham pun, try faham dengan cara biarkan dirinya menerangkan segala2nya yang kita confius selama ni. Jangan terus menghukum kawan begitu.

Haa nak cakap jugak. Bila last sekali, part Syamir nak memujuk Dhuha tu, perggghh aku pun berdebar2. Dah macam aku pulak yang Syamir pujuk ni. Bukan apa, sudah beranganlah lelaki dalam imaginasi aku berkata begitu. Haha

Serius. Kalau tak percaya, cuba korang baca. Mesti berdebar2 jugak. If tahap imaginasi korang macam aku lah :D


Friday, July 24, 2009

Ungu Karmila

Second novel by RAM yang aku baca. Novel ni best!! Jalan cerita lain dari yang lain. Mengisahkan mengenai puaka yang menghantui Vila Sunyi sehingga telah mengorbankan nyawa Arif, Karmila, dan Jainab (penghuni Vila Sunyi). Rupa2nya bukan puaka yang telah menyebabkan tragedi itu berlaku, tetapi sejenis tumbuhan berbunga. Nak tahu lebih lanjut, bacalah novel ni. Serius best!!

Satu pesanan aku, janganlah baca novel ni malam2 sunyi sepi dalam bilik sorang2, sure korang rasa takut. Rasa cam ada orang perhati je. Tambah lagi aku yang penakut ni. Hehe.

Saturday, July 11, 2009

Kerajinan menaip sudah kembali :)

8 hari!!

8 hari sudah tidak diriku mengupdate blog sendiri ini (baru 8 hari dah kecoh. Hehe). Habuk pun sudah mula mahu menapak. Bukannya apa, aku dalam mood malas walaupun menaip itu hobi aku. Lagipun tak ada cerita sangat pun. Life aku seperti biasa je. Yang pasti, title penganggur masih melekat dalam diriku..

Apa yang aku nak ceritakan dalam post ini ya? Cerita apa yang aku telah buat dalam masa aku tidak m'update blog ini lah. Apa lagi nak cerita kalau tidak itu. Iya tak?

Okaylah. Dimulakan dengan aku pulang ke kampung ku 4hb lepas sempena musim durian :) Jadi tujuan utama pulang ke kampung adalah untuk makan durian. Kat sini pun ada durian tapi keseronokan makan durian kampung nie lain tau :) Sesampai saja di kampung, terus membuka durian. Mama mendahului. Mama memang sangatt suka durian!!

Kali ini pulang ke kampung membawa bersama Kak Eliz sekeluarga. Kalau korang tak tahu, Kak Eliz ialah kakak tiriku. Seronok mereka berada di kampung. Dan for the first time, Kak Eliz melihat pokok durian!! Hehe. Dia sukakan suasana kampung tapi sayangnya keluarga tinggal di bandar. Depan rumah atok,ada pokok durian. Bergayut2 buah durian cuma tak gugur lagi je. Aku ada kat sana durian tak nak gugur. Mogok!! :D

Khamis lepas, aku pergi ke Muar. Aliff cuti dan aku pun tiada kerja so pergilah melawat bakal keluarga di sana :) Hanya 1 malam aku berada di sana. Berjalan2 di Wetex dan terserempak dengan Abby, kawan Aliff di sana. Dia Chinese, sudah berkahwin dan ada seorang anak. Dia comel!! Lawalah dalam kategori Chinese girl.

Kadang2 apabila melihat rakan2 sudah kahwin dan mempunyai anak, aku jadi cemburu sedikit. Hehe. Well sebab mereka sudah mempunyai keluarga sendiri sedangkan aku masih lagi mencari hala tuju hidup. Itu cemburu yang positif okay. Membuatkan aku juga mahu mencapai apa yang aku hendak sebelum decide nak kahwin. Oleh itu, kerjalah. Boleh start preparing untuk kahwin. Gatal dah!! Hahahaha.

Cakap pasal kahwin, Angah dah bersuara untuk melangsungkan pertunangan akhir tahun ini. Kita nantikan bilakah official date nya :)

Aku telah habis menonton Gokusen 1 lagi :p Walaupun banyak drama lain yang belum ditonton, tapi aku nak gak menonton Gokusen. Tiba2 rasa nak tengok Matsumoto Jun!! :p

Dan dalam masa yang sama, aku telah habis membaca novel karya Ramlee Awang Murshid iaitu Rahsia Perindu. 1st novel yang aku baca oleh pengarang ini. Itu pun sebab aku sudah mula bosan dengan novel yang bertemakan cinta saja. Jadi trylah karya Ramlee. Ternyata best novel ini. Membuatkan aku nak baca tanpa henti dan tertanya2 apa ending nya. Dan iya, konsep cinta tetap ada tapi diolah dari sudut yang berbeza. Oleh itu, aku telah membeli novel Ungu Karmilla. Aku mahu membaca novel karya Ramlee lagi. Ohh ya, Rahsia Perindu tu pinjam kat Mak Teh :)







Monday, June 22, 2009

Is It Possible??


Selama ini, aku tak ambik peduli sangat tapi aku pelik!!

Emmm..
Is it possible to love two persons at one time?

Pertanyaan ini datang kembali while reading Eclipse. Bella fallen in love with Edward and Jacob at the same time and she knows that she loves Edward more and can't live without him. But WHY???WHY??Kenapa boleh mencintai dua orang dalam masa yang sama. Walau the 2nd guy hadir kemudian? Tak rasa bersalah ke ek? If you with 'A' guy, do you ever think about 'B' guy?? Takkan tak teringat langsung. Huhu. Aku cuma tak paham pada orang yang dalam situasi begitu. Sebab for sure you will hurt both. Tak rasa bersalah ke? Emm. Situasi itu memang berlaku dalam kehidupan manusia kan. But not in my life. PLEASE!!

p/s: And I don't really like Bella in Eclipse. Edward, I like!! Jacob, annoying!!

Wednesday, May 27, 2009

10 hari di Kuantan

Haikal called me tadi. Cian dia kena tinggal.
Nanti lainkali Mak Lang datang lagi okay :)
Rindu dah kat dia ni *hug**kiss*



Okay, tujuan sebenar:
Post ini mengenai cerita mengenai apa yang aku lakukan di Kuantan selama 10 hari :)
Dari pagi hingga petang..

First:

Aku telah habis membaca New Moon :)

Twilight Saga Series adalah novel series pertama yang aku sangat semangat untuk membaca.
Now, I'm reading Eclipse.
Tak sabar gak nak tengok kesinambungan Twilight movie nanti.

Second:

Japanese Drama - Love Shuffle

Drama ini mengisahkan 4 pasangan yang bertukar2 pasangan sesama mereka setiap minggu. Tujuannya adalah untuk get to know other ppl & mencari cinta sejati. Dan akhirnya, Love Shuffle ini berjaya di mana mereka telah menemui cinta sejati dan cinta itu bukan pada original partner.
Dalam drama ini adalah menceritakan about Thanatos. Maybe it's about psycho thing. But sampai sekarang, aku tak faham apa yang dimaksudkan dengan Thanatos. Hoho

Aku pelik dengan tema drama ini. Boleh ke bertukar2 pasangan macam tu walaupun tujuannya boleh diterima jugak kan (mencari cinta sejati). Walaupun begitu, drama ini seronok ditonton. Masing2 ada karakter yang tersendiri dan ini membuatkan diri mereka unik..

Third:

Movie - Syurga Cinta

Watched this movie with Along, Abg Ayin, & Haikal. Haikal semangat nak tengok movie ni sebab iklan ada Hadziq dengan dialog "lemah-lembut". Hehe. Tahu tak dialog ni? :P

Movie ni tetap best even jalan ceritanya lebih kurang tahap cerekarama je.
Plus, ada unsur lawak (dengan gelagat lucu dan comel adik Irham, Ikmal (Hadziq)) dan tak bosan tengok hingga akhir. Pada mulanya, jalan cerita menghiburkan tetapi lama2 jalan cerita jadi lebih serius. Movie ni mengisahkan Irham (Awal Ashaari), anak orang kaya yang baru pulang dari luar negara dan membawa budaya barat dan Cikgu Shuhadah (Heliza AF5) yang juga anak orang kaya tapi masih berpegang teguh pada agama. Mereka bertemu dengan tak sengaja dan berkawan dan akhirnya bersama walaupun selepas berlaku 1 kejadian yang mengecewakan Cikgu Shuhadah & Irham.

Dalam movie ni, disentuh jua mengenai agama. Yang aku baru tahu adalah:
Ada 3 jenis jodoh iaitu:
1) Jodoh dari syaitan
2) Jodoh dari jin
3) Jodoh dari Allah
Keterangan untuk 3 jenis jodoh ini, pergilah menonton movie ni (Takde masa nak terang @ promote tontonlah movie tempatan. Haha)

And aku lebih sukakan movie ni drpd Talentime..

Fourth:

Finished up slide presentation for conference. Hope don't have any correction :)

Apa yang aku tak buat?

24hb May ada seorang kawan SMSM, Zue kahwin tapi tak sempat pergi. Semoga kamu berdua sentiasa bersama hingga ke akhir hayat.

p/s: Betapa susahnya nak cari kelapa parut di Kuantan. Tak jadi nak buat kuih :(

p/s: Sekarang, di rumahku ada tetamu. Tetapi, aku, setelah menghidangkan apa yang patut (itulah tugas daughter kan :P), aku pun terus mengadap laptop dan edit post ini di sudut kecil rumah ku. Hehe

Wednesday, May 13, 2009

Pecah Rumah!!!

Kejadian pecah rumah berlaku lagi di taman aku semalam. Dan mangsa adalah betul2 rumah belakang rumah aku. Huhu. Nasib baik pencuri itu tak berjaya masuk ke dalam rumah. Takutnya lah bila kejadian buruk macam ni berlaku. Pagi2 pun ada gak 1 kejadian pecah rumah berlaku tau. Ntah pagi2 pun berani nak pecah masuk. Berani betullah pencuri itu. Aku jadi takut duduk sorang2 kat rumah sekarang. Dulu takut then dah reda, tapi bila semalam rumah yang paling dekat dengan rumah aku dah kena, aku jadi takut lak. Jaga diri dan rumah betul2. Pastikan keselamatan ada di rumah. Insyallah kejadian begitu tak kan terjadi di rumah ku dan juga rumah2 orang lain.

And, aku dah habis baca Twilight!! Sooo romantik lah Edward. Aku sangat sukakan dia. Edward in novel lagi romantik drpd Edward in movie. And tak sabar nak beli New Moon lak. Esok nak keluar lah just nak beli New Moon je. Keluar sorang pun tak pe, yang penting aku dapat apa yang aku nak :)

Okay. Nak sambung tengok CSI. Kes 'jerung darat' ni.

Thursday, May 7, 2009

Novel::Thesis::Genting::

I'm having a Twilight temptation now *blush* :D Start reading the novel but since I've watched the movie so jadi dah tahu jalan cerita lak. Huhu. And yes, I like Edward Cullen more and more now :)

I finished with my thesis correction :) Tak sampai 15 minit pun buat :) But the problem is I don't know which shop (depan taman aku) provide the hard cover, binding. Semalam dah cari tapi tak ada pun. But I'm trying to search again tomorrow. Sebab minggu depan nak hantar via post. Dan aku tak tahu macam mana nak uruskan binding dengan hard cover ni. How to print on the hard cover ek? Aiyoo..

Sebenarnya minggu ni, aku dan family was planning to go to Genting but atas sebab2 tertentu (busy working) so the plan is postpone to 2nd week of June (maybe). If buat minggu ni, boleh celebrate my dad's birthday (9 May) and Mother's Day (10 May) kan? Kan bagus jika itu yang berlaku. Tak pe lah. Yang penting pergi ke sana with my family again. Teringin gak nak g ke sana dengan Aliff dan kawan2. But don't know when lah *think*


Tuesday, April 28, 2009

Kerinduan

Menghitung hari tuk berjumpa dengan buah hati ku yang kecik - Haikal!! :D Rindu sangat dengan gelagat dan kerenah dia nie. Dia pun menghitung hari nak ke sini gak :)


Sejak ada anak sedare ni kan, aku asyik rindukan dia je. Rindu gak pada ahli keluarga yang lain tapi Haikal lah yang utama sekali. Memang macam tu kot kan bila ada anak sedare @ kanak2 kecik dalam family. Suka kan gelagat dia, kadang2 senyum sorang2 if teringat gelagat dia. Lepas tu mulalah tak sabar nak jumpa :) Bulan 10 ni insyallah akan tambah seorang lagi anak sedare. So Haikal kena berkongsi kasih sayang aku lah. Haha. Haikal will be 'abang' okay. No 'adik' lagi.


Forget to tell. Hehe. I bought Twilight novel. Finally I found it. Puas tau mencari Twilight di KL dulu. Hanya ada New Moon, Eclipse, and Breaking Down. Yang 1st tak ada. Aku tak beli yang lain sebab for sure aku akan baca dulu even tak baca yang 1st. So baik cari yang 1st dulu kan. Tak sabarnya nak baca. Aku tak bukak pun lagi bungkusan plastik tu. Takut bukak nanti aku dah tak ingat nota lak :P And nak jaga kecantikan buku itu, tak nak kemik2 since buku tu akan berada dalam kotak dalam masa beberapa hari nie.


And yes, I have to start packing my things now. Agak2 muat ke lah barang2 aku ni dalam 2 kereta nanti? We'll see. This noon nak g beli kotak :)

Monday, April 6, 2009

Let's see :)

Apa aku buat selama 10 hari di rumah??

1. Download drama Jepun (itulah tujuan aku balik ke rumah)..drama yang di download based on recommendation di Sars-Fansubs and D-Addicts..satu drama dah selesai..lagi satu drama & SP ongoing..hope sempat siap sebelum 11hb malam :) & also download 90210 from youtube..

2. Watching drama and movie yang ada dalam hard disk aku nie..Seigi No Mikata (best, Shida Mirai comel!!!), Hana Yori Dango Final (best gler..lepas rindu nak tengok Inoue), Los and Faun (bosan..last2 aku tgk ending je), Raise Your Voice (biasa je)

3. Download lagu..tak kira lagu apa, aku download je..tapi sampai skrg aku tak dengar lagi lagu yang dah di download itu..

4. Siapkan diary APA dan report trip Sport Management (kerja berfaedah yang aku buat :D)

5. Baca novel CInta Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari (kesinambungan Ombak Rindu) sekarang tgh membaca Rindu Cintaku (kesinambungan Ombak Rindu & Cinta Tiada Akhirnya)..mintak2 boleh baca + still tak lupa pada kerja yang ada :)

6. Nonton TV..Intan (pengaruh mama :D), CSI, Cerekarama (lama dah tak tengok cter cmnie + Fazura berlakon :D) + cter apa lagi ntah..


Apa yang patut aku buat dalam masa cuti yang tinggal??

1. Studi tuk final exam..ada 3 paper je..'je' tue nampak cam senang je ek..

2. Preparation for final presentation..berdebar lak bila sebut nie..huhu

3. Kerja sampingan :D = baca novel


p/s: masa semakin mencemburui hari2 senang ku :(

Sunday, January 11, 2009

Remember Me - Sophie Kinsella


novel nie best..aku memang suka Sophie Kinsella novels pun..

kisahnya mengenai a girl, Lexi yg hilang ingatan after an accident....bila dia wakes up in hospital, dia rasa diri dia baru 25- year-old, tapi rupanya dia dah 28-year-old..dia tak ingat yg dia dah kahwin to a millionaire, Eric & dah jadi director of flooring department...at first, dia ingat dia punyai life yg bagus lah, dgn Eric her husband, & becomes a director..tapi, at last she realizes yg sebenarnya life dia bkn macam yg dia impikan..dia dikenali sbgi Cobra & dikenali sbgi a bitch-boss & dia x bahagia dgn Eric.1 lagi, dia ada secret affair with Eric's architect, named Jon...akhirnya dia bersama Jon & hanya ingat memory about him..