Tuesday, April 23, 2013
Senang Penat!
Aku semakin tua? Yup! Itu sudah semestinya. Tahun nie umur dah masuk 27 tahun oiiiiiii!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Saturday, April 20, 2013
Full Saturday!
Photo booth konon. Hihi. Kami comeyy tak? (Suara dan lenggok macam iklan Kak Ton) Haha!
Me and Tasha. HK people! Suka sangat gambar nie. Hihi.
With 'Love Bird'. Made by Ling Sim. Hihi.
Duduk sana tak sampai sejam, kembali semula ke ofis. Hari nie kena belajar mengenai R&I case. How to handle. Swami teach us so kena tunggu dia pulak. Sejam tau tunggu. Janji jam 12 pm, sudahnya jam 1.15 pm dia baru sampai ofis dan ada pulak masalah with scanner. Jam 3 pm settled everything. With R&I cases dan EOD.
Lepas habis kerja, aku dan Tasha terus ke Sacc Mall. Ada benda nak beli di sana. Itulah tujuan aku hari nie :p
Sampai je di Sacc Mall, terus cari tempat makan. Dan tiada pilihan (tak tahu nak pilih kedai mana nanye), so we decided makan di Secret Recipe. Both menu sama! Kelaparan tahap dewa. Lunch at 5 pm!
Inilah tujuan ke Sacc Mall! Just to buy this balang! Beli di KK Home Deco.
Watson! Beli lip balm (lip balm lama dah hilang dalam beg tangan yang besar. Huhu) dan Clean and Clear, anti acne. Katanya nak hilangkan jerawat :p
Di Sacc Mall, jumpa satu kedai hi-tea comel. Namanya The Teapot Deli.
Pemandangan dalam kedai. Tepi escalator je kedai nie. Nampak menarik dari luar. Tak teringat nak ambik gambar dari luar.
Minum petang kami. Puding roti bersama castard. Sedap! :))
Ada jugak kira macam photo booth di luar kedai. Hee ~ Part nie paling suka! :))
Haa sampai je depan taman, terjumpa ayah mama di kedai hantaran. Terus ayah ajak dinner. Dinner pulak lah. Sedangkan kenyang lagi. Jadi dinner makan mushroom soup with garlic bread.
Full day! Esok Ahad, masa untuk berehat dan kemas bilik dan basuh baju dan lipat baju. Busy jugak tue. Huhu. Hope tiada benda lain yang menganggu. Wee~
- Posted using BlogPress from my iPhone
Sunday, April 14, 2013
My Current Obsession! PurdyPlain!
Aku lagi selesa pakai Shawl daripada tudung bawal, pashmina or tudung sarung terus tue. I'm looking for good quality shawls for a long time and now I found it. Yeayyyy! :D
Shawls yang dimaksudkan adalah daripada PurdyPetals yang diberi nama PurdyPlain. PurdyPetals is one of the person yang menjual shawl di Instagram. Aku just follow PurdyPetals first, then tengok harga shawl satu RM30. Mahallah jugak compared to shawl di luar hanya RM10 kan. So hold jela dulu.
Go visit her IG :))
Bila banyak sangat recommendation yang PurdyPetals post daripada customer dia, aku berminat nak tahu. Then aku order 2 shawls. Dan bila pakai 2 shawls Purdyplain, serius I love it!! Shawls in high quality chiffon dan lembut. Sangat mudah nak dibentuk mengikut citarasa aku. Dan shawls nya juga panjang dan lebar. Dan banyak color cantik2! Sangat best pakai dan after that, aku jadi pemborong PurdyPlain. Setiap kali dia keluarkan batch baru for PurdyPlain, for sure aku akan beli punya. Hihi. I don't mind spending money for high quality shawls that I search for a long time. Now aku sangat suka pakai shawls. Bertambah2 suka :))
Mostly setiap hari aku pakai PurdyPlain. Dan ada beberapa kali post in IG, dan ada kawan bertanya. Hihi. Yeayyy! Mereka berminat nak beli jugak. Go for it.
PurdyPlain dijual macam pisang goreng panas. Kalau lambat dah habis ready stok, don't worry you can pre order. Cuma dapat lambat sikitlah. Asalkan dapat kan. Hee ~
I already have 16 PurdyPlain shawls :))
Me wearing PurdyPlain :))
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, April 12, 2013
Long Time No See
Sangat lama sudah aku tak update blog kan. 2 bulan jugak lah. Lamalah sangat :p Aku hampir lupa yang aku ada blog sampailah tadi ada kawan yang cakap 'update lah blog kau'. Haha. Now aku ingat dah. Hee~
Hidup aku sangat busy sekarang (mengalahkan PM) :D Kerja seperti biasa. Malam pulak aku ada perkara lain nak buat. Banyak bendalah. Termasuk baca novel, main game dan tengok drama Korea. Haha!
Now aku lagi busy. Tak cukup masa dah rasanya. Tapi relax dan cool je. Hihi.
Untuk bulan nie, aku kerja tiap minggu. Haih. Sabtu. Now dah ada rotation kerja pada hari Sabtu between KL team dan Chennai team. Minggu depan turn kami. Dan esok ada training for new system in Singapore. EBBS system. Esok baru first time belajar dan mesti master. Sebab no class after this until the system fully use in June. Hoping everything going on well. Amin~
Aku tak aftif blogging tapi aku agak aktif di Twitter dan Instagram. Just follow me :)) @siqah28
Until we meet again soon ~ :))
Meh aku selitkan gambar aku sekarang. Makin chubby. Muahahaha!! :D
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, January 7, 2013
Done upgrade!
Semalam di Starbucks Empire, upgrade jugak tapi tak berjaya. Error! Sebab wifi slow sangat! So today aku pergi ke Setia City Mall. First nak pergi Starbuck jugak tapi lembap jugak nanye. Error je! Then aku pergi Delicious dan yes! Berjaya upgrade! Laju weiii wifi Delicious. Maybe tak banyak orang guna kot. Aku pergi tadi pun jam 11 am. Selepas 1 jam dan my iphone already upgraded to IOS6! Yeaayyy!!
Brunch: Carbonara Spaggetti & Short Latte.
After this, I know where I can go to find WiFi! Wee ~ 😊
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, June 6, 2011
I am RELIABLE..0 MC!!
Thursday, April 21, 2011
Tak boleh telan ubat besar2. Help!!
Dah seminggu aku batuk tapi tak baik2 jugak. Biasanya, 3 hari gitu dah baik if aku dapat penyakit batuk nie. Tapi entah kenapa kali nie, sangat sukar batuk aku nak baik. Bila dah seminggu aku makan ubat cap ibu dan anak, tak baik2 jugak. Jadinya, semalam, aku dengan rela hati pergi ke klinik di LYL. Ada panel klinik kat situ. Mujurlah dekat je. Bukan senang aku nak p klinik tau. Allergic jumpa doktor!!
Jumpa doktor, dan dia bagi ubat macam biasalah. Apa erti jumpa doktor kalau tak bagi ubat kan. Aku dapat ubat batuk (day & night), ubat selesema (day & night), ubat sakit tekak dan antibiotik. Yang paling aku tak tahan, antibiotik lah. Gler besar wei ubat tu. Tak tertelan aku. Semalam, kat ofis aku try telan 1 biji, tapi tak tertelan jugak, last2 aku buang je. Malam semalam, aku kerat jadi 2 bahagian, jadi telan 1 1. Hoho. Itu pun sebab kakak aku bagi idea suh aku kerat. Sebab dulu masa aku kecik kalau aku demam, ayah aku akan kerat kortal (ala panadol tuk budak kecik kan), atau ayah aku akan lenyek sampai hancur. Takkanlah sekarang aku nak buat camtu lagi kot. Tak sesuai betul. Antibiotik nak dilenyek?? Memang pelik wei..
Sadis betul cara aku makan ubat. Aku pun tak tahu bilakah masanya aku akan makan pil besar2 dengan jayanya. Kakak aku dulu pun macam aku jugak, penakut makan ubat, tapi bila dia dah mengandung, jadi boleh makan ubat tiba2. Katanya, demi anak kenalah makan kan. Betul jugak tu. Agaknya aku nie, nak kena tunggu pregnant gak kot, baru leh makan ubat....
Macam budak kecik je makan ubat pun tak reti. Tapi nak buat camne, itulah aku.
Kena berusaha habiskan antibiotik yang diberi. Esok kena jumpa doktor lagi. Dia nak tengok aku dah baik ke belum, kalau belum, dia nak bagi antibiotik lain pulak. Tak mahu!!!!
p/s: Aku cuti hari nie. doktor tak bagi aku MC sebab aku tak demam, tapi aku tak larat nak layan batuk kat ofis. Jadinya aku ambik cuti hari nie. Biar sihat betul baru ke ofis kembali...
Friday, April 1, 2011
I take a break..
Aku rasa down minggu nie. Huhu. Aku telah buat 3 external errors dalam masa seminggu :( 2 errors aku dapat tahu semalam dan 1 error dapat tahu tadi. Aku tak tahulah kenapa dengan diri aku sekarang. For the past 3 weeks, aku selalu je buat salah. 3 external errors dan internal errors usah kata, memang ada.
Pagi tadi, aku buat 1 external error lagi. External error was more worse coz its leading to operational loss. So I decided to take a break from work. Seriously, I do need a rest. Aku baru sedar yang dalam masa awal 3 bulan tahun nie, aku just cuti 1.5 hari excluding weekend. Aku tak boleh cuti sehingga bulan May sebab tak cukup staf tapi aku terpaksa ambik dan my service lead pun benarkan aku ambik cuti. Jadi, lepas aku buat error pagi tadi, terus aku isi borang to take manual leave for next Monday. Hong Kong public holiday on Tuesday, jadi aku cuti for 4 days.
Hope cuti 4 hari nie mampu tenangkan aku. Dan Rabu depan, harap aku akan pergi kerja dengan semangat dan fokus pada kerja dan tolong jangan buat error. Internal and external error!!!
Thursday, March 24, 2011
Aku Telah Membunuhnya!!!

Korang rasa apa haiwan nie???
Aliff cakap cacing tanah, ayah kata anak ular. Huhu
Aku tak tahu ini haiwan apa.
Aku terjumpa haiwan nie di dapur rumah semalam.
Terkejut gler bila nak masuk dapur nampak haiwan nie tergedik2 kat lantai. Aku pun jadi tergedik2 geli geliman tengok haiwan nie bergerak.
Aku takut even haiwan nie kecik sangat berbanding aku.
Aku terus ambik pisau yang panjang dan tetak2 ia. Dan akhirnya ia mati.
Masa tetak tu, kuar darah tau!!! Dan busuk!! Huhu
Aku punya takut sampai aku ambik gambar dan send kat Aliff, pastu aku ubah haiwan nie letak atas paper dan basuh darah kat lantai. Masa nie pun tengah geli2 lagi. Fikir bukan2 maybe haiwan nie hidup lagi.
Feel bad sebab bunuh ia. Serius aku tak pernah bunuh haiwan selain nyamuk dan semut. Itu pasti kena bunuh!! Lipas pun aku tak pernah bunuh tau sebab takut lipas jugak. Nampak lipas, aku yang lari....
Camne haiwan nie boleh masuk rumah aku??? Nak kata tinggal kat semak, tidak!! Aii tak tahulah. Hope aku tak terjumpa haiwan pelik2 lagi lepas nie. Sangat tak suka dan iya aku penakut!!! :(
Saturday, March 19, 2011
Kerinduan yang melampau....
Awak buat saya marah
Awak buat saya menangis
Awak buat saya menjerit
Awak buat saya geram dengan perangai awak yang suka mengusik saya
Tapi di penghujung hari,
Saya tidak mahu bersama orang lain selain daripada awak.
Kerana,
Awak juga buat saya ketawa,
Awak buat saya sedar yang awak sentiasa dengan saya
Awak buat saya sedar bahawa cinta awak sangat kuat untuk saya
Saya terima segalanya mengenai awak seperti mana awak menerima segalanya mengenai saya.
Terima Kasih Cinta :)
P/s: Kerinduan yang teramat kepada si dia. Dia tak boleh balik minggu ini. Dan bila saya di tahap kerinduan yang melampau, saya suka cari gaduh dengan dia. Itulah saya! Huhu. Rindu sangat2 pada awak!!
Thursday, March 17, 2011
Memori,,Kenangan..
Memori atau kenangan senang untuk dicipta, tapi sangat sukar untuk dilupa.
Sebab apa??
Sebab memori itu sudah dilakarkan dalam hidup kita. Sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Jadi, mana mungkin kita lupakan memori itu.
Ingatlah segala memori sama ada suka atau duka kerana sesungguhnya kita tidak boleh sesekali melupakan segala memori yang ada. Mulut kata sudah lupa tapi hati, akal, dan fikiran mengatakan tidak sebenarnya.
Memori yang indah, ingatilah selalu agar kita sentiasa gembira kerananya.
Memori duka, janganlah dikenang selalu. Boleh dikenang dan dijadikan sempadan dalam apa juga perkara yang mendatang dalam hidup, cuma janganlah dikenang hingga boleh membuatkan kita sedih dan mengalirkan air mata (tambah lagi pada orang seperti aku yang kememe nie).
Dengan memori yang tercipta dalam hidup ini, kita akan lebih tabah untuk meneruskan hidup kerana memori itu akan menemani kita sehingga ke akhir hayat.
Lagu yang sering aku dengar dan menyanyi sorang2 dalam bilik pada waktu malam, Memori Tercipta - Shahila. Sedih dan entah mengapa hampir mengalir air mata apabila mendengar lagu nie. Shahila menyanyi dengan penuh perasaan hingga aku tersentuh atau aku yang memang sensitif ya amat??
Monday, March 14, 2011
Biarkan semuanya hanya di sini
Setelah bertahun aku blogging, baru sekarang, secara officially-nya, aku dengan berbesar hati meletakkan my blog url di Facebook dan Twitter. Dulu, aku tak nak letak, tak nak orang tahu yang aku ada blog. Sebab aku nak kebebasan bersuara, if ramai tahu blog aku, aku jadi tak selesa untuk open my heart here. But now, aku tak kisahlah. Biarlah semua orang tahu (rasa nak nyanyi lagu Rem lak :D) yang aku ada blog.
Blog ini hanya berkisar mengenai hidup, perasaan, segalanya mengenai aku dan orang2 di sekeliling. Aku jenis orang yang tak banyak cakap tapi suka bertanya. Aku lebih suka pendam segalanya dalam hati, tak gemar cerita kat orang. That's the reason why I chose to blogging. Nak menceritakan di sini. Aku lebih selesa menaip bercerita di sini.
Aku cuma berharap agar pada sesiapa yang baca blog ini, do please biarkan semua cerita mengenai aku hanya di blog.
Ini blog aku. Jadi ikut suka hati aku nak taip nak cerita apa. Pada yang suka, baguslah, pada yang tak suka, dialu-alukan pergi..
p/s: amatlah digalakkan anda blogging untuk mencurahkan isi hati dan mengisi masa lapang :)
Sekian....
Friday, December 17, 2010
Teman Tidur Saya BEAR12 :)
Friday, October 16, 2009
Quit and Go
I quit because i've been selected to join GEMS in Teluk Batik. This sunday, 18/10 is the registration day and the programme will start on Monday.
Actually, I don't know much about the programme. There are questions in my mind about GEMS:
1) Menjamin ke GEMS ni?
2) On job training for 6 months after the classroom training, so sure dapat kerja ke pas OJT?
3) Kerja tu pulak sure under government @ glc ke?
4) The programme will focus on business and management. Boleh masuk ke semua benda tu dalam otak aku ni?
Emm,
Someone said the programme is okay, teach us about working, and getting a job after that.
Someone said the programme is boring, and not sure getting a job under government @ glc but still dapat kerjalah.
I said,
I will go and join the programme!!!
Only then, I can answer all the questions in my mind.
Kemungkinan rezeki aku ada di sana.
Only GOD knows..
p/s: for anyone who knows about GEMS, respond me!
Saturday, September 26, 2009
Forgive me
but,
Please forgive me.
I'm begging you :(
Saturday, September 19, 2009
Love you baby
Aliff sudah pun bertolak ke kampung sebentar tadi. Didoakan agar perjalanan sayang selamat sampai ke kampung. Moga cuaca hari ini pun seindah perasaan ku. Maksudnya tak hujan lah. Kesian sayang kena hujan nanti. Dahlah semalam datang rumah pun kena hujan jugak..
Sedih bila Aliff nak bergerak balik tadi. Sayunya hati ini. Rasa nak mengalir air mata aku. Tapi ku tahan juga. Sebab esok raya barangkali. Indahnya jika Aliff di sisi di hari raya. Emm
Sayang, terima kasih banyak2 kerana sudi datang rumah. Iqa tahu abang buat segalanya untuk Iqa. Thank u soooo much baby.Love you banyak2..
Friday, September 18, 2009
Mereka tak balik raya
Tadi, ayah dah beli daging tuk masak rendang raya nanti. Tengah2 potong, ayah cakap, "aii Angah tak balik pulak raya ni". Aku hanya mampu diam sahaja. Angah suka makan rendang daging, sebab tu ayah potong daging teringatkan anak dia yang entah apa dimakan pada pagi raya nanti. Sob sob. Walaupun aku tak rapat sangat dengan Angah dan Anjang, tapi sedihhh dorang takde raya ni. Tak cukup bergu lah kami adik beradik. Tahun pertama dorang tak dapat balik raya
Nanti aku kerja mintak2lah dapat cuti raya tiap tahun.
Wednesday, September 16, 2009
Kad Raya Dariku Untuk Semua :)

Terimalah kad raya yang tak seberapa dari diriku khas untuk kalian.
Kepada follower tersayang dan juga kepada semua yang singgah ke blog ini.
Maaf dipinta jika diriku ada melakukan kesalahan,
ada terkasar bahasa, ada membuatkan kalian terasa, dan sebagainya.
Diriku hanya insan biasa yang pasti ada melakukan kesilapan.
Maaflah ye.
Kira 0-0 lah ye :)
Tuan punya blog ini mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
-Balik kampung tu hati2. Biar lambat asal selamat.
-Makan jangan terlebih2. Ingat raya sebulan tau.
-Take care!!!
Tuesday, September 15, 2009
Last kuih raya

Lama aku buat tat nenas ni. Dari jam 5 pm, pastu benti berbuka then jam 8 pm sambung balik dan akhirnya siap jam 12.30am.
Inilah kuih yang mengambil masa paling lama untuk disiapkan.
Lagipun buat banyak, sebab tu lama. Tat nenas ni kegemaran Angah dan aku juga..
Tak pelik ke tengok tat nenas aku? Hehe
Biasa kan orang buat tat nenas gulung, dapat kat aku sudah jadi lain tat nenas nya.
Kenapa ye?
Saja je aku buat lain sikit, asyik gulung je, kali ni aku bentukkan jadi lain.
Okay tak?
Hahahaha..
Habis korang kena kelentong dengan aku. Hehe
Sebenarnya (sebab sebenar ni), adunan tat kali ni 'seroi' (aku tak tahu camne nak eja). Ala adunan tu bercerai2, tak padu. Jadi tak boleh nak digulungkan sebab asyik putus je. Sebab tu aku buat bentuk lain.
Bukan sebab aku konon kreatif nak buat bentuk tat yang lain :p
Macam mana pulak tahun ni boleh adunan tak jadi. Huhu
Nasib baik, rasa tetap sama :)
****************************
Ni nak cerita pulak pasal balik kampung kelmarin.
Tujuan sebenar nak berbuka puasa dan bersahur dengan atok dan tok wan.
Dan untuk kali pertama dalam bulan ramadhan ni, aku tambah nasi masa berbuka.
Pendek kata, makan banyaklah.
Aiiii sedap je kalau atok masak tau.
Kalau duduk kampung lama2, boleh makin bertambah berat badan aku.
Ingat dulu masa duduk kampung, mak cik masak bihun goreng. Pastu dah habis bihun goreng, then untuk kali ke2, atok pulak yang goreng bihun.
Aku tahu je atok yang masak, terus aku makan buat kali ke2 (siap bertambah lagi) sedangkan perut dah full masa tu.
Memanglah.
Memang atok masak sedap!!!
Thursday, September 10, 2009
Sekian Lama Ku Simpan Tag Ini
Nyatakan 3 fakta tentang kamu yang orang lain tak tahu
Boleh panggil cita2 ke? Hehe. Okaylah, lebih kurang kpd 'aku nak kerja apa besar nanti?'. Dulu masa kecik2, aku pernah nak kerja kat kilang sabun, pastu kilang karangkraf. Haa nanti boleh dapat novel free :p Aku nak kerja kat dua kilang ni sebab dulu arwah mak pernah kerja kat sini. Selalu lah petang2 nak pergi ambik arwah mak, so kena tunggu kejap. Tengoklah arwah mak buat kerja. Cam menarik je kerja kat kilang sabun & karangkraf. Tu yang aku pernah kata, 'nanti besar, kak lang nak kerja kat sini lah mak'. Hehe. Tambah lagi kat kilang karangkraf tu, best tau. Selain dapat novel free (novel yang reject lah, but still boleh baca), ada buat hari keluarga & bos pun baik. Sekarang kilang tu dah tiada di Subang ni. Pindah ke mana pun tak tahu lah.
Pastu, aku nak jadi penyanyi pulak. Haha. Selalu ambik botol air atau apa saja yg boleh dijadikan mic tuk aku menyanyi. Lagu paling suka dinyanyikan lagu siti nurhaliza lah. Dulu masa aku duduk TUDM subang, aku selalu melalak sorang2 dalam bilik dengan botol air sebagai mic. Hehe.Konon2lah aku ni penyanyi tersohor macam siti dan ramai gler audience tengok aku. Nyanyi siap nari tau. Hehe
Pastu, aku dah besar sikit, barulah cita2 betul ni nak jadi doctor. To be exact, a surgeon. Last2 hampehh. Tak jadi pun. Haha
2) Aku selalu tersilap sebut perkataan
Masa kecik2 dulu, aku selalu tersalah sebut perkataan. Contohnya, terowong aku sebut telolong, garfu aku sebut garplu. Haha. Sampai sekarang, kadang2 family aku cakap pasal benda ni. Tambah lagi kalau lalu terowong karak tu :p
3) Berangan jadi puteri yang baik hati dan dihormati.
Waa macam bagus je dengar kan. Hehe. Masa kecik2 dulu, aku selalu berangan jadi puteri. Bukan puteri drp keturunan diraja, tapi puteri yang disayangi dan dihormati dan juga sering menolong orang dalam kesusahan. Pendek kata, aku nak jadi puteri yang ke seluruh dunia untuk membantu orang susah. Kira buat charity work lah. Aku suka kerja camtu. If aku kaya dan ada segalanya, akan ku bantu setiap orang yang susah. Tak boleh tengok orang dalam keadaan susah. Sedih sebab tak dapat nak bantu. Huhu
Itulah antara benda yang orang tak tahu. Semua zaman kecik2 dulu. Hehe.
Sape yang terasa cam nak jawab tag ni, ambik jela ye..