Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Dinner! Mukha!




Jumaat malam, lepas kerja, kami bertiga pergi makan!!! Yeayyyy! HAha! Menternak lemak je tahu kan. Aiyakk!

Sekian lama Yun nak pergi Mukha dan akhirnya Jumaat malam kami pun pergilah ke sana. Menunaikan hajat Yun mengidam :D Makanan sedap! Serius nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak weii! Aku dan Tasha makan Steak Sandwich. Sedap! Dagingnya lembut. Yun makan Chicken Kebab. Pun sedap! Ayam ada rasa rempah sikit.

For dessert, we chose Afogato dan Choc Mosse. Afogato tak brape sedap. Bolehlah. Compare to Serai, Afogato Mukha lagi sedap. Sebab coffee tak pahit sangat. Choc Mosse sedap!

Akan pergi makan di sana lagi. Membawa kawan2 yang lain pula :)

Congrats to Yun for your first pregnancy! Yeayyy! Dan congrats to Sheima also for your second pregnancy! Double yeayyy!

Harus memikirkan solution because their due date only differ for a month. Means a month without both at work. OMG! Mental dan fizikal prepare from NOW!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 1, 2013

Dinner at Serai

Selasa malam, lepas kerja, aku, Tasha & Hanis pergi makan sedap! Yeayyyy! Haha! Last week mereka pergi makan sedap for 3 days in a row. Tak aci betul bila aku tiada. Hee. Semalam aku dapat makan sedap! Yeayyyy! :D

Banyak kedai yang disenaraikan dan akhirnya, kami memilih nak makan di Serai. Serai ada 2 cawangan iaitu di Empire Subang dan Paradigm Mall. Dan disebabkan aku tak pernah pergi Paradigm Mall, aku request makan di sana.

Lepas kerja terus pergi dan Serai di Paradigm more exclusive than in Empire. Serius rasa macam masuk kedai makan yang tersangatlah mahal. Mahal jugaklah makanan di Serai nanye. Biasalah standard kedai high class katanya. Selesa dan best! Bolehlah kalau nak lepak lama2 di sana.


Inilah makanan kami. Aku makan Serai Platter (ada nasi, ayam goreng, sotong, dan daging kambing). Tasha makan Nasi Kerabu dan Hanis makan Nasi Ulam Ayam Bakar. Air yang colourful tue, don't ask for name, serius aku tak ingat :p Air yang putih tue pun nama tak ingat tapi ada campuran honeydew :) Yang dalam cawan putih tue adalah dessert kami. Namanya Afogato. Campuran aiskrim dan coffee. Coffee agak pahit makanya tak sedap sangat. Dan ia datang with small portion. Tak puas! Mujur pahit!


Wajah orang kelaparan dan masih maintain cute. Haha!

Aku tak nak dah pergi Paradigm Mall. Serabutlah weiii! Jalan entah macam apa dalam mall tue. Nak cari bayar parking pun susah. Ish tak sukalah Paradigm. Prefer Setia City Mall yang tak berapa besar tue :D

*Aku prefer Plan B lagi daripada Serai.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, April 20, 2013

Full Saturday!

Wahhhh just arrived home at 10.30pm today. Al kisahnya, pagi seawal jam 8 pagi, aku sudah pergi kerja. Masuk kerja buat sikit2 payment, settled everything, terus bergegas ke TPM, ada CSR Carnival organized by Scope International. Just pergi sana to support CMS team. Beli cupcakes Miera je.


Photo booth konon. Hihi. Kami comeyy tak? (Suara dan lenggok macam iklan Kak Ton) Haha!


Me and Tasha. HK people! Suka sangat gambar nie. Hihi.


With 'Love Bird'. Made by Ling Sim. Hihi.

Duduk sana tak sampai sejam, kembali semula ke ofis. Hari nie kena belajar mengenai R&I case. How to handle. Swami teach us so kena tunggu dia pulak. Sejam tau tunggu. Janji jam 12 pm, sudahnya jam 1.15 pm dia baru sampai ofis dan ada pulak masalah with scanner. Jam 3 pm settled everything. With R&I cases dan EOD.

Lepas habis kerja, aku dan Tasha terus ke Sacc Mall. Ada benda nak beli di sana. Itulah tujuan aku hari nie :p


Sampai je di Sacc Mall, terus cari tempat makan. Dan tiada pilihan (tak tahu nak pilih kedai mana nanye), so we decided makan di Secret Recipe. Both menu sama! Kelaparan tahap dewa. Lunch at 5 pm!


Inilah tujuan ke Sacc Mall! Just to buy this balang! Beli di KK Home Deco.


Watson! Beli lip balm (lip balm lama dah hilang dalam beg tangan yang besar. Huhu) dan Clean and Clear, anti acne. Katanya nak hilangkan jerawat :p

Di Sacc Mall, jumpa satu kedai hi-tea comel. Namanya The Teapot Deli.


Pemandangan dalam kedai. Tepi escalator je kedai nie. Nampak menarik dari luar. Tak teringat nak ambik gambar dari luar.


Minum petang kami. Puding roti bersama castard. Sedap! :))


Ada jugak kira macam photo booth di luar kedai. Hee ~ Part nie paling suka! :))

Haa sampai je depan taman, terjumpa ayah mama di kedai hantaran. Terus ayah ajak dinner. Dinner pulak lah. Sedangkan kenyang lagi. Jadi dinner makan mushroom soup with garlic bread.

Full day! Esok Ahad, masa untuk berehat dan kemas bilik dan basuh baju dan lipat baju. Busy jugak tue. Huhu. Hope tiada benda lain yang menganggu. Wee~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, April 19, 2013

Plan B! Yummyyyy!

Malam Rabu, after work, aku dan my team went for dinner at Plan B! Kami memang teringin nak makan di sana selepas Yun pergi cakap makanan kat sana best. Dan Rabu malam, kami ke sana. Sana means di Bangsar Village :D

Yang bestnya, Yun belanja! Yeayyy! Yun dapat award from Singapore dan treat us as a team. Hee.


Inilah makanan2 yang kami makan semalam! Semua sedap sangat!! Suka2! Love2! Will definitely makan lagi di sini :D


Kami satu team! ITT Asian KL team! Dan semua gegurl. Hee ~ 😊 Ada seorang boy tapi dia sudah berhenti dan join bomba. Huhu. Sadis!








Thanks so much Yun for the treat!! Love you always :)) Yun with her husband, FA :))


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 15, 2009

Last kuih raya

Finally, sudah buat kuih raya terakhir :)

Tat Nenas Nurulsiqah

Lama aku buat tat nenas ni. Dari jam 5 pm, pastu benti berbuka then jam 8 pm sambung balik dan akhirnya siap jam 12.30am.
Inilah kuih yang mengambil masa paling lama untuk disiapkan.
Lagipun buat banyak, sebab tu lama. Tat nenas ni kegemaran Angah dan aku juga..

Tak pelik ke tengok tat nenas aku? Hehe
Biasa kan orang buat tat nenas gulung, dapat kat aku sudah jadi lain tat nenas nya.
Kenapa ye?
Saja je aku buat lain sikit, asyik gulung je, kali ni aku bentukkan jadi lain.
Okay tak?


Hahahaha..
Habis korang kena kelentong dengan aku. Hehe
Sebenarnya (sebab sebenar ni), adunan tat kali ni 'seroi' (aku tak tahu camne nak eja). Ala adunan tu bercerai2, tak padu. Jadi tak boleh nak digulungkan sebab asyik putus je. Sebab tu aku buat bentuk lain.
Bukan sebab aku konon kreatif nak buat bentuk tat yang lain :p
Macam mana pulak tahun ni boleh adunan tak jadi. Huhu
Nasib baik, rasa tetap sama :)


****************************

Ni nak cerita pulak pasal balik kampung kelmarin.
Tujuan sebenar nak berbuka puasa dan bersahur dengan atok dan tok wan.
Dan untuk kali pertama dalam bulan ramadhan ni, aku tambah nasi masa berbuka.
Pendek kata, makan banyaklah.
Aiiii sedap je kalau atok masak tau.
Kalau duduk kampung lama2, boleh makin bertambah berat badan aku.
Ingat dulu masa duduk kampung, mak cik masak bihun goreng. Pastu dah habis bihun goreng, then untuk kali ke2, atok pulak yang goreng bihun.
Aku tahu je atok yang masak, terus aku makan buat kali ke2 (siap bertambah lagi) sedangkan perut dah full masa tu.
Memanglah.
Memang atok masak sedap!!!




Friday, September 11, 2009

Kuih Raya Duit Raya

Sudah lama rasanya diriku tidak mengupdate pasal kuih raya :)

Jadi,

Tadaa!!!

Lagi 3 jenis kuih raya telah ditambah ke dalam list kuih raya di rumah Hussin & Rosminah yang terletak di Subang :)


Kuih Lidah Buaya (gula tak letak lagi)

Habis semua buaya tak ada lidah.
Aku dah potong lidah dorang. Haha
First time buat kuih ni.
Jadi pun bentuk macam kuih lidah buaya yang biasa aku makan.
Cadang nak buat bentuk lain dah mula2.
Siap call kawan mama nak tanya macam mana nak bentuk kuih ni :)


Biskut Kacang

Hasil dari kacang yang aku goreng sampai mengomel tu. Hehe


Biskut Samprit

First time jugak buat ni..
Sakit tapak tangan buat kuih ni.
Nak tekan bagi kuar bentuk tu.
Nampak macam senang tapi bila tekan tu, perrghh!!!
Aishh aku buat macam2 bentuk yang kuar.
Halal lah ye :p


*****************

Biskut samprit baru je siap beberapa minit yang lalu.
Mama buat dulu sebab aku tengok Nur Kasih.
Tiada sape boleh ganggu kalau aku tengok drama tu. Hehe

Bestlah Nur Kasih. Nur terimalah Adam.
Aidil sudah jatuh cinta kah??? :D

Dan..dan..
Duit raya untuk sepupu sudah diisi tadi.
Sape nak duit raya nanti, cepat2 jumpa Pak Long & Mak Long.
If tak, tak merasalah korang duit raya.
Cakap pasal duit raya,
Tahun ni tahun pertama aku tak dapat duit raya :(
Tu lah, pasal tak sambung belajar.
Kalau sambung, dah dapat duit raya.




Tuesday, September 8, 2009

Kuih..Kuih..

Dua jenis kuih telah ditambah ke dalam list kuih raya di rumah ini.


Tempeyek comel :D


Kuih gunting

Inilah yang aku buat dalam masa dua hari ni.
Aku tak tahu bape banyak kuih mama nak buat tahun ni.
Sekarang, buat kuih goreng2 dulu.
Nanti kuih bakar pulak. Yang penting, tat nenas.
Bila mama kata, esok kita buat kuih ini, lusa ini, aku on je.
Orang jobless macam aku ni memang terima je.
At least boleh jugak mengisi masa aku yang sangat lapang ni :)
Macam biasa, mama sediakan bahan2, ayah uli, aku canai dan goreng sampai siap.
If ada sorang lagi dalam rumah ni, tak tahu nak bagi kerja apa kat dia.
Emm tolong masukkan kuih dalam bekas, basuh membasuh, dan kemas dapur lah.
Banyak pulak kerjanya, kata tak tahu nak bagi kerja apa. Hehe


************************

Okay. Ini tiada kaitan dengan tajuk post ini ya.
Nak bagitahu :p
Aku minum susu sekarang.
Susu Dutch Lady chocolate.
Aku suka minum susu, tapi dah lama tak minum.
Lepas je aku sakit tulang belakang, tak boleh berdiri lama nanti sakit belakang jugak,
jadi Aliff kata maybe sebab aku dah lama tak minum susu kot.
So tulang aku jadi tak kuat.
Ekkkk???
Walaupun aku kurang mempercayainya, aku terus suruh ayah beli susu lepas Aliff kata camtu.
Aiiii apa Aliff cakap aku tetap buat walaupun aku rasa bukan sebab tu..
Aishhh..
Memang gf yang mendengar kata betul lah. Hehe

Sunday, September 6, 2009

Hari Ini dan Semalam

Hari ini:

Buat kuih kedua:

Kuih siput

Kerja aku, mengentel tepung yang sudah diuli untuk menjadi siput.
Ayah kata aku gentel besar2. Patutlah cepat siap.
If ayah yang gentel, memang kecik comel2 je.
Apa anak dara buat gitu gayanya?

Hari ini jugak, berbuka puasa dengan Aliff. Tidak disangka dia datang.
Tiba2 dengar bunyi loceng, ingatkan sapa lah yang datang, tengok2 muka Aliff tersembul kat pagar. Hehe
Aku sakit belakang. Sakit tulang belakang. Nak gerak pun payah tau. Bila gerakkan tangan, terasa mencucuk kat belakang ni. Huhu.
Pagi tadi bangun tidur, baru rasa sakit. Rasa macam kesan dihempap something yang kuat dan berat.
Mengadu kat Aliff, tu yang tiba2 dia datang :)
Melawat orang sakitlah kononnya. Hehe
Thanks ya baby for coming. Miss u already la ;)

Semalam:

Aku pergi ke Perpustakaan Negara.
Bersemangat ni nak ikut Aliff ke sana.
Maklumlah orang tak pernah masuk Perpustakaan Negara.
Sampai je sana, aku pergi merewang ke rak2 buku, kot2 jumpa buku menarik, tapi hasilnya nothing.
Tempat yang kami duduk tu banyak buku art dan entah apa2 lagilah.
Akhirnya, aku ambik novel.
Pastu baru tahu yang tak boleh pinjam novel kat situ.
Terus tak ada mood nak habiskan baca novel tu.
Dah best jalan cter novel tu. Rugi2 tak boleh habiskan.
Aliff ada tujuan ke sana, yang aku ni konon nak teman dia, last2 aku yang boleh mati kebosanan kat situ.
Aliff memahami kebosanan aku. Hehe.
Cepat2 dia siapkan keje dia dan pastu kami pun keluar jalan2 dan balik jam 5 pm.
Tak nak balik lambat2, nanti jalan jam.
Kesimpulannya semalam:
Aku tak nak pergi Perpustakaan Negara lagi.





Sudah start

Apa yang start ek??
Nak raya ni, start buat kuihlah weyyy.

Kuih pertama yang dibuat adalah:

Maruku

Ayah uli dan goreng maruku. Mama sediakan tepung sebelum goreng.
Aku buat apa?
Jangan ingat aku duduk saja ye.
Aku kena goreng kacang. Goreng kacang tanpa minyak tu sampai rasa nak tercabut tangan aku. Lenguh2 tangan sebab kena kacau dan kaki sebab berdiri lama nooo.
Aii kenapalah diciptakan kuih yang dibuat dari kacang seperti biskut kacang dan mazola?
Dahlah aku tak minat makanan yang berunsurkan kacang ni.

Dan dah dekat nak siap goreng, baru ayah teringat yang oven ada satu benda (aku tak sure nak describe tu sebagai apa) yang boleh goreng kacang jugak.
Ia akan berputar sendiri. Dalam erti kata lain, tak ada lenguh tangan lah.
Jadi, pengajarannya:
Tahun depan pastikan ingat akan kewujudan benda itu okay.
Tak ada lah nak mengomel lenguh lepas goreng kacang..


Okaylah.
Nak tidooo.
Esok bangun sahur semua orang.
Good Nite :)

Monday, August 31, 2009

Terlebih menu

Semalam, menu berbuka puasa di rumah ini adalah yang paling banyak setelah 8 hari berpuasa. Biasa memang sikit je. Lauk then kuih 1 jenis. Family aku bukan jenis yang suka pergi ke bazar ramadhan, beli banyak2 @ masak banyak2 sebab 3 orang je yang nak makan.

Semalam, Aliff buka puasa di rumah. So dah tahu kenapa menu terlebih dari biasa? :)

Menu semalam adalah:
tempoyak ikan patin, kacang buncis goreng, ikan pari goreng, kerabu mama, karipap pusing, cempedak goreng (jiran bagi), kuih pelita, murtabak, dan air tebu (Aliff beli kat bazar)

Itu jela. Lebih dari 3 tu kira banyaklah :)

Aliff datang jam 3 lebih. Pastu aku bukakkan dia Youtube then haa layanlah Youtube. Aku duduk dapur menyiapkan karipap pusing ku. Hehe. Jadi beb!! Berpusing2 karipap tu. Suka betullah bila lawa dan sedap karipap. Maklumlah, buat 2 kuih before ni kan kuihnya lembik. So bila kuih kali ni sedap, jadi semangat nak buat lagi :)

Lupa nak ambik gambar karipap lah. So tak boleh nak tunjukkan bukti. Hehe.

Bila aku masak apa sahaja, mesti Aliff akan kata, "ohh mak masak cara lain, bla bla bla". Terus aku teringat satu artikel yang aku baca dalam CLEO yg cakap lelaki ni akan terpikat pada perempuan yang lebih kurang sama dengan mak dia. Cara masak aku memang lain sikit dari mak dia, dah orang lain yang ajar aku masak kan, tapi perangai aku lebih kurang sama dengan mak dia. Apakah perangai itu? Salah satu nya, macam biasalah, perangai mak, MEMBEBEL!! Hahahaha

***************************

Semalam ada tengok Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza dan Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour. Konsert SATU agak bosan sikit tapi konsert Fantasia best. Dah tengok dulu pun nak tengok lagi. Sebenarnya, dari dulu aku minat Siti. Bagi aku no one boleh lawan sedap dan moleknya suara dia. Sekarang, minat aku pada diri dia dah berkurang (taklah obsess cam dulu) cuma suka pada suara dan lagu dia saja. Kalau dulu kira Siti ni memang idola lah orang kata..





Friday, August 28, 2009

Try Again (2)

Hari ini, buat kuih bakar tapi lembik pulak.
Terlebih santan dan kurang tepung lah tu.
Kelmarin, buat kuih lapis tapi hanya masak di tepi, tengah2 tak masak pulak. Lembik jugak.
Apalah nasib aku ni, kuih lembik je ni..
Suka sangat lembik2 tau. Aiyoo.

But its okay lah. Baru cubaan pertama.
Orang kata masak ni kena rajin dan berulang kali. Baru jadi.
So next time, I will try again.

Aku nak belajar buat kuih tradisional sebanyak yang mungkin.
Nanti dah kahwin, boleh buat tiap petang.
Sejuk hati si suami tengok si isteri rajin buat kuih. Haha
Wahh macam rajin sangat lah kan. Entah2 hanya tinggal kata2 je.
Berangan je lebih aku ni oiii. Jauh lagi masanya itu :p

Saturday, July 25, 2009

Try Again

I baked a chocolate cake last night. Tapi sedapnya tak sama macam arwah mak buat.
Akan dicuba lagi. Ganbatte-ne!!

Friday, June 19, 2009

Finished watching this drama. VOICE.
At first, emm biasa je drama ni. Penat baca subtitle je. Panjang2 subtitle.
Tapi aku continue tengok dan yes. Drama ni best. It's about a group of five medical students yang get into forensic pathology seminar yang trying to figure out the final words of death "Voices of the Dead".
Each episode sedih tau. Bergenang airmata aku. Huhu. Aku pun try gak nak figure out the voices of the dead tapi mesti Daiki gak yang menang. No imagination betullah. Aku mengharapkan new season for this drama :)

p/s: sedapnya makan roti dan pulut dengan kuah durian. Jemput makan semua. Yummy!!!

Sedap!!


This is what we called..

Durian in the polistrine.
Tak payah susah2 nak bukak durian itu kat rumah.
Suruh je orang kedai tu bukak siap2.
Balik makan je. Hehe
Baguslah bagi orang macam aku yang memang tak tahu nak bukak durian.
Lagi bagusnya ialah tak payah susah2 nak pindahkan dalam bekas if durian tu tak habis dimakan dan tak payah susah2 nak buang kulit durian.
Kan kerja lebih mudah tu. Hehe

Haa..aku makan 10 ulas semalam..
Banyak tu sebab biasa makan tak lebih 5 ulas (takut panas badan kononnya)
Tapi, can't resist durian lah semalam.
Rasa sedap sangat lak :)