Friday, April 1, 2011

I take a break..

Aku rasa down minggu nie. Huhu. Aku telah buat 3 external errors dalam masa seminggu :( 2 errors aku dapat tahu semalam dan 1 error dapat tahu tadi. Aku tak tahulah kenapa dengan diri aku sekarang. For the past 3 weeks, aku selalu je buat salah. 3 external errors dan internal errors usah kata, memang ada.

Pagi tadi, aku buat 1 external error lagi. External error was more worse coz its leading to operational loss. So I decided to take a break from work. Seriously, I do need a rest. Aku baru sedar yang dalam masa awal 3 bulan tahun nie, aku just cuti 1.5 hari excluding weekend. Aku tak boleh cuti sehingga bulan May sebab tak cukup staf tapi aku terpaksa ambik dan my service lead pun benarkan aku ambik cuti. Jadi, lepas aku buat error pagi tadi, terus aku isi borang to take manual leave for next Monday. Hong Kong public holiday on Tuesday, jadi aku cuti for 4 days.

Hope cuti 4 hari nie mampu tenangkan aku. Dan Rabu depan, harap aku akan pergi kerja dengan semangat dan fokus pada kerja dan tolong jangan buat error. Internal and external error!!!



Wednesday, March 30, 2011

Jahatnya Saya!!!

Rasa bersalah jahat hari ini sebab aku telah buat payment drpd negara bodoh yang aku benci sangat!!! The country is not in the sanction country list for HK, but it's the sanction country for me. Before this, aku tak pernah buat tapi kali nie aku terpaksa. Aku terpaksa buat coz its involved cross rate and aku sorang yang deal with xrate. Aiyoooo!!! Please forgive me!!! Tak tenang rasanya. Maafkan saya ye :(



Sunday, March 27, 2011

Minat pada novel tak pernah berubah

1st novel

Baru saja habis baca novel ini. Selepas hampir sebulan, baru habis baca.
Novel ini direkomen oleh Along, dan aku terus membelinya.
Dan setelah dibaca, novel nie best! Kisah mengenai kehidupan Muna, anak sulung dalam keluarga yang tabah mengharungi hidup dan berjaya menjadi anak, kakak, kawan yang sangat baik. Aku suka novel nie sebab ayat2 NorHayati Berahim yang membuatkan aku berfikir dan menjadikan ayat2 itu sebagai quotes yang menarik dan perlu diingati dan dijadikan panduan.
Novel ini juga diterapkan mengenai aspek keagamaan di mana ayah Muna, Ustaz Jalil ialah penceramah agama bebas. Jadi, ada jugak hadis2 yang disertakan dalam novel nie. Secara tak langsung aku pun jadi tahu dengan hadis2 tersebut. Aku suka ending novel nie :) Muna akhirnya bertemu jodoh dengan Qurban yang merupakan sahabatnya sejak kecil, seorang lelaki yang sentiasa berada disisinya tidak kira apa pun yang Muna hadapi. Sangat suka pada watak Qurban, Muna, dan mak Muna, Cikgu Ara. Semuanya ada tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa berpandangan positif dalam kehidupan.

Antara ayat2 NB yang aku suka dalam novel ini:
"Bagaimana susah pun kita, kalau kita lalui kehidupan ini dengan perasaan gembira dan menghargainya, kita takkan pernah mengeluh dengan kesusahan itu"

2nd & 3rd novel


Novel2 ini telah dibaca sebelum Hujan Pun Menari. Cuma baru nak buat entry mengenai novel ini :)
Novel ini best sangat okay!!! Serius! Both novels berjaya membuatkan aku menangis, ketawa, dan tersenyum dan seterusnya happy with the ending. Sekarang, aku tengah mencari satu lagi novel drpd Siti Rosmizah bertajuk Cinta Kau dan Aku. Sampai sekarang tak ketemu. Susah betul nak jumpa novel yang satu nie.

Kepada semua penggemar novel di luar sana, aku sarankan korang baca ketiga2 novel ini :)



Kereta Oh Kereta

Semalam tukar break pad kereta sudah habis RM296. Supposed Rm205 je (mmg dalam budget lah), tapi tetiba mekanik tu kata entah apa yang kena betul lagi, aku tak tahu, kena tukar tuk 2 tayar depan & satu harga Rm155, jadi aku tak nak tukar, then mekanik tu kata dia tolong clearkan benda tu bagi okay sikit. So aku setuju je dan kena add Rm90 for that thing. Akhirnya, total jadi gitu ler. Lari budget terus.

Dan on the way balik semalam, lalu tol, bayar duit tol, turunkan cermin then tetiba jugak cermin tak boleh naik sepenuhnya. Jadi cermin perlu diganti juga. Atoiiiii!!!!

Betullah kata ayah. Kalau pakai kereta, duit kena sentiasa ada sebab kereta boleh tiba2 akan meragam dan kita perlu baikinya segera. Kalau cermin tu takpelah, bulan depan boleh lagi. Tapi kalau benda penting macam break pad, mana boleh tunda2. Sudahlah sekarang musim hujan, kalau break pad dah loose, bahaya jugak.

Atoiiii!!!Kereta tolong jangan buat hal pada bulan 7 dan 8 okay. Please be good to me orait!!!



Saturday, March 26, 2011

EARTH HOUR KEMBALI LAGI

Earth Hour hari nie.
26 March 2011
8.30pm - 9.30pm


Jangan lupa ye kawan2, tutup lampu, unplug semua barang elektrik kecuali peti sejuk :D
Me??
Maybe kat luar ketika Earth Hour berlangsung. Tutup lampu kereta jela nanti gamaknya.

Lilin SCB yang dijual sempena Earth Hour.
Cantik & hanya dijadikan hiasan di atas meja.
Tidak akan digunakan sama sekali.
Rugi. Hehe



Thursday, March 24, 2011

Aku Telah Membunuhnya!!!


Korang rasa apa haiwan nie???
Aliff cakap cacing tanah, ayah kata anak ular. Huhu
Aku tak tahu ini haiwan apa.

Aku terjumpa haiwan nie di dapur rumah semalam.
Terkejut gler bila nak masuk dapur nampak haiwan nie tergedik2 kat lantai. Aku pun jadi tergedik2 geli geliman tengok haiwan nie bergerak.
Aku takut even haiwan nie kecik sangat berbanding aku.
Aku terus ambik pisau yang panjang dan tetak2 ia. Dan akhirnya ia mati.
Masa tetak tu, kuar darah tau!!! Dan busuk!! Huhu
Aku punya takut sampai aku ambik gambar dan send kat Aliff, pastu aku ubah haiwan nie letak atas paper dan basuh darah kat lantai. Masa nie pun tengah geli2 lagi. Fikir bukan2 maybe haiwan nie hidup lagi.
Feel bad sebab bunuh ia. Serius aku tak pernah bunuh haiwan selain nyamuk dan semut. Itu pasti kena bunuh!! Lipas pun aku tak pernah bunuh tau sebab takut lipas jugak. Nampak lipas, aku yang lari....

Camne haiwan nie boleh masuk rumah aku??? Nak kata tinggal kat semak, tidak!! Aii tak tahulah. Hope aku tak terjumpa haiwan pelik2 lagi lepas nie. Sangat tak suka dan iya aku penakut!!! :(



Monday, March 21, 2011

Coffee And Creamer. Apakah peranannya??

Petang semalam, berseorangan di rumah, aku tengok satu drama Japan yang bertajuk, Mr.Brain. Baru tengok sampai episod 3 dan ada pulak ayat mengenai perumpamaan Coffee & Creamer. Saje je nak share ayat nie...

"I'm as feeble as this creamer. It has no use when it's by itself. Coffee is on the menu, but not the creamer. Useless thing. But there are many people who can't drink their coffee without creamer. From undrinkable to drinkable, Don't you think that is a great job?"

Bagi aku, Coffee ditujukan salah satunya kepada mereka yang berpangkat tinggi, yang kehadirannya sentiasa dinanti, dihargai dan dirai manakala Creamer ditujukan kepada mereka yang sebaliknya.

Ini boleh di apply dalam kehidupan seharian kita. Tak kisahlah sama ada dalam kerjaya, family, kawan2 dan sebagainya. Sejujurnya, kadang2, aku rasa diri aku seperti Creamer, yang tiada nilainya, yang orang lain tak kisah tentang kewujudan aku, yang orang lain tak kisah mengenai peranan aku. Tapi selepas tengok cerita ini dan jumpa ayat ni aku jadi motivated!! Jangan terlalu fikir pendapat orang terhadap diri kita sebab semestinya kita lebih berfikir pada keburukan kita yang dilihat daripada kebaikan. Sebenarnya, maybe orang lain melihat kita seperti Coffee cuma kita yang kadang2 low self-esteem yang menyebabkan kita sentiasa berfikiran negatif dan menganggap diri sebagai Creamer. Sebenarnya tidak!! Kita perlu sentiasa berpendapat yang semua orang dalam kehidupan ini mempunyai peranan masing2 yang tidak boleh dipertikaikan dan dipandang remeh.

Contohnya, dari sudut kerjaya, ada orang yang anggap pengangkut sampah, mak cik cleaner, security guard @ apa2 saje kerja yang boleh dikategorikan sebagai 'low class job' sebagai kerja yang tak elok, yang kotor, yang tak berapa 'berfungsi' dan ada orang kadang2 sampai jijik dengan orang begitu. Bagi aku, perangai itu sangat2 tak patut. Kita yang kerja di ofis, dalam aircond, perlu menghargai orang sebegini. Kerana cuba bayangkan kalau pengangkut sampah takde?? Agak2 kita sanggup ke nak kutip sampah dan sanggup ke nak tengok sampah berlambak di dalam ofis dan juga di luar rumah tanpa dikutip? Mesti tak sanggup kan? Dan begitu juga dengan mak cik cleaner, if mereka tiada membersihkan tandas ofis, tandas di shopping mall, for sure, kita tak hingin nak masuk tandas2 itu kerana pastinya kotor!! Kita nak ke tolong bersihkan??? Kalau tandas kat rumah sendiri, memang wajib, tapi kalau tandas kat luar, agak2 terlebih rajin ke nak buat??

Oleh itu, walau apa pun peranan kita dalam kehidupan, kerjaya, dalam sesuatu hubungan, family, kawan2 dan pendek kata dalam segala2nya, kita perlu sentiasa keep in mind yang kita adalah both Coffee dan Creamer yang tidak boleh hidup jika salah satunya tiada malah kewujudan kedua2nya sangat penting.

p/s: Hargailah mereka yang berada di sekeliling kita tidak kira walau siapa pun dia :)



Saturday, March 19, 2011

Kerinduan yang melampau....

Awak buat saya marah

Awak buat saya menangis

Awak buat saya menjerit

Awak buat saya geram dengan perangai awak yang suka mengusik saya

Tapi di penghujung hari,

Saya tidak mahu bersama orang lain selain daripada awak.

Kerana,

Awak juga buat saya ketawa,

Awak buat saya sedar yang awak sentiasa dengan saya

Awak buat saya sedar bahawa cinta awak sangat kuat untuk saya

Saya terima segalanya mengenai awak seperti mana awak menerima segalanya mengenai saya.

Terima Kasih Cinta :)

P/s: Kerinduan yang teramat kepada si dia. Dia tak boleh balik minggu ini. Dan bila saya di tahap kerinduan yang melampau, saya suka cari gaduh dengan dia. Itulah saya! Huhu. Rindu sangat2 pada awak!!