Monday, September 28, 2009

Thank you sayang



Tengok icon diatas? Mesti dapat tahu apa perasaan aku sekarang kan? :D
Semalam My Love datang rumah. Tengah2 marah pun boleh datang rumah kan, Iqa tahu My Love rindu walau tengah marah2. Hehe. Mula2 My Love sampai takut jugak tengok muka dia, perrgghhh serius gler. Aku dah mula takut nak bercakap. Tapi bila tengok My Love okay je, aku pun bercakaplah macam biasa. Mulut tak reti nak diam.
Akhirnya, terungkailah segalanya. My Love kata dia saja buat aku bengang. Saja nak ajar aku. Ohh sayang, sori sangat2 tau. Sayang tak payah ajar Iqa lama2, ajar Iqa sehari pun dah cukup. Dah tak tahan dah nak tanggung. Insyallah tak buat lagi.

Sayang kamu ketat ketat lah :)



Saturday, September 26, 2009

Forgive me

I know I made a mistake and it's not the first time,
but,
Please forgive me.
I'm begging you :(



Kisah Hari Raya 1

Tengok blog kawan2, mostly semua dah menceritakan perihal raya masing2. Aku ni baru nak cerita haa. Meh dengar aku punya cerita raya pulak :D

Hari Raya Pertama:

Pagi2 bangun tidur, tolong mama siapkan juadah di pagi raya. Juadah pagi raya seperti biasa, rendang daging, lotong (nenek buat), masak lodeh, kek, dan lemang (beli kat depan taman).

Lepas makan, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan Ayah, Mama, Along, Abg Ayin, Haikal, dan Anjang. Ohh ya, Anjang balik malam raya seorang diri dan kembali ke Genting pagi raya seawal jam 7.30 pg sebab dia masuk kerja jam 9 pg. Before 9 pg, Anjang dah call kata dia dah sampai Genting siap dah mandi nak g kerja. Perggghhh laju gler kau bawak motor Anjang oiiii!!! Itulah adik aku. Aii..

Ayah, Abg Ayin, dan Haikal pergi solat raya. Aku tak ikut pun. Dan hari raya pertama aku mandi pada pukul 11.00 pg. Haha. Sengal kan, pagi2 raya aku dah malas nak mandi.

Then, kami sekeluarga pergi ke Meru untuk beraya di rumah nenek. Duduk sana sampai lewat petang dan malam hanya berehat di rumah..

Tahun ni, aku malas bergambar.
Hanya sedikit sahaja gambar yang diambil sebelum bertolak ke rumah nenek.


Raya pertama, boria hijau :)






Aku: Handsomelah adik ni.
Haikal: Taklah handsome sangat.
Sambil tersengih2. Hihi

Ada satu perkara yang tak diingini berlaku semasa perjalanan ke rumah nenek. Huhu. Pergi ke rumah nenek, bawak kereta Along, then tengah2 jalan tu, Haikal yang duduk di belakang tiba2 nak duduk depan dengan Ayah. So berpindah jela dari belakang ke depan. Dalam masa itulah, tiba2 gear boleh bertukar ke 'R' sebab Haikal tertendang. Terus enjin mati dan bila start balik, gear boleh ke 'D' tapi gear rendah je. Tak boleh ke gear tinggi. Dah tu, kami patah balik ke rumah untuk tukar kereta Ayah pulak. 2 kali patah balik rumah nanye, 1st patah balik sebab nak ambik kek dan kuih nak bagi kat nenek, kali ke2, sebab nak tukar kereta pulak.

Memang pelik bila gear boleh berpindah ke 'R' masa kereta bergerak walaupun kena tendang dengan Haikal. Nak tukar gear pun kena tekan dan baru gear boleh gerak, so macam mana boleh tertukar sendiri. Semua orang tak percaya boleh tukar sendiri gear tu. Kesimpulannya, maybe gear tu memang dah haus, tunggu masa je nak rosak. Jadi, kami tak jadi salahkan Haikal. Haha. Tapi dah marah Haikal jugaklah sampai tertido budak tu :D

Dan,

Ehem, malunya dapat duit raya!!!
Terima kasih pada yang memberi duit raya pada diriku ini :p





Wednesday, September 23, 2009

Quick Update

Hari ini sudah hari keempat hari raya. Macam mana hari raya korang? Best tak?
Aku biasa je. Seperti yang aku katakan before ni.
Aku tak boleh nak update kat sini sebab aku busy.
Terutamanya busy melayan Haikal. Asyik2 Mak Lang, Mak Lang. Kecoh dengan dia. Baru sorang je anak sedare. Hehe.
Sekarang, Haikal tengah main game kat laptop aku. Aku kat sebelah Haikal, blogging :)

Dah tengah hari tapi tak masak lagi sebab paip rumah bocor pulak. Ayah dan Abg Ayin tengah betulkan paip. Tengah hari ini Along nak masak spageti. Sedapnya!!!

Haa baru 3 hari raya, berat badan sudah bertambah 0.6 kg. Hehe. Kira okaylah tu kot sebab aku makan memang sangattt banyak. Tambah lagi bila kat kampung. Lagilah, pantang ada makanan, duk makan je kerjanya :p

Okaylah. Lainkali aku ceritakan pasal hari raya aku pulak :)



Saturday, September 19, 2009

Love you baby

Alhamdullilah. Sudah tiba hari last kita berpuasa. Hari ini, bersahur amat bermakna bagiku kerana Aliff ada di sisi. Indahnya perasaan bila bangun tidur je nampak muka kekasih hati

Aliff sudah pun bertolak ke kampung sebentar tadi. Didoakan agar perjalanan sayang selamat sampai ke kampung. Moga cuaca hari ini pun seindah perasaan ku. Maksudnya tak hujan lah. Kesian sayang kena hujan nanti. Dahlah semalam datang rumah pun kena hujan jugak..

Sedih bila Aliff nak bergerak balik tadi. Sayunya hati ini. Rasa nak mengalir air mata aku. Tapi ku tahan juga. Sebab esok raya barangkali. Indahnya jika Aliff di sisi di hari raya. Emm

Sayang, terima kasih banyak2 kerana sudi datang rumah. Iqa tahu abang buat segalanya untuk Iqa. Thank u soooo much baby.Love you banyak2..


Friday, September 18, 2009

Mereka tak balik raya

Lagi 2 hari je kan nak raya. Maybe lagi 2 hari lah. Mintak2 raya Ahad ni :) Orang lain mesti berkobar2 nak raya kan. Seronok jugak raya. Dapat berkumpul adik beradik, saudara2 ramai2. Riuh rendah jadinya. Tapi tahun ni, Angah dan Anjang tak balik raya. Anjang maybe balik malam raya just semalam je sebab raya pertama dia kerja, dan Angah langsung tak dapat cuti raya. Kejam sungguh orang kat kem itu. Benarkanlah abang aku cuti woiii.

Tadi, ayah dah beli daging tuk masak rendang raya nanti. Tengah2 potong, ayah cakap, "aii Angah tak balik pulak raya ni". Aku hanya mampu diam sahaja. Angah suka makan rendang daging, sebab tu ayah potong daging teringatkan anak dia yang entah apa dimakan pada pagi raya nanti. Sob sob. Walaupun aku tak rapat sangat dengan Angah dan Anjang, tapi sedihhh dorang takde raya ni. Tak cukup bergu lah kami adik beradik. Tahun pertama dorang tak dapat balik raya

Esok pagi, Along sekeluarga bertolak balik ke sini. So tengah hari kot sampai. Nasib baik Along, Abg Ayin memang dapat cuti tiap tahun. Tak ada lah potensi tak balik raya.

Nanti aku kerja mintak2lah dapat cuti raya tiap tahun.


Selagi tak raya, dapatlah kad raya :)

Thank u tuk kad raya ini.
Selamat Hari Raya :)

Drpd Dee Syg


Drpd Dieyna


Drpd g@dis blur


Thursday, September 17, 2009

Sukanya!!!

Aku baru dapat tahu berita yang mengemparkan tadi. Gempaqq giler!!
Aku sangat happy bila dapat tahu berita itu.
Tapi, aku tak boleh bagitahu korang apakah isi kandungan berita yang membuatkan diriku sangat happy malam ni. Ada melibatkan orang tertentu. Hihi
Biarlah rahsia. Cukuplah korang tahu yang aku sangat happy!!

Rasa nak nari cam kat bawah ni. Wauuu!!! Haha



************************

Dapat kad raya lagi drpd kawan blogger.
Thank u!!! :)

Drpd Mello


Drpd Sham


Drpd Ayunik