Sunday, May 2, 2010

Fresh

I'm back with a good feeling, good relationship, good memories, good friends, good work, and good in everything!!

Aku berharap ia akan menjadi excellent nanti. Apa aku ngarut nie? Haha

Pendek kata, I'm happy with my life now. Walaupun kadang2 ada masalah, tapi itu perkara biasa. Hidup kalau tiada masalah bukanlah hidup yang normal. Ye x?

I made mistakes before. And I promise that I won't do the same mistake. Ever!!

Thanks to him kerana selalu bersamaku dan bersabar denganku. Now I want to confess, that yes, I LOVE YOU!! :)

Ohh ya, sekarang I'm officially working at company yang aku attached as Khazanah @ SIMA trainees. It's not related to sports, of course, but ya, grab the opportunity and the new challenge!! And ya, aku bekerja in banking sector. Jauhnya tersasar :p





Monday, April 12, 2010

tabahlah wahai hati

Aku nak lari..

Lari meninggalkan segala2nya
Lari menyepikan diri
Lari mencari ketenangan
Lari mencari arah hidup ini
Lari mencari apa yang diriku mahu
Lari untuk memahami diri sendiri..

Tapi, jika aku lari,
Itu bermaksud aku sudah mengalah..
Itu bermaksud aku lari drpd masalah,
Lari drpd kenyataan..

Oleh itu,
Walau apa pun, aku akan tetap berada di sini.
Biarlah aku terluka, biarlah aku memendam rasa..
Kerna, aku tahu, ini balasan yang harus aku lalui..
Aku harap aku sabar dan tabah mengharunginya..




Tuesday, April 6, 2010

Sudah Gler Kaki Novel

Korang pernah dengar KAKI NOVEL tak?
Pada peminat novel tempatan, mesti ada antaranya yang sudah tahu mengenai KAKI NOVEL kan..

Kaki Novel menerbitkan novel2 Melayu yang best bangat!!!
Aku baru saja mula mengenali novel2 terbitan KAKI NOVEL.
Selama ini asyik membaca novel2 terbitan Alaf21 je.

Novel2 terbitan KAKI NOVEL yang telah dibaca: Biarlah YM Berbicara & Sepupuku Suamiku.
Baru 2 je pun, tapi serius jalan cerita best!! Tak jemu dibaca + lawak yang menggelikan perut :D

Kepada peminat2 novel di luar sana, trylah baca novel2 drpd KAKI NOVEL.
Tak rugi punyo..



Thursday, April 1, 2010

Silalah berhenti merokok!!

Hari ini dunia digemparkan dengan penemuan terbaru Professor Simon yang mengatakan “Rokok mengandungi sel darah babi”.
Aku terkejut mendengarnya. Selama ini, memang semua dah sedia maklum dalam rokok tu terkandung pelbagai jenis bahan kimia yang memudaratkan, tapi tak pernah pulak terfikir rokok mengandungi bahan yang diHARAMkan.
Sudahlah, mostly smoker adalah orang Melayu@Islam!! Setuju tak??

Walaupun perkara ini masih dikaji, tapi pada perokok di luar sana, sila2 lah berhenti merokok.

Udah2 ler tu. Letihlah tengok asap berkepul2 nie.
Kalau menyegarkan takpe jugak, ini lagi menyesakkan dada je.
Mencemarkan udara yang aku sedut tiap hari. Hoho

Pada 3 lelaki dibawah, anda diwajibkan berhenti merokok!!

- Kekandaku (Angah)
- Adindaku (Anjang)
- Kekasihku yang sudah start merokok balik, Huh (Aliff)

agak2 mereka ini akan berhenti ka??Huhu






Wednesday, March 31, 2010

Layan lagu jiwang ini :)

Sayang…
Apa yang ku katakan, apa yang ku rasakan belum pernah dialami
Demimu segala ku kurniakan,
Yang susah ku senangkan, Asal hajat dipenuhi,
Di hati dan masih lagi engkau bertanya sedalam manakah cinta,
Lafaz ikrar ku buat selamanya…

Sampai tubuh tak bernyawa,
Sampai ku ke pangkuanNYA,
Biar jasad tak terlihat zahir cintaku tetap kan hadir,
Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya,
Jika ditanya mengapa jawapanku menunggu kau sampai dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah hingga kau meragui keikhlasan sanubari,
Sedangkan racun pun kan ku telan,
Andai kau mengatakan biar madu kepadaku,

Katakan sayang,
Bagaimanakah harus ku hidup tanpa dirimu,
Sedangkan separuh dari jiwaku bersamamu…



Tuesday, March 30, 2010

Sesiapa tahu pasal SPA test??

p/s: just ignore my previous post. Hoho..
Macam tak patut post something about that kan??
Xpe2 dah delete pun, my bad :D

Kali nie, diriku ingin bertanya kpd kamu2 di luar sana..
Boleh?? :D

Who have experience in taking SPA test for Gred 41 @ yang tahu serba sedikit pasal SPA test nie?
Aku dipanggil for the test on 10hb April. Dalam kepala otak nie, memang totally zero. Tak tahu nak study apa. Ada kena beli buku apa2 ke ek? Siapa tahu, angkat kaki :D
Semangat nak test SPA nie, even mostly people said yg SPA test payah kan, tapi takpelah. Nak try my best!!!
Tak seperti mtest KPLI yang aku tak pergi tu. Hehe

Yang tak bestnya,
SPA test nie diadakan sama tarikh dengan SIMA trip ke Air Terjun Sg.Lepoh.
Maknanya, aku kena pergi lambat for SIMA trip.
Nie yang tak best nie, maybe tak boleh tidur sana pada malam 10hb dan terlepas program sabtu tu termasuk BBQ!!!
Duit dah dibayar, lagi rasa rugi.
Nampaknya aku hanya berpeluang untuk mendaki ke Air Terjun Sg.Lepoh hari ahad jela.
Tak syoknya!!!

Saturday, March 27, 2010

Evolusi KL Drift Mantap sihhh!!!

Tadi keluar dgn Aliff. Tujuan utama, nak tengok Evolusi KL Drift. Semangat nie nak tengok movie tu. Disebabkan aku suka Evolusi KL Drift 1 & nak tengok Aaron Aziz. Hehe

Pagi2 lagi dah keluar, KLCC baru bukak, kami dah beratur beli tiket. Eh, tak beratur pun sebenarnya, takde orang lagi masa kami sampai ke TGV. Punyalah semangat nak tengok & nak dapatkan seat terbaik punya!! Of course lah, seat belakang sekali :D

Hasilnya, berbaloi2. Fuhh memang mantap!!! Jalan cerita pun masyuk!!! Aku paling suka part drift (kejar mengejar antara org baik & jahat, haha) dan part gaduh2 last sekali. Pergghh masa gaduh2 tu, aku tutup mata sikit2 beb!! Seriau tengok Sham & Aleya kena pukul. Sakit!!! Huhu.

Lebih2 tak nak cerita lah, nanti tak gempak lak kalau korang nak g tengok kan. Nanti p tengok okay kawan2. Bak kata Aliff, 'sokonglah filem tempatan :D'.

I like Aaron Aziz sooo much!!!Haha. Sengal je. Saheizy pun best jugak!! Pelakon lain best jugak, masing2 pandai lakonkan watak mereka, cuma aku rasa, Scha tak sesuai berlakon sedih2, nangis2 nie. Maybe dah selalu tengok dia berlakon happy je. Macam banyak je tengok Scha berlakon ek, sedangkan tengok beberapa episod Awan Dania je. Hoho. Apa2 pun, Scha comel!!! Tu yang Aliff minat. Haha

p/s: I love Vincci!! ngee~~



Wednesday, March 24, 2010

Sungguh sengal driver bus itu!

Semalam, jam 5.50pm, aku sudah keluar dari office. Aku sangatlah happy sebab keluar awal dengan harapan sampai rumah pun awal juga.

Biasa jam 6.15pm, bas RapidKL U81 ke Subang Perdana akan tiba. N semalam, bas itu tiba tepat pada masanya.
Tapi sayangnya disebabkan driver bas itu SENGAL, dia telah meninggalkan aku dan 2 orang penumpang yang lain. Ish..

Begini ceritanya,

Ada empat bas serentak berhenti di AsiaJaya petang semalam, bas U81 adalah salah satu bus yang ada. Bas U81 berhenti di belakang sekali. Aku pun berlari untuk kejar bas itu sebab aku menunggu di hadapan sekali.

Tup..Tup..Bila sampai kat bas, dia terus start bergerak tanpa menghiraukan aku dan 2 orang penumpang lain. Cepat2 je dia nak bergerak. Aku pun tak faham apa yang dia kejar. Orang yang naik bas before tu pun just naik tanpa bayar dulu. Biasa naik RapidKL kan kena bayar dulu, dah habis semua baru bas gerak kan. Ini tidak, tak sampai 2 minit pun bas itu berhenti & bukan nak tengok orang pun.

Aku ingatkan dia bergerak dan nak berhenti di hadapan sedikit memandangkan di hadapan kosong tiada bas. Rupa2nya, dia terus bergerak jalan. SENGAL!!!!!

Jadinya, aku menunggu dan menunggu dan akhirnya jam 7.00pm, bas U81 tiba dengan driver bas yang tersenyum dan dengan ramahnya bertanya, “adik nak ke mana?”. Sejuk sikit bila tengok driver bas kedua ni.

Kenapalah tak semua driver bas ada sikap tanggungjawab dan bertimbang rasa?? Lainkali tengok dulu samada semua penumpang sudah diambil ke belum, jangan mai redah nak jalan je. Apalah yang nak dikejar sangat??

Nasib baik aku tak tahu nama driver bas sengal itu. Kalau tahu, aku dah mengadu kat RapidKL.