Saturday, April 18, 2009

~Tagged by Azma~


Sekolah mana lagi best? Menengah or rendah?
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota. Walaupun banyak samseng tapi tetap di hati :D

Apakah makanan kat kantin korang yang korang takleh lupa?
Nasi Ayam kat tepi kantin :)

Subjek yang korang suka dan benci. Kenapa?
Suka: Mathematic, Biology, Kimia (sebab aku sangat suka subjek2 nie :D)
Benci: Fizik (sgt tak suka), Sejarah kot kadang2 lah

Denda paling teruk korang pernah kena dan kenapa.
Aku tak pernah kena denda :D Aku pengawas sekolah mana pernah kena denda..denda orang pun tak da. Haha

Pilih 1 hari paling bosan dalam sekolah.
Tiap hari Isnin masa perhimpunan pagi. Penat kena berdiri. Lain tak da kot :)

Cikgu favourite korang?
Cikgu Rusdi yang ajar Math.Tamb, Math. Dia relax, tenang je + handsome :D

Barang yang korang tak pernah tinggal masa pergi sekolah selain pen, buku, pencil case, etc.
Beg sekolah + duit belanja. Memang tu kena bawak setiap hari. Hehe

Perasaan korang masa nak tunjuk report card kat parents?
Suka je. Sebab result bagus. Haha.

Pernah jeles bila member dapat markah tinggi? Apa korang buat?

Jeles lah kadang2. Tapi kejap je. & Aku akan buat banyak lagi latihan & blaja sebab next ujian aku nak dapat markah tinggi gak :)

Jawatan paling besar pernah korang pegang masa sekolah?
Ketua Pengawas Sekolah (P). Aku ketua pengawas sekolah yang baik, tak garang, dan buat bodoh je kat orang. Haha

Rindu tak nak balik sekolah semula?
Serius rindu. Ada perkara yang aku nak betulkan. Tapi aku nak sekolah je, tak nak blaja, boleh?? :D

Aku nak tag:
Hasra, Said, dan sesapa jela :)
Cute nya David berbaju Melayu..
Boleh buat aku jatuh suka lak :)
Tak boleh lah tengok lelaki pakai baju Melayu..
Nampak handsome je :)

Thursday, April 16, 2009

Pagi tadi, kami telah pergi ke Hutan Lipur Lata Tembakah :) Hanya 9 orang sahaja yang pergi drpd 13 orang. Kami bertolak pada jam 7.45 AM dan tiba di sana pada jam 10 AM. Lama perjalanan kami sebab kami singgah pula di Pasir Puteh untuk membeli makanan atas permintaan aku dan Cham. Haha. Pada mulanya hanya kami berdua yang semangat untuk membeli roti canai dan nasi lemak. Akhirnya semua membeli makanan. Hehe. Aku membeli roti canai, nasi lemak dan roti coklat. Banyak tak? :D Tiba di sana, makan roti canai dulu sebab aku sangat lapar. Best sangat dapat bermandi-manda di sana :) Sepanjang 4 jam di sana, aku telah mendapat lebam di betis kerana terkena batu yang berada di dalam air. Tak perasan beb. Dah lah terkena kat tulang yang keras betul tu. Sakit oii. Tapi sekarang tak lah sakit sangat :) Pendek kata, aku suka sangat dapat mandi air terjun. Sejuk dan cantik. Indahnya ciptaan Allah :) Haa air terjun ada 7 tingkat. Kami mandi di tingkat 3 :) Tu pun dah tak larat aku nak berjalan.


Jadual Final Thesis Presentation sudah keluar. Aku akan present pada 23 April ini :) Takut tapi tak sabar gak nak habiskan presentation ni :)

Wednesday, April 15, 2009

Pergi - Aizat

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

p/s: inilah lagu di akhir Talentime. Lagu ini lah yang Hariz nyanyi. Masa ini memang sedih *bergenang air mata* sebab mak dia baru meninggal. Tapi aku rasa lagu dalam Talentime tu BI. Maybe dalam Talentime je kot ada versi BI. Aku masih mencari versi Hariz. Ada ke?

Thank You

Degupan jantung ku kembali normal :) Thanks ya Dr.Nizam. I do really appreciate it :) Dr.Nizam lah yang buat degupan jantung ku kencang semalam..hehe

Free lunch lagi with Dr.Mat :D I'm interested to what u said but let me think first okey. Nak dapatkan gambaran jelas mengenai segalanya :)

Semalam aku tak buat apa2 kerja pun. Tension jawab paper semalam sampai bawak ke malam :) So today, kena gak buat kerja. Sikit pun jadi lah..

Question & Answer:

Q: Time is running out. Why do not do it now?
A: Sebab aku tak ada mood + malas lah :D

Confessions of a Shopaholic

Best!!best!!best!!
Kelakar :D
Kisah Rebecca Bloomwood yang addicted to shopping..
Aku suka movie nie macam aku suka novel nya :)


p/s: bestnya kalau aku memiliki bilik yang penuh dgn baju, kasut, beg macam Rebecca..cantik2 belaka :D

Tuesday, April 14, 2009


Hari ini dimulakan dengan menduduki peperiksaan akhir bagi subjek pertama iaitu Adapted Physical Activity. boleh tahan susah gak lah exam APA tadi. ada certain term yang aku masih lepas pandang dalam nota. so logik je la jawapannya *sigh* Answered 25 MCQ and 8 MEQ. rasanya payah gak nak score for this paper :(

Paid total RM80 for dinner (banyaknya). RM30 for Sports Science Dinner and RM50 for Grand Night for all Final Year PPSK. mahalnya lah bayaran tapi disebabkan this is the last dinner together, so bayar je la. hope best lah both dinner tu..

Apabila teringat pasal dinner ini, aku masih tiada pakaian yang sesuai mengikut tema untuk di pakai pada malam tersebut. Retro, Classic @ Old School for Sports Science Dinner and Smart Casual for Grand Night. dah lah less money ni. macam nak kena keluar kan duit lagi *sigh* And aku juga masih tiada idea pakaian apa untuk di pakai nanti..

p/s: degupan jantung ku agak kencang menanti hari esok :(

Monday, April 13, 2009

Aku hanya bergelumang dengan nota dalam masa 3 minggu terakhir ini dan juga final thesis presentation..

Final paper start:

14/4 - Adapted Physical Activity
26/4 - Therapeutic Exercise
30/4 - Sport Management (last subject taken in my degree programme..yahooo!!)

22-23/4 - Final thesis presentation

30/4 - hardcover final thesis submission

Walaupun aku busy dengan blaja & also presentation (slide tak siap lagi) tapi aku still have time to watch Japanese Drama :D Well, just 1 episode for a day :) Bosanlah if asyik dengan nota je :)


Last night, jadilah hari yang bersejarah dalam hidup aku...sebabbbbbb...For the first time, aku tak menonton ABPBH LIVE tau..it's all because of the exam tomorrow..aku telah amanahkan Aliff tuk menonton ABPBH and report pada aku :D Aku sokong result semalam cuma penyanyi wanita dan lelaki popular..masih tiada sesiapa mampu mengalahkan mereka ye..Mawi okey lah since aku suka lagu Sujud :) and Nabil Raja Lawak 2 mendapat gelaran bintang paling popular 2008..cayalah Nabil walaupun semalam dengar kata dia ada menimbulkan kontroversi..tak pe lah..nanti aku balik rumah aku akan tengok ABPBH :)