Sunday, July 19, 2009

Home

Assalamualaikum..
Aku sudah pulang dari sport conference.
Penat!! Ngantok!!
Tapi nak basuh baju dulu.
Serabut tengok baju tak dibasuh.

Perihal conference akan diceritakan nanti ye.

Monday, July 13, 2009

Tak Sedap Hati, Pelik..

Pagi tadi, aku tengok ada dua plastik yang mengandungi tin laici dan maggi kari setiap satu betul2 di dalam pagar rumahku. Aku tertanya2 kepunyaan siapa plastik itu. Adakah orang sedekah ke? Tapi if sedekah tak akan tak ada diletakkan nama? Aku tetap mengambil plastik itu dan hanya meletakkannya di atas kerusi di luar rumah. Aku tak berani nak terus membawa masuk ke dalam rumah. Ntah kenapa aku rasa tak sedap hati.

Aku tunggu sehingga ayah mama pulang dan bertanyakan mengenai plastik itu. Rupa2nya, plastik itu ada di atas bonet teksi ayah semasa ayah pergi kerja dan ayah letakkan plastik itu di atas tong sampah rumah. Ayah rasa pelik dengan plastik itu sebab itu letakkan ia di atas tong sampah. Dan jiran sebelah yang meletakkan plastik itu di dalam pagar rumah kerana dia tahu itu adalah plastik berisi makanan.

Tapi bila ditanya, jiran sebelah menyebelah tiada pulak yang dapat plastik berisi makanan itu. Itu yang membuatkan aku sekeluarga pelik. Kalau nak sedekah, mestilah sedekah kat semua rumah kan. Takkan nak pilih2 rumah kan.

Serius. Aku sudah memikirkan perkara bukan2 apabila tahu perkara itu. Aku takut plastik itu mengandungi benda lain yang kami tak tahu. Pendek kata, kena dek buatan orang. Aku fikir benda camni kerana sudah 3 orang ahli keluarga ku yang pernah kena buatan orang. Aku tak sanggup tengok perkara itu berlaku dalam keluarga aku lagi. Cukuplah!! Sekarang, walaupun dunia sudah maju tapi perkara sebegitu masih dilakukan oleh orang yang bengong dan tidak memikirkan balasan yang akan diterima kelak.

Atau mungkin itu kepunyaan pengangkut sampah? Dorang beli maggi dan tin laici itu untuk makan dan tertinggal di atas bonet teksi ayah? Mana tahu kan.

Aii aku ini suka memikirkan benda2 cmnie. Sebab tak tahu perkara sebenar. Huhu.

Ya Allah. Jauhilah keluarga ku drpd perkara2 yang tidak diingini. Selamatkanlah kami drpd hasad dengki orang lain. Amin..





Tiada semangat!!

Esok pagi, aku akan berangkat ke Kelantan dan berada di sana selama 4 hari. Aku pergi ke sana untuk menghadiri sport conference yang aku katakan dulu.

Biasanya jika aku mahu pergi ke mana2, aku akan persiapkan barang2 aku 2 hari sebelum bergerak. Punyalah awalkan. Memang begitulah aku. Dan kalau boleh 1 wardrobe tu nak bawak.

Tapi kali ini, tidak begitu. Emm ntah kenapa aku tiada mood, semangat untuk pergi. Walaupun dulu diriku terasa amat teringin untuk pergi, tapi kali ini aku pun tidak tahu ke mana perasaan itu pergi. Dulu semasa 2nd year di USM, kami telah menjadi Milo girls iaitu girls yang membantu sepanjang conference itu diadakan. Dan semasa itulah aku katakan bahawa satu hari nanti aku akan terlibat dalam conference ini sebagai peserta, bukan pembantu lagi.

Tapi kini, apabila peluang itu datang, dah jadi tiada semangat untuk pergi. Adakah kerana aku sangat sukakan suasana di rumah? Pendek kata tidak melakukan apa2. Dalam erti kata, malas!! Huh. Adakah kerana aku merasakan bahawa diriku tidak layak berada di sana bersama mereka2 yang pakar dalam bahagian sains sukan masing2? Tidak!!Tolonglah jangan berfikir sampai begitu sekali. Conference ini adalah untuk belajar something new, berkongsi pendapat dan pengetahuan. Aku kena berasa happy dan teruja untuk menghadiri conference kali ini. Tambah lagi budak baru belajar seperti aku.

Jadi, tingkatkan semangat. 3 hari je conference tu beb tak matinya g sana :p Jangan sia2kan.

Edit: Ish jangan cakap pasal mati. Terlepas cakap lak. Huhu

Saturday, July 11, 2009

Kerajinan menaip sudah kembali :)

8 hari!!

8 hari sudah tidak diriku mengupdate blog sendiri ini (baru 8 hari dah kecoh. Hehe). Habuk pun sudah mula mahu menapak. Bukannya apa, aku dalam mood malas walaupun menaip itu hobi aku. Lagipun tak ada cerita sangat pun. Life aku seperti biasa je. Yang pasti, title penganggur masih melekat dalam diriku..

Apa yang aku nak ceritakan dalam post ini ya? Cerita apa yang aku telah buat dalam masa aku tidak m'update blog ini lah. Apa lagi nak cerita kalau tidak itu. Iya tak?

Okaylah. Dimulakan dengan aku pulang ke kampung ku 4hb lepas sempena musim durian :) Jadi tujuan utama pulang ke kampung adalah untuk makan durian. Kat sini pun ada durian tapi keseronokan makan durian kampung nie lain tau :) Sesampai saja di kampung, terus membuka durian. Mama mendahului. Mama memang sangatt suka durian!!

Kali ini pulang ke kampung membawa bersama Kak Eliz sekeluarga. Kalau korang tak tahu, Kak Eliz ialah kakak tiriku. Seronok mereka berada di kampung. Dan for the first time, Kak Eliz melihat pokok durian!! Hehe. Dia sukakan suasana kampung tapi sayangnya keluarga tinggal di bandar. Depan rumah atok,ada pokok durian. Bergayut2 buah durian cuma tak gugur lagi je. Aku ada kat sana durian tak nak gugur. Mogok!! :D

Khamis lepas, aku pergi ke Muar. Aliff cuti dan aku pun tiada kerja so pergilah melawat bakal keluarga di sana :) Hanya 1 malam aku berada di sana. Berjalan2 di Wetex dan terserempak dengan Abby, kawan Aliff di sana. Dia Chinese, sudah berkahwin dan ada seorang anak. Dia comel!! Lawalah dalam kategori Chinese girl.

Kadang2 apabila melihat rakan2 sudah kahwin dan mempunyai anak, aku jadi cemburu sedikit. Hehe. Well sebab mereka sudah mempunyai keluarga sendiri sedangkan aku masih lagi mencari hala tuju hidup. Itu cemburu yang positif okay. Membuatkan aku juga mahu mencapai apa yang aku hendak sebelum decide nak kahwin. Oleh itu, kerjalah. Boleh start preparing untuk kahwin. Gatal dah!! Hahahaha.

Cakap pasal kahwin, Angah dah bersuara untuk melangsungkan pertunangan akhir tahun ini. Kita nantikan bilakah official date nya :)

Aku telah habis menonton Gokusen 1 lagi :p Walaupun banyak drama lain yang belum ditonton, tapi aku nak gak menonton Gokusen. Tiba2 rasa nak tengok Matsumoto Jun!! :p

Dan dalam masa yang sama, aku telah habis membaca novel karya Ramlee Awang Murshid iaitu Rahsia Perindu. 1st novel yang aku baca oleh pengarang ini. Itu pun sebab aku sudah mula bosan dengan novel yang bertemakan cinta saja. Jadi trylah karya Ramlee. Ternyata best novel ini. Membuatkan aku nak baca tanpa henti dan tertanya2 apa ending nya. Dan iya, konsep cinta tetap ada tapi diolah dari sudut yang berbeza. Oleh itu, aku telah membeli novel Ungu Karmilla. Aku mahu membaca novel karya Ramlee lagi. Ohh ya, Rahsia Perindu tu pinjam kat Mak Teh :)







Friday, July 3, 2009

Merindukanmu - D'Masiv


Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Dengarkan aku ku merindukanmu


p/s: Suka lagu ni :) OST Sekar. Disebabkan aku menonton sinetron ini, aku pun meminati lagu temanya. Kadang2 aku suka lagu kerana lagu itu menjadi lagu tema cter. Sayu je dengar lagu ni :) Lirik best!!

Haikal..

Cita-cita Haikal: Bomba
Hobi Haikal: Main game

Haikal nak ikut jejak langkah Tok Ayah jadi seorang ahli bomba :D Cita2 Haikal pada usia 5 tahun. Kita tunggu tahun depan apa lak cita2 abang :) Plus,Haikal's hobby can also be watching daddy playing games. And must win!! :p

Thursday, July 2, 2009

Lajulah sikit..

Streamyx lembab sekarang. Kadang2 terus disconnect. Pastu kena connect balik. Huh. Someone told me that streamyx is repairing something. Selepas itu, streamyx akan jadi laju gler. Hope so!!

Laptop aku pun adik beradik dengan streamyx gak. Makin lembab. Maybe ada virus yang tak dapat detect semakin berleluasa dalam laptop tu. Aiyoo virus, I hate you!!! Jadi sekarang, I'm using my mum's laptop and the broadband :)

I had completed Chuck Season 2. Akhirnya habis juga ku download the rest episodes. And Chuck Season 3 is coming out maybe next year. Yeay!! Nak tengok Chuck yang sudah pandai berkungfu :p

Wednesday, July 1, 2009

Tiba2 Terasa Rindu


Rindu pada kehidupan sebagai seorang pelajar di USM.
Rindu kat geng masak2..
Rindu nak pergi ke sports sc lab mostly everyday.
Rindu nak jumpa Dr.Mat yang selalu nampak serabut. Maaf Dr.Mat. Hehe.
Rindu nak tengok Adot dan En.Fezi, Adot dan Dr.Mat bertekak. Hehe.
Rindu nak keluar jalan2.
Rindu nak perform as syndrome down again :p
Rindu nak belajar balik.
Rindu pada masa2 lalu di sana.
Rindu nak berada dalam bilik DM3/161 (blok paling kerap tiada elektrik dan air berbanding dengan blok lain). Tapi aku still suka!! Sebab single room :)
Rindu nak menari. Huhu

Pendek kata, I miss everything there.

Perasaan ini datang selepas Adot call kata mereka ada di sports sc lab bersama En.Hafezi. Nak join gak!!

p/s: Adot, Ain, dan Syam!! Congrats ambik master. Do your best okay. Buat research dan belajar molek2 des. Hias rumah lawa2. Nanti aku dan Cham datang check :) Jumpa nanti masa sport conference!!

p/s/s: Bila belajar, tak habis2 bertanya2 bila nak habis belajar. Bila dah habis belajar, bertanya2 bila nak start belajar lagi. Apa nak jadi??