Sunday, June 12, 2011

Lyann & Irfan Wedding :))

11 Jun 2011, aku dan Aliff pergi ke Majlis Persandingan Lyann & Irfan. Lyann office mate aku. Aku teruja pergi kenduri dia sebab aku tak pernah jumpa malah tak pernah tengok even kat FB pun, Irfan. Sembunyi betul Lyann nie :D

Jam 1.45pm sampai di lokasi persandingan, Taman Metropolitan Batu. First time datang kenduri kahwin kat taman, selama nie pernah kat dewan je. Best jugak buat kat taman kan. Tapi nak kat rumah jugak! Haha

Sesampai sahaja, kami terus makan, dan makan berasingan lelaki dan perempuan. So Aliff makan sorang2 lah, aku makan with office mates yang lain. Jam 2.15pm, pengantin sampai. Pengantin sampai lambat sebab ada miscommunication dengan kawan2 kerja aku yang lain. Sabar jela dorang nie. Haha. Dan ada kejadian2 tidak diingini berlaku masa persandingan, dan membuatkan aku rasa yang yes, Lyann, kamu bertuah dapat Irfan as your husband. Pesanan Shida, 'Chi, nanti kau kahwin jangan gitu tau'. But I think that's so sweet!! :D Tapi, mintak dijauhkan lah :)

Enjoy the pictures...

Lyann & Irfan, Semoga berbahagia hingga ke akhirnya!!

Masyi, Shida, Me, Mar, Balqis di gerbang perkahwinan :)

Much LOVE to my SYG!! :))

Tak layak jadi flower girl sebab dah besar, jadi ambik gambar dengan flower jela :D



Monday, June 6, 2011

Anak Sedare Ku :D

Weee~~Haikal sudah botak. Haha
Kakak aku telah mengambil keputusan untuk botakkan Haikal sebabbbbbb
dia ada KUTU!!!
Aishhhhh~~~dah lama Haikal ada kutu nanye, Along selalu jumpa kutu siap dengan telur kutu lagi. Dah beli ubat kutu tapi masih ada jugak. Maybe sebab dah bergaul dengan kawan2, mana nak hilang kutu tu.
Jadinya, sempena cuti sekolah 2 minggu nie, rambut Haikal telah dipotong. Mula2 berubah jugak muka Haikal bila tengok rambut dia gitu. Maklumlah, Haikal kan suka rambut cacak. Now dah takde cacak lagilah. Tapi sekarang, dia suka pulak rambut gitu. Siap suruh Along usap kepala dia. Best katanya!! Haha

Adik Haikal, Erysya!!!
Comelkan Erysya??? Macam Mak Lang dia. Ecehh!!! :p
Gambar nie diambil ketika mereka dalam kereta on the way to Kelantan.
Along sempat snap pic then mms aku.
Seronoknya tengok anak sedare aku berdua nie. Manja betul Abg dan Adik.
I love your eyes Adik, dan Abg's eyelashes.
Serius, bulu mata Abg sangat panjang. Jeles aku. Teringat dulu, aku pernah usik dia kata yang masa dia tidur aku nak potong bulu mata dia. Sampai sudah dia tak nak tidur sebab takut. Haha. Puaslah nak cakap yang aku main2 nanye. Aii abg abg.. :D

Sangat rindu pada mereka berdua :))



Review: Sang Doo! Let's Go to School & Oh Su Jung vs Karl

Sang Doo! Let's Go to School

Lagi Korean Drama yang sudah ditonton. Dilakonkan oleh Rain, as leading male actor, dibantu oleh lagi 3 orang pelakon dan seorang budak kecik. Overall, this drama tidaklah menarik sangat. Aku tak tahulah kenapa, tapi dah 3 drama Rain berlakon yang aku tengok, aku hanya suka Full House. A Love To Kill dan this drama, both tak best sangat. Agak bosan actually. Sinopsis, sila cari cik Google.

Sang Doo with her daughter

4 main characters in this drama. Cinta bersegi2.

Oh Su Jung vs Karl

Drama nie kira best jugak lah. Taklah terlalu bosan. Mengisahkan mengenai Su Jung yang bertunang dengan Go Man Su yang gemuk dan akirnya Su Jung tinggalkan Man Su. Selepas 8 tahun, Man Su kembali ke Korea dengan nama Karl sebagai pemain golf terbaik dan terhandsome. Haha. Masa nie, Su Jung still single dan cuba lah nak memikat kembali Karl yang dah menjadi idaman Korea tu. Akhirnya mereka semestinya bersama. Punyalah lama, bertahun2 baru nak bersama. Penat2! Cinta sejati memang begitu lah. Tak kira walau jumpa ramai mana pun orang lain, tetap di hati si dia jugak. Macam Karl yang dah popular tapi masih setia dan cintakan Su Jung yang tinggalkan dia on wedding day okay.

Go Man Su versi Gemuk

Go Man Su (Karl) versi Handsome after 8 years.
Dia bertambah sweet + handsome bila dia senyum sebab ada 2 lesung pipit :)




I am RELIABLE..0 MC!!

Alhamdullilah..
Kesihatan aku baik pada tahun lepas.
Macam tak percaya yang rupanya aku tak pernah MC tahun lepas.
Terbaiklah!! Tahun nie pun tak pernah MC lagi. Hehe
Thanks Standard Chartered - Scope International (M) Sdn Bhd for the certificate :)
Kalau certificate + duit pun bagus jugak :p


Sunday, May 29, 2011

Review: Kung Fu Panda 2


Waachaaaaaaaaaaa!!!!
Hahahaha.
Finally, ada jugak filem yang tidak mengecewakan aku :D
Kung Fu Panda 2 memang best!!Lawak gler dengan mimik muka Po yang macam2 dan cute sangat, dan ayat2 Po yang tak boleh bla. Haha. The Dragon Warrior terbaiklah :D
Dalam filem nie, ada diceritakan mengenai asal usul Po. Sedih tengok Po yang ada konflik mengenai asal usul diri. Tengok, tengok, tengok, dan ending, Po and the Five berjaya mengalahkan musuh durjana yang ingin menghancurkan China. Dalam masa dia berlawan pun ada ayat2 lawak jugak. Hehe. Aku suka Po!!!

Po masa kecik2 dulu. Cute sangat!!!
Rasa cam nak bela panda seekor :p

Btw, Thanks to Standard Chartered Bank for the RM5 per ticket including popcorn and drink :)


Review: Kongsi & Nur Kasih The Movie

Filem nie bagi aku sangatlah tidak menarik. Sangat mengecewakan! Lawak yang tiada menyebabkan aku ketawa sebab lawak cam lapuk, tiada plot cerita, tetiba2 je tukar2 scene yang aku tak berapa faham apanya????Ending yang biasa2 aje. Pendek kata, kekuatan filem nie hanya pada Bintang Paling Popular ABPBH 2010, Shaheizy Sam. Yang lain, zero!!
Aku sangat rasa menyesal tengok filem nie sebab aku sangat2 lah semangat nak tengok sampai booked ticket dan bergegas ke One Utama semata2 sebab nak tengok filem nie. Dahlah jarang ke OU dan sesat nak cari cinema. Bila hasil penat lelah dan disajikan dengan filem yang tak best, memang rasa menyesallah tengok! Please, pengarah do something. Hope Farid Kamil akan keluarkan filem lagi bermutu lepas nie. I still support local movies. Don't worry...


Filem ini pun tidaklah se-best dan segempak yang digambarkan. Tak dinafikan, video memang terbaik, cuma bagi aku jalan cerita tak berapa menarik. Aku bosan tengok filem nie nanye. Even filem nie tak berjaya menarik minat aku, tapi it's still better than Kongsi yang langsung tiada value. Apa pun, aku suka ending filem nie :) Dan suka jugak dengan dialog Nur, "Nur tak akan berhenti selagi tak jumpa suami Nur". Masa nie, memang terasa sampai ke jantung lah. Cinta sejati sungguh!!Pada sesiapa yang menonton Drama Nur Kasih, wajib tengok filem NKTM sebab filem ini melengkapkan semua kisah in Nur Kasih esp Nur dan Adam...



Sunday, May 8, 2011

That Should Be Me

You all pernah dengar new single from Justin Bieber, tittle, That Should Be Me??

I'm falling in love with this song at first listen. First time dengar masa tengah kerja, terus aku stop buat kerja sekejap untuk menghayati lagu nie. Bestlah, I love JB's voice in this song, suara dia memang sedap cuma in this song suara dia mendayu2 pulak. So breathtaking!!

I'm not a big fan of JB but I have to admit that he has good songs. His songs are totally cool for me!

The lyris is touching and sad :(

Everybody's laughing in my mind,
Rumors spreading 'bout this other guy,
Do you do what you did when you did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans that you made with me?
'Cause baby I didn't!

That should be me, Holding your hand,
That should be me, Making you laugh,
That should be me, This is so sad,
That should be me, That should be me,
That should be me, Feeling your kiss,
That should be me, Buying you gifts,
This is so wrong, I can't go on,
Till you believe that should be me

You said you needed a little time for my mistakes,
It's funny how you used that time to have me replaced,
Did you think that I wouldn't see you out at the movies,
Whatcha doing to me,
You're taking him where we used to go,
Now if you're trying to break my heart,
It's working 'cause you know that..

That should be me, Holding your hand,
That should be me, Making you laugh,
That should be me, This is so sad,
That should be me, That should be me,
That should be me, Feeling your kiss,
That should be me, Buying you gifts,
This is so wrong, I can't go on,
Till you believe that should be me

I need to know should I fight for our love or disown?
It's getting harder to shield this pain in my heart!!!

Here the link to the music video of That Should Be Me - Justin Bieber ft Rascal Flatts

p/s: he's grown up!!



Wednesday, May 4, 2011

Kawan Sekolah Sudah Kahwin :)

Seronoknya! Kawan sekolah aku, Suraya, dah kahwin. Hehe. Aku kenal dia since darjah 6, kami sama2 jadi pelajar baru di SKPT. Ditempatkan dalam kelas yang sama dan rumah yang berdekatan antara satu sama lain, membuatkan kami rapat berdua. Aku suka berkawan dengan Sue sebab dia jenis berterus terang dan jujur orangnya. Hanya Sue je yang berani tegur aku kalau aku buat salah. Yang berani bersemuka dengan aku dan membuatkan aku sedar akan perangai aku sendiri. Kadang2 orang lain jugak yang lebih kenal diri kita. Sampai sekarang, kenangan itu ada dalam diri aku :) Walau perkara itu berlaku masa aku darjah 6, tapi aku masih tetap ingat kenangan itu :) Dan satu lagi perkara yang aku ingat, haha, dulu2 aku ada jugak teman Sue pergi dating. Hihi. Tapi itu semua cerita lama. Sekarang, sudah ada cerita baru dan gempak punya! :D

1 Mei 2011, Ahad lepas, aku dan Aliff bergerak dari KL ke Taiping. Perjalanan dalam masa 3 jam 30 minit. Hehe. Aliff tidur (dia tak cukup tidur malam sebelumnya sebab ada kenduri di rumahnya), jadi aku drive hampir 3/4 perjalanan ke Taiping. Jadi, apa lagi, bila Aliff tidur, aku boleh rempit dengan keretalah. Haha. Mencecah 150km/j!! Alhamdullilah selamat :)

Kami sampai tepat pada masanya, Bersanding!! Sampai je, pengantin dah mula nak berarak.

Sue sangat cantik!! Sue memang cantik pun, tambah dengan solekan, lagi nampak cantik!! Tema wedding ungu dan kelabu :D

Sangat seronok melihat kawan sekolah kahwin. Bestnya tak terkata macam aku pulak yang kahwin. Haha. Moga perkahwinan Sue & Shah sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan ingat pesanan ku, pregnant nanti bagitahu eh. Hehe, Tak sabar nak melihat anak kamu berdua. Hihi

Terpancar jelas keceriaan si mempelai :)

Suka pic nie. Sue, you look really gorgeous darling!!!
Dan wajah kamu naik seri sangat. Seri pengantin :D

Di atas singgahsana, sangat padan berdua :)


Afiq, Me, dan Saba. Gemmies TBL'03, Emerald Corporation Comp 7.
Hanya kami bertiga sahaja..
Nisa ada datang jugak, tapi tidak sempat bertemu. Sebab dia datang lambat, dari Kulim je pun boleh lambat. Huhu
Kawan Gems lain yang datang, Rini, Dila dan Paizul. Gambar ada dalam kamera Rini :)

Who's next????? :D