Saturday, March 31, 2012

ATTRITION!!

Gler hebat! Within 2 days, 8 orang resigned di unit aku. Haha! Memang terkejut dapat emel gitu. Dijangka attrition mesti tinggi after bonus tapi tak sangka secepat dan setinggi nie.

Best tengok orang resigned! Bilalah nama aku nak ada di bahagian attrition. Macam best je benti di Scope dan dapat kerja lagi better. Orang tertanya2, siqah pergi mana? Hehe! Berangan lebih! :-P

Sebenarnya, aku okay je dengan kerja aku sekarang. Tension with Chennai team je. Almost every day! Rasa nak hampuk je kepala dorang yang sengal itu. Huh! Aku kalau cakap pasal Chennai memang emosi lebih.

Diteruskan cerita, iya, aku okay je kerja sana. Cuma waktu kerja dan paling utama waktu cuti tak ikut Malaysia yang jadi tak best. Raya usah kata, kena gilir2lah. Tahun nie aku tak cuti raya. Kerjalah kau pada hari raya ke2 okay. Huhu. Sekarang aku single, masih belum kahwin, okaylah jugak. Tapi nanti dah kahwin kena fikir lebih jugak kan. Kesian suami aku nanti. Huhu.

Takpelah. Now bagi aku just follow the flow. Aku baru je dinaikkan pangkat sebagai Senior Global Operation Officer (SGOO)  bermula 1 April :-) Jadi terima dan kerja baik2. Lebih rajin lepas nie :-)

Pada yang berhenti, semoga kehidupan kamu semua indah dan aman sentiasa :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Garden Sunway!

Salam semua! :-)

Lama betul tak blogging di sini kan. Sekarang baru berkesempatan.

Ini nak cerita satu cerita. Nanye kan aku sangat jarang nak makan di restoran ysng nampak ekslusif dari luar. First, sebab takut mahal sangat. Second, rasa macam tak berbaloi sebab biasa restoran mahal maknanya makanan sikit. Ye tak? Hehe. Dan third, sebab My Love tak minat sangat masuk kedai makan gitu :-)

Ahad lepas, keluar dengan Shida. Ahad lepas, kami anggap hari kaya. Hahaha! Jadi Shida plan nak makan di Garden. Aku on je.

Nak dijadikan, betullah seperti apa yang difikirkan. Makanan biasa je. Nampak menarik tapi tak ler sedap sangat. Tapi satu je, restoran begitu membuatkan anda tenang je nak makan. Tiada gangguan daripada sesiapa pun. Tiada jurujual nak jual barang dan sebagainya. Cukuplah sekali aku masuk kedai Garden. Tak akan masuk lagi after nie kot. Hehe!

Selebihnya sila layan gambar ye :-)

Published with Blogger-droid v2.0.4