Tuesday, June 30, 2009

Plus days..

Aku harus menunggu sehingga minggu hadapan untuk menghabiskan driving class. Ini semua kerana Pak Cik Razak ada kursus dan dia tiada selama seminggu. So makin bertambahlah masa untuk aku membesarkan badan di rumah. Aku bercadang untuk menghabiskan driving class secepat mungkin, ambik JPJ test secepat mungkin dan pastikan aku cukup bersedia masa itu dan jika lulus, seterusnya aku hendak terus mencari kerja.

Seperti aku katakan sebelum ini, aku sudah muak berada di rumah. Bukan aku tidak suka, cuma aku perlu keluar mencari pengalaman, berkomunikasi dengan ramai orang agar terbuka mindaku ini, agar otakku ini tidak beku lagi, dan juga dapat menghabiskan masa2 yang terluang dengan kerja yang akhirnya boleh mendatangkan duit. Dalam erti kata lain, iya, saya mahu duit!! :p

Even I have to wait but its okay. Someone told me to be patient and focused on one thing at one time.

Monday, June 29, 2009

Penangan Transformer 2!!

Tak aci!!!!
Anjang sudah tengok Transformer 2. Huhu
Nak tengok gak!!
Beriya dia menceritakan mengenai movie tersebut. Aku tahu memang sure best punya.
Nasib baiklah dia duduk kat Genting, kalau tak memang aku heret dia g cinema teman aku tak kiralah dia dah tengok ke belum (tapi u belanja lah sebab u dah kerja). Hehe.

Haikal pulak sekarang sedang mengumpul koleksi Transformer. Dari pasar malam, dari Padang pun ada. Dari Petronas tak beli lagi. Bak kata Along,"Budak tengah gilakan Transfomer, biarkanlah" :p Dan di Kuantan, for 2 weeks tiket Transformer dah habis. Gler r!!

Aku??? Sedang download Transformer 2 untuk kali ke4. If tak boleh open gak, terpaksalah tunggu DVD keluar. Tak pun tunggu minggu ni, kot2lah kekasihku itu boleh menemaniku ke kan. Hehe. tapi potensi tidak tu tinggi..

Sunday, June 28, 2009

Tengok movie ni semalam with Aliff instead of Transformer 2 and Hannah Montana The Movie (actually nak tengok 2 movie tu dulu tapi tiket Transformer habis sampai lewat petang dan tayangan Hannah Montana lak petang je ada). So movie ni jela yang ada. Best gak bila tengok that girl berlawan. Overall movie ni okay!! A lot of action. Sesiapa yang tengok anime cter ni, should go to watch this movie. At least aku fahamlah gak jalan cternya cuma ending macam tergantung je.

But for the first time, aku rasa tak puas bila keluar dari cinema. Maybe hatiku sangat2 mahu menonton Transformer 2. Huhu. Nak tengok!! Kena tunggu DVD la kot sebab aku dah download Transformer 3 kali tapi tak boleh open gak. Sedih!!

And..

We had changed to Maxis Value Plus Family Plan. Finally!! :)

Friday, June 26, 2009

Malunya!!!!

Aku nak menceritakan sesuatu di sini. Hehe. Hahahahaha. *Gelak besar dulu* Hehe.

Aku menangis masa belajar driving tadi. Hehe. Sedih sangat tadi tau sebab enjin asyik mati je. Dan cikgu dah membebel. Dan cikgu bukan pak cik Razak, tapi seorang abang yang looks scary!! Dengan kaca mata gelapnya dan suara yang sangat serius. Huhu. Aku tengok muka dia pun aku dah takut tau. Aku tak lah menangis teresak-esak. Just mengalirlah air mata. Huhu..

Lama kelamaan, cikgu semakin tak nampak menakutkan :) Dia dah sembang2 dan mengajar dengan suara yang masih serius di jalan raya. Dan aku tak takut dah :p

Abang yang saya tak tahu nama, Please!! Don't teach me again. Bukan sebab saya tak suka, cuma saya malu!!!! Huhu.

Aku masih terasa malu walaupun selepas aku sampai di rumah :p Apalah aku ni. Tapi aku tak putus asa. Akan ku belajar lagi cara pemanduan berhemat. Ganbatte-ne :)

Emm..

Malu!! Malu!! Malu!!

Mendung Bererti Hujan

Mendung je semenjak 2 hari ini. Hari ini pun, mendung + guruh sikit2. Tapi aku tak menghiraukan semua itu. Aku keluar ke kedai depan (well tempat jalan2 aku) just to buy topup. Kredit ada je lagi tapi sengal saja cari alasan nak keluar berjalan. Niat aku nak merayau lebih lama tapi hujan sudah mula menitis setitik demi setitik. So aku pun berjalan dengan pantasnya pulang ke rumah.

Hidup aku berjalan seperti biasa. Bangun tidur, mandi, sarapan, kerja rumah, tengok TV, tengok cter jepun, baca novel, CLEO. Huh. Itulah yang aku lakukan mostly setiap hari sampai aku naik muak dah.

Hobi baru sekarang memasak. Aku nak blaja apa saja jenis masakan, tak kira laukpauk, kuih, biskut, kek, dan sebagainya (that's why i asked Shaleen's cupcake recipe. Hehe. Tapi, dia tak email lagi). Ada sesiapa yang ada recipe yang best? Share lah :)

Okay, About drama TV, Intan (cter Indon kat Prima) dah habis. Yeay!! Akhirnya habis gak. Then, now cter Sekar menggantikan Intan. Cter ni pun best gak. Aku tengok dari episod 1. Akan diikutlah cter tu. Emm dah macam surirumah duk mengikut semua drama yang ada :p

Sekarang rehat2 je. Nanti petang nak belajar memandu. Pak Cik Razak, sabar ye mengajar saya ;)

Thursday, June 25, 2009

Hold On

Aku benci menunggu. Aku benci menunggu pada benda yang aku berharap dan aku benci nak fikirkan sama ada penantian itu berbaloi atau tak. Huhu. Tapi aku masih menunggu lagi. Aku masih menunggu *sigh*

Monday, June 22, 2009

Is It Possible??


Selama ini, aku tak ambik peduli sangat tapi aku pelik!!

Emmm..
Is it possible to love two persons at one time?

Pertanyaan ini datang kembali while reading Eclipse. Bella fallen in love with Edward and Jacob at the same time and she knows that she loves Edward more and can't live without him. But WHY???WHY??Kenapa boleh mencintai dua orang dalam masa yang sama. Walau the 2nd guy hadir kemudian? Tak rasa bersalah ke ek? If you with 'A' guy, do you ever think about 'B' guy?? Takkan tak teringat langsung. Huhu. Aku cuma tak paham pada orang yang dalam situasi begitu. Sebab for sure you will hurt both. Tak rasa bersalah ke? Emm. Situasi itu memang berlaku dalam kehidupan manusia kan. But not in my life. PLEASE!!

p/s: And I don't really like Bella in Eclipse. Edward, I like!! Jacob, annoying!!

Friday, June 19, 2009

Sweet Song!!!


video

Again..
This song is soooo cute, adorable, and sweet :D
Dan I like the video too..
Yang menarik dalam video ini ialah they're using not-perfect couple. Well, perfect couple yang aku maksudkan mestilah yang cantik dan kacak.
Biasa music video, even novel pun mesti guna orang yang perfect je.
Orang yang "tak perfect" tu ada perasaan gak tau.
So include them too..

Plus..ehem..TOM handsome!!! hehe

p/s: I heard this song before (aku telah download Plain White T's album sejak dengar lagu Hey There Dellilah) dan memang suka lah lagu ni. Then, bila I heard this song again in Prom Night, terus aku teringat balik lagu ni dan melekat habislah :p

Other sweet, romantic song by this band is Write You A Song (also include in Every Second Counts album) and 1234 (Big Bad World album)..
Finished watching this drama. VOICE.
At first, emm biasa je drama ni. Penat baca subtitle je. Panjang2 subtitle.
Tapi aku continue tengok dan yes. Drama ni best. It's about a group of five medical students yang get into forensic pathology seminar yang trying to figure out the final words of death "Voices of the Dead".
Each episode sedih tau. Bergenang airmata aku. Huhu. Aku pun try gak nak figure out the voices of the dead tapi mesti Daiki gak yang menang. No imagination betullah. Aku mengharapkan new season for this drama :)

p/s: sedapnya makan roti dan pulut dengan kuah durian. Jemput makan semua. Yummy!!!

Sedap!!


This is what we called..

Durian in the polistrine.
Tak payah susah2 nak bukak durian itu kat rumah.
Suruh je orang kedai tu bukak siap2.
Balik makan je. Hehe
Baguslah bagi orang macam aku yang memang tak tahu nak bukak durian.
Lagi bagusnya ialah tak payah susah2 nak pindahkan dalam bekas if durian tu tak habis dimakan dan tak payah susah2 nak buang kulit durian.
Kan kerja lebih mudah tu. Hehe

Haa..aku makan 10 ulas semalam..
Banyak tu sebab biasa makan tak lebih 5 ulas (takut panas badan kononnya)
Tapi, can't resist durian lah semalam.
Rasa sedap sangat lak :)


Tuesday, June 16, 2009

INGAT!!!

INGAT!!!

**Jangan lepaskan clutch dengan mendadak**
**Kaki kat brek**
**Kekalkan clutch & minyak masa atas bukit**
**Free gear masa berhenti**

Ada paham?? Huhu

Monday, June 15, 2009

Mari Menonton TV

Duduk di rumah, menjadi penanam anggur yang terkemuka selama lebih kurang 2 bulan ini membuatkan aku mengikuti cter2 TV yang ada. Dulu masa di USM, aku tak suka sangat tengok cter2 TV ni coz malas nak tunggu tiap hari. Malas nak pergi bilik TV. Pendek kata aku memang malas lah. Hehe.

Okay. Drama, cter2 yang aku tengok, tonton, dan yang seangkatan dengannya :)

1 - Manjalara dah kembali disiarkan di TV3. Suka2 :)
2 - Zati dan Si Mawas sudah habis ditayangkan petang tadi. Suka cter ni & aku pun meminati Kamal Adli dan Liyana Jasmin.
3 - Disebabkan Kamal Adli gak, aku juga menonton Bio-Nik :p Tak sia2 dia mendapat gelaran Hero Remaja 07/08 kan. Dan suka Kamal Adli dan Intan Ladyana. They look sweet together :)
4 - Upik Abu dan Laura. Best lak cter ni. Dulu dengar drpd Cham & Syam je. But now, aku pun peminat setia beb :) Aku sukakan both Oppie & Laura, the OMG!! :D
5 - CSI
6 - Grey's Anatomy
7 - 90210
8 - Roda Impian (Awal Ashari ada tadi :p)
9 - Jangan Lupa Lirik (singing along)
10 - Are You Smarter Than A 5th Grader? (pengetahuan am. Hehe)
11 - Monday Night Laughs

Banyakkan?? Bayangkan betapa busy aku walaupun hanya duduk di rumah. Busy menambahkan power spec maybe. Hehe.

p/s: berpinar mata menjawab ujian teori ni.




Sunday, June 14, 2009

3 + 3

Semalam, aku pergi Genting lagi dan hujan lagi!! Huhu. Aku seorang dari sini dan bertemu dengan Along di sana.

Seawal jam 8 am, aku dah berada di Pekeliling. My dad dropped me there. Then, Aliff pun datang teman aku. Actually, he supposed to go with me to Genting (I have 1 more free ticket) tapi dia ada kerja di Senawang tghr itu, that's why aku kena pergi sorang2. So sedih tau. Huhu.


Kami pun pergilah ronda2 naik motor jalan2 pagi2 buta. Along yang berkata nak bertolak dari Kuantan jam 7.30 am, dah jadi bertolak pukul 9 am. Punyalah jauh beza jam tu kan. Janji Melayu betullah Along ni. Hehe. Tapi tak apa, banyak sikit masa dengan Aliff :p Aku pun naik bas jam 11 am. Tepat 3 jam bersama Aliff :)

Abaikan meja buruk itu okay :p

Waiting for the bus

Sebaik sampai di Genting, Anjang jemput aku. Nasib baik dia kerja kat Genting. Tak la aku termangu sorang2. Then, Anjang bawak aku pergi lunch kat kafe pekerja. Lepak2 situ lama gak, lepas tu pergi ke skyway untuk tunggu Along. Jam 2 pm baru Along bersama keluarga mentuanya sampai. Dan aku sangat suka berjumpa mereka. Haikal sangat happy okay!! Hehe.

Aku lah visitor itu

Elok kami otw ke Outdoor Theme Park, hujan pun turun dengan lebatnya. Cehhh!! Asal datang Genting je, hujan. Nasib tak baik betullah. Hujan berhenti dan kami pun start lah masuk ke Theme Park.

Cuba teka aku main apa??? Hehe. Jawapannya, aku tak main apa2. Haha. Baru nak naik Pirates Ship, hujan lak turun lagi. So terus patah mood aku nak main. Tapi kan sebenarnya, aku memang tak suka main permainan yang menakutkan itu. Yang tenang2 je aku nak main. Maybe sebab tak ada geng nak main kot. Dan aku pun pergi sana sebab nak jalan2 & spend time with family je.

Jadinya, aku just ikut Haikal, Kimi, Abg Ayin, dan Abg Ijan main. Tengok orang menjerit dan ada yang buat2 menjerit :p Jam 5 pm, aku minta diri untuk pulang. 3 jam gak bersama mereka.


Budak Ben10



Bas aku jam 7 pm (tak ada bas lagi awal. Huhu). Then, Anjang & Ila bawak aku jalan2 sekitar Genting. Jam 7 pm, aku pun turun dari tempat tinggi itu.


Sampai Pekeliling, ayah jemput dan pergi makan dan jemput mama balik kerja dan balik rumah (berapa banyak dan daaa).

Jam 11.30 pm sampai di rumah. Seharian berjalan, sangat penat tapi best coz aku jumpa my family dan Aliff :)

p/s: sikit je ambik gambar sebab malas nak ambik guna nset. If only I have my own camera...

Friday, June 12, 2009

MTV Channel

Tonight..
Date with MTV Channel :)
8.30 PM - 2009 MTV Movie Awards
Even already know the winners, nak tengok gak.
Coz of TWILIGHT!!!!

Redah Je..

Hello!!

Aku dah ada IC baru :) Tadi pagi, aku telah pergi ke JPN PJ untuk mengambil my new IC. Fuhh perjalanan ku ke sana sangat lah boleh dikatakan aku redah je sebab 1st time g sendiri ni.

Meh aku ceritakan perjalanan ku hari ni :)

Jam 9.30 AM, aku pun keluar dari rumah dan berjalan kaki ke bus stop depan Subang Perdana.
Then, naik bas dan aku perlu berhenti di Asia Jaya (dan aku tak tahu dimanakah tempat itu).
Tapi, mama kata nampak je PJ Hilton berhenti kat lampu isyarat.
So aku nampak PJ Hilton dan berhentilah di situ.
Sesudah turun dari bas, aku blurrr. Tak tahu ke mana harus ku tuju (mama kata lintas jalan, memang aku kena lintas jalan tapi arah ke mana??).
Then, aku ikut kata hati tuk mengikut arus orang berjalan. Semua orang berjalan ke arah kanan.
Aku pun ikutlah ke arah kanan.
Then, aku berjalan terus dan akhirnya aku nampak pagar macam kat JPN.
Aku pun dah yakin ni yang aku menuju ke tempat yang betul. Aku pun meneruskan perjalanan.
Dan.. Tadaaaa!! Aku berada di hadapan Bangunan Persekutuan Petaling Jaya.
Yes!!! Aku sampai jua dalam pada tak tahu jalan tu :)

Pas ambik IC, aku pun naik bas ke Pasar Seni. G POPULAR jap. Tu memang tempat favourite aku. Seronok tengok buku banyak2. Cuci mata je.
Lepas tu, tiba2 rasa lapar, then pergi ke McD jap dan naik bas ke Subang Perdana.
Sampai je di SP, aku tak terus balik rumah (well aku memang suka berjalan)
Aku merayau lak di kedai2 kat situ.
First, g kedai tudung (banyak makcik2 kat situ, try2 tudung Ekin). Aku membeli 2 tudung.
Then, g beli handbag dan kertas nak buat star (tahu kan kertas nak buat bintang tu).
Aku nak memenuhkan botol di bilik ku dengan star2 itu :)

Akhirnya, jam 1.50 PM, aku tiba di rumah.

Kesimpulan drpd cerita perjalanan ini adalah :p
- Beranikan diri untuk ke mana sahaja. Insyallah jumpa lah tempat yang nak dituju. Aku tak tahu jalan pun, buat macam orang dah biasa kat PJ. Redah je.

Haa tambang bas hanya RM2 okay. Kesimpulannya, naiklah rapidKL.
Aku memang suka naik rapidKL dari Metro sebab rapidKL mostly passenger orang MALAYSIA & driver bas pun orang MALAYSIA.
If Metro, semuanya orang LUAR (faham2lah orang dari negara mana) tak kira lah passenger, driver, dan conductor bas. Buat aku rasa tak selesa dan tertanya2 "aku berada di negara mana?".

Okay lupa nak cakap. About the IC..

Emmm. Aku still kecewa with my new IC sebabbbbb my picture still buruk. Taklah buruk sangat, nampak lagi okay lah dari IC lama dengan gambar muka terkejut aku tu kan. Hehe. Tapi still tak lawa lah. Huhu. Dalam IC baru, muka aku nampak chubby sangat & bertambah tak lawa bila aku terpaksa pakai tudung yang disediakan oleh JPN. Tudung Ekin yang keras kat depan tu. Dah lah aku memang anti tudung tu. Dah kena pakai lak. Sengal!! Tapi salah aku gak sebab pakai tudung bunga2 terlupa lak kena ambik gambar. Huhu. Maknanya aku lah yang sengal kan. Haha. Takpe lah dah siap pun. At least, alamat rumah dah betul. Bukan alamat TUDM Kuantan lagi :)

Thursday, June 11, 2009

Dedicate

Post ini khas ditujukan buat Emei :D
Haa inilah dia pujaan hatiku :p


No Problems!!

Hahaha. Downloading problems settled.

I downloaded 2 final episodes of Princess Princess D and can watch it :) Terlupa lak SilentRegrets lor. Boleh gak download kat situ.

RH Plus dah tak stuck lagi. Download Rh Plus from SilentRegrets gak. Tak sabar nak complete download drama ni even bukan aku nak terus tengok pun.

Coz, now I'm watching VOICE.

List drama yang akan ditonton :)

1-Akai Ito
2-Princess Princess D
3-Hanayome Wa Yakudoshi
4-Code Blue
5-RH PLus

Tak ada kerja lain ke aku ni ek? Hehe. Jepun je. Cakap Jepun tak pandai gak.Hehe. Sudah2. G habiskan baca buku undang2 tu. Then, jawab soalan. Ala malasnya wei, rasa cam semua dah tahu je :p (Konon. Uwekkk!!)

p/s: The Click Five new song - I Quit! I Quit! I Quit! best!!!
Lepas rindu kat The Click Five :) Sebenarnya lepas rindu kat Kyle Patrick! Kihkih.

Wednesday, June 10, 2009

Missing You

Emm..

Aliff away for 3 days followed his OC into the forest.
3 days without him. Bosannya.
I'll miss you baby.
Take care of yourself okay.
I'm waiting for you here.



Tuesday, June 9, 2009

Car Driver Licence

Metro Driving Academy

Yeah. I'm taking a car driver licence now!!!
Ayah sponsor. Hehe.
Tawaran jangan ditolak okay.
Dulu aku dah tolak sekali (when I'm in 2nd year) then kali ni pastikan tawaran diterima.
If tak tolak dulu, since 2nd year aku dah ada lesen kereta.
Rugi2..


Got a note book, a questions book, and a CD..

Baru je lepas mendaftar tadi & dah ambik kursus selama 6 jam itu.
Nasib baik 'cikgu' nya best. Tak terasa 6 jam (tapi aku still orang yang paling kerap tengok jam kot. Hehe)
Lepas ambik kursus tu, aku tak sabar nak bawak kereta even 1 apa pun aku tak tahu :p
First thing, lepas ujian dulu okay.
I will take the test on next Tuesday kot (along with my adik2. Haha. Since aku yang paling tua kan antara kami b'4 :p)
Hope aku akan lulus semua ujian yang ada :)

Monday, June 8, 2009

Downloading Problems

So frustating *sigh*

Currently, I'm downloading RH Plus but it's been 2 weeks and still not finished yet. Huhu.
3 episodes stuck..
Please help me seeding this series..
I want to watch Japanese Vampires!!!

I'm also downloading Princess Princess D but 2 final episodes does not have sub yet on D-Addicts.
Then, I found the episodes with sub and downloaded it but my laptop doesn't support the media files.
Only 2 parts okay. Huhu
I also found these episodes on Mysoju but can't download from there.
Okay I know I can watch it online but I want to keep that drama too!!!!

If Veoh is still available in MALAYSIA, I will not encounter this problem for sure.
Veoh comes back!!!

Sunday, June 7, 2009

Kenduri vs Hentam

Minggu ini busy memenuhi undangan perkahwinan.
Semalam pergi ke Jengka 1, then tadi, pergi ke Sg.Besi..
Ada sesiapa lagi nak hantar kad undangan perkahwinan tuk minggu depan lak? :)

Plus, Haikal ada di sini, dan baru je jap tadi balik.
So aku keseorangan lagi..
Dan tinggal sorang2 ni baru lah aku rasa ngantuk dan penat tapi masih tak nak rehat2..
Tak ada mood nak rehat pun :p


Semalam, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Jengka 1, aku telah berjumpa 4 accidents.
Salah satu drpdnya adalah Huhu.
My dad's car!!!

Tersentak tiba2 bush kena langgar dari belakang. Huh
Orang depan brek mengejut, then ayah aku pun brek mengejut tapi tak lak hentam kereta depan.
Tapi kenapa kau brek mengejut still hentam kereta ayah aku??
Sebab kau ikut rapat sangat dari belakang.
Cubalah jaga sikit jarak dengan kereta depan kan.
Tahulah kau tu Pajero, langgar kereta orang pun tak kesan sebab kau keras cam batu.
Sengal!!! Kereta ayah aku tak pernah kena hentam pun tau tak.
Sengal!!

Kejadian ini berlaku sebelum sampai ke kenduri di Jengka 1.
Lepas tu, memang dah tak ada mood lah nak g kenduri.
Sengal!!!

Nasib baiklah kau anak orang berada kan. Tapi if kau bukan anak orang berada pun, ganti rugi tetap di minta okay.

Serius. Mengigil badan aku pas kena langgar tu. Rasa nak hentam je budak tu. Nasib baik kau tu kawan cousin aku. Kalau tak, lama dah aku bagi sekali..

Wednesday, June 3, 2009

Khatimah Cinta - 6ixth Sense


video

Hukhuk. Beginilah khatimah cinta mereka..
Demam hilang. Batuk ada lagi malah makin teruk :(
Maybe sebab aku dengan slumber nya minum minuman b'ais (konon jadi ubat lah).
Tak jadi pun. Huhu

Okaylah.
Mari lupakan soal batuk ini :)

Ehem.. *wink*

Result dah keluar *smile**wink**rofl* Hehe.
Aku sangat happy dengan result ku sebab itulah yang aku harapkan dari 1st sem lagi.
Akhirnya, dapat gak pada last sem.
Syukur Alhamdullillah. Berkat usaha aku akhirnya berhasil gak.
Dan sangat seronok apabila research yang telah dilakukan dengan gigih dan b'semangat itu dapat hasil yang bagus!!! :D

Tuesday, June 2, 2009

Sudah boleh menaip..

Alhamdullilah..
Aku telah sembuh dari segala sakit yang ada. Semalam balik je dari interview, terus lemah bila sampai di rumah. Then, terus demam panas balik sampai minum air penyejuk badan cap kaki tiga (masa kecik2 je demam minum air ni). Disebabkan aku tak boleh telan panadol @ apa saja pil, so aku telah habiskan 5 panadol soluble (yang sangat tak sedap) & sebotol ubat batuk cap ibu dan anak. Yang aku pelik, walaupun aku demam, selera makan aku tetap ada malah bertambah rasanya. Hehe. Dan pecah rekod sebab aku demam selama 4 hari. Lama tu.

Had watched the Trailer for 'The Twilight Saga: New Moon'.
Ohh I just can't wait to watch the movie.
November!!!

And about the interview, I thought it was an informal interview (with EPC first), rupa2nya formal interview. I tried my best and tunggu jela. But 1 question I could not answered & itu membuatkan aku rasa cammm emmmmmm :(

Okay. Continue to read Eclipse :)