Friday, June 26, 2009

Mendung Bererti Hujan

Mendung je semenjak 2 hari ini. Hari ini pun, mendung + guruh sikit2. Tapi aku tak menghiraukan semua itu. Aku keluar ke kedai depan (well tempat jalan2 aku) just to buy topup. Kredit ada je lagi tapi sengal saja cari alasan nak keluar berjalan. Niat aku nak merayau lebih lama tapi hujan sudah mula menitis setitik demi setitik. So aku pun berjalan dengan pantasnya pulang ke rumah.

Hidup aku berjalan seperti biasa. Bangun tidur, mandi, sarapan, kerja rumah, tengok TV, tengok cter jepun, baca novel, CLEO. Huh. Itulah yang aku lakukan mostly setiap hari sampai aku naik muak dah.

Hobi baru sekarang memasak. Aku nak blaja apa saja jenis masakan, tak kira laukpauk, kuih, biskut, kek, dan sebagainya (that's why i asked Shaleen's cupcake recipe. Hehe. Tapi, dia tak email lagi). Ada sesiapa yang ada recipe yang best? Share lah :)

Okay, About drama TV, Intan (cter Indon kat Prima) dah habis. Yeay!! Akhirnya habis gak. Then, now cter Sekar menggantikan Intan. Cter ni pun best gak. Aku tengok dari episod 1. Akan diikutlah cter tu. Emm dah macam surirumah duk mengikut semua drama yang ada :p

Sekarang rehat2 je. Nanti petang nak belajar memandu. Pak Cik Razak, sabar ye mengajar saya ;)

3 comments:

anaklaut said...

salam...

tq sudi singgah di anaklaut blog
komen anda sangat saya hargai.

mrberett said...

memasak itu sangat seronok kan sebenarnya...
kadang-kadang bila tak berapa nak sedap pun tetap makan jugak sebab puas hati dapat masak sendiri :)

SiQaH said...

betul2!!
bila tak sedap tu lagi bersemangat nak masak lagi biar sedap betul..hehe