Friday, May 29, 2009

*sakit tekak*badan dah terasa panas*

PLUS

*kecut perut*nervous*takut*risau*tertanya2*

These is what I feel now. I got a job interview next Monday. Happy but nervous dah ni.
Ohh, only 2 days left for preparation. Huhu..


p/s: because of that, I cancelled my plan to go to Muar tomorrow. Sorry my dear. Next time okay :)

Thursday, May 28, 2009

TUNE IN..


Lagu yang sering ku dengar sekarang :)

1) Khatimah Cinta - 6ixth Sense

Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

2) Saat Saat Terindah - RAMA (OST Cinta Untuk Ain)

Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati
Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu
Kini baru aku menyadari
Kau begitu berarti di dalam hidupku ini…

3) No Boundaries - Kris Allen (American Idol 8)

What if my chances were already gone?
I started believing that I could be wrong.
But you give me one good reason.
To fight and never walk away.

So here I am, still holding on

With every step, you climb another mountain
Every breath, it's harder to believe
You'll make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing
Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
There are no boundaries.
There are no boundaries.

4) Rindu Terhenti - Shah Indrawan (One In A Million 3)

Telahku Tinggalkan
Memori Silam Ku Itu
Tidakku Biarkan Hidupku
Dibelit Pilu
Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mancalar Hati
Rindu Ku Terhenti

5) Making A Memory - Plain White T's

You and me
We should be
Making a memory whenever we're together
Look at me
Can't you see
We were meant to be
Making a memory

6) Kau Aku - Aizat

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

7) X-Ray - Nabila Huda

Andai benar
Tak terasa getaran cintaku
Peluklah aku
Pasti kau akan tahu
Tak akan mungkin terbuang
Satu perasaan cinta yang makin dalam
Tak bisakah kau rasa?

Wednesday, May 27, 2009

NEW MOON MOVIE!!!


Can't wait to watch this movie..
NEW MOON!!!


Edward @ Jacob.
Of course Edward lor :)
Jacob makin handsome lah in New Moon (short hair) :)

Edward and Bella..
Ohh sooo romantic!!

New Moon Wolf Pack!!

The Volturi

20 November 2009.
The important date.
New Moon release date :)
Bila date movie ni akan sampai di Malaysia lak ek?
Tak sabar nak tengok!!!!!
Edward, Bella, Jacob, vampires (cold) and werewolves (hot) :)

p/s: Hope New Moon movie best seperti novel. Sebab Twilight novel is soo much better than Twilight movie. Even so, I like both!!

10 hari di Kuantan

Haikal called me tadi. Cian dia kena tinggal.
Nanti lainkali Mak Lang datang lagi okay :)
Rindu dah kat dia ni *hug**kiss*



Okay, tujuan sebenar:
Post ini mengenai cerita mengenai apa yang aku lakukan di Kuantan selama 10 hari :)
Dari pagi hingga petang..

First:

Aku telah habis membaca New Moon :)

Twilight Saga Series adalah novel series pertama yang aku sangat semangat untuk membaca.
Now, I'm reading Eclipse.
Tak sabar gak nak tengok kesinambungan Twilight movie nanti.

Second:

Japanese Drama - Love Shuffle

Drama ini mengisahkan 4 pasangan yang bertukar2 pasangan sesama mereka setiap minggu. Tujuannya adalah untuk get to know other ppl & mencari cinta sejati. Dan akhirnya, Love Shuffle ini berjaya di mana mereka telah menemui cinta sejati dan cinta itu bukan pada original partner.
Dalam drama ini adalah menceritakan about Thanatos. Maybe it's about psycho thing. But sampai sekarang, aku tak faham apa yang dimaksudkan dengan Thanatos. Hoho

Aku pelik dengan tema drama ini. Boleh ke bertukar2 pasangan macam tu walaupun tujuannya boleh diterima jugak kan (mencari cinta sejati). Walaupun begitu, drama ini seronok ditonton. Masing2 ada karakter yang tersendiri dan ini membuatkan diri mereka unik..

Third:

Movie - Syurga Cinta

Watched this movie with Along, Abg Ayin, & Haikal. Haikal semangat nak tengok movie ni sebab iklan ada Hadziq dengan dialog "lemah-lembut". Hehe. Tahu tak dialog ni? :P

Movie ni tetap best even jalan ceritanya lebih kurang tahap cerekarama je.
Plus, ada unsur lawak (dengan gelagat lucu dan comel adik Irham, Ikmal (Hadziq)) dan tak bosan tengok hingga akhir. Pada mulanya, jalan cerita menghiburkan tetapi lama2 jalan cerita jadi lebih serius. Movie ni mengisahkan Irham (Awal Ashaari), anak orang kaya yang baru pulang dari luar negara dan membawa budaya barat dan Cikgu Shuhadah (Heliza AF5) yang juga anak orang kaya tapi masih berpegang teguh pada agama. Mereka bertemu dengan tak sengaja dan berkawan dan akhirnya bersama walaupun selepas berlaku 1 kejadian yang mengecewakan Cikgu Shuhadah & Irham.

Dalam movie ni, disentuh jua mengenai agama. Yang aku baru tahu adalah:
Ada 3 jenis jodoh iaitu:
1) Jodoh dari syaitan
2) Jodoh dari jin
3) Jodoh dari Allah
Keterangan untuk 3 jenis jodoh ini, pergilah menonton movie ni (Takde masa nak terang @ promote tontonlah movie tempatan. Haha)

And aku lebih sukakan movie ni drpd Talentime..

Fourth:

Finished up slide presentation for conference. Hope don't have any correction :)

Apa yang aku tak buat?

24hb May ada seorang kawan SMSM, Zue kahwin tapi tak sempat pergi. Semoga kamu berdua sentiasa bersama hingga ke akhir hayat.

p/s: Betapa susahnya nak cari kelapa parut di Kuantan. Tak jadi nak buat kuih :(

p/s: Sekarang, di rumahku ada tetamu. Tetapi, aku, setelah menghidangkan apa yang patut (itulah tugas daughter kan :P), aku pun terus mengadap laptop dan edit post ini di sudut kecil rumah ku. Hehe

Tak Suka

Two things happened today:

1) Aku tak suka bas double-decker!! Tak kiralah seat di tingkat bawah @ atas. Tadi kena naik bus double-decker. Dah lah duduk kat tingkat atas, seat belakang sekali lak tu. Huh. Tak suka. Pening tau. Tu lah nasib if beli tiket bas last minute. Lain kali beli tiket bas kena tanya 2 soalan sampingan:

a)Bus ni double-decker ke cik/encik? (Kepastian mengenai bas diwajibkan, if double, try to find another bas)

b)Single seat ada cik/encik? (Aku tak suka duduk double seat with someone yang aku tak kenal. Bukan tak suka yang melampau tapi mahu dielakkan. Nanti tak pasal2 ada lagi yang bagi no phone. Cian Aliff. Apasal lak? :D)


2) Aku tak suka pada orang yang merokok di tempat makan. Tempat makan hanya untuk makan. Bukan untuk mengeluarkan asap yang tak best disedut itu. Huh. Sangat tak best if tengah makan sambil terpaksa menghirup udara + asap rokok. Tersekat selera :(


Okay. Aku baru sampai rumah tepat jam 3 pm tadi :)

Sunday, May 17, 2009

Bosan duduk di rumah sudah sikit2 ada dalam diri aku. Belum sebulan lagi duduk rumah dah nak rasa bosan. Okay lah sebab esok pun aku dah pergi Kuantan. So tak bosan sangat lah. Eh still bosan gak dari pagi sampai petang sebab Haikal dah sekolah. Tak ada orang aku nak layan. Yang paling penting, tak ada orang nak lawan cakap dengan aku. Hehe

Sekarang, aku gila menjawab kuiz di Facebook. Hehe. Suka sangat lah jawab kuiz2 ni. Setakat ni betul gak lah jawapan kuiz tu kan. Kalau boleh semua kuiz aku nak jawab. Hari2 jawab kuiz jela. Dah aku tak tahu buat benda lain lagi. Pet Society pun tak join lagi.

Ada 3 Japanese Drama yang telah di download (Voice, Love Shuffle, Hanayome Wa Yakudoshi). First nak tengok Love Shuffle dulu, then baru yang lagi 2 drama tu la :) Ada banyak lagi list drama yang hendak di download. Bila nak habis pun tak tahu lah proses men-download ni. Tapi tak apa, aku suka :) Aku akan pastikan akan sentiasa ada drama untuk ditonton :) Agar aku tak bosan sebab tak ada kerja lagi.

Aku akan ke Kuantan selama seminggu. Oleh sebab itu, seminggu lah aku tak online des. Bye2..

Saturday, May 16, 2009

Berkebun

Aku tanam serai hari ni :)
First time aku pegang golok dan first time gak aku bercucuk tanam :)
Best lah berkebun ni nanye. Suka tengok tanaman yang telah ditanam dan tak sabar nak tunggu tanaman tu membesar (Cehh baru tanam pagi tadi. Hehe)
Ayah dan mama baru je berjinak2 berkebun sekarang. Kebun terletak di depan rumah nenek di Meru, Klang.
Next time, nak g kebun lagi lah. Syok je :)


Ya. Hapuskan kelapa sawit itu


Mama paling suka membakar


Ni lah serai yang aku tanam. Nampak tak serai tu?
Lebih kurang 70 lebih tau :)

Ayah dan mama tak habis2 kata kebun ni untuk anak2 mereka nanti. Selain serai dan cili, ada pokok rambutan, mangga, pisang dan manggis. Semangat nak adakan kebun tuk anak cucu. I Love la :)

Friday, May 15, 2009

Planning..

Aku nak kerja!! Selama ini aku tak sedia nak bekerja, aku jadi buntu bila dah habis blaja, tak tahu nak buat apa. But now, yes. Even ketakutan tu masih ada untuk masuk ke alam pekerjaan tapi aku dah sedia nak buat. Aku dah sedia untuk bekerja. Pada permulaan ini, aku nak mencari kerja biasa2 dulu. Kerja lah apa pun yang penting kerja. Kalau aku kat Terengganu, aku nak kerja Mydin. Husna, kita kerja sekali eh. Haha.

Walaupun aku berkobar2 nak mencari kerja, tapi rancangan mencari kerja ini akan aku laksanakan bila aku pulang dari Kuantan nanti..

Minggu depan (Isnin) aku akan ke Kuantan. Aku pergi ke sana hanya seminggu. Biasa memang aku akan duduk lama lah di sana, tapi kali ni terpaksa pendekkan masa tu. Sebenarnya, aku ada kerja di sana. Bukan kerja dapat gaji ye :) Aku akan berbincang dengan Syam untuk menyiapkan slide presentation tuk oral presentation for the Joint Conference: 4th APCESS (Asia Pacific Conference on Exercise and Sports Science) and 8th ISSC (International Sports Science Conference) that will be held from 15th - 17th July, 2009 dengan tajuk “Effects of Exercise Prescription on Blood Lipid Profile of Subject with High Cholesterol Level". Sebab tu aku kena pergi ke Kuantan gak.


Kelmarin,

Aku ada kata aku nak keluar semalam untuk membeli New Moon kan, tapi aku tak jadi keluar. Ayah aku pun tak bagi sangat aku keluar. Sebab cuaca panas terik yang berlaku sekarang. Memang sangat panas sampai baru lepas mandi pun, dah rasa tak selesa tau. Lagipun, keluar dalam keadaan yang panas ini akan menyebabkan penyakit kan. That's why ayah aku tak bagi keluar. Okaylah. Aku akan beli New Moon otw ke Kuantan nanti. Singgah di POPULAR jap then terus ke Hentian Pudu. Tak sabar nak baca ni. Aku nak habiskan baca New Moon before movie nya keluar tahun ni.


Aku juga dah habis tengok Chuck. Sukalah series ni. Ni lah series ke3 yang aku sangat suka selepas Grey's Anatomy dan CSI. If Gossip Girl @ 90210 tu, aku tak suka sangat lah tapi nak jugak tengok. Sayangnya, aku hanya ada Chuck Season 2 hingga episod 11 je. Macam mana nak dapatkan ep yang seterusnya ye? Sumber dah tak ada. Huhu.

Wednesday, May 13, 2009

Leganya sudah dipos

Apakah ini??

Ini bukan kotak kek ye :D
Final thesis aku berada di dalam kotak ini :D


Kreatif kan kotak di atas?? Hehe. Ayah aku yang buat tu. Sejurus selepas mengambil hardcover final thesis, aku terus nak pos hari ini gak. Disebabkan aku tak ada kotak yang sesuai dan tak ada kedai terdekat yang menjual kotak , ayah aku telah mengambil kotak Double A4 kat kedai cina :D dan digabungkan dengan penutup kotak Secret Recipe yang aku bawak dari rumah :) Kreatif kan kan?? Haha. Dan ayah aku yang membalut kotak ini. Aku tolong potong selotep je. Agak2 En. Azuar terkejut tak bila buka bungkusan ini?? Hehe. Okay, ambik thesis jam 3.45 pm dan selamat di pos laju kan jam 4.35 pm.

Plus, proses membalut kotak ini dilakukan di atas bonet teksi ayah aku. Hehe. Orang yang lalu tertoleh2. Pelik gamaknya :D

Maybe bungkusan ini sampai di PPSK minggu depan lah coz Jumaat, Sabtu cuti kan. Asalkan selamat ye :)


Inilah thesis/research/final project :) aku yang bertajuk

"EFFECTS OF MODERATE INTENSITY AND HIGH FREQUENCY EXERCISE ON BLOOD LIPID PROFILES OF SUBJECTS WITH HIGH CHOLESTEROL LEVEL"


Haa kedai hardcover binding ni murah tau. RM24 je 1 copy. Sesiapa yang nak buat hardcover binding, bagitahu aku. Aku nak promote kedai ini. Murah + pekerja mesra alam :)

Selesai segalanya :)

Pecah Rumah!!!

Kejadian pecah rumah berlaku lagi di taman aku semalam. Dan mangsa adalah betul2 rumah belakang rumah aku. Huhu. Nasib baik pencuri itu tak berjaya masuk ke dalam rumah. Takutnya lah bila kejadian buruk macam ni berlaku. Pagi2 pun ada gak 1 kejadian pecah rumah berlaku tau. Ntah pagi2 pun berani nak pecah masuk. Berani betullah pencuri itu. Aku jadi takut duduk sorang2 kat rumah sekarang. Dulu takut then dah reda, tapi bila semalam rumah yang paling dekat dengan rumah aku dah kena, aku jadi takut lak. Jaga diri dan rumah betul2. Pastikan keselamatan ada di rumah. Insyallah kejadian begitu tak kan terjadi di rumah ku dan juga rumah2 orang lain.

And, aku dah habis baca Twilight!! Sooo romantik lah Edward. Aku sangat sukakan dia. Edward in novel lagi romantik drpd Edward in movie. And tak sabar nak beli New Moon lak. Esok nak keluar lah just nak beli New Moon je. Keluar sorang pun tak pe, yang penting aku dapat apa yang aku nak :)

Okay. Nak sambung tengok CSI. Kes 'jerung darat' ni.

Monday, May 11, 2009

No Long Journey

Petang tadi, ayah aku bawak aku ke kedai binding kat Seksyen 2, Shah Alam. Area UITM lah. Tu pun lepas aku tanya Angah kat mana dia buat hardcover binding. Akhirnya settle pun urusan tu. Rabu ni siap (lagi bagus dari kedai sengal pagi tadi yang kata 2 minggu siap. huh) dan terus pos hari yang sama. Hope sempat sampai USM dengan selamat pada Khamis ni. Due date Khamis :) Dan orang kedai tu pun ramah je. Suka aku berurusan dengan mereka dari kedai pagi tadi yang sombong. Uwekk!! And Thanks ayah bawak anak mu ini ke sana ke mari. Mesti lepas aku agak bad mood tengah hari tadi. Kihkih.

On the way back, kami singgah di PKNS makan2 jap sebab tiba2 aku sakit pedih perut masa tengah berurusan kat kedai binding tu. Aku memang akan rasa pedih perut tiap bulan bila aku makan sikit dan ini hanya jadi bila aku tengah menunggu hari for 'red flag'. Huhu. Macam2 simptom ada lah.

Looking for..

Fuhh!!! Baru balik dari keluar ke kedai depan mencari kedai yang provide hardcover binding. But the result turned out zero :( Ada 1 shop yang provide the hardcover binding but only takes 10 copies and above. Aku nak binding 4 copies je. Huh. Apa lah buat macam tu. Tak boleh ke just binding. You still get the money kan?? Aiyoo. Oleh itu, aku kena keluar lagi esok maybe going to PJ kot to find other shop. I hope I'll find one. Huhu. Macam tak sempat je nak post minggu ini gak :( If aku ada kenderaan nak g aku tak kisah lah gak. Ni nak berjalan kaki, mendaki bas @ teksi, it makes me tired even with the thinking about the long journey tomorrow *sigh*


Walaupun begitu :)


Tengah2 geram kat that shop sebab tak nak ambik kerja binding dan tengah panas sangat masa tu, tiba2 I got one msg from an unknown number. It was from ISNM :) He wanted me to send my details/resume to his email because he wants to put my name under ISNM's screening candidates. Just baca msg tu pun aku dah senyum lebar tau. At least he interested with my application form kan?? Hehe. Sebaik sampai di rumah, take a short rest , then edit my resume :) I've sent my resume to him and hope I'll get the good reply :) I really wants that job. I think I'm not so knowledgeable (lack of confidence. huhu) but I want to try and I'm willing to learn :)

Sunday, May 10, 2009

Engkaulah Ratu Hatiku

Selamat Hari Ibu

Arwah Mak
You're not here anymore but you're always in my heart.


Mama



Mak (Aliff's mother)



Along (Haikal's mummy) :D


Saturday, May 9, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYAH

HAPPY BIRTHDAY AYAH!!!
~50~

We were celebrating dad's birthday after lunch today :) My dad was surprised as we expected. Aliff bought a cake and around 2 pm baru dia sampai rumah. We were celebrating together with Mama, Aliff, Anjang, and Ila (Anjang's gf).


Terima kasih kerana menjaga dan melayan kerenah anak2 ayah ni dari kecil sampai lah kami dah besar. Dah besar ni pun banyak kerenah jugak :D Terima kasih sebab membantu Kak Lang in everything..
Terima kasih untuk segalanya ayah :)
You're really a good and cool daddy :)

Friday, May 8, 2009

Zettai Kareshi SP

Had watched Zettai Kareshi SP. It was a nice SP I think.
A sad ending coz Night and Rikko can't be together.
But of course lah kan, he's robot.
Night really really an absolute boyfriend for any girls in the world :)

Robot pun boleh menangis tau :)

Bakal Adik Ipar!!

Ehem! Sekarang, bakal adik ipar aku berada di rumah :)
Anjang cuti until tomorrow. So that's why he brought his gf along home.
Tak sangka aku dah di tahap tuk menerima bakal adik ipar :D
I think she's okay. Sesuai for my brother I guess.
But baru 2 days kenal dia kan. Can't say anything more lah.
Aku cadang nak buli dia tapi tak jadi lah. Hehe.
Ingat2 kan balik, apa yang aku buat sama lah macam apa yang Kak Long (kakak Aliff) buat everytime I went to their house. Masak, layan cakap, & macam2 lah. Rindu lak rasa nak g Muar :)

Thursday, May 7, 2009

Novel::Thesis::Genting::

I'm having a Twilight temptation now *blush* :D Start reading the novel but since I've watched the movie so jadi dah tahu jalan cerita lak. Huhu. And yes, I like Edward Cullen more and more now :)

I finished with my thesis correction :) Tak sampai 15 minit pun buat :) But the problem is I don't know which shop (depan taman aku) provide the hard cover, binding. Semalam dah cari tapi tak ada pun. But I'm trying to search again tomorrow. Sebab minggu depan nak hantar via post. Dan aku tak tahu macam mana nak uruskan binding dengan hard cover ni. How to print on the hard cover ek? Aiyoo..

Sebenarnya minggu ni, aku dan family was planning to go to Genting but atas sebab2 tertentu (busy working) so the plan is postpone to 2nd week of June (maybe). If buat minggu ni, boleh celebrate my dad's birthday (9 May) and Mother's Day (10 May) kan? Kan bagus jika itu yang berlaku. Tak pe lah. Yang penting pergi ke sana with my family again. Teringin gak nak g ke sana dengan Aliff dan kawan2. But don't know when lah *think*


Wednesday, May 6, 2009

Pictures - PPSK Graduation Night

Mission accomplished :)
What mission? Transfer pictures!! :D
I got the PPSK Graduation Night pictures from Azma & Shaleen through Skype. Look how Skype can be sooo useful :) Not only chat @ call okay.
There was a lot of pictures, but I only choose the beautiful, pretty (dan se-angkatan dengannya) untuk di upload di sini.
But you can see more pictures on Friendster okay :)

So here we go!!

We (+ Fadz) had performed 2 dance

Timang Burung

Sports Science (+ Shaleen)


Aku & Cham. Mehrul, Syam tak yah masuk :P

Elegant Couple (The Winner is the middle couple)

Potong kek

Ikhlas Tapi Jauh

Anugerah Khas Pilihan Pensyarah
Shaleen & Izwan


2 pasangan kembar bergabung!!!

Aku, Fadz, Azma


Dr. Mat (Chairman of Exercise & Sports Sc)

Dr.Mat again (my research supervisor)


Seeding the Friendship (jagalah baik2 k)


I'm forgot about this picture. Boleh tak lupa? Huh.
Aku dah kemas segala barang & nampak pic ni. Baru teringat :)
This is specially made for us as the first graduate of Sains Senaman Dan Sukan..
We got this at Sports Science Dinner.
Congratulations to US!!!!

Tuesday, May 5, 2009

Jangan Kau Lepas - Alexa


video

So sweet this video.
Like the elderly couple who still romantic. Comel :)
Sangat sesuai lah ini video dengan lagu ini..
Baru lepas menonton ABPBH 2008 :) Overall ABPBH 2008 was okay lah. Nak kata best sangat tu tak lah gak. Aku suka kan persembahan Kristal (gabungan artis baru dan lama, bertenaga je persembahan mereka), Siti Nurhaliza (of course persembahan dia best. Tak pernah aku kecewa dengan persembahan Siti. Even aku tak gemar dengan fesyen tudung dia, tapi tak dinafikan she's a great singer with a great voice) and Faizal Tahir (tengok gendang tu, teringat gendang cina USM & FT with a new hairstyle. Kemas je). Agak kecewa bila persembahan Hujan tidak best sebab katanya gitar Noh tidak berfungsi. Huhu. Aku rasa Adlin tak sesuai jadi pengacara. Pengkritik okay lah bagi dia. Dan Nabil perlu belajar lagi cara yang baik untuk menyampaikan ucapan. Dia memang pelawak tapi tak sesuai berlawak dengan ngajuk ucapan Jamal kan. Bosan lak aku tengok Nabil ni (even aku minat gak dia dulu). Maaf ye peminat Nabil.

Plus....

Rupanya Patrick Dempsey has dyslexia. Baguslah dia still boleh menjadi pelakon yang berjaya. I like McDreamy :) Start mengenali dia selepas Grey's Anatomy :)

p/s: barang tak siap kemas lagi. Punya lah lambat aku buat kerja ek..

Monday, May 4, 2009

No Pictures!!

Tiada apa sangat yang aku buat hari ni. Just mengadap laptop, upload pic kat Friendster (tapi tak boleh nak arrange, so berteraburlah gambar dalam album tu), update blog :) and kemas barang2 aku tapi still tak siap lagi. Sikit je lagi nak buat. Dah sikit lagi tinggal, mula lah aku malas. Ada je kerja berbangkit yang aku nak buat. Contohnya makan, tengok TV dan makan lagi :P

Nak upload gambar di Facebook tapi bukak je Facebook, aku blur tak tahu nak buat apa. Apela. Hehe


Then, I want to tell about...

The PPSK Graduation Night..


Best, enjoy sepanjang malam tersebut :) Aku bersama 4 kwn yang lain performed 2 dance pada malam tu. Tarian pertama (Timang Burung) aku tak ada salah even nervous gler sebab VIP betul2 depan mata. Huhu. Tarian kedua (Es Lilin) aku ada melakukan kesilapan, lupa step beb. Buat malu je. Hehe. Tapi dah tak nervous sebab dah tak kisah dengan VIP tu :) Setelah tarian ke2 dengan pantasnya kami menukar pakaian & makan. Pastu adalah acara2 seperti anugerah2, band (only guitar dengan group yang menyanyi lagu Ikhlas Tapi Jauh), elegant couple, lucky draws, and seeding the friendship. Dinner ni best sebab acara best plus MC yang banyak cakap dan lawak :D

No pictures yet :( Tak ambik gambar lagi drpd mereka yang punya kamera. Ntah bila lah nak dapat gambar agak nya. Aku pun tak sabar nak tengok gambar..

Last..

Suka lah lagu Jangan Kau Lepas - Alexa. Sweet je :)

Pictures - Hutan Lipur Lata Tembakah

Tiba lah masa tuk aku post pictures semasa pergi ke Hutan Lipur Lata Tembakah pada 16 April lepas.
Lama dah nak post pic tapi no time and dengan internet yang ala2 segan hidup mati tak mahu tu jadi malas lah nak upload.

So here the pictures :)

otw ke sana. Tak sabar nak mandi ni :)




Kami mandi di tingkat 3



Habis bergambar. Jom pulang :)





Perjalanan Pulang

Berehat sebentar drpd mengemas pakaian. Baru sikit je kemas since kena rearrange balik pakaian yang ada. Berhenti sebab makan & rasa macam nak update blog lak :)

Post nie mengisahkan perjalanan pulang dari USM ke Subang Perdana :) Hehe. Nak gak bercerita tu.

1hb May malam, balik je dari PPSK Graduation Night, aku terus mengemas barang. Memang semua barang rasa nak sedekah jela. Banyak gak lah barang yang aku sedekahkan. Letakkan je di luar bilik. Adalah yang ambik nanti kan. Lepas siap mengemas barang2, kemas bilik lak. Buangkan segala habuk2 segalanya dan juga bersihkan kipas bilik. Baru aku sedar yang kipas bilik aku punyalah berdebu (nampak sgt tak pernah bersihkan. Hehe). So bersihkan lah ala kadar agar keadaan bilik aku kembali ke asal seperti aku dapat bilik tu dulu. Siap segalanya jam 5 pagi, & aku pun tidur.


2hb May - seawal jam 9 pagi, ayah aku call kata dah otw nak datang USM. Otw mereka tak la lama sebab dari Avee Budget Inn depan USM ke dalam USM je. Aku pun dgn mamai + ngantok bergegas lah g mandi sebab aku pun baru bangun tidur. Turun je dari blok, dah nampak Haikal dgn baju Ben10 nya & ayah. Lepas tu, start lah mengangkut barang (abg ayin org utama). Walaupun aku kata yang aku dah banyak kurang kan barang, tapi still tak muat 1 kereta (muat 1 kereta senang sebab itu tandanya boleh muat sampai ke Subang) Huhu. Sampai Abg Ayin kata, "kenapa tak cakap barang banyak, boleh Abg Ayin bawakan lori".. Hehe. Aku ingat sikit dah tu rupanya banyak gak lah. Then, kul 9.30 pagi, bertolak lah keluar dari USM. Selamat tinggal USM. Sedih gak nak tinggalkan tempat yang telah diduduki selama 4 tahun ini. Tapi happy gak sebab dah habis blaja :)

Singgah minum pagi, then terus ke Pengkalan Kubor. Hasil drpd tunjuk arah Azma dulu, kami pun sampailah di Pengkalan Kubor. Okey je la tempatnya. Nak kata murah sgt tu tak lah gak. Banyak kedai sampai aku bosan gler berjalan. Sudahnya makan aiskrim dgn Along je. Malas nak berjalan. Di sana gak, kami makan durian sebab Haikal suka sgt makan durian. Nak beli durian takut berbau kereta nanti, so makanlah di pasar tu. Haa ada 1 benda yang menarik perhatian aku. Beli towel guna penimbang. Harga towel ikut harga timbang lah :)

Haikal suka buat muka pelik tau :)


Dari Pengkalan Kubor, kami ke Seberang Takir, T'ganu tuk melawat Angah di sana. Sekejap je di sana. Then, lebih kurang jam 7 malam, bertolak balik ke Kuantan, singgah makan, dan bergerak balik. Asyik singgah di stesen minyak je sepanjang perjalanan ke Kuantan. Mengantuk + nak ke tandas lah :P Akhirnya, jam 1 pagi, kami selamat tiba di Kuantan & tidur kat rumah Along malam tu.


3hb May - aku, ayah & mama bertolak balik ke Subang. Kesian Haikal. Sedih kami nak tinggalkan dia. Nanti lainkali kita jumpa lagi k Haikal. Aku tinggalkan 1 kotak buku di rumah Along. Dah tak muat dah kereta. Dengan barang2 mama shopping lagi. Singgah sebentar di kg then malam bertolak balik ke Subang. Jalan jam sekejap lah sebab orang berpusu2 nak balik ke KL setelah cuti 3 hari. Jam 11.45 malam, kami pun selamat tiba di rumah :)

Penuh kan?? sampai ke seat belakang

Aku sorang je la yang muat kat seat belakang ni :P


Itulah perjalanan balik aku dari USM ke Subang. Dulu proses packing barang, now proses mengemas barang lak. Selamat berjaya lah menyiapkannya :)

p/s: tak sempat berjumpa Syam dan Mehrul. Mereka pun sure tidur lagi. Apa2 pun, maafkanlah aku, halalkan makan minum & keep in touch :)



Dah Sampai Rumah!!

Aku dah sampai rumah. Yeay!!
Dah habis pun alam blaja aku :)
Nanti akan tiba alam pekerjaaan lak.
Takutnya..
Okeylah. Aku baru bangun tidur ni. Hehe.
Bangun tidur terus on laptop dulu.
Lama rasa tak guna laptop ni :) Dua hari tau. Rindu dah kat laptop. Hehe
Okey nak mandi sekarang. Bye..

Bestnya dah habis blaja :P