Monday, May 4, 2009

Perjalanan Pulang

Berehat sebentar drpd mengemas pakaian. Baru sikit je kemas since kena rearrange balik pakaian yang ada. Berhenti sebab makan & rasa macam nak update blog lak :)

Post nie mengisahkan perjalanan pulang dari USM ke Subang Perdana :) Hehe. Nak gak bercerita tu.

1hb May malam, balik je dari PPSK Graduation Night, aku terus mengemas barang. Memang semua barang rasa nak sedekah jela. Banyak gak lah barang yang aku sedekahkan. Letakkan je di luar bilik. Adalah yang ambik nanti kan. Lepas siap mengemas barang2, kemas bilik lak. Buangkan segala habuk2 segalanya dan juga bersihkan kipas bilik. Baru aku sedar yang kipas bilik aku punyalah berdebu (nampak sgt tak pernah bersihkan. Hehe). So bersihkan lah ala kadar agar keadaan bilik aku kembali ke asal seperti aku dapat bilik tu dulu. Siap segalanya jam 5 pagi, & aku pun tidur.


2hb May - seawal jam 9 pagi, ayah aku call kata dah otw nak datang USM. Otw mereka tak la lama sebab dari Avee Budget Inn depan USM ke dalam USM je. Aku pun dgn mamai + ngantok bergegas lah g mandi sebab aku pun baru bangun tidur. Turun je dari blok, dah nampak Haikal dgn baju Ben10 nya & ayah. Lepas tu, start lah mengangkut barang (abg ayin org utama). Walaupun aku kata yang aku dah banyak kurang kan barang, tapi still tak muat 1 kereta (muat 1 kereta senang sebab itu tandanya boleh muat sampai ke Subang) Huhu. Sampai Abg Ayin kata, "kenapa tak cakap barang banyak, boleh Abg Ayin bawakan lori".. Hehe. Aku ingat sikit dah tu rupanya banyak gak lah. Then, kul 9.30 pagi, bertolak lah keluar dari USM. Selamat tinggal USM. Sedih gak nak tinggalkan tempat yang telah diduduki selama 4 tahun ini. Tapi happy gak sebab dah habis blaja :)

Singgah minum pagi, then terus ke Pengkalan Kubor. Hasil drpd tunjuk arah Azma dulu, kami pun sampailah di Pengkalan Kubor. Okey je la tempatnya. Nak kata murah sgt tu tak lah gak. Banyak kedai sampai aku bosan gler berjalan. Sudahnya makan aiskrim dgn Along je. Malas nak berjalan. Di sana gak, kami makan durian sebab Haikal suka sgt makan durian. Nak beli durian takut berbau kereta nanti, so makanlah di pasar tu. Haa ada 1 benda yang menarik perhatian aku. Beli towel guna penimbang. Harga towel ikut harga timbang lah :)

Haikal suka buat muka pelik tau :)


Dari Pengkalan Kubor, kami ke Seberang Takir, T'ganu tuk melawat Angah di sana. Sekejap je di sana. Then, lebih kurang jam 7 malam, bertolak balik ke Kuantan, singgah makan, dan bergerak balik. Asyik singgah di stesen minyak je sepanjang perjalanan ke Kuantan. Mengantuk + nak ke tandas lah :P Akhirnya, jam 1 pagi, kami selamat tiba di Kuantan & tidur kat rumah Along malam tu.


3hb May - aku, ayah & mama bertolak balik ke Subang. Kesian Haikal. Sedih kami nak tinggalkan dia. Nanti lainkali kita jumpa lagi k Haikal. Aku tinggalkan 1 kotak buku di rumah Along. Dah tak muat dah kereta. Dengan barang2 mama shopping lagi. Singgah sebentar di kg then malam bertolak balik ke Subang. Jalan jam sekejap lah sebab orang berpusu2 nak balik ke KL setelah cuti 3 hari. Jam 11.45 malam, kami pun selamat tiba di rumah :)

Penuh kan?? sampai ke seat belakang

Aku sorang je la yang muat kat seat belakang ni :P


Itulah perjalanan balik aku dari USM ke Subang. Dulu proses packing barang, now proses mengemas barang lak. Selamat berjaya lah menyiapkannya :)

p/s: tak sempat berjumpa Syam dan Mehrul. Mereka pun sure tidur lagi. Apa2 pun, maafkanlah aku, halalkan makan minum & keep in touch :)



4 comments:

Anonymous said...

A'kum..accidentally bumped into ur blog..my blog is www.paddywarrior.blogspot.com,adik asal mana???anyway lovely pictures..do visit my blog & give ur comm & sugg..thank you.

SiQaH said...

thank u..
i'll visit ur blog k.

Anonymous said...

Siqah, pakai tudung biru tu eh hehehe..
nape xlilit?
hang lilit mlm grad nite tu dah lawa dah
k hope dpt jumpe lg utk sport conference

syam

SiQaH said...

haah aku pakai..bantai je beb.hehe.
aku dah lilit tp sebelah je..lagi sebelah tu aku tak tahulah camne nak lilit..
yela hari tu ko yang buatkan..hehe..
nanti aku try lilit semua :)

okay..jumpa nanti di sport conference milo girls :P jgn mare deh :D