Tuesday, December 29, 2009

Kembali sebentar

Salam semua..

Aku sudah 4 hari kembali ke Subang. Tapi tak boleh online sebab internet di rumah tiada.
Sebab apa tiada internet??
Sebab bil bulan lepas tak dapat, bulan ni pun tak dapat lagi. Jadi ayah tak g bayar bil untuk 2 bulan ni. Disebabkan tak bayar bil, line dan internet telah digantung. Ayah aku sudah tidak puas hati dengan telekom n apa2 jela sebab hantar bil 2 bulan sekali then terus nak kena bayar la tu jugak.
Ayah sudah mengeluarkan bunyi untuk terminate streamyx. Huwaaaaa!!!! Aku sayang streamyx!!!
Tapi, sekarang aku kena mengkaji pulak pasal broadband.
Bagi pendapat korang, broadband apa yang bagus ek? Bagus disini dalam erti kata high speed & affordable.
BOleh bagi suggestion?


Sebenarnya, banyak benda aku nak cter pasal 2.5 bulan aku kat Teluk Batik untuk GEMS program. Insyallah akan diupdate pasal GEMS dan akan diupload gambar2 GEMS. Banyak gler gambar. Tak sangka kami memang suka ambik gambar :D

Pendek kata, for me, GEMS program is the best. NOt toooo best but it's still good. Its not confirm that you will get a job after GEMS, but the experience you had during GEMS is soo much useful & memorable. Regarding jobs, you still have to find a job that suits you. Kalau apprentice GEMS dapat kat tempat yang bagus, teruskanlah usaha untuk diserap kerja di sana.

Pasal apperentice GEMS, aku dapat praktikal kat Damansara Perdana. Start mendaftar 4hb Januari ni jam 9 am. Berdebar lah pulak kan. Huhu.

Walaupun berdebar, tapi tak sabar nak masuk ke alam lain pulak :)

Wish me luck!!! :)






Monday, December 21, 2009

Nak habis dah

Aku masih berada di Teluk Batik untuk GEMS..
Lagi 3 hari je aku akan berada di sini. Khamis ni dah kena bergerak balik sebaik sahaja habis closing ceremony. Sedih nak tinggalkan sini terutamanya kawan2 dan terutamanya kawan2 company 7 - Emerald Corp. Hukhuk.
3 hari lagi :(

Haa aku nak cter sikit. Minggu lepas, secara tiba2 nset aku off dan terus tak boleh open. Pergi kedai dan orang kedai tu kata nset aku masuk virus dan kena program balik. Dan disebabkan itu, aku kehilangan semua contact nama. Huhu. Sedihnya hilang semuanya. Aku terlupa pulak nak copy contact ke sim dulu masa tukar simkad. Aiyoo.. Jadinya, setiap orang yg msg skrg, aku akan tanya siapa orang itu. Tapi, jangan gunakan kesempatan ini untuk kaco aku ye.

Aku masih guna nombor lama :)