Friday, May 15, 2009

Planning..

Aku nak kerja!! Selama ini aku tak sedia nak bekerja, aku jadi buntu bila dah habis blaja, tak tahu nak buat apa. But now, yes. Even ketakutan tu masih ada untuk masuk ke alam pekerjaan tapi aku dah sedia nak buat. Aku dah sedia untuk bekerja. Pada permulaan ini, aku nak mencari kerja biasa2 dulu. Kerja lah apa pun yang penting kerja. Kalau aku kat Terengganu, aku nak kerja Mydin. Husna, kita kerja sekali eh. Haha.

Walaupun aku berkobar2 nak mencari kerja, tapi rancangan mencari kerja ini akan aku laksanakan bila aku pulang dari Kuantan nanti..

Minggu depan (Isnin) aku akan ke Kuantan. Aku pergi ke sana hanya seminggu. Biasa memang aku akan duduk lama lah di sana, tapi kali ni terpaksa pendekkan masa tu. Sebenarnya, aku ada kerja di sana. Bukan kerja dapat gaji ye :) Aku akan berbincang dengan Syam untuk menyiapkan slide presentation tuk oral presentation for the Joint Conference: 4th APCESS (Asia Pacific Conference on Exercise and Sports Science) and 8th ISSC (International Sports Science Conference) that will be held from 15th - 17th July, 2009 dengan tajuk “Effects of Exercise Prescription on Blood Lipid Profile of Subject with High Cholesterol Level". Sebab tu aku kena pergi ke Kuantan gak.


Kelmarin,

Aku ada kata aku nak keluar semalam untuk membeli New Moon kan, tapi aku tak jadi keluar. Ayah aku pun tak bagi sangat aku keluar. Sebab cuaca panas terik yang berlaku sekarang. Memang sangat panas sampai baru lepas mandi pun, dah rasa tak selesa tau. Lagipun, keluar dalam keadaan yang panas ini akan menyebabkan penyakit kan. That's why ayah aku tak bagi keluar. Okaylah. Aku akan beli New Moon otw ke Kuantan nanti. Singgah di POPULAR jap then terus ke Hentian Pudu. Tak sabar nak baca ni. Aku nak habiskan baca New Moon before movie nya keluar tahun ni.


Aku juga dah habis tengok Chuck. Sukalah series ni. Ni lah series ke3 yang aku sangat suka selepas Grey's Anatomy dan CSI. If Gossip Girl @ 90210 tu, aku tak suka sangat lah tapi nak jugak tengok. Sayangnya, aku hanya ada Chuck Season 2 hingga episod 11 je. Macam mana nak dapatkan ep yang seterusnya ye? Sumber dah tak ada. Huhu.

No comments: