Wednesday, May 27, 2009

10 hari di Kuantan

Haikal called me tadi. Cian dia kena tinggal.
Nanti lainkali Mak Lang datang lagi okay :)
Rindu dah kat dia ni *hug**kiss*



Okay, tujuan sebenar:
Post ini mengenai cerita mengenai apa yang aku lakukan di Kuantan selama 10 hari :)
Dari pagi hingga petang..

First:

Aku telah habis membaca New Moon :)

Twilight Saga Series adalah novel series pertama yang aku sangat semangat untuk membaca.
Now, I'm reading Eclipse.
Tak sabar gak nak tengok kesinambungan Twilight movie nanti.

Second:

Japanese Drama - Love Shuffle

Drama ini mengisahkan 4 pasangan yang bertukar2 pasangan sesama mereka setiap minggu. Tujuannya adalah untuk get to know other ppl & mencari cinta sejati. Dan akhirnya, Love Shuffle ini berjaya di mana mereka telah menemui cinta sejati dan cinta itu bukan pada original partner.
Dalam drama ini adalah menceritakan about Thanatos. Maybe it's about psycho thing. But sampai sekarang, aku tak faham apa yang dimaksudkan dengan Thanatos. Hoho

Aku pelik dengan tema drama ini. Boleh ke bertukar2 pasangan macam tu walaupun tujuannya boleh diterima jugak kan (mencari cinta sejati). Walaupun begitu, drama ini seronok ditonton. Masing2 ada karakter yang tersendiri dan ini membuatkan diri mereka unik..

Third:

Movie - Syurga Cinta

Watched this movie with Along, Abg Ayin, & Haikal. Haikal semangat nak tengok movie ni sebab iklan ada Hadziq dengan dialog "lemah-lembut". Hehe. Tahu tak dialog ni? :P

Movie ni tetap best even jalan ceritanya lebih kurang tahap cerekarama je.
Plus, ada unsur lawak (dengan gelagat lucu dan comel adik Irham, Ikmal (Hadziq)) dan tak bosan tengok hingga akhir. Pada mulanya, jalan cerita menghiburkan tetapi lama2 jalan cerita jadi lebih serius. Movie ni mengisahkan Irham (Awal Ashaari), anak orang kaya yang baru pulang dari luar negara dan membawa budaya barat dan Cikgu Shuhadah (Heliza AF5) yang juga anak orang kaya tapi masih berpegang teguh pada agama. Mereka bertemu dengan tak sengaja dan berkawan dan akhirnya bersama walaupun selepas berlaku 1 kejadian yang mengecewakan Cikgu Shuhadah & Irham.

Dalam movie ni, disentuh jua mengenai agama. Yang aku baru tahu adalah:
Ada 3 jenis jodoh iaitu:
1) Jodoh dari syaitan
2) Jodoh dari jin
3) Jodoh dari Allah
Keterangan untuk 3 jenis jodoh ini, pergilah menonton movie ni (Takde masa nak terang @ promote tontonlah movie tempatan. Haha)

And aku lebih sukakan movie ni drpd Talentime..

Fourth:

Finished up slide presentation for conference. Hope don't have any correction :)

Apa yang aku tak buat?

24hb May ada seorang kawan SMSM, Zue kahwin tapi tak sempat pergi. Semoga kamu berdua sentiasa bersama hingga ke akhir hayat.

p/s: Betapa susahnya nak cari kelapa parut di Kuantan. Tak jadi nak buat kuih :(

p/s: Sekarang, di rumahku ada tetamu. Tetapi, aku, setelah menghidangkan apa yang patut (itulah tugas daughter kan :P), aku pun terus mengadap laptop dan edit post ini di sudut kecil rumah ku. Hehe

2 comments:

teruterubuzu said...

hahaha..a;ah..ari tu tak p kahwin jue ker..??
emei p ngn kawan2..
aa'ahh..
emei 5s3..

movie syurga cinta tu..kira oklah dari 5 dapatlah 3 setengah hehehe..
sebenarnya tak berapa minat sangat awal tu..tapi bila dah tengok cerita tu macam minat pulak dengan dia..hehehe..hensem kot dia dalam movie tu..

SiQaH HuSSiN said...

haah x g pun kenduri kahwin zue.
xde org nak teman lah..huhu
ramai ke kwn2 sklh g?
skrg tnggu zue upload gmbr jela :)

siqah bg 4 dr 5 tuk syurga cinta..hehe..oklah even jalan cerita dah biasa kan..
ala siqah minat awal (tue yg smgt nak tgk)
minatlah dia pasni eh :D