Thursday, May 23, 2013

Zo In Sung!! Oh Soo Oppa!! :))




Hahaha! 21 May, Selasa, Zo In Sung or lebih dikenali sebagai Oh Soo (watak dia dalam That Winter The Wind Blows) , datang Malaysia. Jam 7.30 pm di Paradigm Mall. Aku dengan semangatnya dan buat pertama kalinya telah pergi untuk bertemu artis Korea. Tak pernah2 weiii.

Aku tahu mengenai kedatangan Oh Soo melalui One HD. Terus apply half day on that day okay. Haha! Siap ambik half day haa. Seawal 3.30 pm aku sampai Paradigm, dan dah ada yang beratur. Aku singgah di Popular sebentar dan terus beratur.

Beratur lama jugak lah kan until 7.30 pm. Jam 8 pm baru lah Oh Soo keluar. Dan dia sangat handsome!!! OMG!! Serius cair dohh tengok dia. In love. Hehe.











Oh Soo sangatlah tinggi dan kacak dan handsome dan smart dan segalanya!! Hee ~ Sweet je cara dia ambik gambar with lucky fans. Ahhh comeyyyy!

Dekat kan gambar aku? Jelas kan nampak? Thats the reason sampai awal. To be in first 50 list so dapat masuk dulu dan berdiri depan2. Aku line no 2 lah pendek kata. Sangat padat dan kena himpit2, kena tolak, tapi takpe. Berbaloi demi nak jumpa Oh Soo in person. Sangat berbaloi. Ohhhhhh Sooooooo.


Tiket untuk masuk awal daripada orang lain :)


Dapat note book dan cotton candy. Ohhh melting :) Cotton Candy diberi ada sebabnya. Ada scene paling romantik in That Winter The Wind Blows yang melibatkan cotton candy. Dan menjadi simbolik drama tue lerr.

Best3!! Jam 9 pm habis semuanya! Jumpa sekejap je, tunggu sikit punya lama haa.

First artis Korea yang aku jumpa. Lepas nie tak tahulah pergi ke tak lagi. Dah kahwin nanti, tak pergilah kot dah. Haha! Sure tak dibenarkan punya.

Habis je jumpa Oh Soo, cari Hanis ( dia datang lepas kerja) dan perut berbunyi. Dah habis baru rasa laparkan. Hee.

Singgah makan di Plan B sambil berborak mengenai Oh Soo. Hee~


Food!! Love Plan B!! :))

Gambar Oh Soo siap jadi wallpaper dah oiiii :p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 19, 2013

L.O.V.E







Both ayat2 cinta di atas diberi oleh Aliff. Haha. Sure memang perangai aku begitu. Hee. Bila dah bergelar tunangan orang nie, tetiba pulak quote diberi ye tak. Haha!

Dan sekarang aku tahu apakah yang selalu dikatakan bahawa masa bertunang adalah masa paling berbahaya sebab banyak dugaan. Bukan dugaan daripada orang lain, ia dugaan dalam diri sendiri. I feel it now. Insyallah semua akan berjalan dengan lancar. Tetapkan hati dan fikiran. Insyallah :))




Iya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH bertukar dan akan bertemu PADA SAATnya. Amin :))

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, May 10, 2013

Same shawls! :)




Haha! Sampai office today, tengok Tasha also wearing the same color purdyplain shawls. Hee. Budak ofis aku, to be exact, budak Itt team dah boleh jadi duta purdyplain. Wee ~ :))


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 4, 2013

Dinner! Mukha!




Jumaat malam, lepas kerja, kami bertiga pergi makan!!! Yeayyyy! HAha! Menternak lemak je tahu kan. Aiyakk!

Sekian lama Yun nak pergi Mukha dan akhirnya Jumaat malam kami pun pergilah ke sana. Menunaikan hajat Yun mengidam :D Makanan sedap! Serius nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak weii! Aku dan Tasha makan Steak Sandwich. Sedap! Dagingnya lembut. Yun makan Chicken Kebab. Pun sedap! Ayam ada rasa rempah sikit.

For dessert, we chose Afogato dan Choc Mosse. Afogato tak brape sedap. Bolehlah. Compare to Serai, Afogato Mukha lagi sedap. Sebab coffee tak pahit sangat. Choc Mosse sedap!

Akan pergi makan di sana lagi. Membawa kawan2 yang lain pula :)

Congrats to Yun for your first pregnancy! Yeayyy! Dan congrats to Sheima also for your second pregnancy! Double yeayyy!

Harus memikirkan solution because their due date only differ for a month. Means a month without both at work. OMG! Mental dan fizikal prepare from NOW!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 1, 2013

Dinner at Serai

Selasa malam, lepas kerja, aku, Tasha & Hanis pergi makan sedap! Yeayyyy! Haha! Last week mereka pergi makan sedap for 3 days in a row. Tak aci betul bila aku tiada. Hee. Semalam aku dapat makan sedap! Yeayyyy! :D

Banyak kedai yang disenaraikan dan akhirnya, kami memilih nak makan di Serai. Serai ada 2 cawangan iaitu di Empire Subang dan Paradigm Mall. Dan disebabkan aku tak pernah pergi Paradigm Mall, aku request makan di sana.

Lepas kerja terus pergi dan Serai di Paradigm more exclusive than in Empire. Serius rasa macam masuk kedai makan yang tersangatlah mahal. Mahal jugaklah makanan di Serai nanye. Biasalah standard kedai high class katanya. Selesa dan best! Bolehlah kalau nak lepak lama2 di sana.


Inilah makanan kami. Aku makan Serai Platter (ada nasi, ayam goreng, sotong, dan daging kambing). Tasha makan Nasi Kerabu dan Hanis makan Nasi Ulam Ayam Bakar. Air yang colourful tue, don't ask for name, serius aku tak ingat :p Air yang putih tue pun nama tak ingat tapi ada campuran honeydew :) Yang dalam cawan putih tue adalah dessert kami. Namanya Afogato. Campuran aiskrim dan coffee. Coffee agak pahit makanya tak sedap sangat. Dan ia datang with small portion. Tak puas! Mujur pahit!


Wajah orang kelaparan dan masih maintain cute. Haha!

Aku tak nak dah pergi Paradigm Mall. Serabutlah weiii! Jalan entah macam apa dalam mall tue. Nak cari bayar parking pun susah. Ish tak sukalah Paradigm. Prefer Setia City Mall yang tak berapa besar tue :D

*Aku prefer Plan B lagi daripada Serai.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Our Engagement :))




We're officially engaged last week. On 27 April 2013. Yeayyy! Haha! Seronok plus takut jugak nanye. Orang kata masa bertunang nie lah yang banyak dugaan. Hope not lah kan :)

The preparation for engagement hanya bermula bulan Mac. Pelamin dan door gift siap tempah!


Baju persalinan tunang. Dibeli dua minggu sebelum tarikh tunang. Beli di Plaza Alam Sentral. Sangat sesuai dengan tema aku PINK + BLUE :) Aku hanya nak baju begini saja for engagement. Tak nak baju b'lace bagai. Dah macam nak nikah. NO! NO! Save it for that day. Bagi aku baju begini more sweet and simple :)

Dan tudung hanyalah beli tudung bawal pink. Pesanan daripada Aliff, nak aku pakai tudung bawal je.


Door Gift. Oat Cookies. My favourite :))


Hantaran daripada Aku kepada Dia. Made by Along. 9 berbalas 6. Dalam gambar nie tak cukup 2 iaitu kek dan sirih junjung. Along sure sangat mahir buat hantaran. Tempah hantaran kahwin siap2. Haha!


Hantaran daripada Dia kepada Aku. Aliff buat sendiri hantaran okay. Hebat lagi dia daripada aku. Hee ~


Tadaaaaa~ Inilah hasil tangan Kak Mas. Mekap sponsored by her. Maklumlah kenal daripada aku budak hingusan lagi. Hihi. Thanks Kak Mas for the mekap :) Kawan aku cakap cantik! Tak tebal sangat :)) Serius muka rasa lain. Ada family siap panggil aku Shila Amzah! OMG! Jauh sangat tue ~


Mini pelamin by Kak Mas :)) Suit my taste. Simple and nice :))


Bunga tangan ditempah khas oleh Hanis. Hihi. Dia sendiri pergi kedai bunga dan tempah seperti yang aku nak! Yeayyy! Thanks Hanis :)) Bunga hidup okay :)


Rewang2! Hihi. Aku takdelah menolong kan. Maklumlah orang yang dirai. Haa gitu. Rewang menu nasi beriani, jelatah, arca dan ayam goreng berempah.


Tengok Erysya bantu basuh pinggan. Sampai dia macam mandi. Sementara tunggu pinggan kotor datang, dia masuk dulu dalam besen. Hihi.


Inilah kakak kesayangan. Always layan je perangai tak betul adik2 dia. Nasiblah Along. Siapa suruh jadi kakak? Haha! Best sister ever! Thanks so much! Love you so much!

Perkara paling terlupa adalah to take pictures with my family. Aiyakkk! Busy2 lupa eh. Huhu.

Dan hari tunang aku jugak merangkap kenduri tahlil 30 hari untuk Arwah Pak Ngah. Innalillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.





With my Mama & his Mak :)


Thank you so much girls for coming!!! Hihi. Sangat suka kehadiran mereka di hari bahagia saya :)) Much love! And also Arina & Shiema. No pic taken with them :(


Thanks Defaque group for the cake! Delicious :D Wakil Defaque: As & Asrol :) Anak demam pun masih datang. Terima kasih banyak2 :))


Love this pic :)


Hihi. My rings & Erysya's ring. Dia pun nak pakai cincin jugak :p Asyik tanya mana cincin Mak Lang? :D



Sempat lagi nak bergyiyomi :p


And yes, we're engaged after 2705 days be together. Lama sungguh. Hee ~

Harap perjalanan ke gerbang perkahwinan berjalan dengan lancar. Insyallah. Amin.

And now, officially ada cincin di jari :D


- Posted using BlogPress from my iPhone