Friday, June 19, 2009

Finished watching this drama. VOICE.
At first, emm biasa je drama ni. Penat baca subtitle je. Panjang2 subtitle.
Tapi aku continue tengok dan yes. Drama ni best. It's about a group of five medical students yang get into forensic pathology seminar yang trying to figure out the final words of death "Voices of the Dead".
Each episode sedih tau. Bergenang airmata aku. Huhu. Aku pun try gak nak figure out the voices of the dead tapi mesti Daiki gak yang menang. No imagination betullah. Aku mengharapkan new season for this drama :)

p/s: sedapnya makan roti dan pulut dengan kuah durian. Jemput makan semua. Yummy!!!

Sedap!!


This is what we called..

Durian in the polistrine.
Tak payah susah2 nak bukak durian itu kat rumah.
Suruh je orang kedai tu bukak siap2.
Balik makan je. Hehe
Baguslah bagi orang macam aku yang memang tak tahu nak bukak durian.
Lagi bagusnya ialah tak payah susah2 nak pindahkan dalam bekas if durian tu tak habis dimakan dan tak payah susah2 nak buang kulit durian.
Kan kerja lebih mudah tu. Hehe

Haa..aku makan 10 ulas semalam..
Banyak tu sebab biasa makan tak lebih 5 ulas (takut panas badan kononnya)
Tapi, can't resist durian lah semalam.
Rasa sedap sangat lak :)


Tuesday, June 16, 2009

INGAT!!!

INGAT!!!

**Jangan lepaskan clutch dengan mendadak**
**Kaki kat brek**
**Kekalkan clutch & minyak masa atas bukit**
**Free gear masa berhenti**

Ada paham?? Huhu

Monday, June 15, 2009

Mari Menonton TV

Duduk di rumah, menjadi penanam anggur yang terkemuka selama lebih kurang 2 bulan ini membuatkan aku mengikuti cter2 TV yang ada. Dulu masa di USM, aku tak suka sangat tengok cter2 TV ni coz malas nak tunggu tiap hari. Malas nak pergi bilik TV. Pendek kata aku memang malas lah. Hehe.

Okay. Drama, cter2 yang aku tengok, tonton, dan yang seangkatan dengannya :)

1 - Manjalara dah kembali disiarkan di TV3. Suka2 :)
2 - Zati dan Si Mawas sudah habis ditayangkan petang tadi. Suka cter ni & aku pun meminati Kamal Adli dan Liyana Jasmin.
3 - Disebabkan Kamal Adli gak, aku juga menonton Bio-Nik :p Tak sia2 dia mendapat gelaran Hero Remaja 07/08 kan. Dan suka Kamal Adli dan Intan Ladyana. They look sweet together :)
4 - Upik Abu dan Laura. Best lak cter ni. Dulu dengar drpd Cham & Syam je. But now, aku pun peminat setia beb :) Aku sukakan both Oppie & Laura, the OMG!! :D
5 - CSI
6 - Grey's Anatomy
7 - 90210
8 - Roda Impian (Awal Ashari ada tadi :p)
9 - Jangan Lupa Lirik (singing along)
10 - Are You Smarter Than A 5th Grader? (pengetahuan am. Hehe)
11 - Monday Night Laughs

Banyakkan?? Bayangkan betapa busy aku walaupun hanya duduk di rumah. Busy menambahkan power spec maybe. Hehe.

p/s: berpinar mata menjawab ujian teori ni.




Sunday, June 14, 2009

3 + 3

Semalam, aku pergi Genting lagi dan hujan lagi!! Huhu. Aku seorang dari sini dan bertemu dengan Along di sana.

Seawal jam 8 am, aku dah berada di Pekeliling. My dad dropped me there. Then, Aliff pun datang teman aku. Actually, he supposed to go with me to Genting (I have 1 more free ticket) tapi dia ada kerja di Senawang tghr itu, that's why aku kena pergi sorang2. So sedih tau. Huhu.


Kami pun pergilah ronda2 naik motor jalan2 pagi2 buta. Along yang berkata nak bertolak dari Kuantan jam 7.30 am, dah jadi bertolak pukul 9 am. Punyalah jauh beza jam tu kan. Janji Melayu betullah Along ni. Hehe. Tapi tak apa, banyak sikit masa dengan Aliff :p Aku pun naik bas jam 11 am. Tepat 3 jam bersama Aliff :)

Abaikan meja buruk itu okay :p

Waiting for the bus

Sebaik sampai di Genting, Anjang jemput aku. Nasib baik dia kerja kat Genting. Tak la aku termangu sorang2. Then, Anjang bawak aku pergi lunch kat kafe pekerja. Lepak2 situ lama gak, lepas tu pergi ke skyway untuk tunggu Along. Jam 2 pm baru Along bersama keluarga mentuanya sampai. Dan aku sangat suka berjumpa mereka. Haikal sangat happy okay!! Hehe.

Aku lah visitor itu

Elok kami otw ke Outdoor Theme Park, hujan pun turun dengan lebatnya. Cehhh!! Asal datang Genting je, hujan. Nasib tak baik betullah. Hujan berhenti dan kami pun start lah masuk ke Theme Park.

Cuba teka aku main apa??? Hehe. Jawapannya, aku tak main apa2. Haha. Baru nak naik Pirates Ship, hujan lak turun lagi. So terus patah mood aku nak main. Tapi kan sebenarnya, aku memang tak suka main permainan yang menakutkan itu. Yang tenang2 je aku nak main. Maybe sebab tak ada geng nak main kot. Dan aku pun pergi sana sebab nak jalan2 & spend time with family je.

Jadinya, aku just ikut Haikal, Kimi, Abg Ayin, dan Abg Ijan main. Tengok orang menjerit dan ada yang buat2 menjerit :p Jam 5 pm, aku minta diri untuk pulang. 3 jam gak bersama mereka.


Budak Ben10



Bas aku jam 7 pm (tak ada bas lagi awal. Huhu). Then, Anjang & Ila bawak aku jalan2 sekitar Genting. Jam 7 pm, aku pun turun dari tempat tinggi itu.


Sampai Pekeliling, ayah jemput dan pergi makan dan jemput mama balik kerja dan balik rumah (berapa banyak dan daaa).

Jam 11.30 pm sampai di rumah. Seharian berjalan, sangat penat tapi best coz aku jumpa my family dan Aliff :)

p/s: sikit je ambik gambar sebab malas nak ambik guna nset. If only I have my own camera...

Friday, June 12, 2009

MTV Channel

Tonight..
Date with MTV Channel :)
8.30 PM - 2009 MTV Movie Awards
Even already know the winners, nak tengok gak.
Coz of TWILIGHT!!!!

Redah Je..

Hello!!

Aku dah ada IC baru :) Tadi pagi, aku telah pergi ke JPN PJ untuk mengambil my new IC. Fuhh perjalanan ku ke sana sangat lah boleh dikatakan aku redah je sebab 1st time g sendiri ni.

Meh aku ceritakan perjalanan ku hari ni :)

Jam 9.30 AM, aku pun keluar dari rumah dan berjalan kaki ke bus stop depan Subang Perdana.
Then, naik bas dan aku perlu berhenti di Asia Jaya (dan aku tak tahu dimanakah tempat itu).
Tapi, mama kata nampak je PJ Hilton berhenti kat lampu isyarat.
So aku nampak PJ Hilton dan berhentilah di situ.
Sesudah turun dari bas, aku blurrr. Tak tahu ke mana harus ku tuju (mama kata lintas jalan, memang aku kena lintas jalan tapi arah ke mana??).
Then, aku ikut kata hati tuk mengikut arus orang berjalan. Semua orang berjalan ke arah kanan.
Aku pun ikutlah ke arah kanan.
Then, aku berjalan terus dan akhirnya aku nampak pagar macam kat JPN.
Aku pun dah yakin ni yang aku menuju ke tempat yang betul. Aku pun meneruskan perjalanan.
Dan.. Tadaaaa!! Aku berada di hadapan Bangunan Persekutuan Petaling Jaya.
Yes!!! Aku sampai jua dalam pada tak tahu jalan tu :)

Pas ambik IC, aku pun naik bas ke Pasar Seni. G POPULAR jap. Tu memang tempat favourite aku. Seronok tengok buku banyak2. Cuci mata je.
Lepas tu, tiba2 rasa lapar, then pergi ke McD jap dan naik bas ke Subang Perdana.
Sampai je di SP, aku tak terus balik rumah (well aku memang suka berjalan)
Aku merayau lak di kedai2 kat situ.
First, g kedai tudung (banyak makcik2 kat situ, try2 tudung Ekin). Aku membeli 2 tudung.
Then, g beli handbag dan kertas nak buat star (tahu kan kertas nak buat bintang tu).
Aku nak memenuhkan botol di bilik ku dengan star2 itu :)

Akhirnya, jam 1.50 PM, aku tiba di rumah.

Kesimpulan drpd cerita perjalanan ini adalah :p
- Beranikan diri untuk ke mana sahaja. Insyallah jumpa lah tempat yang nak dituju. Aku tak tahu jalan pun, buat macam orang dah biasa kat PJ. Redah je.

Haa tambang bas hanya RM2 okay. Kesimpulannya, naiklah rapidKL.
Aku memang suka naik rapidKL dari Metro sebab rapidKL mostly passenger orang MALAYSIA & driver bas pun orang MALAYSIA.
If Metro, semuanya orang LUAR (faham2lah orang dari negara mana) tak kira lah passenger, driver, dan conductor bas. Buat aku rasa tak selesa dan tertanya2 "aku berada di negara mana?".

Okay lupa nak cakap. About the IC..

Emmm. Aku still kecewa with my new IC sebabbbbb my picture still buruk. Taklah buruk sangat, nampak lagi okay lah dari IC lama dengan gambar muka terkejut aku tu kan. Hehe. Tapi still tak lawa lah. Huhu. Dalam IC baru, muka aku nampak chubby sangat & bertambah tak lawa bila aku terpaksa pakai tudung yang disediakan oleh JPN. Tudung Ekin yang keras kat depan tu. Dah lah aku memang anti tudung tu. Dah kena pakai lak. Sengal!! Tapi salah aku gak sebab pakai tudung bunga2 terlupa lak kena ambik gambar. Huhu. Maknanya aku lah yang sengal kan. Haha. Takpe lah dah siap pun. At least, alamat rumah dah betul. Bukan alamat TUDM Kuantan lagi :)

Thursday, June 11, 2009

Dedicate

Post ini khas ditujukan buat Emei :D
Haa inilah dia pujaan hatiku :p