Monday, June 6, 2011

I am RELIABLE..0 MC!!

Alhamdullilah..
Kesihatan aku baik pada tahun lepas.
Macam tak percaya yang rupanya aku tak pernah MC tahun lepas.
Terbaiklah!! Tahun nie pun tak pernah MC lagi. Hehe
Thanks Standard Chartered - Scope International (M) Sdn Bhd for the certificate :)
Kalau certificate + duit pun bagus jugak :p


Sunday, May 29, 2011

Review: Kung Fu Panda 2


Waachaaaaaaaaaaa!!!!
Hahahaha.
Finally, ada jugak filem yang tidak mengecewakan aku :D
Kung Fu Panda 2 memang best!!Lawak gler dengan mimik muka Po yang macam2 dan cute sangat, dan ayat2 Po yang tak boleh bla. Haha. The Dragon Warrior terbaiklah :D
Dalam filem nie, ada diceritakan mengenai asal usul Po. Sedih tengok Po yang ada konflik mengenai asal usul diri. Tengok, tengok, tengok, dan ending, Po and the Five berjaya mengalahkan musuh durjana yang ingin menghancurkan China. Dalam masa dia berlawan pun ada ayat2 lawak jugak. Hehe. Aku suka Po!!!

Po masa kecik2 dulu. Cute sangat!!!
Rasa cam nak bela panda seekor :p

Btw, Thanks to Standard Chartered Bank for the RM5 per ticket including popcorn and drink :)


Review: Kongsi & Nur Kasih The Movie

Filem nie bagi aku sangatlah tidak menarik. Sangat mengecewakan! Lawak yang tiada menyebabkan aku ketawa sebab lawak cam lapuk, tiada plot cerita, tetiba2 je tukar2 scene yang aku tak berapa faham apanya????Ending yang biasa2 aje. Pendek kata, kekuatan filem nie hanya pada Bintang Paling Popular ABPBH 2010, Shaheizy Sam. Yang lain, zero!!
Aku sangat rasa menyesal tengok filem nie sebab aku sangat2 lah semangat nak tengok sampai booked ticket dan bergegas ke One Utama semata2 sebab nak tengok filem nie. Dahlah jarang ke OU dan sesat nak cari cinema. Bila hasil penat lelah dan disajikan dengan filem yang tak best, memang rasa menyesallah tengok! Please, pengarah do something. Hope Farid Kamil akan keluarkan filem lagi bermutu lepas nie. I still support local movies. Don't worry...


Filem ini pun tidaklah se-best dan segempak yang digambarkan. Tak dinafikan, video memang terbaik, cuma bagi aku jalan cerita tak berapa menarik. Aku bosan tengok filem nie nanye. Even filem nie tak berjaya menarik minat aku, tapi it's still better than Kongsi yang langsung tiada value. Apa pun, aku suka ending filem nie :) Dan suka jugak dengan dialog Nur, "Nur tak akan berhenti selagi tak jumpa suami Nur". Masa nie, memang terasa sampai ke jantung lah. Cinta sejati sungguh!!Pada sesiapa yang menonton Drama Nur Kasih, wajib tengok filem NKTM sebab filem ini melengkapkan semua kisah in Nur Kasih esp Nur dan Adam...



Sunday, May 8, 2011

That Should Be Me

You all pernah dengar new single from Justin Bieber, tittle, That Should Be Me??

I'm falling in love with this song at first listen. First time dengar masa tengah kerja, terus aku stop buat kerja sekejap untuk menghayati lagu nie. Bestlah, I love JB's voice in this song, suara dia memang sedap cuma in this song suara dia mendayu2 pulak. So breathtaking!!

I'm not a big fan of JB but I have to admit that he has good songs. His songs are totally cool for me!

The lyris is touching and sad :(

Everybody's laughing in my mind,
Rumors spreading 'bout this other guy,
Do you do what you did when you did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans that you made with me?
'Cause baby I didn't!

That should be me, Holding your hand,
That should be me, Making you laugh,
That should be me, This is so sad,
That should be me, That should be me,
That should be me, Feeling your kiss,
That should be me, Buying you gifts,
This is so wrong, I can't go on,
Till you believe that should be me

You said you needed a little time for my mistakes,
It's funny how you used that time to have me replaced,
Did you think that I wouldn't see you out at the movies,
Whatcha doing to me,
You're taking him where we used to go,
Now if you're trying to break my heart,
It's working 'cause you know that..

That should be me, Holding your hand,
That should be me, Making you laugh,
That should be me, This is so sad,
That should be me, That should be me,
That should be me, Feeling your kiss,
That should be me, Buying you gifts,
This is so wrong, I can't go on,
Till you believe that should be me

I need to know should I fight for our love or disown?
It's getting harder to shield this pain in my heart!!!

Here the link to the music video of That Should Be Me - Justin Bieber ft Rascal Flatts

p/s: he's grown up!!



Wednesday, May 4, 2011

Kawan Sekolah Sudah Kahwin :)

Seronoknya! Kawan sekolah aku, Suraya, dah kahwin. Hehe. Aku kenal dia since darjah 6, kami sama2 jadi pelajar baru di SKPT. Ditempatkan dalam kelas yang sama dan rumah yang berdekatan antara satu sama lain, membuatkan kami rapat berdua. Aku suka berkawan dengan Sue sebab dia jenis berterus terang dan jujur orangnya. Hanya Sue je yang berani tegur aku kalau aku buat salah. Yang berani bersemuka dengan aku dan membuatkan aku sedar akan perangai aku sendiri. Kadang2 orang lain jugak yang lebih kenal diri kita. Sampai sekarang, kenangan itu ada dalam diri aku :) Walau perkara itu berlaku masa aku darjah 6, tapi aku masih tetap ingat kenangan itu :) Dan satu lagi perkara yang aku ingat, haha, dulu2 aku ada jugak teman Sue pergi dating. Hihi. Tapi itu semua cerita lama. Sekarang, sudah ada cerita baru dan gempak punya! :D

1 Mei 2011, Ahad lepas, aku dan Aliff bergerak dari KL ke Taiping. Perjalanan dalam masa 3 jam 30 minit. Hehe. Aliff tidur (dia tak cukup tidur malam sebelumnya sebab ada kenduri di rumahnya), jadi aku drive hampir 3/4 perjalanan ke Taiping. Jadi, apa lagi, bila Aliff tidur, aku boleh rempit dengan keretalah. Haha. Mencecah 150km/j!! Alhamdullilah selamat :)

Kami sampai tepat pada masanya, Bersanding!! Sampai je, pengantin dah mula nak berarak.

Sue sangat cantik!! Sue memang cantik pun, tambah dengan solekan, lagi nampak cantik!! Tema wedding ungu dan kelabu :D

Sangat seronok melihat kawan sekolah kahwin. Bestnya tak terkata macam aku pulak yang kahwin. Haha. Moga perkahwinan Sue & Shah sentiasa bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan ingat pesanan ku, pregnant nanti bagitahu eh. Hehe, Tak sabar nak melihat anak kamu berdua. Hihi

Terpancar jelas keceriaan si mempelai :)

Suka pic nie. Sue, you look really gorgeous darling!!!
Dan wajah kamu naik seri sangat. Seri pengantin :D

Di atas singgahsana, sangat padan berdua :)


Afiq, Me, dan Saba. Gemmies TBL'03, Emerald Corporation Comp 7.
Hanya kami bertiga sahaja..
Nisa ada datang jugak, tapi tidak sempat bertemu. Sebab dia datang lambat, dari Kulim je pun boleh lambat. Huhu
Kawan Gems lain yang datang, Rini, Dila dan Paizul. Gambar ada dalam kamera Rini :)

Who's next????? :D



Thursday, April 21, 2011

Tak boleh telan ubat besar2. Help!!

Dah seminggu aku batuk tapi tak baik2 jugak. Biasanya, 3 hari gitu dah baik if aku dapat penyakit batuk nie. Tapi entah kenapa kali nie, sangat sukar batuk aku nak baik. Bila dah seminggu aku makan ubat cap ibu dan anak, tak baik2 jugak. Jadinya, semalam, aku dengan rela hati pergi ke klinik di LYL. Ada panel klinik kat situ. Mujurlah dekat je. Bukan senang aku nak p klinik tau. Allergic jumpa doktor!!

Jumpa doktor, dan dia bagi ubat macam biasalah. Apa erti jumpa doktor kalau tak bagi ubat kan. Aku dapat ubat batuk (day & night), ubat selesema (day & night), ubat sakit tekak dan antibiotik. Yang paling aku tak tahan, antibiotik lah. Gler besar wei ubat tu. Tak tertelan aku. Semalam, kat ofis aku try telan 1 biji, tapi tak tertelan jugak, last2 aku buang je. Malam semalam, aku kerat jadi 2 bahagian, jadi telan 1 1. Hoho. Itu pun sebab kakak aku bagi idea suh aku kerat. Sebab dulu masa aku kecik kalau aku demam, ayah aku akan kerat kortal (ala panadol tuk budak kecik kan), atau ayah aku akan lenyek sampai hancur. Takkanlah sekarang aku nak buat camtu lagi kot. Tak sesuai betul. Antibiotik nak dilenyek?? Memang pelik wei..

Sadis betul cara aku makan ubat. Aku pun tak tahu bilakah masanya aku akan makan pil besar2 dengan jayanya. Kakak aku dulu pun macam aku jugak, penakut makan ubat, tapi bila dia dah mengandung, jadi boleh makan ubat tiba2. Katanya, demi anak kenalah makan kan. Betul jugak tu. Agaknya aku nie, nak kena tunggu pregnant gak kot, baru leh makan ubat....

Macam budak kecik je makan ubat pun tak reti. Tapi nak buat camne, itulah aku.

Kena berusaha habiskan antibiotik yang diberi. Esok kena jumpa doktor lagi. Dia nak tengok aku dah baik ke belum, kalau belum, dia nak bagi antibiotik lain pulak. Tak mahu!!!!

p/s: Aku cuti hari nie. doktor tak bagi aku MC sebab aku tak demam, tapi aku tak larat nak layan batuk kat ofis. Jadinya aku ambik cuti hari nie. Biar sihat betul baru ke ofis kembali...


Sunday, April 17, 2011

Majlis Perkahwinan Paan & Sabri :)

Semalam, pergi ke kenduri kahwin Paan di Jalan Kebun. Aku nie dulu assistant Paan kat SIMA. Dulu Paan orang kuat Sima, sekarang je dia dah berpindah ke department Trade. Se-company dan se-department dengan suaminya, Sabri :) Gler best kan? Setempat je, pergi kerja balik kerja sekali, mesti jimat! :D

Tiba di kenduri Paan jam 1.45pm, dan semestinya pengantin dah bersanding lah. Aishh, aku nie kalau boleh, memang nak datang majlis kahwin before pengantin bersanding. Sebab bagi aku, rugi kalau pergi kenduri kahwin tapi tak tengok pengantin berarak dan bersanding. Tak puas rasa! Oleh itu, kena pergi awal lainkali. Tadi, ada perkara berbangkit sampai aku majuk dengan Aliff kejap. Nasib baik sampai jugak kami ke kenduri Paan. Kalau tak, merajuk berhari2 tau. Macam boleh buat :p

Sampai je terus menuju ke Paan & Sabri. Paan sangat cantik dan comel! Baju lawa (beli kain sendiri tau, kena survey Paan beli kat mana, Hehe), pelamin simple dan cantik, dan yang menampakkan seri, mekap Paan lawa. Pandai jurumekap. Walaupun agak tebal mekap, tapi still cantik!!

Tema wedding, Kuning + Putih. Pilihan yang menarik, bukan pink @ kelabu seperti yang biasa aku tengok. Tema wedding aku?????? Nanti baru tentukan, bila nak kahwin lah. Tapi aku suka tema kelabu. Cantik!! :D

Suka sangat tengok kawan kahwin. Macam tak sangka, kenal hu ha sana sini, tup2 dah jadi isteri orang, suami orang. Sweet sangat!!!

Kami bersama cinta hati masing2. Oppsssss :D

Girls with Paan & Sabri

Lelaki yang nak jadi superman itu ialah Acai.
Dia budak Sima Jan'10 satu batch dengan kami + pengapit Sabri

Ida & suami with Paan & Sabri.
Both pengantin baru sebenarnya.
Yang bezanya, Ida sudah pregnant :),
Paan, soonnnnnnn lah tu :D

Girls with guys, Shazeer & Kay.
Loyal to Scope International :)

Pretty girls w/o the superman :)

Kepada Paan & Sabri,

Selamat Pengantin Baru,

Moga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat,

Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak2 yang comel,

Moga segala2nya indah buat kamu berdua.

Happy for you :)



Saturday, April 16, 2011

Mandi manda di Ulu Yam

Cerita minggu lepas baru aku nak update di sini. Emm aku sangat malas nak blogging. Balik kerja sudah penat dan malas nak karang2 ayat. Jadinya tertangguh this entry sampai arini. Sekarang aku tengah menunggu masa untuk bersiap ke kenduri, jadi bolehlah karang2 ayat jap kat blog nie....

Ahad lepas, aku dan Aliff pergi Ulu Yam bersama Rina dan lagi 3 orang kawan yang lain. Sebenarnya, ini plan Kak Aza, housemate Rina, dan aku tumpang 2 kaki je, eh bukan 2 kaki, tumpang 4 kaki sebab kaki Aliff sekali. Hehe.

Kami bertolak jam 9.30pg, singgah dan singgah, akhirnya kami sampai Ulu Yam jam 11pg. Lama je rasa perjalanan. Mula2 aku tak der ler excited sangat nak pergi mandi, tapi bila sampai Ulu Yam dan lihat air sungai dan lihat orang syok mandi manda, aku jadi excited tetiba. Tak sabar nak jejakkan kaki di dalam air sungai.

Lepas dapat port yang menarik (menarik sangat sebab tengah2 jalan kami duduk), kami terus mandi manda. Aku mandi sekejap je, pas naik untuk makan, aku terus tak turun2 dah sebab sangat sejuk. Tak sanggup lagi mahu berendam.

Port menarik :p

Ramai jugak orang kat Ulu Yam. Ada family, ada pasangan kekasih @ suami isteri maybe, dan ada sekumpulan kawan seperti kami. Adalah 3 group yang siap buat BBQ lagi. Pergghhh sangat teruja nak makan. Mahu je tetiba join jadi kenalan. Haha

Haa aku tak suka dengan tempat persalinan di Ulu Yam. Tempat mandi ada 3 je, tandas pun ada 3 je, pastu tempat mandi takde air pulak. Jadinya, aku bersihkan diri dalam tandas. Keseluruhan tempat tu kecik dan tak mampu nak menampung pengunjung yang ramai tambah lagi kalau hari cuti. Aku tak tahu siapa yang bertanggungjawab untuk bangunkan Ulu Yam, cuma orang2 tertentu harus lakukan sesuatu. Ramai orang suka pergi tempat2 begini masa weekend, release tension. Bosan duk di tempat yang sesak. Jadi, kena prepare lah tempat2 macam Ulu Yam bagi menarik sedikit, kemudahan okay, baru lah senang orang kota nak pergi menghabiskan masa di sana.


Sesudah sampai di Ulu Yam


Sebelum start mandi2



Eksyen dengan tikar Rina yang kecik :p

Setelah puas mandi manda, jam 4pm, kami bertolak pulang. Masing2 ikut jalan sendiri.