Thursday, April 30, 2009

Nota Done!!

Selesai. Selesai mengemas nota2 yang ada. Nota dari sem 1 sampai sem 8. Dari 2 kotak reduce jadi 1 kotak (besar tau perubahan tu even kurang 1 kotak je). Semua nota kalau boleh aku nak buang (konon bijak sangat je) tapi setelah difikir, aku hanya membuang nota yang sudah ada soft copy. So tak payah nak banyak2 nota, buat semak je gak nanti. Ntah aku akan baca lagi ke tak. Baca Baca Baca..

Dulu kan, aku sayang sangat2 nak buang nota even nota tuk subjek elektif yang tak akan digunakan lagi seperti Prinsip Pengurusan Kesihatan (aku sangat benci subjek ni), Prinsip Haiwan Makmal (tak kan aku nak kerja dengan haiwan lepas ni kan), dan Ekonomi Kesihatan (serius ambik subjek ni sebab tiada elektif lain yang menarik hati, konon senang tapi sama je kesusahannya. Just otak aku tak boleh terima sangat ekonomi ni kot). Tapi tadi, dengan bangganya aku telah membuang semua nota itu (tandanya aku sangat berusaha tuk reduce bilangan kotak dan barang yang akan dibawa pulang). Plus tak nak kena perli dengan ayah aku lagi since lepas habis matrix barang aku je penuh 1 kereta, sampai kat seat belakang tu boleh muat aku jela. Tu pun reason sama gak lah, sayang sangat nak buang nota. Sudahnya semua aku buang gak.

Barang2 lain akan dikemas nanti. Yang penting before 2hb lah kan. Yang lain aku tak kisah sangat, nota je yang aku kisahkan + baju2 ku. Barang2 yang pasti ditinggal adalah tikar (ada 2 tikar, macam mana aku ada 2 tikar pun aku lupa :P) dan karpet. Ada sesiapa yang nak barang2 tu, contact lah aku. Hehe.


And my parents on the way ke Kuantan. Mereka akan tidur di rumah Along dan bertolak ke sini pagi esok. Tak sabarnya nak jumpa family terutama Haikal. Rindu2..

Sports Science Dinner 2009


Pictures for Sports Science Dinner 2009. More pictures akan di upload di Friendster and Facebook (nak berjinak2 dengan Facebook lah sekarang :D)

Theme: Retro, Old School, Classic

Me The Pink Girl. Ada gaya retro tak? :)

Murni Girls :)

2 di depan, 4 di belakang. Aik cam tak cukup orang je??

Ya 5 org di belakang ye. Bayangkan kereta tu padat macam mana :D

All of us-Final Year student (Fiza tiada)

With Pn. Vina :)

Suka lah gambar ni. Azma & Fadz.



The most handsome boy. Ehem :)

Gadis2 ayu pada malam ini sahaja ye. Hehe





With Dr. Ariff

With En. Hafezi & En. Asri

Sports Science Student. Yeay!!!













Today..

Final exam is over. Yetta!!! Best gler lah selepas menjawab exam tadi. Rasa cam dah grad nie. Hehe. Tapi memang dah lah kan :) Pasal exam tadi, emm what can I say ek? MCQ senang gler. Bila sampai pada MEQ, emm bolehlah. Semua kena relate dgn sport, so logik jela jawapan aku. (rasanya dah banyak kali aku kata jawapan aku ikut logik kan? Nampak cam tak baca nota je tapi baca tau) Esei boleh dikategorikan sebagai 50-50. Maybe sebab Dr. Hairul tak ada kot tadi, tak semangat nak jawab soalan. Hehe. Cam tak ada kaitan je :P

Apa perasaan aku sekarang ye?? Sedih lah. Sedih sebab lusa nak tinggalkan USM dah. Memang dulu happy tapi lepas jamuan tadi rasa sedih lak. Nak tinggalkan kawan2 dan lecturer yang tak tahu lah bila lagi akan berjumpa. Huhu. And Dr. Mat seperti biasa akan kata aku yang kahwin dulu :D Dr. Mat doa2kan lah ye. If cukup segalanya cepat, cepat lah saya ni kahwin. Restu Dr. Mat pun dah dapat dah. Hehe..

Dapat a small and cute card from Pn. Vina. Pn. Vina dah start cuti so tak datang lah jamuan tadi. Tapi dia dah amanahkan pada En. Hafezi to give each of us a card. Inside the card ada lah kata2 tuk orang tersebut. I like the last sentence "You will fo far". Thanks Pn. Vina. Never imagined we got a card from you. Sweet lah :)

Dari semalam aku kata nak kemas barang kan, Tapi sebenarnya aku tak kemas apa pun lagi. Huhu. Malasnya nak kemas wei. Aku rasa banyak nak tinggalkan barang je. For charity :)

Malam ni, praktis menari. Yeay!! Boleh berlatih dengan hati yang tenang :)

Tuesday, April 28, 2009

Kerinduan

Menghitung hari tuk berjumpa dengan buah hati ku yang kecik - Haikal!! :D Rindu sangat dengan gelagat dan kerenah dia nie. Dia pun menghitung hari nak ke sini gak :)


Sejak ada anak sedare ni kan, aku asyik rindukan dia je. Rindu gak pada ahli keluarga yang lain tapi Haikal lah yang utama sekali. Memang macam tu kot kan bila ada anak sedare @ kanak2 kecik dalam family. Suka kan gelagat dia, kadang2 senyum sorang2 if teringat gelagat dia. Lepas tu mulalah tak sabar nak jumpa :) Bulan 10 ni insyallah akan tambah seorang lagi anak sedare. So Haikal kena berkongsi kasih sayang aku lah. Haha. Haikal will be 'abang' okay. No 'adik' lagi.


Forget to tell. Hehe. I bought Twilight novel. Finally I found it. Puas tau mencari Twilight di KL dulu. Hanya ada New Moon, Eclipse, and Breaking Down. Yang 1st tak ada. Aku tak beli yang lain sebab for sure aku akan baca dulu even tak baca yang 1st. So baik cari yang 1st dulu kan. Tak sabarnya nak baca. Aku tak bukak pun lagi bungkusan plastik tu. Takut bukak nanti aku dah tak ingat nota lak :P And nak jaga kecantikan buku itu, tak nak kemik2 since buku tu akan berada dalam kotak dalam masa beberapa hari nie.


And yes, I have to start packing my things now. Agak2 muat ke lah barang2 aku ni dalam 2 kereta nanti? We'll see. This noon nak g beli kotak :)

Monday, April 27, 2009

Five Days

Second paper (Therapeutic Exercise) was over :) Paper nie kira boleh lagilah drpd APA. Lagi pun aku lebih berminat pada exercise and disease drpd APA (exercise and disability). Hope boleh lah score for this paper. Satu sem je lagi nak tingkatkan pointer pun. Hope boleh lah. Even mostly people said, pointer is only the number, but for me it's also important ma. People will look at the pointer first baru interest dengan kita kan? Then baru panggil interview kan? And plus dengan other things yg related lah. Bagi aku macam tu lah kot..

Then, berita gembira. Hehe. Duit for Latihan Indutri from USM dah masuk. Hehe. Happy gler. Bangun je tidur dapat msg drpd Bank Islam terus menjerit. Haha. Lepas tu, semalam, terus keluar mencari baju for PPSK Graduation Night nanti. And I found one dress. Hasil pilihan mereka, aku ambik je. Mesti elegant lah malam tu :P Yakin je ek? But Shaleen kena tolong jahit baju tu lah :D Dia dah janji kalau aku beli baju tu dia akan tolong jahitkan. Tunjuk kan je pun tak apa :D

For that night, kami juga akan membuat persembahan tarian terakhir di sini. Yeay!!! Finally, dapat gak menari. Last dance dalam hidup aku kot. Huhu

My family (Ayah, Mama, Along, Abg Ayin, Haikal, Abah, and Mummy) akan datang menjemput aku pada 1hb Mei ini. Bestnya tak sabar nak balik. Tapi kesian gak lah coz malam 1hb tu aku ada dinner. So my family terpaksalah bawak diri masing2 ye. Huhu.

Lagi 5 hari je aku berada di USM = Kelantan :)

Friday, April 24, 2009

Final Thesis Presentation


Final presentation berjalan dengan lancar sekali. Haha. Lancar ke? Aku orang yang ke4 present. Nervous nya memang mengalahkan apa je. Nervous betullah mula2 tu. Tapi bila dah berdiri depan tu and start present, Slow2 nervous tu hilang. Well aku yakin dengan apa yang aku buat.

Macam biasa setiap presentation of course ada soalan. Dan di atas kesilapan @ kelekaan aku, adalah soalan yang ditanya @ more on suggestion la kot.

Apa yang aku nak cakap pasal final presentation semalam? Apa yang aku rasa? Nie apa yang aku rasa..

Sample size research kami memang sikit. Bukan sebab kami tak berusaha tuk mencari agar cukup sample size ok. Kami dah cari sejurus selepas proposal presentation. Pada mulanya, kami dapat ramai subjek yang nak join lebih kurang 15 orang kot. Yang mereka sure mempunyai high total blood cholesterol. Kami cari masa bulan puasa then analysis darah rupa2nya semua turun total cholesterol ke tahap normal. Maybe sebab puasa kot. Lepas tu kami tetap mencari subjek tuk join research nie. Tapi ingat senang ke nak persuade mereka tuk libatkan diri dalam exercise program haa? Tambah lagi tuk research aku, 6 kali per week. Payah tau. Sebab tu limitation of the study is limited time. Sebab memang limited pun. Susah tau nak mencari subjek. Anda semua tak rasa apa yang kami rasa sebab anda semua pun bukan ambik tahu pasal research kami kan. So macam mana anda nak tahu apa yang kami alami? Huh. Aku cuma tak nak mengungkit je tau. Ishh..

Plus, our study taraf ijazah ok. Cuma limitation tu je yang kami tak boleh nak elakkan. Lainkali ambiklah tahu sikit. Nie nak cakap je tahu. Huh.

Plus, kami habiskan research nie dalam masa 2 sem. Siapkan semua cari subjek dalam masa 2 sem. So itu yang kami mampu buat dalam masa singkat tu. At least kami ikut masa yang ditetapkan. Huh.

p/s: Aku memang angin nie. Ntah kenapa bangun tidur tadi fikir pasal nie lagi. Bila aku bangun tidur dan tetap fikir apa yang aku terasa semalam, memang itu tandanya aku tetap angin even benda nie dah berlalu. Well itulah aku.

Chiayok!!!

Ngantok :( Semalam jam 3 pagi baru tidur. Selepas habis Sports Science Dinner, g sembang2 lepak2 di kedai makan depan USM. Dengan pakaian yang camtu. Maklumlah baru balik dinner. Hehe

Ada 15 nota tuk dihabiskan baca dan faham dan ingat sebelum 26hb nie. Banyak gler nota Thereapeutic nie *sigh* Hope boleh dihabiskan. Chiayok!!!

Wednesday, April 22, 2009

Esok Final Thesis Presentation. Nervous nya. Huhu :(

Di saat aku kena berdiri di depan esok, bangun pagi tadi, tiba2 ada jerawat lak tumbuh di pipi kanan ku. Sengal betullah. Dulu tak nak tumbuh. Saja nak suruh aku tunjuk jerawat ni kat semua orang esok. Tak nak!!!

Plus, esok malam Sports Science Dinner (jerawat mencacatkan ketrampilan ku :D) Aku dah shopping baju for tomorrow night. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana rupa aku bila dah pakai baju dan seluar itu. Segan lah lak. Tapi malam esok je kan, boleh la kot :) Tapi segan gak. Well aku kan penyegan orangnya :D