Thursday, February 12, 2009

Cerita Lawak Tentang Telur Rebus..

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.

Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak.Aku ni ada

satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahulah kenapa aku

suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya. Sebelum aku

kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam

asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,

iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak

pekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak

sedap-sedap..


So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus ... Ceritanya bermula

begini, satu hari masa aku balik dari kerja,

tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun tipon bini aku ........katakan yg aku

balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun

singgah la satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan

nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus

untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur

rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah

aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama

tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba

cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup

mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan

dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan

isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku pulak

terasa nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak

spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon

berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun

melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...

bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal

tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan

lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap

beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan

kasi kurang sikit bau dia... bau telur tembelang............

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya

tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.


Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..

aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan

lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar

sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power

gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam

bangkai la.. maun mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku

sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu

hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu

dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka

kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh

lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus

melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan

mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling

meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. 'dah

lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada sinis........

!! Dah lama.....Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!'.: sekian....

HABIH.....:.

MORAL OF THE STORY = BERHATI2 DI JALAN RAYA :)

No comments: