Thursday, February 5, 2009


dalam hidup ini, kita tak kan bahagia & tenang bila semuanya kita pendamkan dalam hati..
bila semuanya dirahsiakan even benda yg penting pun, hubungan akan jadi lain..
yg penting adalah berterus-terang..
bila kita lakukan begitu kita akan tenang & orang lain pun turut memahami kita..
bukan ke itu yg kita nak??
orang lain faham apa yg kita rasa??

aku jenis orang yg suka pendam apa yg aku rasa..aku memang tak reti nak luahkan pada orang..
sebab aku rasa cam menyusahkan orang lain bila tiap kali aku nak cter..
tapi skrg, hanya seorang je yg sentiasa faham & sedia mendengar segalanya..
dia setia mendengar apa sahaja..perasaan marah, kecewa, sakit hati, gembira, dan segalanya aku cter pada nya..dan tiap kali bercerita aku akan menangis di akhirnya.aku memang senang nak nangis..bila aku nak nangis aku tak boleh bercakap..sebab bila aku cakap airmata aku akan berguguran..
aku tak suka benda tue jadi..tapi tue lah aku..

thanks to Aliff tuk segalanya..aku rasa sgt bertuah ditemukan dgn insan yg menyayangi diriku & terima diriku seadanya..



No comments: