Friday, February 6, 2009

UMAT ISLAM PERLU BERFIKIR & BERTINDAK DENGAN STRATEGIK


I've copied this post from email..

sometimes i believe emails but sometimes don't..

but this, i don't know..aku tak tahu sebenarnya..

maksudnya, tak yah boikot @ what??
apa tindakan yg boleh dilakukan??
so pada sesiapa yg membaca post ini, bacalah sampai habis & tell me what's your opinion ok?


Sebenarnya serangan Israel ke atas Gaza adalah sebahagian dari agenda Israel yang lebih besar. Israel dengan sengaja memulakan serangan sebaik selepas Awal Muharram, dan menamatkan serangan sebaik sebelum Obama menggantikan Bush sebagai Presiden AS. Setelah 22 hari membunuh umat Islam di Gaza, Israel dengan selambanya keluar dari Gaza.

Bila Obama mula jadi Presiden AS, Israel sudah tamatkan pembunuhan umat Islam di Gaza, jadi Obama tidak mempunyai masalah besar yang perlu ditanggungnya, berbanding dengan keadaan jika Israel masih lagi membunuh umat Islam di Gaza. AS seterusnya dengan Obama sebagai Presidennya akan membantu mengurangkan penderitaan umat Islam Gaza. Bantuan ini akan dipromosikan secara besar-besaran untuk memulihkan dan meningkatkan imej AS dan Obama. Negara-negara Islam akan mengalu-alukan bantuan AS ini, dan sedikit demi sedikit melupakan sokongan AS terhadap pembunuhan umat Islam Gaza oleh Israel. Serentak itu, boikot produk AS pun ditamatkan. Seterusnya AS akan menghantar rombongan perdagangan ke negara-negara Islam, mungkin juga Malaysia, bagi meningkatkan lagi hubungan perdagangan dengan AS.

Agenda besar di sini adalah untuk menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi global adalah akibat usaha AS di bawah pimpinan Obama, dan AS akan kembali dianggap sebagai negara yang bermaruah dan bertanggung- jawab dan penyelamat global. Negara Islam akan berpecah dalam sambutan mereka terhadap peranan AS selepas Israel keluar dari Gaza. Negara Islam yang tidak menyambut baik tindakan AS ini akan mengalami kerugian, tetapi negara yang menyambut baik usaha AS ini pula akan dianggap mengkhianati perjuangan Palestin.

Hubungan AS-Israel ini memang diketahui umum, malah kerap dipromosikan. Tetapi hubungan Israel-China kurang dipromosikan. Sebenarnya hubungan Israel-China amatlah intim. Israel adalah pengekspot teknologi senjata yang utama kepada China, malah pengekspot senjata kedua terbesar ke China selepas Russia. Hubungan Israel-China ini bukan sekadar hubungan perdagangan, tetapi juga hubungan sejarah dan kebudayaan. Ketika ini Israel dan pertubuhan-pertubuh an Yahudi seluruh dunia begitu memberikan perhatian dalam usaha meningkatkan hubungan dan martabat masyarakat Yahudi di China, yang sebenarnya telah wujud dan berkembang di China beratus tahun sebelum ketibaan Marco Polo ke China.

Kini Israel sedang berbaik dengan China kerana Israel tahu, China mungkin akan menjadi sebuah kuasa ketenteraan terbesar dunia, sehingga melebihi AS pada beberapa dekad lagi. Ketika itu, hubungan Israel-China akan menjadi seperti hubungan AS-Israel pada hari ini, dan masalah yang sama akan tetap melanda umat Islam, cuma peranan yang dimainkan oleh AS pada hari ini akan dimainkan pula oleh China.

Pada hari-hari awal serangan Israel ke atas Gaza, saya telah menghadiri suatu rapat umum di Shah Alam, di mana seorang penceramah jemputan telah mencadangkan supaya umat Islam mula menjalinkan hubungan dengan China bagi tujuan memberikan penjelasan kepada China berkenaan Israel. Malangnya, umat Islam sudah terlambat, kerana sudah beratus tahun Israel dan China saling memahami dan bekerjasama.

Bagi China, peranan yang dimainkan oleh Israel hari ini amat penting, kerana ia membuatkan AS tidak popular, terutamanya di kalangan negara Islam. Kalau berlaku penentangan yang kuat dari negara Islam sehingga menjatuhkan AS dari negara yang paling kuat kepada negara yang tidak sekuat hari ini, maka China akan memperolehi manfaatnya, kerana China akan muncul sebagai kuasa utama dunia. Israel pula akan beralih kepada China setelah AS menjadi lemah. Tetapi jika penentangan terhadap AS tidak berkesan dan AS terus kekal sebagai kuasa utama dunia seperti pada hari ini, maka China akan terus mengekalkan hubungannya dengan Israel seperti pada hari ini, sambil menunggu hasil tindakan negara-negara Islam terhadap AS yang hanya akan menguntungkan China.

Israel adalah negara yang paling untung pada hari ini ketika AS merupakan kuasa utama dunia dan pada masa akan datang ketika China menjadi kuasa utama dunia.

Pada hari-hari akhir pembunuhan umat Islam di Gaza, ketika bersembahyang Jumaat, Imam dan jemaah telah mendoakan kejayaan kepada Palestin, tetapi juga kehancuran kapada AS. Mujurlah AS masih kekal gagah pada hari ini, kerana jika tidak, ketawa besarlah China dan Israel, yang telahpun bersedia dengan kejatuhan AS.

Israel dan China sudahpun bersedia untuk kejatuhan AS, tetapi umat Islam belum!

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh umat Islam? Terus boikot produk AS? Pada malam hari Sabtu yang lepas, saya keluar malam pada jam 12 dan memandu berhampiran restoran McD di seksyen 3, Shah Alam, dan saya dapat melihat kemeriah di restoran McD itu, kerana begitu ramai yang mengunjungi restoran McD itu. Malam semalam pun macam tu, dan saya yakin malam ni pun macam tu juga. Jadi tiada perbezaan di segi jumlah pengunjung restoran McD di seksyen 3 ketika umat Islam dibunuh oleh Israel di Gaza, dan setelah tentera Israel keluar dari Gaza. Mungkin restoran McD lain dapat dilihat kesannya, tapi tidak di McD seksyen 3 Shah Alam. Janganlah pulak ada perbezaan kempen boikot produk AS sebelum dan selepas pilihanraya Terengganu, sebab kalau begitu jadinya, nampak sangatlah sebab kepentingan politik. Tetapi, dah tentulah akan timbul alasan mengatakan, secara kebetulan, ketika sebelum pihanraya Terengganu, pembunuhan umat Islam di Gaza oleh Israel masih berlaku, tetapi selepas pilihanraya Terengganu, tentera Israel sudah meninggalkan Gaza, maka sebab itulah kempen boikot produk AS itu tidak hebat lagi. Walau apapun, yang pasti, kempen boikot produk AS selama 20 hari sepanjang umat Islam dibunuh di Gaza sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif terhadap ekonomi AS dan Israel, tetapi mewujudkan potensi baharu kepada ekonomi China.

Jadi apa umat Islam patut lakukan? Pembunuhan umat Islam di Gaza oleh Israel selama 20 hari yang lalu dan pengunduran keluar tentera Israel dengan selamba selepas itu telah membuktikan umat Islam amat lemah disegi ketenteraan. Tidak ada negara Islam yang cukup kuat. Iranpun tak cukup kuat. Kalau Iran cukup kuat, sudah tentulah Iran dapat bertindak. Jadi memang Iran lemah berbanding dengan Israel.

Jadi apa yang umat Islam patut lakukan?

Pada pendapat saya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah umat Islam perlu bersatu, samada umat Islam di Malaysia ataupun umat Islam di seluruh dunia. Perlu ada usaha merapatkan hubungan dan persefahaman serta kerjasama di antara pengikut Syiah dan Sunnah. Ketika saya belajar di Valparaiso, AS dulu, masjid yang ada hanyalah sebuah masjid Syiah yang kecil. Di situlah semua pelajar Islam, termasuk saya bersembahyang, dan sepanjang tempoh itu, Syiah langsung tidak pernah menimbulkan masalah kepada saya dan pelajar Sunnah lain.

Seterusnya umat Islam haruslah menggunakan AS, bukan bertindak menghancurkan AS, untuk kepentingan Islam, bagi mengelakkan China menjadi kuasa utama dunia dan pakatan Israel-China menjadi suatu pakatan yang paling kuat di dunia. Pada masa sama, umat Islam mestilah bekerjasama mewujudkan sebuah negara kuasa ketenteraan Islam dengan kerjasama Eropah dan Russia. Biarlah usaha ini memakan masa beberapa dekad. Yang lebih penting, usaha ini berjaya.

Baca ni:

http://www.sino- judaic.org/ pointseast/ ally.html

http://www.sino- judaic.org/ pointseast/ israeladoptsvill age.html

http://www.isracast .com/Transcripts /220605a_ trans.htm

http://www.aljazeer ah.info/Opinion% 20editorials/ 2004%20opinions/ December/ 27%20o/A% 20Country% 20as%20Well% 20as%20a% 20Company% 20Michael% 20Saba.htm

No comments: