Friday, April 24, 2009

Final Thesis Presentation


Final presentation berjalan dengan lancar sekali. Haha. Lancar ke? Aku orang yang ke4 present. Nervous nya memang mengalahkan apa je. Nervous betullah mula2 tu. Tapi bila dah berdiri depan tu and start present, Slow2 nervous tu hilang. Well aku yakin dengan apa yang aku buat.

Macam biasa setiap presentation of course ada soalan. Dan di atas kesilapan @ kelekaan aku, adalah soalan yang ditanya @ more on suggestion la kot.

Apa yang aku nak cakap pasal final presentation semalam? Apa yang aku rasa? Nie apa yang aku rasa..

Sample size research kami memang sikit. Bukan sebab kami tak berusaha tuk mencari agar cukup sample size ok. Kami dah cari sejurus selepas proposal presentation. Pada mulanya, kami dapat ramai subjek yang nak join lebih kurang 15 orang kot. Yang mereka sure mempunyai high total blood cholesterol. Kami cari masa bulan puasa then analysis darah rupa2nya semua turun total cholesterol ke tahap normal. Maybe sebab puasa kot. Lepas tu kami tetap mencari subjek tuk join research nie. Tapi ingat senang ke nak persuade mereka tuk libatkan diri dalam exercise program haa? Tambah lagi tuk research aku, 6 kali per week. Payah tau. Sebab tu limitation of the study is limited time. Sebab memang limited pun. Susah tau nak mencari subjek. Anda semua tak rasa apa yang kami rasa sebab anda semua pun bukan ambik tahu pasal research kami kan. So macam mana anda nak tahu apa yang kami alami? Huh. Aku cuma tak nak mengungkit je tau. Ishh..

Plus, our study taraf ijazah ok. Cuma limitation tu je yang kami tak boleh nak elakkan. Lainkali ambiklah tahu sikit. Nie nak cakap je tahu. Huh.

Plus, kami habiskan research nie dalam masa 2 sem. Siapkan semua cari subjek dalam masa 2 sem. So itu yang kami mampu buat dalam masa singkat tu. At least kami ikut masa yang ditetapkan. Huh.

p/s: Aku memang angin nie. Ntah kenapa bangun tidur tadi fikir pasal nie lagi. Bila aku bangun tidur dan tetap fikir apa yang aku terasa semalam, memang itu tandanya aku tetap angin even benda nie dah berlalu. Well itulah aku.

No comments: