Pagi tadi, kami telah pergi ke Hutan Lipur Lata Tembakah :) Hanya 9 orang sahaja yang pergi drpd 13 orang. Kami bertolak pada jam 7.45 AM dan tiba di sana pada jam 10 AM. Lama perjalanan kami sebab kami singgah pula di Pasir Puteh untuk membeli makanan atas permintaan aku dan Cham. Haha. Pada mulanya hanya kami berdua yang semangat untuk membeli roti canai dan nasi lemak. Akhirnya semua membeli makanan. Hehe. Aku membeli roti canai, nasi lemak dan roti coklat. Banyak tak? :D Tiba di sana, makan roti canai dulu sebab aku sangat lapar. Best sangat dapat bermandi-manda di sana :) Sepanjang 4 jam di sana, aku telah mendapat lebam di betis kerana terkena batu yang berada di dalam air. Tak perasan beb. Dah lah terkena kat tulang yang keras betul tu. Sakit oii. Tapi sekarang tak lah sakit sangat :) Pendek kata, aku suka sangat dapat mandi air terjun. Sejuk dan cantik. Indahnya ciptaan Allah :) Haa air terjun ada 7 tingkat. Kami mandi di tingkat 3 :) Tu pun dah tak larat aku nak berjalan.
Jadual Final Thesis Presentation sudah keluar. Aku akan present pada 23 April ini :) Takut tapi tak sabar gak nak habiskan presentation ni :)
Jadual Final Thesis Presentation sudah keluar. Aku akan present pada 23 April ini :) Takut tapi tak sabar gak nak habiskan presentation ni :)
No comments:
Post a Comment