Monday, December 27, 2010

Boxing Day - HK holiday

Saya cuti arini sempena Boxing Day - HK. Pelik jugak lah orang HK nie, kenapa nak cuti sempena Boxing Day, tak faham aku. Tapi, biarlah asalkan aku cuti.

Hari nie, plan aku nak g beli hadiah untuk majlis tukar2 hadiah di ofis nanti sempena Merry Chrismas!! Apa dah, nak ikut budaya Chrismas pulak, sedangkan setahu aku wish Merry Chrismas haram tapi kalau ikut budaya dorang tukar2 hadiah masa Chrismas tak haram ke? Aiii entahlah, ikut jela kata orang2 besar di ofis, Nanti tak ikut kata kita nie tak sporting pulak...

Itu jela update sekarang. Aku malas nak taip banyak2 sebab aku kat CC. Lagi banyak taip lagi lama masa lagi banyak duit keluar. Rugi2!!! Bilalah streamyx nak ada kat rumah aku? Call asyik tak dapat je. Malas dah call. Huh

Haa tujuan sebenar ke CC nak bayar bil celcom through CIMB Clicks. Tapi sayangnya, duit tak masuk lagi dalam CIMB. 3 hari lah interbank transfer, sekarang baru 2 hari, tapi kenapa kat Maybank dah masuk even baru 2 hari. Servis Maybank lagi bagus kah? Tidak2!! StandarChartered gak lagi bagus!! Sebab aku kerja under ScB :D




Friday, December 17, 2010

Teman Tidur Saya BEAR12 :)

Minggu nie, tiap hari saya bangun lambat. Nie semua sebab BEAR12!!
Kamu memang nak kena tau! Bukannya sebabkan saya bangun awal, sebabkan saya terjaga dan tertidur balik adalah.
Tapi takpelah, sebab saya suka peluk kamu!! Best!! Hehe

Inilah BEAR12. Besar, gebu, montok!!! Hahaha

Aliff yang bagi BEAR12 nie. Hehehe. Thank you so much b. Akhirnya saya dapat bear besar. Yeay!!!

Nama diberi BEAR12 sebab bear nie diberi pada 12 Disember 2010 :)

Lepas dapat bear nie, kami terus ke Taman Tasik Perdana ambik gambar with bear. Gilerrrrr mencapap!! Semua orang tertoleh2 tengok kami esp budak kecik!! Aliff yang beriya nak ambik gambar kat taman, I follow jeeee………Wee~~~


Sayang dia!!! :)



Friday, December 10, 2010

SIMA Graduation Day!!Saya graduate lagi..Wee~

Hye there!!
Sudah lama diriku mahu berblogging tapi sayangnya tiada masa dan tiada internet. Nak blogging through nset rasa tak syok pulak. Jadi tunggulah sampai aku ada masa dan internet. Dan sekarang tibalah masanya!!!! (Tgh keje nie, jangan cakap kat manager sy yg sy berblogging ye, Hehehe)

Just nak story sikit pasal diriku pada hari-hari yang lalu.

First, I've graduated again!!Yeay!!!Sekarang aku bukan sahaja graduates from USM but also from SIMA. Rasanya ramai yang tak tahu apa itu SIMA kan? Meh aku ceritakan sikit pasal SIMA.

SIMA stands for Scope International Malaysia Academy. SIMA is a programme for graduates and students who interested in banking operations. Scope International (M) Sdn Bhd is a subsidiary company under Standard Chartered Bank means we are operating for SCB.

There's a lot of departments in Scope International dan aku ditempatkan di Cash Management Services (CMS). So kerja aku adalah buat payments @ transactions from Hong Kong, Taiwan & Singapore dan lebih tepat aku buat Inward Telegraphic Transfer (ITT) for these 3 countries. Actually aku pun tak tahu kewujudan SIMA. After 2 bulan setengah aku di Teluk Batik for GEMS, aku ditempatkan di Scope Internatinal as a trainer. Kena habiskan praktikal for 6 months. Pada mulanya aku keje in administration, then tiba2 Kak Lin (bos aku) suruh aku join SIMA. Dan aku masuklah kelas CMS selama sebulan before OJT di unit.

Alhamdulillah rezeki aku ada di Scope. Bulan 4 aku diterima as staff before aku habiskan program SIMA & GEMS. And now I’m still working there. I like to work there because I can listening to MP3 for the whole day, hehehe (apa punya reason daaa) & kerja di sana taklah susah sangat, kena faham apa yang dibuat dan kekalkan good productivity. Cuma one big issue adalah kerja ini ada risiko. Aku kerja menguruskan customer’s payment, deals with money even duitnya tak nampak pun, have to be extra careful supaya jangan buat mistake in transactions. Kalau mistake, company akan rugi dan kalau buat big mistakes, boleh dinasihatkan untuk berhenti. Sebab itulah kadang2 aku rasa tak terjamin kat sana. Takut jugak kalau tersalah buat. Huhu. Okay Okay, aku dah mengarut cerita pasal kerja pulak. Sebenarnya aku nak cerita pasal SIMA Graduation Ceremony aritu. Hehe.

The gradution was soooo boring!!Hahahaha. Sorry to say lah tapi memang boring pun. Kena ada di sana tepat jam 3 pm tapi acara start jam 5 lebih. Gler lama tunggu!!Dah lah berjam tunggu, bila ceremony pun x syok tambah lagi dengan performance yang agak bosan dan MC yang ntah apa2. Nama Head of WB pun kau boleh silap sebut, memang tak boleh bla lah. Agak2 budak tu jadi MC lompatan kot? Lantak dial ah, bukan aku yang jadi MC pun. Aku dapat 2 sijil on that day, one for completion of SIMA programme, another one for great achievement in CMS :D

Here, gambar2 sepanjang SIMA Graduation Ceremony. Credit to Nadiah for her camera yang besau :D




Lelaki yg di tgh2 pakai kot itu: dia lah bos besar kami, Head of Wholesale Banking Operation @ SCB :)
Ada lagi cter mahu diceritakan di sini, tapi lainkali lah ye :)
Wait for it!!Ahaks :D