Sunday, February 20, 2011

Dah Lama Tak Pergi Muzium Negara

Aliff balik sini for this weekend. Aliff sekarang ada kursus selama 3 bulan di Taiping. Dulu dia kata tak nak balik langsung untuk 3 bulan nie, tapi nie baru 2 minggu pergi dah balik weekend. Sebab sarjan dia bagi weekend. Kalau dah bagi weekend, semua orang wajib keluar dari kem. Dia pulang ke sini Jumaat lepas. Aku seronok lah!! :p

Semalam kami keluar. First, pergi KLCC, aku teringin Auntie Anne's. Banyak gler makan, dah macam lunch pulak. Then, ronda2 kat Taman Tasik Perdana (as always). Tetiba, Aliff bagi cadangan pergi ke Muzium Negara. Aku on jela, dah memang nothing to do pun semalam.

Last aku pergi Muzium Negara, masa darjah 5 sebelum aku pindah Kuantan. Ingat lagi dulu, aku pernah muntah kat sana, tak tahulah sebab apa, tapi aku ada makan nenas hari tu, Maybe perut kosong terus sumbat nenas, dah lain macam lak lah jadinya perut aku. Akibatnya, sampai sekarang aku tak suka makan nenas. Even nenas kecik yang ada kat Pizza Hut pun aku bagi orang. Anti-Nenas sungguh!!!

Itu cerita masa g Muzium dulu2. Semalam pergi teruja sangat sebab dah lama tak pergi. Dan satu lagi, nak tengok Piala AFF Suzuki Cup 2010! Serius aku tak tahu pun Piala AFF ada display kat situ, Kalau tahu, dah lama jejak kaki kat Muzium Negara :p

Dengan baju Fahmy & Safee Sali pun aku bergambar gak :p

Dia cinta hati saya merangkap driver part time saya dan jurukamera saya. Ahaks :D

p/s: aku jadi minah rempit gak semalam. Kadang2 best naik moto. Tapi aku memang suka kereta lagi. Lebih selesa, selamat dan tak kena hujan...

No comments: