Sunday, March 27, 2011

Minat pada novel tak pernah berubah

1st novel

Baru saja habis baca novel ini. Selepas hampir sebulan, baru habis baca.
Novel ini direkomen oleh Along, dan aku terus membelinya.
Dan setelah dibaca, novel nie best! Kisah mengenai kehidupan Muna, anak sulung dalam keluarga yang tabah mengharungi hidup dan berjaya menjadi anak, kakak, kawan yang sangat baik. Aku suka novel nie sebab ayat2 NorHayati Berahim yang membuatkan aku berfikir dan menjadikan ayat2 itu sebagai quotes yang menarik dan perlu diingati dan dijadikan panduan.
Novel ini juga diterapkan mengenai aspek keagamaan di mana ayah Muna, Ustaz Jalil ialah penceramah agama bebas. Jadi, ada jugak hadis2 yang disertakan dalam novel nie. Secara tak langsung aku pun jadi tahu dengan hadis2 tersebut. Aku suka ending novel nie :) Muna akhirnya bertemu jodoh dengan Qurban yang merupakan sahabatnya sejak kecil, seorang lelaki yang sentiasa berada disisinya tidak kira apa pun yang Muna hadapi. Sangat suka pada watak Qurban, Muna, dan mak Muna, Cikgu Ara. Semuanya ada tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa berpandangan positif dalam kehidupan.

Antara ayat2 NB yang aku suka dalam novel ini:
"Bagaimana susah pun kita, kalau kita lalui kehidupan ini dengan perasaan gembira dan menghargainya, kita takkan pernah mengeluh dengan kesusahan itu"

2nd & 3rd novel


Novel2 ini telah dibaca sebelum Hujan Pun Menari. Cuma baru nak buat entry mengenai novel ini :)
Novel ini best sangat okay!!! Serius! Both novels berjaya membuatkan aku menangis, ketawa, dan tersenyum dan seterusnya happy with the ending. Sekarang, aku tengah mencari satu lagi novel drpd Siti Rosmizah bertajuk Cinta Kau dan Aku. Sampai sekarang tak ketemu. Susah betul nak jumpa novel yang satu nie.

Kepada semua penggemar novel di luar sana, aku sarankan korang baca ketiga2 novel ini :)



3 comments:

shahjiehan said...

umah SJ ade beratos2 novel..semua koleksi 5adek2 pmpn SJ..hahha..siap buat bisnes sewa novel duit tu, rolling beli novel baru! hahahha

Fazleyatul Aini said...

i love novel a lot !!!
novel dua2 yg siti rosmizah tuh dah baca. mmg best.

eh skrg, novel terbitan kaki novel pon best2 tau. try la baca sepupuku suamiku. bestt

SiQaH HuSSiN said...

@SJ:

waa siap wat bisnes sewa novel..bagus jugak idea tu!!tak pernah terfikir pun..tp rasa saya x mampu nak bagi sewa lagi kot..xde ler smpi beratus novel kat umah nie :D

@Lya Colours:

sepupuku suamiku dah baca dah..hehe, best2..skrg tgh kumpul terbitan KN jugak..tp skrg dah x tahu mana yg best sbb dah byk sgt..awk bagilah cadangan novel mana yg best :)