Ahad lepas, aku dan Aliff pergi Ulu Yam bersama Rina dan lagi 3 orang kawan yang lain. Sebenarnya, ini plan Kak Aza, housemate Rina, dan aku tumpang 2 kaki je, eh bukan 2 kaki, tumpang 4 kaki sebab kaki Aliff sekali. Hehe.
Kami bertolak jam 9.30pg, singgah dan singgah, akhirnya kami sampai Ulu Yam jam 11pg. Lama je rasa perjalanan. Mula2 aku tak der ler excited sangat nak pergi mandi, tapi bila sampai Ulu Yam dan lihat air sungai dan lihat orang syok mandi manda, aku jadi excited tetiba. Tak sabar nak jejakkan kaki di dalam air sungai.
Lepas dapat port yang menarik (menarik sangat sebab tengah2 jalan kami duduk), kami terus mandi manda. Aku mandi sekejap je, pas naik untuk makan, aku terus tak turun2 dah sebab sangat sejuk. Tak sanggup lagi mahu berendam.
Port menarik :p
Ramai jugak orang kat Ulu Yam. Ada family, ada pasangan kekasih @ suami isteri maybe, dan ada sekumpulan kawan seperti kami. Adalah 3 group yang siap buat BBQ lagi. Pergghhh sangat teruja nak makan. Mahu je tetiba join jadi kenalan. Haha
Haa aku tak suka dengan tempat persalinan di Ulu Yam. Tempat mandi ada 3 je, tandas pun ada 3 je, pastu tempat mandi takde air pulak. Jadinya, aku bersihkan diri dalam tandas. Keseluruhan tempat tu kecik dan tak mampu nak menampung pengunjung yang ramai tambah lagi kalau hari cuti. Aku tak tahu siapa yang bertanggungjawab untuk bangunkan Ulu Yam, cuma orang2 tertentu harus lakukan sesuatu. Ramai orang suka pergi tempat2 begini masa weekend, release tension. Bosan duk di tempat yang sesak. Jadi, kena prepare lah tempat2 macam Ulu Yam bagi menarik sedikit, kemudahan okay, baru lah senang orang kota nak pergi menghabiskan masa di sana.
Setelah puas mandi manda, jam 4pm, kami bertolak pulang. Masing2 ikut jalan sendiri.
No comments:
Post a Comment