Monday, November 11, 2013

Move to Dayre. Bye ~

Salam.

Officially now I'm moving to Dayre.Com.

Lagi selesa dan easy to use the application. Senang nak update. And it's like an online diary for me. Hee

Visit me on dayre.me/chikamy

Thanks and bubye Blogspot :)

Saturday, August 10, 2013

Salam Aidilfitri

Salam semua. Beraya sakan ke tahun nie? Bestnya korang kan :)

Aku seperti tahun2 yang sudah, b'kerja di hari raya. Sayu hati nak tinggalkan rumah masa hari raya pertama. Huhu. Semua adik beradik ada di rumah. Aku pulak yang kena kerja. Selama nie Anjang dan Angah pun ada turn kerja jugak. Tahun nie aku sorang je. Sedih :( Bergenang airmata di tempat kerja. Tetiba je.

Takpelah. Next year aku nak cuti raya. Sebab tue kerja jugak tahun nie. Tapi sebenarnya aku sangat berharap agar aku boleh pergi sebelum raya tahun depan. Insyallah. Doakan ye.

Well berbalik pada hari raya. Wee ~ Walaupun kerja, baju baru tetap dibeli. Hehe.


First day Raya, aku pakai maxi dress. Even dress nie mahal jugak, boleh dapat lagi murah di tempat lain, tapi aku tetap beli sebab nak warna hijau nie. Tema family this year. Rembat jela. Lagipun malas nak cari dah.


Dialah peneman aku di pejabat untuk 2 tahun berturut2. Next year dah tiada Tasha. Dia sudah resigned. Sedih :(



Erysya comel dengan peplum hijaunya :) Bukan main bergaya. Siap ada beg. Senang nak letak duit raya. Hee.


Sempat bergambar dengan Along je pada hari raya pertama. Nak cepat pergi kerja. Huhu. Itupun dah lambat sebenarnya. Huhu.



Tak cukup dalam gambar nie. Aku tiada. Sob. Sob. Anjang, Along, dan Angah.


My family pada hari raya pertama. Anjang ambik gambar nie. Hijau dan coklat bergabung :D

Okay. Done. Entry mengenai hari raya pertama. Malaslah nak taip panjang2. Bukan ada cerita pun sebenarnya. Hehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir Batin. Semoga berbahagia di hari lebaran ini :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 4, 2013

Iftar with girlfriends :)

Semalam, akhirnya, hehe, aku, Arina, dan Shida keluar bersama. Disebabkan aku kerja semalam, jadi plan jumpa di Subang Parade jam 3 pm.

Plan first nak tengok wayang. Nak tengok jam 4.30 pm tapi tak sempat sebab Rina sesat. Aiyakk. Dia tak familiar dengan Subang Jaya. Last sekali dia parking kereta balik di rumah dan naik KTM. Yela rumah depan KTM.

Elok Rina sampai terus menunaikan solat Asar dan masuk wayang tengok Wolverine. Jam 5.30 pm tayangan. Filem tue best! Sangat best!! Tak jemulah aku tengok cerita Wolverine sampai final. Jalan cerita best. Sebab ada sangkut paut dengan Japanese. Dan orang jahat sebagai robot itu memang tak disangka dalangnya. Pendek kata berbaloi buka puasa dalam wayang dengan air masak bottle Blue. Hahaha!

Lepas habis wayang, straight solat dulu. Pergi surau di Subang Parade, penuh gler orang! Sangat. Surau SP memang kecik tau. Kecik sangat. Boleh menampung 2 lines solat je. Then kami terus ke surau Empire. Okaylah. Even ramai orang tapi agak besar. Pelik jugak kadang2. Buat mall besar2, surau pun kena besarlah. Haih. Kan kata negara Islam.

Habis solat, time to eat!! Yeayyy! Perut dah berkeroncong. Huhu. Makan selama 1 jam 15 minit lah lebih kurang. Keluar mall jam 10 pm.


Our dessert dan air. Dessert Serai Aiskrim ( tak suka sangat sebab ada kacang) dan Choc Lava Cake ( inilah makanan yang aku suka sangat di Serai).
Our main food, aku dan Shida makan Spaggeti Carbonara. Tak suka sangat sebab sangat pekat. Kalau cair sikit should be nice. Arina makan Serai Platter. Itu memang sedap. Ada 3 jenis lauk dan banyak.


Atas sekali status engaged. Tengah status pregnant. Bawah sekali status single and unknown. Wee ~ :)


Dan beli Elianto for the first time. Beli lipstick dan perfume :)) Perfume sama dengan Shida. Hehe.

Happy dapat keluar bersama after a long time. Last bersama masa sebelum Shida kahwin. Ada jumpa masa kenduri kakak Arina kahwin. Haa sekarang Shida dah pregnant dah. Gler lama kan. Hee.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, July 21, 2013

Together Yesterday :)

Semalam jam 4 pm gitu keluar bersama Aliff. Tak tahu mana arah tuju sebenarnya. So first pergi basuh kereta. Haha. Aliff selalu mengomel kereta aku kotor. Lupa nak suruh orang parking basuh kereta Jumaat lepas. Aiyakk.

Sementara tue, call Serai Empire to book for iftar there. And it was full okay. Full! Gler lah ramai kan orang. Nak ke Paradigm malas, makanya terus call Full House Setia City Mall to book dan yes ada.



Gambar ini diambil sebelum kami berjalan ke Jakel Shah Alam. Nak jugak tengok Baju Melayu Aaron Aziz tue kan. Haha! Nak survey jela dulu. Biasa every year Aliff akan beli baju melayu di Jalan Tar. Tapi tahun nie nak tengok tempat lain pulak. Dan iya, next week we will come to Jakel again to buy it :) Hari nie window shopping je tau. Hee


Nampak gaya tak macam berada di rumah kampung yang sangat cantik? Hee. Hiasan di SCM.
*please ignore my chubby face, my mata besar dan shawl serabut* :p



Akhirnya tiba masa berbuka puasa :) Inilah makanan kami. I'm always with Cream Sauce Pasta dan Ice Caramel Latte. And for him, Kurma Ayam Nasi Lemak (nasi sedap tapi ayam biasa2 je) dan Strawberry Vanilla.



Full House full with nice and sweet decoration :)



Ini pulak makanan for supper! Haha! Tetiba teringin for chicken wings. Makanya terus ke Uptown Damansara. Aliff makan Burger Bakar KawKaw. Sedap jugak!

Tamatlah perjalanan kami for semalam. Makan dan makan lagi. Subjek utama! Haha. Minggu depan nak shopping for raya. Takdelah shopping sangat sebab budget lari :(


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 20, 2013

Hero of Glee was dead :(




Everyone must know the news now right? Cory who played Finn Hudson role in Glee was found dead in Canada. Ohhhh :(

The reason of dead is because of the drug. But I don't know. Cory has a drug problem and he went to rehab last year. If I'm not mistaken.

Part paling sedih bila Cory and Lea akan berkahwin in 2 weeks. Huhu. Serius sangat sedih for Lea. She's preparing for a wedding and now she's preparing for a funeral. Sedihnya!!

If someone dead, tak kisah dia bangsa dan agama apa sekalipun. Sedih as a human :(

No more Finn Hudson after this!!! :(((((





Reality now :(



At least, Cory got a chance to see Lea in her white wedding dress even it was only for Glee.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 12, 2013

Ramadhan. Selamat Berpuasa :)




Salam :)

Macam mana selepas 3 hari berpuasa? Mesti best kan kamu semua berbuka puasa. Wee ~

Aku setiap hari berbuka puasa dalam kereta je. Tak sempat jugak untuk sampai rumah sebelum berbuka. Sedih je berbuka puasa dalam kereta. Tapi takpelah. Itu semua dugaan. Dugaan bulan puasa. Ada orang lain lagi teruk kot dugaannya kan. Layankan je ~ :)

Esok Sabtu! Yeayyyy! Boleh berbuka di rumah :) With Anjang dan Mama. Ayah pergi kursus setiap weekend starting weekend nie. Harap Ayah baik2 saja di sana. Di Gombak je pun :))

Tahun nie seperti biasa, makanan berbuka disediakan oleh Scope International. Alhamdullilah. Siap dapat menu for a month. Syukur. At least tak payah berfikir nak makan apa untuk berbuka :)

Dear all,

Semoga Ramadhan ini membawa sejuta kebahagiaan. Semoga Ramadhan ini menjadi bulan yang akan diingati for years and years to come. Have a wonderful month of Ramadhan all :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 22, 2013

Award! Thanks!




Penghargaan di tempat kerja for me :)
Sebenarnya award nie aku dapat tahun lepas. Cuma sijil baru diberi tahun nie. Aku sudah lupa sebenarnya mengenai sijil nie. Duit dah habis lama dah. Haha!

Thanks again CMS! I don't really know what you see through me but I believe its all good :)

Dan aku pernah melawan cakap manager. Haih. Just be me. No need to be sorry :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 16, 2013

Trick Art Museum!

Semalam, aku dan Aliff pergi ke Trick Art Museum di I-City. Tak plan nak ke sana pun sebenarnya. Plan sebenar nak pergi tengok wayang je. Tapi tetiba aku bangun tidur semalam, terus terfikir nak ke sana.

Sebab utama: nak buat something fun dan nak melihat something yang best dan membuatkan aku happy. Stress kerja last week! Everyday balik lewat!

Bayaran masuk ke Trick Art Museum adalah RM10 per person. Best jugak! Not much macam di Korea tapi okaylah. Masih 3D dan real okay. Aku pun confius pada satu gambar. Look tangga like a real tangga. Serius!



Bersebelah 5D cinema. Bangunan sebelah Old Town White Coffee.























































Best berjalan ke sana. Nak pergi lagi next time dan bawak Along sekeluarga pulak. Kemain dia komen gambar dalam IG nak ke sana. Hihi. Boleh2. Suka bawak mereka jalan2. Hee.



Satu2nya gambar kami berdua semalam. Gambar ini diambil sebelum memanah.

Di I-City, ada banyak permainan. Nak main, sila bayar. Duit saja yang diperlukan :D

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 9, 2013

First time tengok bola live!

Rasa dah lama tapi baru hari nie nak post cerita. Hee.

Aku pergi ke stadium masa separuh akhir Piala FA Pahang vs JDT. First time pergi stadium jadi semangat lebih sikit! Hee.


Tahulah kan aku sokong mana? Hee. JDT! Harimau Selatan!

Okay at first aku nak sokong Pahang. Tapi disebabkan tunang orang Johor, makanya marilah kita sokong JDT. Hee.

Nak dijadikan cerita, masa yang sama, Along datang sini to watch it live too. Along sekeluarga penyokong tegar Pahang, aku dan Aliff penyokong JDT. Kami satu kereta bersama2 pergi ke stadium! Haha! Orang pandang pelik je. Dah tue boleh makan sekali lepak sekali before masuk stadium. Haha! Lepas dah habis perlawanan pun, pergi makan di Damasara sama2 jugak! Haha!












We only rivals in the stadium :)








My view! Daripada seat aku. Best2! Tengok bola live! Tak rasa lama dan bosan seperti tengok bola di tv.

Gambar2 di bawah diambil selepas JDT diumumkan ke Final Piala FA. Asap semua keluar dah haa.















Akan ke stadium lagi for Final!! Yeayyyy!! :D And JDT you better win. Sebab aku cancel to join Legoland Trip with friends. You must WIN JDT! Please main bola elok2. Cepat2 sikit. Serius, aku sukakan cara permainan Pahang lagi. Cepat je dan di mana2 ada mereka dalam padang.

Sebenarnya pada hari perlawanan, aku sekeluarga plan nak pergi tengok Surfina di Melaka. Tiba2 Along kata cancel tengok Surfina sebab nak pergi stadium. Dan jadinya tengok Surfina hari Ahad.

Dan balik dari Melaka Ahad tue, ambil masa 5 jam. Jalan jem gler!

- Posted using BlogPress from my iPhone