Aku pergi ke stadium masa separuh akhir Piala FA Pahang vs JDT. First time pergi stadium jadi semangat lebih sikit! Hee.
Tahulah kan aku sokong mana? Hee. JDT! Harimau Selatan!
Okay at first aku nak sokong Pahang. Tapi disebabkan tunang orang Johor, makanya marilah kita sokong JDT. Hee.
Nak dijadikan cerita, masa yang sama, Along datang sini to watch it live too. Along sekeluarga penyokong tegar Pahang, aku dan Aliff penyokong JDT. Kami satu kereta bersama2 pergi ke stadium! Haha! Orang pandang pelik je. Dah tue boleh makan sekali lepak sekali before masuk stadium. Haha! Lepas dah habis perlawanan pun, pergi makan di Damasara sama2 jugak! Haha!
We only rivals in the stadium :)
My view! Daripada seat aku. Best2! Tengok bola live! Tak rasa lama dan bosan seperti tengok bola di tv.
Gambar2 di bawah diambil selepas JDT diumumkan ke Final Piala FA. Asap semua keluar dah haa.
Akan ke stadium lagi for Final!! Yeayyyy!! :D And JDT you better win. Sebab aku cancel to join Legoland Trip with friends. You must WIN JDT! Please main bola elok2. Cepat2 sikit. Serius, aku sukakan cara permainan Pahang lagi. Cepat je dan di mana2 ada mereka dalam padang.
Sebenarnya pada hari perlawanan, aku sekeluarga plan nak pergi tengok Surfina di Melaka. Tiba2 Along kata cancel tengok Surfina sebab nak pergi stadium. Dan jadinya tengok Surfina hari Ahad.
Dan balik dari Melaka Ahad tue, ambil masa 5 jam. Jalan jem gler!
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment