Thursday, January 24, 2013

Happy Birthday Mama!




Happy Birthday Mama! Such a great Mama! We love you much! :))

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 7, 2013

Done upgrade!

Hahaha! Orang dah sekian lama upgrade software to IOS6, aku baru je sudah upgrade hari nie. Hihi. At first, aku malas nak upgrade sebab nak kena cari wifi connection. Tapi selepas apps ada yang need IOS6 baru boleh guna, jadi aku upgrade jugak.

Semalam di Starbucks Empire, upgrade jugak tapi tak berjaya. Error! Sebab wifi slow sangat! So today aku pergi ke Setia City Mall. First nak pergi Starbuck jugak tapi lembap jugak nanye. Error je! Then aku pergi Delicious dan yes! Berjaya upgrade! Laju weiii wifi Delicious. Maybe tak banyak orang guna kot. Aku pergi tadi pun jam 11 am. Selepas 1 jam dan my iphone already upgraded to IOS6! Yeaayyy!!


Brunch: Carbonara Spaggetti & Short Latte.
After this, I know where I can go to find WiFi! Wee ~ 😊

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 6, 2013

Cameron Highland! Wee~

Semalam pergi Cameron! Dengan kawan2 Aliff. Sebenarnya mereka ada buat plan nak ke Cameron dan Sunway Lagoon. Tapi aku dan Aliff tak boleh join sebab Aliff kerja hari nie. Jadi, takde nak cakap apa2 kan. Tetiba pagi semalam, I received many sms and call drpd kawan2 Aliff. Ajak join jugak even balik hari pun. Aliff ikut cakap aku so sebab tue kawan2 dia cari aku. Dan aku semestinya cakap okay. Sebab aku memang suka jalan2. Hihi.

Jam 12.30 pm bergerak dari R&R Rawang ke Cameron!


Persinggahan pertama di sini!


Gegurl Defaque with Tun. Aliff digelar Tun dalam group kawan dia. Tak tahulah kenapanya. Haha!


Buah hati saya. Hihi. Sayang dia ketat2 :))


Me with the cactus! Banyak sangat!


Kaktus yang cantik tapi bahaya. Tajam ooo!

Sempat pergi dua tempat je. Terus ke apartment yang mereka sewa. Duduk sana, Aliff sempat tidur sekejap dan jam 8 pm kami bergerak balik. Seram okay lalu jalan Cameron malam2. Huhu. Tak nak dah lalu sana malam2. Jam 12 pm sampai rumah. Penat dan bersiap terus tido.

Nak pergi Cameron lagi!! Nak lagi. Nanti2 lah next trip. Dengan siapa? Hihi.



Dan today, baru je balik dari Empire. Bertemu Ummi di sana. Girls talk! Kadang2 girls talk berdua bagus jugak. Tanpa lelaki2 mengacau kami :p

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 4, 2013

SnoWalk I-City!

Ahad lepas, cuti New year Along datang sini. Dan kali nie, bawak Haikal dan Erysya ke SnoWalk I-City!
Only one word can describe SnoWalk - FROZEN! Gler sejuk! Bayaran RM25 tapi masuk dalam tue just 20 mins je. Tak tahan oiii! Erysya sudah ajak keluar.
Overall, okaylah! Tak lah best mana pun. Sejuk air batu je. Bukan sejuk snow sangat pun. Hihi.




Us di dalam SnoWalk. Sejuk sangat! Gambar yang sempat diambil sebelum tangan beku.




Antara kelipan2 cahaya yang ada dalam snowalk!








Asalkan mereka okay dan happy! :))




Ini bukan dalam SnoWalk. Ada dalam Water Walk! Haa aku paling teringin nak naik benda alah nie. Tornado!! Satu hari nanti aku akan pergi! Cam best dohh!
- Posted using BlogPress from my iPhone

Happy New Year 2013!!

Salam tahun baru. Haha! Dah buat entry semalam baru nak tahun baru hari nie. Aiyakk! :p

Salam tahun baru sekalian. Sambut di mana tahun baru buat tahun nie? Aku pergi tengok bunga api di KLCC bersama Aliff dan Along's family. Yang tak tahannya, keluar rumah jam 10.30 pm(budget macam kau sorang nak pergi countdown) dan stuck di terowong ke KLCC. Sudahnya jam 12 am, kami semua keluar kereta dan left Aliff alone in the car. Hihi. Sorry sangat2 sayang. Tapi Aliff pun nampak bunga api cuma tak jelas macam kami lah :) Hehe. Itulah cara sambut new year. Stuck in traffic jam and celebrate new year di tepi jalan saja.



Bunga api sangat cantik!!! Berlangsung selama 10 minit. Cantik sangat2lah!! Dan bunyi macam nak berperang. Gler kuat!

Dan sempena tahun baru, aku ada buat kad (kad lah sangat kan :p) .





For My Lovely team! ITT!!


Ayat sama cuma lain background je. Hihi. For different people :))


Ini aku letak di Instagram :))

That's why I love Iphone so much!! All in it! Samsung tiada ya. Along dah cari. Dia pengguna Note 2 :D

Selamat Tahun Baru 2013 again and again! Azam tahun nie? Hihi. Malas nak berazam sangat. Let it be when the time is right. Wee ~ 😍

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 2, 2013

Dinner Treat! Thanks!

Sedap!!!! Yessss! Finally for second time, I went to South Sea Restaurant. Hihi. First time pergi sana masa arwah mak bawak before we moved to Kuantan. Lama sungguhlah kan.

Jumaat lepas, we have ITT dinner treat. FRIENDS group in whatsapp :) Sponsored by Hanis, Pian, dan Liza. The new joiners in our team. Baru tak baru sangatlah. Hampir setahun dah. Hihi. Kami yang lain dah blanjer, so tiba giliran budak baru pulak. Pau dorang!! Yeayyy!

Pilihan restoran dilakukan oleh Hanis. Kami pilih South Sea Restaurant yang terletak berdekatan dengan rumah aku. Hihi. Selekoh jalan lama ke Subang Perdana. Sana memang sentiasa penuh dengan orang dan makanan memang sedap!





Makanan yang kami order. Don't ask the name. Serius aku tak tahu. Yang aku tahu satu je, salted egg crab! Sedap!! Makanan yang macam siput tue pun sedap. First time makan. Dimasak dengan butter. Menambahkan kesedapan :)


Us! Lepas makan mari bergambar! :D


Snapwhore! Location mostly di aquarium South Sea. Aquarium menyimpan pelbagai barangan basah untuk dimasak. Fresh!!


Snap lagi dan lagi! Weee~

Antara haiwan2 yang ada dalam aquarium di South Sea! Harga ikut 100g. Contoh RM13 / 100g.





Kesian jugak tengok ikan2 nie. Padat haa. Siap beratur lagi haa. Huhu.


Abalon yang mahal sangat. Sedap sangat ke ek abalon? RM32 each!


Haiwan paling pelik pernah aku jumpa. Geoduck! Dalam kategori siput kot benda nie. Eeee nak masak apa pun tak tahu. Nak makan pun tak lalu eh.

Thanks for the treat!! Penutup 2012! Hihi.

Next treat, emm siapalah yang blanjer. Pau orang yang baru naik pangkatlah. Amacam? :p

- Posted using BlogPress from my iPhone