Sunday, July 26, 2009

Tak Boleh Hidup Tanpa Internet??

Semalam, atok ada meeting kat Mid Valley. Suka atok g meeting :p Dan semalam atok dan Mak Ndak tidur di rumah dan pagi tadi Mak Ndak hantar atok ke kampung. Atok ajak aku pulang ke kampung ambik rambutan, langsat, tapi aku je yang tak mahu. Balik kampung sekali sekala, baik balik lama2 sikit. Nantilah. Aku akan drive sendiri balik kampung :)

Atan dan Intan (anak Mak Ndak) sudah mula mengenali laptop dan internet. Jadi mereka dari sampai petang semalam sampailah lewat malam semalam duk mengadap laptop kerjanya. Tak lama lagi Mak Ndak perlu belikan komputer untuk mereka :) Begitu juga dengan Mamat (anak Pak Ngah). Dia pun duduk mengadap laptop if datang sini.

Apabila melihatkan mereka gilakan laptop dan internet, aku pun teringat pada zaman aku mula2 mengenali laptop dan internet. Terutama internet lah. Jakun gak mula2 dulu tau. Seronok sangat bila dapat duk mengadap internet ni. Macam2 boleh cari. Orang kata, 'Bagaikan dunia di hujung jari'. Memang gian gak lah mula2 dapat tahu kewujudan internet ni. Masa tu kecik lagi :p

Sekarang, dah tak tahu nak buat apa lagi dengan internet selain men-download, blogging, FB, email, cari lagu. Bila dah disogokkan dengan internet sejak sekian lama, jadi walaupun aku tak ada nak buat apa pun, kena gak ada internet. If tak ada rasa macam tak lengkap lak. Samalah juga dengan laptop dan handset. Wajib ada :)

Aliff pun kata yang aku tak boleh hidup agaknya if tak ada internet. Well baby, I dah biasa lah. Hehe

2 comments:

AIZAT ARIFFIN ZAINAL said...

yup.. its hard to livin' without internet these days.

yang tak kenal internet mungkin boleh survive. yang dah lama hidup dengan internet.. cannot wor..

macam cigarettes jugak~ cliche-kan? ;)

SiQaH HuSSiN said...

betul3..hehe..
if xde internet rasa hidup ni bosannya sgt2.

for those who smoking, mmg cam cigarettes lah :)

tp for me yg kuat makan ni, cam makanan lah :p