Monday, July 13, 2009

Tak Sedap Hati, Pelik..

Pagi tadi, aku tengok ada dua plastik yang mengandungi tin laici dan maggi kari setiap satu betul2 di dalam pagar rumahku. Aku tertanya2 kepunyaan siapa plastik itu. Adakah orang sedekah ke? Tapi if sedekah tak akan tak ada diletakkan nama? Aku tetap mengambil plastik itu dan hanya meletakkannya di atas kerusi di luar rumah. Aku tak berani nak terus membawa masuk ke dalam rumah. Ntah kenapa aku rasa tak sedap hati.

Aku tunggu sehingga ayah mama pulang dan bertanyakan mengenai plastik itu. Rupa2nya, plastik itu ada di atas bonet teksi ayah semasa ayah pergi kerja dan ayah letakkan plastik itu di atas tong sampah rumah. Ayah rasa pelik dengan plastik itu sebab itu letakkan ia di atas tong sampah. Dan jiran sebelah yang meletakkan plastik itu di dalam pagar rumah kerana dia tahu itu adalah plastik berisi makanan.

Tapi bila ditanya, jiran sebelah menyebelah tiada pulak yang dapat plastik berisi makanan itu. Itu yang membuatkan aku sekeluarga pelik. Kalau nak sedekah, mestilah sedekah kat semua rumah kan. Takkan nak pilih2 rumah kan.

Serius. Aku sudah memikirkan perkara bukan2 apabila tahu perkara itu. Aku takut plastik itu mengandungi benda lain yang kami tak tahu. Pendek kata, kena dek buatan orang. Aku fikir benda camni kerana sudah 3 orang ahli keluarga ku yang pernah kena buatan orang. Aku tak sanggup tengok perkara itu berlaku dalam keluarga aku lagi. Cukuplah!! Sekarang, walaupun dunia sudah maju tapi perkara sebegitu masih dilakukan oleh orang yang bengong dan tidak memikirkan balasan yang akan diterima kelak.

Atau mungkin itu kepunyaan pengangkut sampah? Dorang beli maggi dan tin laici itu untuk makan dan tertinggal di atas bonet teksi ayah? Mana tahu kan.

Aii aku ini suka memikirkan benda2 cmnie. Sebab tak tahu perkara sebenar. Huhu.

Ya Allah. Jauhilah keluarga ku drpd perkara2 yang tidak diingini. Selamatkanlah kami drpd hasad dengki orang lain. Amin..





2 comments:

Anonymous said...

PENDAPAT SAYA JGN DI MKN ATAU DIGUNAKAN KALAU ADA RASA WAKSANGKA TG TIDAK BAIK...

BUANGKANNYA WALAUPUN TERPAKSA...

SiQaH HuSSiN said...

memang dah buang..