Monday, July 13, 2009

Tiada semangat!!

Esok pagi, aku akan berangkat ke Kelantan dan berada di sana selama 4 hari. Aku pergi ke sana untuk menghadiri sport conference yang aku katakan dulu.

Biasanya jika aku mahu pergi ke mana2, aku akan persiapkan barang2 aku 2 hari sebelum bergerak. Punyalah awalkan. Memang begitulah aku. Dan kalau boleh 1 wardrobe tu nak bawak.

Tapi kali ini, tidak begitu. Emm ntah kenapa aku tiada mood, semangat untuk pergi. Walaupun dulu diriku terasa amat teringin untuk pergi, tapi kali ini aku pun tidak tahu ke mana perasaan itu pergi. Dulu semasa 2nd year di USM, kami telah menjadi Milo girls iaitu girls yang membantu sepanjang conference itu diadakan. Dan semasa itulah aku katakan bahawa satu hari nanti aku akan terlibat dalam conference ini sebagai peserta, bukan pembantu lagi.

Tapi kini, apabila peluang itu datang, dah jadi tiada semangat untuk pergi. Adakah kerana aku sangat sukakan suasana di rumah? Pendek kata tidak melakukan apa2. Dalam erti kata, malas!! Huh. Adakah kerana aku merasakan bahawa diriku tidak layak berada di sana bersama mereka2 yang pakar dalam bahagian sains sukan masing2? Tidak!!Tolonglah jangan berfikir sampai begitu sekali. Conference ini adalah untuk belajar something new, berkongsi pendapat dan pengetahuan. Aku kena berasa happy dan teruja untuk menghadiri conference kali ini. Tambah lagi budak baru belajar seperti aku.

Jadi, tingkatkan semangat. 3 hari je conference tu beb tak matinya g sana :p Jangan sia2kan.

Edit: Ish jangan cakap pasal mati. Terlepas cakap lak. Huhu

No comments: