Saturday, September 26, 2009

Kisah Hari Raya 1

Tengok blog kawan2, mostly semua dah menceritakan perihal raya masing2. Aku ni baru nak cerita haa. Meh dengar aku punya cerita raya pulak :D

Hari Raya Pertama:

Pagi2 bangun tidur, tolong mama siapkan juadah di pagi raya. Juadah pagi raya seperti biasa, rendang daging, lotong (nenek buat), masak lodeh, kek, dan lemang (beli kat depan taman).

Lepas makan, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan Ayah, Mama, Along, Abg Ayin, Haikal, dan Anjang. Ohh ya, Anjang balik malam raya seorang diri dan kembali ke Genting pagi raya seawal jam 7.30 pg sebab dia masuk kerja jam 9 pg. Before 9 pg, Anjang dah call kata dia dah sampai Genting siap dah mandi nak g kerja. Perggghhh laju gler kau bawak motor Anjang oiiii!!! Itulah adik aku. Aii..

Ayah, Abg Ayin, dan Haikal pergi solat raya. Aku tak ikut pun. Dan hari raya pertama aku mandi pada pukul 11.00 pg. Haha. Sengal kan, pagi2 raya aku dah malas nak mandi.

Then, kami sekeluarga pergi ke Meru untuk beraya di rumah nenek. Duduk sana sampai lewat petang dan malam hanya berehat di rumah..

Tahun ni, aku malas bergambar.
Hanya sedikit sahaja gambar yang diambil sebelum bertolak ke rumah nenek.


Raya pertama, boria hijau :)






Aku: Handsomelah adik ni.
Haikal: Taklah handsome sangat.
Sambil tersengih2. Hihi

Ada satu perkara yang tak diingini berlaku semasa perjalanan ke rumah nenek. Huhu. Pergi ke rumah nenek, bawak kereta Along, then tengah2 jalan tu, Haikal yang duduk di belakang tiba2 nak duduk depan dengan Ayah. So berpindah jela dari belakang ke depan. Dalam masa itulah, tiba2 gear boleh bertukar ke 'R' sebab Haikal tertendang. Terus enjin mati dan bila start balik, gear boleh ke 'D' tapi gear rendah je. Tak boleh ke gear tinggi. Dah tu, kami patah balik ke rumah untuk tukar kereta Ayah pulak. 2 kali patah balik rumah nanye, 1st patah balik sebab nak ambik kek dan kuih nak bagi kat nenek, kali ke2, sebab nak tukar kereta pulak.

Memang pelik bila gear boleh berpindah ke 'R' masa kereta bergerak walaupun kena tendang dengan Haikal. Nak tukar gear pun kena tekan dan baru gear boleh gerak, so macam mana boleh tertukar sendiri. Semua orang tak percaya boleh tukar sendiri gear tu. Kesimpulannya, maybe gear tu memang dah haus, tunggu masa je nak rosak. Jadi, kami tak jadi salahkan Haikal. Haha. Tapi dah marah Haikal jugaklah sampai tertido budak tu :D

Dan,

Ehem, malunya dapat duit raya!!!
Terima kasih pada yang memberi duit raya pada diriku ini :p





4 comments:

Anonymous said...

kenape nak malu dpt duit raye, dear?
my family selagi belum keje still dpt duit raye.
so enjoy je smntara belum kene kasi duit raya.
lalala

SiQaH HuSSiN said...

malu jugaklah..
i dah hbs blaja tp x keje lg..
cam susahkan je dpt duit raya.
lagipun, lg ramai org bg duit raya kat i, lagi byklah i kena balas bila keje nanti..tu yg x nak.haha

LuVidA^^ said...

cute pix raye die...
:D

SiQaH HuSSiN said...

hari raya semua org cute :D