Tuesday, September 15, 2009

Last kuih raya

Finally, sudah buat kuih raya terakhir :)

Tat Nenas Nurulsiqah

Lama aku buat tat nenas ni. Dari jam 5 pm, pastu benti berbuka then jam 8 pm sambung balik dan akhirnya siap jam 12.30am.
Inilah kuih yang mengambil masa paling lama untuk disiapkan.
Lagipun buat banyak, sebab tu lama. Tat nenas ni kegemaran Angah dan aku juga..

Tak pelik ke tengok tat nenas aku? Hehe
Biasa kan orang buat tat nenas gulung, dapat kat aku sudah jadi lain tat nenas nya.
Kenapa ye?
Saja je aku buat lain sikit, asyik gulung je, kali ni aku bentukkan jadi lain.
Okay tak?


Hahahaha..
Habis korang kena kelentong dengan aku. Hehe
Sebenarnya (sebab sebenar ni), adunan tat kali ni 'seroi' (aku tak tahu camne nak eja). Ala adunan tu bercerai2, tak padu. Jadi tak boleh nak digulungkan sebab asyik putus je. Sebab tu aku buat bentuk lain.
Bukan sebab aku konon kreatif nak buat bentuk tat yang lain :p
Macam mana pulak tahun ni boleh adunan tak jadi. Huhu
Nasib baik, rasa tetap sama :)


****************************

Ni nak cerita pulak pasal balik kampung kelmarin.
Tujuan sebenar nak berbuka puasa dan bersahur dengan atok dan tok wan.
Dan untuk kali pertama dalam bulan ramadhan ni, aku tambah nasi masa berbuka.
Pendek kata, makan banyaklah.
Aiiii sedap je kalau atok masak tau.
Kalau duduk kampung lama2, boleh makin bertambah berat badan aku.
Ingat dulu masa duduk kampung, mak cik masak bihun goreng. Pastu dah habis bihun goreng, then untuk kali ke2, atok pulak yang goreng bihun.
Aku tahu je atok yang masak, terus aku makan buat kali ke2 (siap bertambah lagi) sedangkan perut dah full masa tu.
Memanglah.
Memang atok masak sedap!!!




4 comments:

myhedwig~ said...

wah wah.. nak sikit.. hehe

Cutiesifa said...

mehlah ambk..hehe

LuVidA^^ said...

suke tat nenasssss.........

:D

sudah beli....bwk uma

Cutiesifa said...

tat nenas yg dibeli tu, jgn habis be4 raya dahlah :)