Friday, September 18, 2009

Mereka tak balik raya

Lagi 2 hari je kan nak raya. Maybe lagi 2 hari lah. Mintak2 raya Ahad ni :) Orang lain mesti berkobar2 nak raya kan. Seronok jugak raya. Dapat berkumpul adik beradik, saudara2 ramai2. Riuh rendah jadinya. Tapi tahun ni, Angah dan Anjang tak balik raya. Anjang maybe balik malam raya just semalam je sebab raya pertama dia kerja, dan Angah langsung tak dapat cuti raya. Kejam sungguh orang kat kem itu. Benarkanlah abang aku cuti woiii.

Tadi, ayah dah beli daging tuk masak rendang raya nanti. Tengah2 potong, ayah cakap, "aii Angah tak balik pulak raya ni". Aku hanya mampu diam sahaja. Angah suka makan rendang daging, sebab tu ayah potong daging teringatkan anak dia yang entah apa dimakan pada pagi raya nanti. Sob sob. Walaupun aku tak rapat sangat dengan Angah dan Anjang, tapi sedihhh dorang takde raya ni. Tak cukup bergu lah kami adik beradik. Tahun pertama dorang tak dapat balik raya

Esok pagi, Along sekeluarga bertolak balik ke sini. So tengah hari kot sampai. Nasib baik Along, Abg Ayin memang dapat cuti tiap tahun. Tak ada lah potensi tak balik raya.

Nanti aku kerja mintak2lah dapat cuti raya tiap tahun.


5 comments:

Ansari Azrul said...

sedih nye.. sabar ye.. raya sebulan ape..

cheer up!

fara said...

Btol. Rase xlengkap kalo ade yg xdpt balek kan...

SiQaH HuSSiN said...

ansaree:

raya sebulan tp mereka balik lepas sebulan gamaknya :(


Ms.Independant:

haah..x lengkap rasa...

LuVidA^^ said...

em...sedeynye...
kalu de yg x ckup korum..
xpela...
nk wt cne..kalu ade tggjwp kn?

smt mkn rendang..hee

SiQaH HuSSiN said...

haa tu lah..
dgr abg i kata pun meriah je sambutan raya kat kem tu..kira okaylah kan..
adik i ada blk ni..oklah jugak :)

oii rendang dah siap..dah makan dah td.hihi..

slmt makan lemang :D