Sunday, September 13, 2009

Shopping With My Yayang

Ekkkk
Sejak bila aku panggil dia Yayang..
OOOOooOOO tidak tidak.
Tukar2..

Shopping With My Aliff Tersayang :p

Semalam kuar dengan Aliff pergi shopping raya!!! Kuar seawal pagi sebab tak nak bersesak dengan orang lain. Jam 9.30 am lalu depan Sogo, dah ramai orang kat situ, tunggu Sogo bukak. Ish2 ada lagi orang lagi awal dari kami. Semangat shopping raya ni.

Kami pergi ke Masjid India. Aliff nak beli baju melayu. Dia dah survey baju melayu kat situ be4, so just go straight ke gerai itu lah. Sudah beli baju melayu, kami jalan2 di sepanjang Masjid India tu. Awal pagi, jadi tak lah ramai sangat orang. Tak bersesak sangat. Mujurlah. Pengsan kalau ramai2 sangat ni. Jalan2 then singgah beli butang baju melayu, pastu jalan2 lagi. Akhirnya, aku beli 1 beg, 3 shawls, dan kerongsang. Aliff hanya nak beli baju melayu since brg2 raya yang lain dia akan membeli belah di Muar bersama Kcut.

Haa Aliff ada belikan jam tgn tuk kami. Jam kat Masjud India tu lah. Yang tak patutnya, jam tu besar sangat dan memang pelik kalau aku pakai. Aku tengok orang pakai lawa tapi bila aku pakai, serius pelik. Tapi Aliff kata lawalah tu. So layankan jela. Baby ni suka pelik2 tau. Pelik2 pun aku sayang jugak. Hihi

Lepas dah beli barang, kami terus keluar dari Masjid India tu. Kami tiada arah tuju jadi terus pulang ke rumah ku. Lagipun nak burn movie dalam DVD tuk bekalan Aliff berada di kampung selama seminggu. Baru je selesai download movie yang dia nak.

Lepas siap burn, kami keluar balik pergi jalan2 di PKNS, Plaza Alam Sentral. Berbuka di Plaza Alam Sentral dan terus pulang. Aliff sambung keluar dengan kawan2 dia malam semalam dengan tak mandinya. Sayang buccuuukkk. Uweeekkk :p

Best keluar dengan baby semalam. Seperti biasa Aliff penat layan aku, dan aku lagi penat layan dia. Penat jalan semua tempat yang dia nak pergi. Tapi takpe, sebab bila dengan baby, penat pun tak terasa sangat walaupun muka aku mmg nampak penat gler. Muka kemek katanya. Hihi

Tiada pic kali ni. Ambik pic guna handset Aliff, lupa nak send kat aku. MMS Aliff buat hal pulak.

7 comments:

ayunik said...

wah seharian berjalan, mnenye x penat..

SiQaH HuSSiN said...

tahu xpe..
tp bila dah sampai rumah, x la terasa penat sgt berbanding kat luar :)

love sakura said...

wah..bestnya shopping..hehe..
rindu tul nak p jalan2 area msjid india tu..hahaha

fara said...

Ehem3~
Beshnye dpt g masjid India...
Frh xpena smpi sne agi...
Sume yg diajak mls nk bersesak!

SiQaH HuSSiN said...

love sakura:

best2..byk kedai, rs rugi nk beli awal2.nt takut kat dpn jumpa yg lagi murah..dahnya penat jalan je..hihi..


Ms.Independant:

i pun tahun ni baru tahun ke2 g..parents i malas ke sana, aliff je yg rajin..tu yg i pun jd rajin..hehe...kalau u nak g nanti, i leh temankan..hehe

LuVidA^^ said...

nk pegi situ jugak..
xpnh g..tau name je..
:(

em..s/alam dok ane...
g PAS x ajak pon..huhu..

lawat la ida kt uitm ni..:P

SiQaH HuSSiN said...

i pun br 2 kali g sana.nanti kt g sama2 pulak..wat rombongan ke masjid india..hehe

aritu xde plan nak g PAS pun.nanti kita buat couple date nak?haha

duk kat subang perdana..ada masa nanti i lawat ida..hihi..haa dulu masa nak buat hardcover tuk thesis, i wat kat sek 2 lah.dkt dgn uitm u..sj nk bgth :)