Wednesday, March 24, 2010

Sungguh sengal driver bus itu!

Semalam, jam 5.50pm, aku sudah keluar dari office. Aku sangatlah happy sebab keluar awal dengan harapan sampai rumah pun awal juga.

Biasa jam 6.15pm, bas RapidKL U81 ke Subang Perdana akan tiba. N semalam, bas itu tiba tepat pada masanya.
Tapi sayangnya disebabkan driver bas itu SENGAL, dia telah meninggalkan aku dan 2 orang penumpang yang lain. Ish..

Begini ceritanya,

Ada empat bas serentak berhenti di AsiaJaya petang semalam, bas U81 adalah salah satu bus yang ada. Bas U81 berhenti di belakang sekali. Aku pun berlari untuk kejar bas itu sebab aku menunggu di hadapan sekali.

Tup..Tup..Bila sampai kat bas, dia terus start bergerak tanpa menghiraukan aku dan 2 orang penumpang lain. Cepat2 je dia nak bergerak. Aku pun tak faham apa yang dia kejar. Orang yang naik bas before tu pun just naik tanpa bayar dulu. Biasa naik RapidKL kan kena bayar dulu, dah habis semua baru bas gerak kan. Ini tidak, tak sampai 2 minit pun bas itu berhenti & bukan nak tengok orang pun.

Aku ingatkan dia bergerak dan nak berhenti di hadapan sedikit memandangkan di hadapan kosong tiada bas. Rupa2nya, dia terus bergerak jalan. SENGAL!!!!!

Jadinya, aku menunggu dan menunggu dan akhirnya jam 7.00pm, bas U81 tiba dengan driver bas yang tersenyum dan dengan ramahnya bertanya, “adik nak ke mana?”. Sejuk sikit bila tengok driver bas kedua ni.

Kenapalah tak semua driver bas ada sikap tanggungjawab dan bertimbang rasa?? Lainkali tengok dulu samada semua penumpang sudah diambil ke belum, jangan mai redah nak jalan je. Apalah yang nak dikejar sangat??

Nasib baik aku tak tahu nama driver bas sengal itu. Kalau tahu, aku dah mengadu kat RapidKL.



7 comments:

eyes143.. said...

haiyaaa.. kena tgl ke..? meh kita pancitkan tayar bas tuh

Ms.Independant said...

tensen kalo kene camtu!

Cutiesifa said...

eyes143:

ikutkan hati nak gak wat camtu..
tp cian kat org lain yg x bersalah..
baiklah konon..hehe

Cutiesifa said...

Ms.Independant:

agak tension jugak..huhu

AkU said...

hentak2 je driver tuh..

Cutiesifa said...

Aku:

x nak hentak, ganas tu..
nak bg warning je..bg dia prihatin sikit kat penumpang nie..

AkU said...

manusia nih..kekadang ckp lek-lok bkn nak dengar..