Thursday, July 1, 2010

Kenapa bunuh diri??hukhuk

Serius terkejut bila mendengar cerita pasal 2nd hero in Winter Sonata, Park Yong Ha meninggal dunia semalam. Yang paling tak syok bila dia meninggal sebab bunuh diri. Hukhuk. Kenapa singkat sangat akal tu? Aduhai!! Kurang seorang pelakon handsome kat dunia nie..

Apabila terdengar kisah melibatkan Winter Sonata, aku pun terimbas kenangan menonton drama nie bersama keluarga tersayang. Ingat lagi, kami sekeluarga termasuk ayah aku yang tak suka tonton drama tu bersiap sedia kat depan tv sebelum drama ini start. Memang tak pernah miss lah, best sgt drama ini, sedih pulak tu. Winter Sonata merupakan drama Korea 1st yang aku tengok, then terus minat drama Korea.

Ayah aku dulu minat kat Yoo Jin. Suka sangat kat Yoo Jin. Dulu, arwah mak mengasuh anak orang, ada 6 orang, salah seorang tu, Izzah, mukanya mirip muka Yoo Jin. Jadi kami sekeluarga panggil dia Yoo Jin sampailah sekarang. Dah besar pun dia sekarang, 10 tahun.

Sekarang tengah mencari OST Winter Sonata. Mana ek CD tu pergi? Dah pindah2 dulu tak ingat mana letak. Dah bertahun baru nak cari balik. Aii siqah oiii!!Kalau tak ada kes Yong Ha nie, memang lagi lambatlah aku nak cari. Hoho

Inilah Park Yong Ha!! Handsome kan?




3 comments:

Ries Lee said...

kenape mudah sangat nak bunuh diri sdgkan dia ramai org puja.
mungkin dia tak cukup bahagia tu..

Cutiesifa said...

pelik kan dia bunuh diri, lainlah kalau dia xde apa2..peminat ckit punya ramai pun masih pk cetek camtu..
emm kadang2 org camtu, kita tgk cam bahagia tp nanye x..maybe sbb x bahagia jugak kot...huhu

Said Saiful Fazli said...

hye.. here is my new blog~
senang2 dtg lah menyinggah ek~