Wednesday, November 17, 2010

HANDPHONE RULES!!!

I have received this email from my manager...

Please note with immediate effect:

a) Handphone must be in silent mode and kept in your drawer.

b) Do not answer your call in the operation floor (even handsfree). All personal calls must be answered outside operation floor.

c) If you are coming late or unable to come to work due to MC/EL, call the direct line of your Service Lead or Manager if you are unable to contact them via handphone.

This must be adhered seriously and effective immediately.

Seriously??? Seriously??


Kenapa tiba2 nak ada handphone rules pulak? Selama ini okay je, boleh je bawak handphone, letak handphone atas meja and tak payah nak silent2. Nie mesti kes nak ikut handphone rules kat HSBC memandangkan HSBC dah lama menggunakan rules nie. Selain itu, katanya handset ini jugak salah satu punca fraud payment jadi sebab handset boleh digunakan untuk capture customer's signatures & details. Emm


Masalahnya, kalau first masuk kerja terus dah ada rules camnie takpe jugak, nie dah berkurun kat sini, baru nak ada rules gini, boleh jadi hangin jugak lah. Ramai yang tak setuju with this new rules including me!!! But nothing we can do. Have to respect manager’s decision.


Semalam aku silent gak & letak dalam beg tapi hari nie, aku tak silent (with very low ringing volume) dan letak atas meja. Peduli apa aku. Hari nie hari raya. Saya nak guna handset saya, nak online FB, Twitter, Email, Friendster (eh aktif lagi ke, Hehe).
Esok, saya akan ikut rules nie. Kalau terikut :D


Tuesday, November 16, 2010

Birthday Boy!!!

Birthday Boy!!!
Hari ini hari special untuk sayang saya sbb hari ini birthday dia!!
Happy 24th birthday to Aliffriwan Manja!!
Semoga dimurahkan rezeki (boleh kawen cepat sikit. Hehe), semoga berbahagia di samping insan2 tercinta termasuk saya :)
I Loveeeeee Youuuuuu SOOOOOOOOO MucHHHHHHHHHH baby!!!

Walaupun kamu lagi muda drpd saya selama 18 hari, tapi kamu tetap lelaki yg lagi matang drpd saya..
Saya memang lammmmmbatttttt nak matang. Ahaks :D






Thursday, November 11, 2010

Lagu ini buat saya sedih :(

Pernah dengar tak lagu Sudirman - Jauh Di Sudut Hati?? Lagu itu sangat mendalam maksudnya dan membuatkan saya sedih sebak bila mendengarnya. Hukhuk. Apabila saya boleh berasa sedih mendengar lagu itu, maknanya Sudirman telah berjaya membawa lagu itu dengan penhayatan yang sangat bagus!! Begitu juga dengan lagu Saat Terakhir by ST12. Juga mampu buat saya sedih & menangis tetiba :(

Lirik lagu Sudirman - Jauh Di Sudut Hati

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesungguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku


p/s: saya tak banyak kerja arinie sebab ccy USD cuti so no payment involve USD. Mulalah menghitung jam untuk pulang..



Tuesday, November 9, 2010

bosan!!

Aku kat ofis sekarang. Pagi2 nie biasa memang tak berapa banyak sangat kerja, lagipun aku tak payah buat xrate today coz aku kena handle Taiwan, jadi bertambah kuranglah kerja aku. Tapi petang nanti, bertimbun2 lah!!For sure punya!!Huhu

Cadang nak online FB jap tapi FB tak boleh bukak lah. Hampeh betul. Bukak web lain boleh je. Apa kenalah dengan nset aku nie? Napelah di saat begini baru nak buat hal. Tak puas hati bila FB sahaja tak boleh bukak okay, boikot aku ke apa??Huhu

Aku bosan, jadi aku perlu makan. Nak g tapau bihun goreng kat Tajima jap. Tapau je sebab orang yang selalu teman aku makan busy pulak arinie. Haa sekarang kan aku gler makan bihun goreng. Nape ntah? Aku pun tak faham. Bihun goreng sedapppppppp!!!!Pastikan tambah telur mata okay :D

Monday, November 8, 2010

moga cepat sembuh..amin

Weekend lepas, aku pergi ke Muar menziarahi tok abah Aliff yang telah dimasukkan ke ICU for already a week. Kesian tengok tok abah, walaupun aku tak berapa kenal dia, aku tetap tak boleh tengok orang sakit camtu. Kata doctor, tok abah sakit tua & ada kaitan dengan paru2 beliau. Adakah itu akibat merokok?? Entahlah..
Walau apa pun, aku doakan tok abah cepat2 sembuh. Amin..


p/s: selamat bertunang diucapkan pada Suraya. Maaf tak dapat hadirkan diri ke Taiping. Insyallah hari besar nanti, kami sampai ke sana :)