Hye readers!! :)
Mesti semua tengah berseronok, maybe pergi berkelah dengan keluarga seperti pagi tadi saya dengar Era Fm ada pendengar yang on the way ke PD untuk berkelah, Syoknya!! Ada yang hanya bersenang lenang di rumah, menghabiskan masa2 indah bersama keluarga atau maybe sebenarnya tujuan berada di rumah kerana gaji tak masuk lagi. Hahaha. Apa pun yang anda semua sedang lakukan, semoga bergembira di hari cuti panjang 4 hari sempena Tahun Baru Cina ini :)
Saya kerja hari nie dan esok. Iya, saya ikut cuti Hong Kong and HK memamg cuti raya cina. Tapi sayangnya, ITT payments still ada even hari cuti. Product lain seperti OTT, BT HK cutilah, saya je yang sesat. Walaupun begitu, saya suka kerja in ITT payment. So takpelah, dah tugas kita kena berserah jela kan :)
Pagi tadi, jam 8 pagi saya sampai ofis. Free parking hari nie!! Hehe. Sekarang, payments tak banyak pun, saya baru je habiskan 5 episod novel online di Penulisan2u. Dan tiba2 saya teringat yang saya dah lama tak update blog (nanye saya hampir terlupa yang saya ada blog, Haha), jadi disinilah saya menaip untuk menghabiskan masa yang ada..
Tak banyak perkara berlaku dalam hidup saya selama saya tiada di blog nie. Biasa2 je. Kerja pun macam biasa cuma sekarang saya full in charge with ITT HK jadi all about ITT HK payments depends on me lah. Saya suka kerja saya selagi orang tak masuk campur. Kalau ada orang Chennai yang masuk campur, masa itu lah saya rasa 'angin' je. Rasa nak hempuk dorang pun ada. Tapi still maintain cool beb :)
Hari ini, Along datang KL. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan anak sedare yang disayangi. Haikal yang sudah memasuki darjah 1 tahun nie dan Erysya yang sudah pandai menjeling dan merajuk kata Along. Nak cari plan untuk marah Erysya, nak tengok camne gayanya dia menjeling kat saya. Hehe.
Dan yang buat saya tak sabar nak bertemu mereka, Hee~ Haikal ada tulis surat untuk saya, Tok Ayah dan Tok Ma. Katanya, surat tahun baru cina. Haha. Tak sabar nak baca surat Haikal. Surat yang pastinya bukan menunjukkan angka2 dan menyerupai surat bil celcom dan PTPTN saya. Hahahaha
Ohh ya, saya kerja sampai kul 2 pm je untuk hari nie dan esok. Selebihnya, Chennai Team akan handle. Kami buat shift pulak sekarang, untuk 2 hari nie jela :)
Okaylah. Saya nak check cover dulu. Nanti ada masa saya update lagi :)
p/s: I really miss you. Hope you miss me too!!
No comments:
Post a Comment